Lelaki nafi bekerja untuk Najib, Rosmah sering ke luar negara bersama
Lelaki didakwa memindahkan RM2 juta ke dalam akaun Datin Seri Rosmah Mansor dan kemudian menafikan bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri sering ke luar negara bersama-sama pasangan itu.
Memetik laporan Sarawak Report, individu yang dikenali sebagai Roslan Sohari, membuat 16 kali perjalanan ke London pada Oktober 2013 dan Jeddah bulan lalu.
Trip berkenaan dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan sama dengan trip Najib dan Rosmah.
Semalam Sarawak Report mendakwa, Roslan mendepositkan RM2 juta wang tunai ke dalam akaun bank Rosmah di Affin Bank Berhad melalui 8 kali transaksi antara tempoh 2 tahun setengah awal tahun ini.
Maklumat lengkap, termasuk nombor telefon dan pekerjaan turut dipaparkan blog berkenaan. Roslan dikatakan pembantu peribadi di Jabatan Perdana Menteri.
Gambar trip Roslan Sohari dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan bersamaan dengan trip Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor. – Gambar Facebook, 10 Julai, 2015.
Laporan mengenainya boleh diakses terus di SAWARAK REPORT.
ULASAN GB
Di bulan Ramadhan ini banyak benda yang tak betul yang bernanah terbongkar. Samada di sebelah sini atau di sebelah sana.
Hairan juga bagaimana lelaki yang bernama Roslan Sohari itu hendak menafikan kisah yang dah terbongkar. Dan facebooknya pun dah dipdadamkan.
Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!
Hukum kebenaran tetap berjalan....
Lelaki didakwa memindahkan RM2 juta ke dalam akaun Datin Seri Rosmah Mansor dan kemudian menafikan bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri sering ke luar negara bersama-sama pasangan itu.
Memetik laporan Sarawak Report, individu yang dikenali sebagai Roslan Sohari, membuat 16 kali perjalanan ke London pada Oktober 2013 dan Jeddah bulan lalu.
Trip berkenaan dipaparkan di laman Facebook yang kebetulan sama dengan trip Najib dan Rosmah.
Semalam Sarawak Report mendakwa, Roslan mendepositkan RM2 juta wang tunai ke dalam akaun bank Rosmah di Affin Bank Berhad melalui 8 kali transaksi antara tempoh 2 tahun setengah awal tahun ini.
Maklumat lengkap, termasuk nombor telefon dan pekerjaan turut dipaparkan blog berkenaan. Roslan dikatakan pembantu peribadi di Jabatan Perdana Menteri.
Laporan: RM2j dideposit ke akaun 'Rosmah'
Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor.
Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.
Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.
Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama “Roslan Sohari” antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.
“Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)”.
Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.
Malaysiakini juga telah menyemak sebuah laman Facebook milik “Roslan Sohari”, seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi.
Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai “Resident Manager at the Prime Minister’s Office” (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri).
Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu 'mendaftar masuk' di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu.
Tempat-tempat itu antaranya Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu).
Beliau juga berada di Padang, Indonesia, pada 26 Ogos tahun lepas, ketika Rosmah menerima sebuah anugerah Minangkabau.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu ini orang yang sama dimaksudkan oleh Sarawak Report.
Ketika Malaysiakini menghubungi “Roslan Sohari” melalui nombor telefon yang ditunjukkan dalam sebuah dokumen dimuat naik oleh Sarawak Report, dia menafikan berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri atau mempunyai kaitan dengan Rosmah.
Bagaimanapun, gambarnya di profil Whatsapp menunjukkan gambar yang sama dengan pemilik akaun dengan di Facebook.
Laman Facebook telah dinyahaktifkan tidak lama selepas laporan ini diterbitkan.
Malaysiakini juga memeriksa nombor kad pengenalan Rosmah yang dinyatakan di dokumen itu dan mendapati ia sememangnya isteri Najib.
Nombor akaun Affin Bank 1000 xxxx xxxx yang dinyatakan itu juga didapati ia milik “Rosmah Binti Mansor”
Sementara itu, Najib ketika berucap di satu majlis di sebuah masjid di ibunegara malam ini, meminta orang awam supaya tidak percaya dakwaan terhadapnya dan keluarganya di media sosial.
Najib berkata terdapat banyak perkara mengarut di Internet yang tidak harus dilayan.
“Kita akan pastikan kebenaran muncul juga akhirnya,” katanya.
Laporan mengenainya boleh diakses terus di SAWARAK REPORT.
ULASAN GB
Di bulan Ramadhan ini banyak benda yang tak betul yang bernanah terbongkar. Samada di sebelah sini atau di sebelah sana.
Hairan juga bagaimana lelaki yang bernama Roslan Sohari itu hendak menafikan kisah yang dah terbongkar. Dan facebooknya pun dah dipdadamkan.
Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!
Hukum kebenaran tetap berjalan....
17 ulasan:
Nak menipu ingat orang bodo...........Bangang
Sekadar menafikan dan diterima ...... Bengong
Buat penafian umum, geng percaya..... Tongong
Tengok sahaja tak buleh buat apa..... Bengang
Sedarkah kita bahawa Tok Jib dan Kak Rosmah, kedua-duanya berasal daripada Indonesia? Satu Bugis, satu Minangkabau? Orang Melayu yang dok kat Tanah Melayu pi mana?
Patutlah depa tak Patriotik pada Malaysia? Zahid, Syed Hamid, ... kebanyakan Menteri juga berasal dari Indon ....
Ya...... betul. Tapi siapa melayu sebenarnya...,
Apa kata ulama pas suci mulia ilmu tinggi ???
Memang suci mulia,... Contoh terbaik bag I seorang beragama dan parti beragama
Orang melayu dah tak hebat lagi. Orang melayu sangat lemah jiwanya dan mudah hangin sesama bangsa. Melayu yang hebat2 sudah musnah kena sihir atau disantau bangsanya sendiri. Kalau tidak percaya cuba pasang satu papan iklan besar " DI SINI AKAN DIBANGUNKAN KILANG HAJI OSMAN" Anda tengoklah nanti. Beberapa hari kemudian ada orang melayu datang diam2 tanam benda2 setan. Hj Osman pun jatuh sakit dan jadi bodoh atau gila. Dia tak mampu lagi mengurus harta bendanya. Kalau bangsa lain nak jadi kaya tidak mengapa. Nak jadi bos tak apa..
Orang melayu yang ada ini pun hanya mampu bergurindam sahaja.. Dengarkan gurindam hamba yang bertajuk ROSLAN SOHARI
R. Rasanya inilah kisah paling sensasi.
O. Orang sudah lama mencari.
S. Selalunya tidak ada bukti.
L. Larilah sekarang kalau nak lari.
A. Akaun dah nampak terang terbukti.
N. Nanti kisah terburai sendiri
S. Setiap kesalahan kalau terbukti.
O. Orang melayu akan cari.
H. Heboh satu malaya nanti.
A. Akan bangkit minta diadili.
R. R----h tak sempat lari.
I. Inilah balasan dari Ilahi.
Jangan pula anggap saya kata r----h bersalah sebelum diadili. Melainkan serahkan kepada hakim yang adil untuk membuat keputusan.
Najib berkata terdapat banyak perkara mengarut di Internet yang tidak harus dilayan.
Betul tu. patut percaya berita drpd utusan dan tv3 saja
Bersangka baik.
Mana tahu dia mungkin jual cincin berlian dia ke untuk belanja raya.
Ingat akaun Najib kena beku Rosmah dan anak-anak berbuka dengan bubur lambuk je....
Tapi satu lah kita respek Najib, dia dapat orang-orang buat kerja macam ini untuk dia laki-bini semasa jadi menteri pertahanan, Orang macam ini memang taat. Kalau tak tentera, polis.
Keliling dunia dgn duit rakyat...lps tu nak bangga...lps tu cekau duit entah dr mana...lps tu kantoi menipu pulak...
Apsal tak siasat segera mamat ni? Lhdn pura2 tak nampak ke?
Anak beranak........
BUDAK KAMPONG DENGAN MUKA KERJA GOMEN TAK NAK GAKU PULAK......
NAK KATA MUKA TOWKAY TAK ADA , NAK KATA MUKA BIJAK MACAM RAFIZI TAK ADA
MUKA SAJA TAU MUKA MAKAN GAJI CUKAI RAKYAT
KALAU BOLEH JALAN JALAN SATU DUNIA BUKAN TOWKAY , NAMPAK GAYA ANAK BUAH TAK BOLEH LAWAN TOWKAY BILA NAK TIPU TIPU ORANG LAH
Kepala Otak !!!!!!!!!!!
Bazir cukai duit Rakyat saja bayar gaji pencen ke hulu hilir buat bebende tak faedah
Tanam kangkong pin ada hasil.....
Org2 melayu semua berasal dari indon.org asli je org asal malaysia
Mahathir..?? Melayu sejati...
Apa nak jadi manusia kat dunia ni. Tak ingat mati ke. Harta benda yg dihimpun bukan boleh bawak mati. Bukannya boleh nak rasuah malaikat munkar nakir pun. Sanggup menipu di siang hari? Rakyat Malaysia bukannya bodoh. Kami tak mahu pemimpin yg begini.
Melayu sebenarnya ialah pak kaduk.Bersorak sorai gembira berteriak hidup melayu tapi kampung tergadai.
Korang nak tahu siapa melayu? Bodoh2 pak pandir takda lauk dapat rusa buat umpan pancing dan bodoh2 pak kaduk ayam sabung menang kampong tergadai.Apakah pak pandir dan pak kaduk itu bangsanya bukan melayu? Jangan salahkan bangsa, agama dan negara lain sekiranya mentaliti pak pandir dan pak kaduk ada dalam diri.
Bodoh betul Roslan Sohari ni.Nak menipu,tak pandai dan kantoi pulak.Kenapalah dia tak guna ungkapan lazim kerajaan; "saya yang menurut perintah", tak ada lah orang nak marah sangat dengan dia.Ini nak tipu lagi...bulan puasa pulak tu.Nampak benar tak pernah buat surat rasmi kerajaan, kerja taichi kat orang lain ke? -Roslan, kalau kau terbaca ni kau jangan marah, kami menegur yang batil in public....ini bulan puasa,dah nak raya: maaf zahir batin

Catat Ulasan