27 Jul 2015

Mantan Pengarah PASTI & Pengarah Jab Amal Pusat Sertai GHB Melaka


Gerakan Harapan Baru Negeri Melaka telah mendapat nafas dan kekuatan baru apabila dua figur utama peringkat pusat telah menyertai pertubuhan itu baru-baru ini.

Mereka adalah Sdra Azrin Abdul Majid, mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Pusat dan Sdra Johari Osman, mantan Ketua Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat.

Kedua-duanya juga telah dilantik di dalam barisan kepimpinan protem GHB Negeri Melaka yang diadakan baru-baru ini. Sdra Azrin telah dilantik sebagai Penyelaras GHB Kawasan Jasin manakala Sdra Johari sebagai ahli jawatankuasa GHB negeri. Cikgu Azrin sebelum ini juga adalah mantan AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

"Kehadiran kedua-dua tokoh tersebut akan memperkukuhkan dan memperkuatkan GHB Melaka kerana kedua-duanya telah membuktikan tugas dan khidmat yang cemerlang masing-masing di dalam Jabatan PASTI Pusat dan Jabatan Amal Pusat sebelum ini," tulis seorang jawatankuasa GHB Negeri Melaka kepada blog GB.

Di dalam perkembangan berkaitan, GHB Jasin malam tadi telah berjaya mengadakan pertemuan sulongnya dan menubuhkan jawatankuasa protemnya. Sdra, Azrin yang dilantik sebagai Penyelaras GHB Jasin di dalam ucapannya menyatakan bahawa GHB adalah sebuah wadah baru untuk kita terus menjalankan dan menyambung tugas dakwah yang dilakukan di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

"GHB Jasin mensasarkan sekurang-kurangnya 300 ahli dapat didaftarkan di dalam seminggu dua ini supaya pendaftaran Harapan Baru dapat berjalan lancar," tambahnya.

Berikut ialah senarai AJK Penaja GHB Jasin yang dipilih malam tadi.

AJK Protem GHB Jasin

Mereka yang hadir di dalam mesyuarat penubuhan GHB Jasin malam tadi

Pengerusi : Azrin Ab Majid
Timbalan : Adel Jantan
Setiausaha : Mohd Nasir Yusof
Penolong SU : Shamsuddin Abd Hadi
Bendahari : Hj Mohd Daud Mohd Aris
Pengarah Komunikasi : Zulkifli Harun
Ketua Gerakan Muda : Adesham Nor
Ketua Gerakan Muslimat : Pn Hasnah Othman

Ahli Jawatankuasa Kerja : 1. NoorIsmail Ayob
2. Zabidi Abd Majid
3. Amir Samad
4. Sazali Ahmad
5. Mohd Kadir Mohd Yassin
6. Abu Zaid Al Khair
7. Aminuddin Ali
8. Razali Hassan
9. Hj Redwan Sentol
10. Hj Kassim Abdullah
11. Hamzah Amin
12. Mohd Najib Md Zin
13. Mohd Khalid Roslan
14. Hj Yuhaizad Abdullah

Sementara itu GHB Kota Melaka juga telah berjaya mengadakan mesyuarat pertamanya dan membentuk jawatankuasa penajanya malam tadi. Sdra Harun Mohamed telah dipilih sebagai Penegerusi JK Penaja GHB Kota Melaka. berikut ialah senarai AJK GHB Kota Melaka.

AJK Protem GHB Kota Melaka


Pengerusi : Harun Mohamed
Tim. Peng : Shamsudin M Bakhed
SU : Hj Samat Ahmad
Pen SU : Ismail Musa
Bendahari : Amran Atan
Pngrh Komunikasi : Kapt Mohd Jaafar
Ketua Harapan Pemuda : Ahmad Faizi Abu Bakar
Ketua Harapn Wanita : Pn Azizah Abd Wahab

Ahli Jawatankuasa :
1. Md. Rashid Tahir
2. Khairil Anuar Samat
3. Mohd Hatta Mohd Yasin
4. Azwan Ahmad
5. Hafiz Hasrin
6. Hj Izudin Hasan
7. Mohd Sofwan Hashim
8. Yusuf Abbas
9. Baharin Hitam
10. Ust Sobri Hashim
11. Ibrahim Hj Othman
12. Abu Bakar Talib
13. Hjh Jamaliah
14. Mashita Abd Kadar
15. Abd Jalil Saripan
16. Hj Zaini Hashim



DAN JANGAN LUPA...






IKLAN BERBAYAR







9 ulasan:

Unknown berkata...

Salam semua:Terima kasih tn GB info terbaru:

Sudah dijangkakan gerakkan kerja GHB sungguh hebat, dalam diam-diam kerja-kerja menjadi, pengelaman mantan pengarah PASTi dan Briged Amal pusat, memang tepat sekali segala pengelaman ini dicurahkan pada GHB.
Diharapkan GHB dapat meneruskan kerja2 murni pendidikan kanak-kanak diteruskan,disemua DUN/Parlimen,dikawasan kampong2 dan di taman2 perumahan insyallah sambutan dari mayarakat umum setempat semestinya dapat sambutan.Begitu juga pengelaman Briged Amal memang hebat,juga dicurahkan pada GHB, saya cadangkan menjadi Briged Khidmat.
Jika kita bercita-cita nak mengambil peranan-umno/PAS di masyarakat2 kampong,kita kena giatkan lebih di peringkat wanita muda/dewasa.Umno sudah sinonim dgn masyarakt melayu kampong, semi-urbannya, dimana mereka mempunyai kaum-kaum wanita bergerak rapat dgn masyarakat setempat,seperti group-group Merhaban kampong dari rumah kerumah,meraikn anak cukur rambut,bersunat,dan kenduri kendara.Disamping golongan dewasa lelaki JKK kawasan, mereka mengadakan berkumpulan semsa hariraya dri rumah kerumah. Inilah salah satu punca amat sukar ,menukarkan "pemikiran mereka"ke arah perubahan.Kebanyakkan parti baru yg ditubuhkan,Seperti S46,Berjasa,Hamim tidak menitikberakkan peringkat-peringkat grass-root ini.
Dengar cerita pemuda PAS melalui Nik abduh sedang mengerakkan full force pemuda besar-besaran,biarlah mereka dgn usahanya,kita jadikan semangat untuk bergerak dan berbakti,kita gunakkan "KEPAKARAN" apa yg ada pada kita untuk memastikan GHB bergerak lebih jauh dan satu hari nanti dapat mengantikan pas/umno,untuk orang2 malaysia dapat berpayung.
MAJU SELANGKAN KE DEPAN:
semoga Harapan gerakkan baharu :bertambah maju,kuat,berakhlak mulia.
WASSALAM.

Unknown berkata...

Tahniah!

GB, ada senarai untuk AJK GHB Kuala Terengganu?

aku berkata...

InsyaAllah akan beri sokongan nanti sama ada wang ringgit atau undi.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB.

Bhati2lah & b'ingtlah kepada golongan gunting dalam lipatan spt mana telah berlaku kpd PKR sebelum ini.

Moga golongn ini tidak tgolong dalam mana2 pasukan gerak kerja GHB.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Perkembangan ghb amat memberangsangkan
Insyaallah berjaya dan bertahan lama walaupun hadi kata 2 tahun je.tp nmpk sgt pas takut dgn ghb

Unknown berkata...

Tahniah GHB Melaka, yg pasti diseluruh negara usaha gigih sdg berjalan. Pastikan penggunaan media sosial dgn cekap dan berkesan. Door to door adalah kaedah terbaik bagi mempromosi GHB pada kalangan masyarakat atad pagar. Gerakan slogan Selamatkan Malaysia

Tanpa Nama berkata...



Lagi suruh pemimpin GHB letak jawatan lagi ramai mereka yang berjawatan dan yang berpengalaman hebat meninggalkan PAS Hj Hadi.

Mungkin itu sebab nya PAS Hj Hadi tidak berani ambil apa-apa tindakan ke atas Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin yang lain. Lebih selamat bagi PAS Hj Hadi sekiranya ahli-ahli keluar sedikit demi sedikit.

Satu sahaja yang perludi peringatkan, sesiapa ibu-bapa yang ada anak-anak di hantar ke PASTI supaya rancangkan lah untuk menukarkan anak-anak ke pusat asuhan yang lain.

Jangan jadi kan anak mangsa kerana ada kemungkinan pengarah PASTI diganti oleh Mokhtar Snake dan Abodoh !

Tanpa Nama berkata...

Kau orang ni tak kesian ke pada hadi dan Haron ,menangis nanti melihat perkembangan GHB .macam2 fatwa ,macam2 ayat.macma2 hukum ,tapi kau orang buat do no je,kesianlah sikit kat depa,

Tanpa Nama berkata...





Yang bagus nya ...

Tak seorang pun dari pemimpin kawasan PAS atau Negeri yang memberi cadangan atau minta Pemimpin Pusat mengambil tindakan yang tegas dan pantas !

Balik-balik orang yang sama yang bersuara dan itu pun sebab pelik dan tak faham mengapa pemimpin GHB tidak keluar dari PAS secara resmi.