19 Jul 2015

Pengasas Kelab Penyokong PAS Tinggalkan Parti & Bakal Sertai GHB

Hu Pang Chaw putus hubungan dengan PAS

Hu Pang Chaw, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS, telah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Ketika dihubungi, Hu mengesahkannya, dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.

Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini - selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri.

Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih inklusif.

Beliau mengambil keputusan itu di tengah-tengah rancangan pemimpin progresif PAS yang disingkirkan daripada kepimpinan parti itu oleh pemimpin tegar konservatif dalam muktamar parti itu bulan lalu, untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Hu berkata setelah penyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu ''PAS untuk semua'.

"Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah dicapai," kata Hu.

Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, ke arah menubuhkan sebuah parti baru, katanya tunggulah sama ada beliau akan hadir di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan.

Hu bertanding di bawah tiket PAS di Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah.

Dia berhenti menjadi Ketua Kongres Penyokong PAS pada tahun 2014 selepas menjadi semakin kritikal terhadap peningkatan elemen konservatif dalam parti itu.

Kebangkitan golongan muda konservatif sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran barisan progresif daripada kepimpinan PAS pada bulan Jun, diikuti PAS memutuskan hubungan dengan DAP, langkah yang membawa kepada berkuburkan Pakatan Rakyat. -mk


Selamat Tinggal PAS, Hu Pang Chaw


“再见我的爱, 我们后会无期 “

郑重声明:

即日起,本人与由保守派掌权的伊党,断绝一切关系。

这些 自认是纯正伊斯兰的捍卫者,一切言论与行为,完全不符合真正的伊斯兰精神,与追求一个进步、团结、和谐及繁荣的全体马来西亚公民,所持有的态度和思维,完全背道而驰。

党主席用“中间人”、“杂 种”、“狗” 和 “狼” 等字眼,形容与自己意见相左的党同志及政治盟友,完全不符合一名宗教司身份。 作为一名德高望重的领袖,应该尊重民主真谛,提倡异中求同的精神。 反之, 却与巫统眉来眼去、违背誓言、 口出狂言、说粗口、背后插刀,完全没有君子作风,6月党选的荒诞行径, 视党章如无物,如何服众? 我 耻与为伍。

自1999年大选后,即参于的伊党,已经走样。那些年党内的清流,恰似一江春水向东流,不复返。 此时不走,更待何时?

再见! 曾经是我所爱和寄于厚望的回教党(伊斯兰党) ,后会无期。

而我,已经找到新爱,对旧爱不再牵挂 !

"Goodbye, my love, we will commence"

Solemnly declare:

Today, I and the conservative ruling party, severed all ties.
These profess to be defenders of orthodox Islamic, all statements and behavior, is totally inconsistent with the true spirit of Islam, and the pursuit of progress, solidarity, harmony and prosperity in the whole Malaysia citizen, the attitude and thinking of totally against.

Party Chairman with "man in the Middle", "hybrid", "dog" and "the Wolf" and other words, described the disagreements with his party comrades and political allies, totally inconsistent with a division of religious identity. As a highly respected leader, should respect the true meaning of democracy, advocates vary in the same spirit.

Instead, but flirting with UMNO, under oath, and bluster, saying foul language, back-stabbing, no gentleman style, June party elections to the absurd acts, regard the Constitution as nothing, how can the public?

I feel ashamed to associate with him.

After the 1999 election, namely participation in the party, has been getting out of control. In those years the party's clean, like a river flowing to the East, never to return.

No go, but when?

Good bye! Used to be my love and sent in hopes of PAS (Islamic party), will for ever.

I have found a new love, old love no longer cares!

from Hu Pang Chaw's FB, translated by Bing


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan.

Baru sehari dua ini Mustafa Ali menyatakan PAS akan meletakkan calon bukan Islam untuk menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, hukum pun berjalan "menjawab" dendam kesumat dan hasad dengki Mustafa Ali terhadap golongan professiona/progresif yang membentuk Gerakan Harapan Baharu dan cubaab Mustrafa untuk mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP.

GB sudah katakan, bahawa kita alu-alukan langkah Mustafa Ali itu. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya.

Dan kini Pang Caw bersuara, memberikan tamparan keras ke muka Mustafa.

Suara Pang Chaw seiringan dengan kritikan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dilantik PAS mengganntikan Pang Chaw, N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, Bala bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

Hu Pang Chaw bukan orang asing di dalam PAS. Beliau ialah pengasas bersama Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang kemudian menjadi Pengerusi pertama Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 2010.

Pang Chaw ialah seorang Tionghua yang fasih berbahasa Melayu yang telah berjaya menarik ramai bukan-Islam untuk menjadi penyokong PAS di bawah slogan PAS FOR ALL, satu gagasan yang diperkenalkan oleh kumpulan progresif di dalam PAS.

Pang Chaw dan Kamal Koh adalah dua orang pemimpin bukan Melayu di dalam PAS yang telah mengkritik kepimpinan PAS yang diboloti oleh golongan ulama, yang menurut mereka berdua, kepimpinan PAS pada hari ini telah menjarakkan lagi bukan Islam terhadap Islam.

Kamal Koh telah pun mengisiytiharkan dirinya bersama dengan Gerakan Harapan Barudan telah dinamakan sebagai Timbalan pengerusi 2 GHB Wilayah Persekutuan manakala Hu Pang Chaw diyakini akan menyertai jelajah Harapan Baru di Kota Bharu pada hari esok, 3 Syawal.

Penyertaan kedua-dua tokoh DHPP ini akan menarik ramai lagi ahli-ahli DHPP untuk meninggalkan PAS dan menyertai GHB.







27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cantik!!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah dapat berjumpa kawan kawan pas dikampung. 90 peratus golongan muda di kampung saya adalah penyokong pas. Alhamdulillah 90 peratu dari mereka adalah seiringan dengan pemikiran ghb. Sangat menyeronokkan. Bye bye ketua syoru haru jin, tuang presieng kaki tuang parlimeng ularrmak berhingus cai siku lutut serban bertantuk saitan dengan ucapan selamat berjuang tapi bukan untuk kemenangan. Uhuk uhuk uhuk.

zuff berkata...

Ya sungguh meriah tahun ini. Hampir semua ahli keluargaku yang sebelum ini penyokong totok PAS telah seia akan mufaraqah dengan PAS dan menyertai Parti Islam baru.

Dalam dunia ..
ya dalam dunia ini bukan ada satu saja parti Islam.
Selain dari PAS banyak lagi parti Islam.

GHB adalah yang terbaru.
Semuanya niat mencari keredhaan Allah.

Justeru PAS berjuanglah dengan penuh istiqamah dan mujahadah.



Sham TM berkata...

Sampai sekarang hanya Dato TITM dan Ust Idris Ahmad saja yang sudah menghidu bau kemusnahan PAS selepas ini.

Yang lain masih lalok sebab hidu gam dan telan pil kuda.

Kalau sedar pon bercakap macam orang kena sampok dek setan.

Bertanding bukan untuk menang tapi nak letak calon di setiap Dun dan Parlimen.

Lawak jenis apakah ini minta pencerahan.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Baru berbual dengan ketua cwangan pas kg......insyaallah akan bubarkan pas cwangan...tuk masuk GHB beramai2........salah satu cawngan diParlimen Jasin

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah. Pas hadi bungkus tahun ini jugak! Bn pun akan bungkus tak lama lagi. 70% rakyat dah betul2 benci bn. Pergilah buat survey. Di mana2 pun rakyat benci pas dan bn.

aku berkata...

kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya. melalui pemerhatian aku pas memang parti yg konsisten hendak melaksaksanakan syariat islam tetapi agak gopoh sehingga lupa siapa musuh dan siapa kawan sehingga kawan sejemaah pun boleh didoa laknat dan dibaruakan, dijebonkan, dan diberikan berbagai gelaran buruk yang menyebabkan penyokong setia berpuluh tahun merasa pelik apa sudah jadi dgn parti islam ini.

5sal berkata...

tak rugi pun kalau srd hu menyertai GHB dan dapatlah sdr hu sebagai ex pengasas dhpp yg sudah tahu selok belok itu bolehlah bergandingan dengan dato'mujahid untuk membantu seterusnya menarik yg bukan islam kedalam parti baharu yg akan diberi nama semula.jadi harap tak payahlah kita caci maki merekaUG/GU balik biarkanlah mereka2 itu dengan bahtera yang akan karam tak lama lagi.teruskan kerja kita memberi penerangan kepada mereka2 yang dahagakan maklumat dan perubahan.harap2 sdr n.balasubramaniam pun akan bertukar arah dan bersama GHB!

Tanpa Nama berkata...

Rasanya tak molek kita masih caci/maki/kutuk mereka.. tak ada bezanya sekiranya perangai PAS masih diamalkan dlm parti baru.. cuba kita bersikap positif, sentiasa terbuka & budiman.. jadikan parti baru sbg upgrade dr parti2 sedia ada di Malaysia.. barulah berbaloi2 meninggalkan parti lama..

Unknown berkata...

Boleh sesiapa beritahu..road show pertama GHB di Kota Bharu esok,kat tempat mana?

Tanpa Nama berkata...

Semoga teman2 yang menyayangi GHB tidak menjebonkan, membaruakan atau senamanya kepada mana2 insan..semoga dengan sifat dan sikap kita yang berhemah akan membuat GHB didekati bukan dijauhi oleh mereka yang belum mengenali GHB

Tanpa Nama berkata...

Esok event di jln kebun sultan..dewan perniagaan china..berhadapan dgn cimb..bersebelahan dgn kdai mkn pk corner...kpada rkyat kelantan..jom rmai2...

siti harapan berkata...

All the best!

Unknown berkata...

Semua nya sbb din ayam

Tanpa Nama berkata...

Alkisah Suatu masa dulu PAS buat sembahyang hajat di stadium..ramai hadirin yg datang solat hajat..solat hajat ni di buat bagi mendoakan supaya "BN n Umno jadi KO"...tapi sekarang apa dah jadi..PAS sudah terlalu goyah ataupun DOA dari Pas sudah terbalik memakan diri...Doa KO terkena kepada pas kembali..pas sudah KO dengan tertubuhnya PASMA, GHB, dan mungkin ahlinya akan mewujudkan parti baru nanti..Sumpahan KO amat jelas...PAS yg ditatang bagaikan maksum dari segala sudut..ataupun parti islam yg paling sempurna ..kini manjadi begitu busuk dari kalangan G18...dan mungkin dari ahli2 lain..mana pergi ahli pas sebelum ni yg mengatakan PAS adalah parti islam yg segalanya sgt sempurna bagi pengikutnya...sekarang PAS adalah sebaliknya..menjadi cacian ahli sendiri..dan akan menjadi tentangan juga dari ahli sendiri.semua maklum..pemilihan sudah berlalu..dah memihak kepada golongan "ulamak"..profesional semua tewas..apa dah jadi..parti baru yg akan ditubuhkan ini adakah dari kalangan profesional atau G18...jika betul berlaku..maka permintaan atau DOA KO umno BN dari parti PAS sudah tercapai...Insya Allah..amin

Tanpa Nama berkata...

Mari kita pakat gi ramai2.Ambo kertah dah puak2 ambo di DUN Tanjong Mas.Moga2 perjuangan beroleh keberkatan Insyaallah'

Unknown berkata...

Bereh gu..thank you.

sb dehlawi berkata...

ambo tok sabar nok dewan chino esok...yg bestnyo geng pas sekampong...semuonyo akn pegi sama...semuo doh janji akn tubuh cawangan ghb dalm dun kijang... jgn lupo kito jumpo esok di dewan chino...dato husam hadir bohhhh...

Algojo berkata...

Gopoh dan tak selari dengan agenda rakyat maka PAS sila tutup kedai. Gwa yang takde kena mengena baiah apa lancau bila bila boleh berubah undi. Kah kah kah.

zain berkata...

kita semua sayangkan pas,cuma cara TGHH sebagai pemimpin membuatkan ramai ahli hilang kepercayaan.

Tanpa Nama berkata...

Yeah
Terbaek ghb.jgn hirau gangguan2 ulamak pas.teruskan perjuangan anda.kami org perak sokong 100%

Tanpa Nama berkata...

Seronok nye xterkata bila dpt info matsabu tubuh parti baru.insyallah hebat.tahniah ghb

Tanpa Nama berkata...

Sudah 40 tahun bersama pas. Tapi sangat kecewa dengan sikap gopoh dan tidak sabar kerana merasa diri terlalu pandai lantaran sikap sombong. Maka beginilah jadinya.
bagaikan tersungkur di pintu syurga. Sangat mengecewakan. Walau apapun...sudah terlambat....hancur berkecai dan selamat tinggal.

1Malay.. berkata...

Kt tengok para ulamak2 sombong ni nk kemana...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dalam kegembiraan barisan saf kepimpinan baharu mengambilalih saf kepimpinan, Pas sudah kehilangan sistem kepercayaan dari ahli-ahlinya. Simtom ini kian hari kian membarah lantaran keceluparan mulut-mulut pemimpin tertinggi mereka. Pas seakan-akan telah mendapat mandat dari Sang Pencipta menghalalkan mereka melebel sesuka hati ahli-ahli parti yang tidak sehaluan dengan mereka. Sudah tidak ada istilah kompromi dalam jiwa dan nurani Pas. Mereka sudah tidak mampu mengurus dan melayan perbezaan pendapat. Bagi mereka, hanya pendapat mereka sahaja yang betul dan tepat, dan pendapat-pendapat yang tidak sealiran dilabel sebagai pengkhinat, munafik, tolol, barua dan paling dahsyat kafir. Lantaran ahli-ahli Pas pasca muktamar hilang sistem kepercayaan, maka berbondong-bondonglah mereka keluar mengucapkan sayonara kepada Pas.

Gerakan Harapan Baru walaupun hanya sebuah NGO dimusuhi sangat-sangat oleh Pas. Tidak terbayang apakah label-label yang akan diberikan apabila GHB didaftarkan sebagai parti siasah kelak. Musuh Pas bukan lagi Umno / Barisan Nasional, tetapi ahli-ahlinya yang menyertai GHB. Dalam mana kerajaan BN terpalit dengan isu-isu rasuah dan penyelewengan 1MDB, Mara, Tabung Haji dan Felda, dan terbaharu isu konflik kaum dalam tragedi Low Yat, tidak ada sepatah pun perkataan mereka menuding kerajaan yang korup dan salah tadbir ini. Murshidul am dan Presiden Pas pula membuat kenyataan-kenyataan yang seakan-akan membela Najib.

Masyarakat melihat dengan putusnya hubungan antara Pas Hu Pang Chaw, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS adalah petanda buruk bahawa Pas kini benar-benar tidak boleh dijadikan wadah perjuangan siasah. Pas jangan bermimpi mampu mencari calon bukan Islam untuk bertanding di dun atau parlimen yang menjadi kubu kuat Dap. Pas sudah tidak boleh dipercayai sebagai pejuang masyarakat. Bila sudah tidak dipercayai Pas hanya mampu menyingkir ahli-ahlinya, namun untuk mencari walaupun seorang ahli baharu adalah mustahil.

Tanpa Nama berkata...

Syabas dr paridul Adras ismail .komen jitu dan tepat.aku tak payah tambah,teruskan tulis yang bolih mengukatan GBH.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Moga2 saya dan rakan diberi petunjuk jalan yang benar oleh Allah SWT.