18 Jul 2015

Ramai Calon PAS Bakal Kehilangan Deposit Selepas Tertubuhnya GHB...

Bukan Islam mana bakal bertanding untuk PAS, soal Mujahid

Bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan keraguannya mengenai rancangan parti Islam itu untuk meletakkan calon bukan Islam bagi menentang DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR).

"Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin.

"Dewan ini sekarang memikirkan kedudukannya dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengarah pilihan raya baharu PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata mereka mungkin meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi menentang DAP pada pilihan raya akan datang selepas putus hubungan dengan bekas sekutunya.

Beliau berkata, PAS akan memberi kuasa kepada sayap penyokong bukan Islam dan akan terdapat ramai calon bukan Islam diletakkan pada pilihan raya nanti.

Mujahid berkata, kewujudan DHPP itu sendiri adalah hasil usaha daripada pemimpin-pemimpin progresif, yang membawa sayap itu ke dalam struktur parti.

"Pemimpin-pemimpin progresif parti itulah yang menggalakkan dan mendesak interaksi antara masyarakat yang pelbagai. Sekarang kita keluar, siapa yang melakukan kerja-kerja tersebut?

"Inilah sebabnya mengapa DHPP berasa tidak selamat dengan kedudukan mereka," kata Mujahid, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan sayap itu apabila beliau bertanggungjawab mengetuai biro perpaduan nasional PAS.


Pemimpin PAS dari puak progresif yang disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, termasuk Mujahid, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan bekas ahli jawatankuasa Dr Dzulkefly Ahmad, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB).

GHB yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada hari Isnin, diterajui oleh pengerusi sementara, Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS lain yang tewas.

Gerakan yang berkembang dengan sokongan kumpulan masyarakat awam dan badan bukan kerajaan (NGO), dilihat sebagai pelopor kepada parti Islam baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS.

Mujahid berkata DHPP pada pelbagai peringkat di beberapa negeri sudah menyuarakan minat mereka terhadap GHB.

"Hari ini kita mempunyai DHPP Tasek Gelugor di sini dengan kami. Mereka ingin tahu mengenai kita dengan lebih lanjut," katanya selepas mengumumkan jawatankuasa sementara GHB Pulau Pinang GHB di Butterworth semalam.

"Kita boleh berkongsi dengan mereka mengenai aspirasi pergerakan kita. Keputusan muktamad (sama ada untuk menyokong gerakan tersebut) terpulang kepada mereka," katanya.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kini beliau cuba mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP. Kita alu-alukan. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya.

Bukan Islam mana lagi yang hendak sokong PAS apabila PAS sendiri sudah berkerat arang berpatah rotan memutus hubungan dengan mereka?

Mustafa Ali terlupa bahawa Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

Ulama PAS perlu jawab dulu persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas. Kini ramai DHPP yang menyatakan akan bersama GHB.

Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan professional. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL.

DHPP sendiri telah mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah?

Sekalipun kumpulan ulamak dikatakan telah menang besar di dalam pemilihan yang baru lalu, namun semua dapat menyaksikan kemenangan itu adalah hasil dari fitnah, cacian dan makian yang dilakukan ke atas kumpulan profesyenal. Ulamak PAS perlu bertanggungjawab dan perlu memikul beban dosa para penyokongnya yang melampaui batas itu.

Ada juga sesetengah pemimpin menyatakan bahawa kita tak perlu DAP lagi, kita ada NGO seperti DHPP. Kini DHPP pun meragui kredibiliti ulamak PAS. Tinggal siapa lagi di kalangan bukan-Islam yang menyokong PAS?


Tuh, memang PAS kini sedang sakit tenat. Lebih banyak kerusi yang PAS bertanding lebih ramai calon PAS yang akan kehilangan deposit, lebih-lebih lagi jika letak calon bukan-Islam berbanding jika calon bukan-Islam itu bertanding di atas tiket GHB.

Ingatlah berbelasan bekas AJK PAS Pusat yang disingkirkan, pengikut mereka dalam PAS bukan sekadar 20% seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin!



19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang-orang yang mendekatkan mereka dengan PAS telah tersingkir. Telah diberi gelaran buruk dan dihina. Kalau ada pun yang tinggal ialah mereka dipanggil 'foot soldiers' tetapi tanpa ketua. Adakah ulamak-ulamak yang berkuasa akan mencemar duli untuk ke kubur Hindu, atau masuk ke gereja dan sanggup menziarah bukan Islam yang sakit? Janganlah dikesalkan apa yang berlaku kerana itu semua telah pun dirancang sejak 2 tahun yang lalu. Biarkanlah mereka yang kononnya pengacau kepada parti keluar beramai-ramai. Ini memudahkan kerja ulamak-ulamak kerana tidak perlu mentarbiah ahli-ahli yang tinggal kerana ahli-ahli yang tinggal semuanya patuh dan taat tanpa banyak soal!!

Tanpa Nama berkata...

Goli hati den

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kalau kita jemput tuan presiden TGHH bertanding di Selangor?

Sham TM berkata...

PAS dah makin hilang akal sejak tertubuhnya GHB ni.

Sedangkan MCA/Gerakan beserta kerjasama kerajaann BN yang menentang DAP pon boleh tersungkur dan hilang deposit.

Inikan pula hanya sebuah parti yang kian terpinggir PAS nak menentang DAP.

Lebih baik mereka tumpukan usaha untuk mengekalkan Kelantan serta merampas kembali Terengganu dan Kedah.

Itu pon kalau masih ada yang sudi nak undi.

Kesian aku kat PAS yang dah tinggal setapak saja untuk berjaya tapi memilih semula jalan ke belakang.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Ahli parti sendiri pun dilabelkan sesuka hati oleh ulamak, inikan calon bukan islam bukan ahli parti.Apa status bukan islam dalam parti pas, bukan ahli tapi dicalonkan untuk bertanding dikawasan dap? Ternyata pas ulamak suka bertindak diluar kemampuan mereka tapi melaksanakan suatu yang merugikan diri sendiri.pas kena ingat orang2 yang ulamak hina dan dilabel sebagai kafir adalah orang kafir yang berprinsip.Prinsip dan kluk klek tidak akan bertahan lama.

Tanpa Nama berkata...

Aku bkn ahli PAS tp menyokong PAS setiap waktu. Tp itu dulu dgn perpecahan dan sengketa ini berkecailah harapan saya mahu melihat PAS menjadi parti yg boleh membawa perubahan pemerintahan bersama PKR DAP serta gabungan lain dlm PR. Pilihanraya akan drg saya tdk akan mengundi PAS lg mungkin akan tdk mengundi lg mana2 parti

zarra berkata...

Pas is a gone case! Leave them...biarkan si luncai tu terjun dgn labu2nya...@GE14, batu depa sedaq!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Program Maharaja Lawak begitu popular di Malaysia kerana menyediakan ganjaran yang lumayan. Lantaran itu Pas juga tidak ketinggalan menghantar seorang calon mereka yang begitu sensasi untuk menyertai program ini. Calon Pas yang dimaksudkan ialah Mustaffa Ali iaitu Pengarah Pilihan Rayanya. Tajuk lawak beliau ialah "Pas akan meletakkan calon bukan Islam menentang Dap". Jika penonton terdiri dari kalangan yang celik politik pasti akan ketawa terbahak-bahak apabila beliau mempersembahkan lakonannya.

Pas muktamad memutuskan tahaluf siyasi dengan Dap. Kesannya, kepercayaan orang bukan Islam terhadap Pas menurun ketahap sifar. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal jika Pas mahu melatakkan calon di kubu Dap. Kalah sudah pasti menang jauh sekali. Hilang wang pertaruhan memang menjadi realiti. Dalam masa yang sama, Umno / BN pasti mendapat impak besar jika Pas meletakkan calon di kawasan majoriti Cina. Dengan janji "syurga", orang Melayu di kawasan majoriti Cina cenderung mengundi Pas. Dengan ini terpecahlah undi pembangkang, dan kebarangkalian BN merampas sesuatu dun atau parlimen Dap adalah cerah. Secara tidak langsung, dengan meletakkan calon di kawasan majoriti Cina adalah satu permainan licik antara Pas dan Umno. Kerjasama Pas dengan Umno sudah bermula dan bakal berterusan.

Tanpa Nama berkata...


Membangun berjuang bersama cai...
Cai for all....

Kalau tak nak tawan putrajaya buat apa letak calon bukan islam.
Kalau nak tawan putrajaya, bantulah calon dap menang di kawasan mereka.
Bukannya mensabotaj.
Sabotaj ni kerja talibarut umporno/bn.

Gang ostad ni dah jd taibarut ke ??

Tanpa Nama berkata...

Hidup

Ddlm hidup ini

Kita mmerlukan CAHAYA

CAHAYA yg maha7TERANG demi "KEFAHAMAN"

CAHAYA yg maha7TERANG demi sbnr7"KEYAKNAN"

CAHAYA yg maha7TERANG demi sbnr7ERTI-TAQWA-"keIMANan"

CAHAYA maha7TERANG utk mnghindar was2-KELIRU-ktakutan


CAHAYA

CAHAYA adalah musuh keGELAPan

Tanpa CAHAYA..gelap GELAPlah jiwa & gelaplah MINDA

Tanpa CAHAYA..mmbawa kegelapan MINDA..ragu samar KELIRU dan buntu

Tanpa CAHAYA..GELAP utk sTOLOL biol bodoh @ dungu

Tanpa CAHAYA..gelap-FITNAH-songlap pon berlaku

Tanpa CAHAYA..buta-"KELIRU"!!


Dgn CAHAYA

Dgn CAHAYA yg maha7TERANG sgl2nya jls klihatan

MINDA yg bnar7TERANG.....tidak akan trtipu-KELIRU

MINDA bnar7TERANG...tidak TAKUT istilah2 drp hularrrMAK

MINDA bnar7TERANG..takde tolol-KELIRU dgn istilah2-Arab BAIAH & walaq

MINDA ygTERANG..tau FITNAH itu gelap-MURTAD-SESAT-barat!

MINDA TERANG..jls kmana sibapak'FITNAH tu akan diHUMBANkan!?


....hanya MINDA yg samar-GELAP shj yg was2 & TAKUT kpd istilah2-Arab sprt walaq-BAIAH-hudud dllnya sdangkan istilah2 itu mudah-TERANG and plain-very2-SIMPLE!!!

INGAT..dan ingatlah bhw ISLAM adalah deen-SYSTEM yg bnar7MUDAH-bnar7SIMPLE maha7LURUS lg maha7TERANG...mana mungkin putar-ONAR-langgar-ponteng-FITNAH trjd!!!!





QURAN

Quran itu sbnr7CAHAYA

Nabi SAW sbnr7PEMBAWA-CAHAYA itu

CAHAYA itu maha7TERANG


...ddlm CAHAYA maha7TERANG itu barulah hadirnya ktulusan-suci-Setia sbnr7ERTI-janji-'BAIAH' dr dasar hati yg paling2 dlm

DAN

...ddlm CAHAYA maha7TERANG itu tidak mungkin samaskali trjd samar-KELIRU-onar-songlap-FITNAH




TOLOL

Hanya siTOLOL..

SiTOLOL2 shj yg akan terus TOLOL stolol7nya kekal berILUSI dgn ber'BAIAH' ddlm tipu AUTA samar-KELIRU-gelap-dan-FITNAH!

Yg bnar7TOLOL shj yg terus ber'BAIAH' ddlm GELAP dgn sibapak'FITNAH!!

....BAIAH ddlm gelap demi FITNAH-songlap-RASUAH!!!

......demi mnipu-KELIRU kan ummah!!!!

........krn BANGKAI-songlap-RASUAH!!!!!!





Nota:

KELIRU = slicik7TIPU

KELRU = sesamar/sjahat7TIPU

KELRU = sbejat7Onar-FITNAH dsisi ALLAH..

KELIRU = BEJAT = SESAT = MURTAD = FITNAH ..hakikat sbnr7khancuran ummah

Cth,
...klu Madey & Jibby yg menuduh "pilKuda" serta menafikan tak songlap-RASUAH?,, sikit pon rkyat tak akan PERCAYA lagi

TETAPI..

..apb hularrrMak jubah-SORBAN dah telan bangkai-UMPAN-songlap serta buat FITNAH pilKuda tentu masih ramai yg CAYA & jd sangsi "KELIRU" was2 dan buntu..trutama org2 Kg & org2 Ulu tu

Wassalam..

zain berkata...

PAS,semenjak ketiadaan TGNA,prestasinya semakin buruk.TGHH pembawa masalah.Sayang sekali.

zain berkata...

Tiada penganti TGNA,
Kalau ada pemimpin pelapis semuanya disingkir dalam muktamar.Susah payah pemimpin PAS terdahulu untuk memertabatkan Parti dalam menerajui putrajaya hanya sia sia kini.Semuanya angkara TGHH.

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Amat menarik bila Pakcu baca berbagai komen yang diluahkan dari kaca mata negatif orang yang tak suka pada PAS .Apa lagi bagi mereka yang pernah tidur sebantal kemudian bercerai maka banyaklah benda yang dalam kelambu masa berduaan dulu dijual dan dijaja hinggakan melampau batasan seolah-olah tiada kebaikan langsung semasa "bercinta" dahulu. Inilah adat budi yang ada kepada mereka yang berhati hitam....

Gaya politik hari ini mungkin tak sama pada hari esok. Begitu juga semalam tak sama dengan hari ini. Jadi corak kepimpinan dan gaya berpolitik akan turut berubah . Landasannya ungkin berbeza tapi tujuannya mungkin sama.

Seorang politikus yang minda nya terbuka akan menerima bahawa "demokrasi" adalah cara berparti yang tekniknya berbeza tapi hala tujunya sama untuk mendapatkan sokongan dan membentuk kerajaan. Cuma lagi gunalah cara demokrasi yang betul agar suasana jangan menjadi keruh dan keharmonian tetap kekal. Tidak perlu kita memaki hamun orang lain. Tunjukkan kebaikan dan sumbangan yang terbaik untuk rakyat. Maka parti itu lah menjadi pilihan rakyat...bukanlah sekadar retorik dan menjual kudis buta setiap kali pilihanraya tiba....walahualam.

Tanpa Nama berkata...

Boleh Letak orang mca Gerakan dah mic tanding kerusi atas ticket pas. Dengan Arahan umno, mca dan parti bn lain terus akan ikut.

Kan umno dan pas dah sokong satu sama lain, tolong satu sama lain.

Syabas kepada ulama pas suci mulia

Tanpa Nama berkata...

Pak chu, politik sememangnya demikian. Tidakkah anda melihat lagi hebat perseteruan diantara Mahathir dengan Najib?

Tanpa Nama berkata...

Bukan orang parti sendiri tetapi sesiapa jer dia orang Suka Hina dengan label yang keji termasuk terhadap dswa dan dsai.

Betul ker Ni parti beragama? Agama apa?? Ajaran apa??

Tanpa Nama berkata...

Dia ni waktu sidang parliament dan mungkun ruu sendiri dia pula ponteng parliament makan angin kat jepun.

Ingat dia ni jantan Ada telor berani datang selangor?

Tanpa Nama berkata...

Kata-kata pemimpin Pascai dalam ilmu psikologi disebut "reverse psychology". Buat-buat tunjuk berani/kuat tapi hakikat sebaliknya. They have to consider that actuallly Pas is nothing today and maybe forever!

Tanpa Nama berkata...




Salam Syawal.

Betul, gaya politik hari ini dan esuk tak sama. Corak kepimpinan dan gaya berpolitik pun berubah. Tapi yang kita tuntut ialah amanah dan kesaksamaan yang membawa keharmonian.

Lenyap lah bumi ini, diganti dengan bumi lain sekali pun, yang di tuntut ialah amanah dan kesaksamaan !

Begitu lah bila kita kata dalam politik hari ini musuh dan mungkin esuk kawan. Maka itu cari lah insan yang amanah dan berpendirian supaya kita tidak menjadikan musuh sebagai kawan untuk menjatuhkan kawan kita sendiri.

Sebelum ini PAS/PR tidak perlu meletakkan calun bukan Islam di kawasan majoriti pengundi bukan Islam dan PAS menang. Begitu lah sepatutnya sekiranya PAS berpegang kuat pada perjuangan PAS dan menjadikan PAS for All sebagai kenyataan PAS akan tetap menang sekali pun PAS tidak bersama-sama dengan PR.

Ini kerana semasa PAS bersama PR, PAS benar-benar telah membuktikan pemimpinya bijak dan menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya pemimpin ulamak PAS merosakkan keyakinan orang-ramai bila tanpa sebab yang masuk akal mereka mempertahankan Khalid dan menolak Wan Azizah.

Jika ketika itu PAS mempunyai alasan yang kukuh dan jelas PKR sengaja menganiayai Khalid, sekarang ini pun pengundi bukan Islam dan ahli PAS akan menyokong kepimpinan ulamak PAS.

Zaman hanya pemimpin tahu segala-galanya dan rakyat tidak tahu satu apa pun telah berlalu.

Kepada Allah kita kembalikan.