27 Jun 2015

Pemimpin PAS Terlupa Bahawa PAS Juga Berasal Dari Parti Serpihan!


Mujahid harap Hadi 'lebih matang'

Seorang bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata beliau berharap kenyataan balas yang lebih "matang" daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pemimpin dan anggota PAS yang mencari pakatan baru di luar parti, berbanding berkata mereka akan "tenggelam".

MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk" apabila presiden mengeluarkan surat terbuka kepada ahli PAS.

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.

"Saya rasa, mana-mana presiden dari mana-mana parti akan bertindak dengan cara yang sama tetapi saya berharap respon beliau perlu lebih matang, dan beliau boleh menghormati hak demokrasi sesiapa sahaja pun untuk membentuk parti baru atau pakatan.

"Jika saya jadi presiden, inilah apa yang saya akan cakap. Saya akan menyuarakan harapan bahawa kita boleh bekerjasama dengan parti baru ini jika kita bersetuju mengenai gambaran yang lebih besar. Kita perlu bekerjasama dengan orang lain demi kepentingan bersama rakyat.

"Tetapi malangnya ia datang daripada mulut seorang presiden yang memperkecilkan hak demokrasi anggota PAS.

"Beliau bukan sahaja memperkecil, malah memandang rendah terhadap mereka (dengan menyifatkan) seperti kapal tenggelam atau nyamuk," kata Dr Mujahid kepada Malaysiakini.

Mujahid berkata beliau tidak boleh menyalahkan Hadi yang dilihatnya seolah-olah "sangat berpuas hati" dengan apa yang beliau ada sekarang dan beliau mempunyai hak untuk menyatakan apa yang beliau rasa.

Mujahid, salah seorang daripada 18 pemimpin progresif PAS menjawab soalan berhubung pandangan Hadi mengenai pemimpin dan penyokong PAS yang mencari wadah baru selepas kekalahan mereka dalam muktmar di Kuala Selangor awal bulan ini.


Hadi Ketinggalan - Suhaizan

Pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan ini yakin parti politik baharu yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam pembentukan Pakatan 2.0 tidak akan 'tenggelam'.

Setiausaha G18, Suhaizan Kayat menyifatkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak ketinggalan apabila memberi peringatan bahawa ahli dan pemimpin parti Islam baharu itu akan 'tenggelam' apabila ia ditubuhkan.

"Zaman sekarang sudah berubah. Lanskap politik sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan G18 ini berbeza dengan sejarah lama.

"G18 bukan dibentuk atas inisiatif satu dua pemimpin serpihan PAS. Ia sebaliknya adalah gerakan rakyat, hasil sokongan rakyat," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baharu itu.

Kenyataan Hadi disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan bahawa sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan PAS tidak mampu bertahan lama.

Mohd Amar menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) sebagai contoh.

Mengulas lanjut, Suhaizan yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat bagaimanapun menolak amaran dan peringatan Hadi.

"G18 berbeza dengan Hamim mahupun parti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Parti-parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang mahu bergerak sendiri.

"Bezanya G18 bukan ditubuhkan oleh pemimpin, walaupun yang mengetuainya adalah bekas pimpinan PAS tapi hakikatnya ia didorong oleh sokongan rakyat, bukan sahaja ahli PAS," katanya.

Jelas Suhaizan lagi, G18 kini giat mengadakan pertemuan dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong perjuangan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

G18 diketuai bekas Timbalan Presiden PAS yang kalah, Mohamad Sabu.
-mstar


ULASAN GB

Parti baharu akan tenggelam, parti baharu tak tahan lama, parti baharu tak kekal... demikian suara-suara ulama yang merasa terancam dengan kewujudan sebuah parti baharu.

Mereka yang mendakwa parti baharu itu tidak kekal lama dan akan senassib dengan BERJASA dan HAMIM, terlupakan akan sejarah sebenar Parti Islam Malaysia (PAS) sendiri.

Sejarah penubuhan PAS bermula daripada Bahagian Agama UMNO yang sewaktu itu dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan, seorang tokoh ulama dari Terengganu. Ahmad Fuad kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan presiden parti iaitu Dato' Onn bin Jaafar. Haji Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS.

Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa perletakan jawatan Dato' Onn daripada presiden UMNO, Haji Ahmad menjadi salah seorang daripada calon presiden disamping Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato' Zainal Abidin. Tunku Rahman telah dipilih sebagai presiden setelah mengalahkan calon-calon yang lain.

Haji Ahmad dikatakan kecewa serta tidak menerima kekalahan itu sebaliknya beliau keluar dari UMNO dan membawa bersamanya PAS. Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai persatuan yang berasingan daripada UMNO, sebagai sebuah parti politik baru. Ternyata bahawa kemunculan PAS sebagai parti politik adalah serpihan daripada UMNO

Jadi dimanakah letaknya otak kamu wahai pemimpin PAS yang menuduh parti baharu itu akan tenggelam, tidak tahan lama dan sebagainya sedangkan kamu juga kini sedang berada di dalam sebuah parti yang dulunya adalah serpihan UMNO?

G-18, teruskan dengan parti baharu, ramai yang kini sedang menunggu, persetankan semua suara cuba menghalang dan mengganggu!

19 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Hadi bawa kehancuran pas dan pakatan pembangkang

Hadi dikuasai oleh olamak muda yg gian jawatang dunia dan akhirat

Selangor di jadikan lubuk untuk pemuda merembat...

Yg merana rakyat dan penyokong bawahan...

Target ostad muda adalah singkirkan hadi dan d ganti nasrudin hellfire sbg presiden diikuti abudoh sbg timbalan dan ding ayang sua. Abdul khalil jadi keldai suruhan... Ini dia projek 5 tahun pemuda sesat gila pas... Hasil lubok emas dari Selangor semua boleh jadiii

Hadi terlebih matang sehingga kerja gila ostad muda buat tak tahu...

Habislah pembangkang pru14... G18 pun tak boleh tolong

Tanpa Nama berkata...

Ya, persetankan mereka!
G18 & Pasma memberi 'Harapan Baru'.

Unknown berkata...

Syabas GB:

Kupasan tuan memang menarik, rupa-rupanya PAS pun berasal daripada parti serpihan.
Dari pemerhatian saya parti-parti serpihan yg mana bersama Majority Rakyat,selalu membela rakyat,memahami masaalah rakyat,dan menunjukan tauladan yg baik untuk rakyat,mengujudkan Good governance, ianya akan kekal lama.Lonjakkan majority rakyat pada 2008 bila PAS diterajui oleh TGNA bersama ahli-ahli progressive bersama DAP/PKR, telah mencipta sejarah menaklukki 5 negeri dan pertama kali dlm sejarah menapikan 2/3 majority parlimen.Yg membuatkan parti-parti berpecah adalah disebabkan pemimpin-pemimpin yg gila kuasa,gila/rebut jawatan,hanya mementingkan group dan kumpulannya, dan meningalkan tugasnya yg penting utk membela rakyat,dan memberikan tauladan dan contoh-contoh tak baik,janji-janji diabaikan, inilah bibit keruntuhan sesuatu parti atau organisasi itu.

Sekali lagi, saya berasa sungguh yakin G-18/PASMA, bersama rakan-rakan DAP/PKR Akan merealisasikan semangat 2008 Dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yg ada.

Kenapa tuhan tidak membenarkan kita memenangi PR13, Sedangakan PR Memperolehi 52 % majority popular Vote dari rakyat.Kalau di negara lain sudah tentu PR akan berkuasa.Hikmahnya disini ialah jika kita diberi kuasa tentu kita akan "BERANTAKKAN sesama sendiri" siapa nak jadi PM/Menteri-menteri kanan??Bergaduh pasal hudud??nescaya golongan2 progressive PAS akan diterajang!!!Yg TINGGAL PAK-PAK LEBAI menguasai pemerintahan negara, LINGKUP negara dibuatnya.

Anggap ini ujian dari tuhan ,utk memperbaiki gerakkan kita, supaya kemenangan yg akn dicapai nanti betul-betul kemenangan rakyat dgn keredhaan ALLAH.

WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

knapa pas xputus hubungan dgn pkr setelah tduh pkr sekular anwarinas dll. yg bettul2 islam kn pas sj.

sebb pas ada agenda belum selesai di selangor. nk jatuhkn slngor dr dlm pakatan. paling tidak ada kpentingan peribadi diselangor.

agenda pas makin kelabu dn bahaya utk pakatan. wajar sgt parti baru ditubuhkn

Tanpa Nama berkata...

AWAS ULAMA' JAHAT

Idris Hj Ahmad

3/5/12

Ulama' mesti beramal dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan. Manakala ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulama' yang memutarbelitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.

Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahayanya ulama’ jahat di dalam sabdanya “Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. BIla ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda : Ulama’ su’. Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain.

Awas! Kita hendaklah membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat. Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat. Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim , kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain.

Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja. Sebenarnya ulamak jahat ia telah dilantik oleh syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja syaitan untuk menyesatkan orang ramai.

Ulamak jahat ini dipandang oleh Allah spt keldai dan anjing. Firman Allah SWT “Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulnya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustakan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang menginaya dirinya”.( Surah al-Jumaah:5” Firman Allah SWT “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangai syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat” (al-Araf 175). Allah mengibaratkan ulamak yang jahat seperti anjing “Perumpamaannya sebagai anjing, kalau engkau menghalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya” (Al-Araf 176).

Ulamak jahat ini muncul; sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan syaitan, sudah cukup dengan membaca ayat kursi dan Auzubillah. Tetapi syaitan manusia yang bertopengkan agama ini agak sukar untuk kita menghadapinya, kerana mereka juga boleh membaca al-Quran. Ulamak jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada pembalasan Allah SWT. Mereka boleh mempermainkan ayat dan hadis tanpa sandaran yang kukuh.

Mereka akan cuba mencari dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka. Walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmunya. Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galanya maka kesemua itu diketepikan. Realiti yang berlaku kehidupan ulama’ jahat ini akan dihina ketika berada di atas dunia lagi.
Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari ayat yang menghalalkan tidakan mereka. Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat-ayat yang meyenangkan pemimpin ynag zalim mereka juga akan diketepikan. Akhirnya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

2/2..

Diantara ciri-ciri ulamak jahat ialah takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT. Tamak kepada dunia dan pangkat. Pengampu kepada pemerintah yang zalim. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim. Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.

Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca. Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. Bercakap tidak serupa dengan bikin. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada kepada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.

Tanpa Nama berkata...





Betul lah tu parti serpihan akan tenggelam.

PAS parti serpihan kan dan sekarang PAS yang akan tenggelam. Lama tak lama atau cepat tak cepat je. Yang lain-lain cepat tenggelam nya dan tak dapat rasa nikmat kejayaaan yang macam PAS telah rasa. Sebagai parti serpihan yang bertahan lama sepatutnya PAS tak boleh tenggelam tetapi seperti GB selalu katakan ianya adalah doa mereke sendiri supaya PAS yang tenggelam. Jadi kita amin kan je.

Tenggelam atau tidak parti baharu ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tetapi kita kena ingat ibarat kapal di lautan, parti ini di iringi dengan kapal armada dan kapal selam berpeluru berpandu yang sentiasa membantu kapal baharu ini.

Lebih baik jangan di pedulikan Hj Hadi dan ulamak UG, kita serahkan kepada ahli dan rakyat sendiri yang menilaikan. Bila tak matang kita layan membuang masa kita. Sama lah jugak kalau G18 layan pemimpin yang guna modal 'mimpi'. Bahkan kalau ada ulamak yang terputus jari main mercun pun, usah di pedulikan.

Jangan kita bertangguh-tangguh. Kita kan harapan baru dengan cara baru. Maju dan Maju.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke Kambing yang keluar dari kawanan kambing tidak selamat?

Kerana seekur kambing lari masuk ke dalam gua lah Syawal ((P.Ramlee/Ahmad Al-bab) dapat harta karun.

Dulu. Dula lah. Kambing lepas begitu je. Sekarang kambing dalam kandang.

"Zaman sekarang sudah berubah. Lanskap politik sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan G18 ini berbeza dengan sejarah lama.

Beetuuuul.

sb dehlawi berkata...

sokong pandangan rakan dn gb

Tanpa Nama berkata...

sejarah dan susur galur penubuhan pas secara akademik dan ilmiah boleh dilihat dlm sebuah makalah artikel terbitan UKM oleh Paridah Ali dan boleh dicapai melalui http://journalarticle.ukm.my/539/1/1.pdf

Tanpa Nama berkata...

tau pulak nak refer sejarah penubuhan parti serpihan semua nya akan tenggelam...kiranya nak remind la klu keluar parti pas.. tak kemana..suroh belajaq dari sejarah la tuu.......yenna dei solle..! yg hang tak belajaq dari sejarah tu bila nak bekawan dgn umno apa jadik...di patok ulau sepuluh kali tak paham paham lagi ker...nie...mai nak habag. p sembang dgn to usin ceroi boleh la...

Tanpa Nama berkata...

Anom June 27, 2015 at 1:13 AM

Setelah memutuskan usul dgn DAP TANPA BAHAS, Tapi masih ramai ahli2(ug) PAS bergayut minta nyawa dgn DAP, gentlementNYA AHLI (UG), mana nak letak maruah orng islam kata tak nak geng dgn orng menentang hudud.

Sendiri punya perlembagaan di pijak-pijak, macamna nak bawa hukum ALLAH.atau pun berpilih-pilh:Bila Bab laba/jawatan:orang yg menentang hudud pun disokong.

Dulu baruakan 2 ahli-bila menentang MB, sekarang baruakan 15 ahli menyokong MB,sedangkan PKR/DAP tak menyokong pun RUU 355.conclusionnya sebab laba/jawatan.

Diperak pun sama dgn tak malunya suruh DAP,Tak support Nizar, PAS (ug) cuma ada 5 dun ajer, dgn muka tak malunya minta tolong kafir harbi yg tak mahu hudud tu!!

MORAL OF THE STORY:Hukum ALLAH, DIPERMAIN-MAIN,IKUT SUKA HATI dan selera nafsu,kerana laba/jawatan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Baru sat ni tgk berita Awani...tgk temuramah satu mamat org PAS ni...lebih kurang mcm ni dia ckp.
" Tak guna G18 wujudkan parti baru kerana ia hanya memecahbelahkan undi utk menentang BN.."

" Kepimpinan yg baru adalah lebih Islamic berbanding kepimpinan yg tersingkir...tak boleh lihat drp jubah shj tapi tgk kepada ucapan mereka.."

Hmm...lebih kurang mcm tu ler bunyinya...
Pergh....bodoh sey....ingat balik Mesir..balik drp negara Arab dah cerdik erk..rupanya bodoh.

Wei....tu yg dok pecah undi itu hari kat Kota Damansara siapa wei...bukankah PAS Haji Hadi?

Oo....G18 tak Islam sgt erk....phuiiihhh...dah tu org PAS jer yg Islam. Buleh fitnah org...hina org..kutuk org...perlekehkan org....

Tanpa Nama berkata...

Sekarang tak usah dok kata apa lg lah. Kita buat kerja kita. Senyap2 bangkitkan parti baru. Biarkan pas dengan kerja dia. Sekarang fikirkan satu hal yakni apakah kesannya kepada parti2 yang lawan bn nant. Pertembungan 3 penjuru ditakuti berlaku kerana pas mungkin letak calun. Walau pas tak menang kerana mereka tak harapkan kemenangan sekarang ni. Rakyat yang belum mengenali parti baru tetap memilih pas. Akhirnya yang menang tentunya bn juga. Sebab itu parti baru mesti segera diwujudkan. Perang saraf melalui saluran ciber mesti disegerakan. Anak2 muda kena dikerah berkempen kepada orang tua. Ingat bn ada agensi saraf yang hebat. Bila2 masa boleh berlaku pilihan raya. Oleh itu kita sekarang mesti perlahankan serangan kepada pas. Kita jangan pukul pas kuat2. Mereka jadi pendendam dan sangat pedih. Akhirnya mereka jadi gila dan menjahanamkan kita. Peristiwa 3 penjuru yang memedihkan kita pada pru 13 membuktikan hadi awang boleh buat apa saja. Dia balik dari jepun tak menjawab pun kenapa hudud batal dibawa ke parlimen tapi tiba2 menuding jari mengugut parti baru. Tidakkah tindakan begini mencerminkan betapa bahayanya mentaliti abdul hadi?

Tanpa Nama berkata...





" Tak guna G18 wujudkan parti baru kerana ia hanya memecahbelahkan undi utk menentang BN.."

Undi UMNO dan Undi PAS yang akan beralih ke parti G18. Ahli UMNO yang undi parti G18 kerana ulamak kelentong tak ada dalam parti G18 dan Ahli PAS yang undi parti G18 tak perlu lah kita sebut disini.

PAS dah tentu kalah kalau bertanding di kawasan majoriti cini atau peratus cina tidak banyak beza dengan pengundi melayu. Begitu juga di tempat kawasan pengundi melayu PAS kena yakin mendapat 30 peratus dari jumlah pengundi melayu.

Sebab itu parti baharu mesti di tubuhkan, jika tidak lagi senang UMNO BN menang jika PAS lah yang bertanding.

Sekurang-kurang nya jika kalah pun, kita akan tahu berapa jumlah PAS dapat dan berapa jumlah yang parti G18 dapat.

Tanpa Nama berkata...




Selepas raya ini insya allah tertubuh parti baharu G18.

Ditakdir kan selepas 3 bulan ahli parti tersebut berjumlah 200,000 orang dan seterusnya ahli nya bertambah menjadi 500,000 dan sedangkan ahli PAS semakin surut dengan jumlah ahli 150,000 orang, ketika itu parti mana kah parti serpihan ?? Kerana jumlah ahli PAS yang 150,000 semakin berkurangan.

Adakah PAS tidak akan bertanding ketika pilihanraya akan datang untuk memastikan BN tumbang? Fikirkan lah...

Tanpa Nama berkata...

Mara terusjange dok kelih{tengok}ko belake .Biar lah mereka menyalak.Anjing kalui tengok sesuatu agak membahayakan terus menyalak dan jelir lidah.{Ulamak jahat bagaikan anjing/keldai :ceramah Ustaz MAZA}.Kami akar umbi KELATE tak sabar menunggu.

Tanpa Nama berkata...

Sedara.nampaknya sedara hanya tahu berkenaan sejarah,tp x faham sejarah.mungkin sedara hanya bertanya pd encik google ataupun ustaz umno barangkali apabila mengatakan pas parti serpihan.baca & kaji semula sejarah!pas bukan serpihan,tp aspirasi rakyat ketika itu yg inginkan islam!bermula dr pkmm pimpinan dr buhanudin al helmi hingglah hizbul muslimin pimpinanustaz abu bakar.hj fuad hanya initiate bersama-sama pimpinan hizbul & lain2.baca!sayap ulama umno dipengaruhi prjuangan islam terdahulu ditambah kecewa dgn umno!mereka bersama-sama membentuk pas..bukan SERPIHAN! jangan duk buat fitnah & tahu menulis mengikut sedap hati & emosi shj!tulis supaya nampak pandai jgn nampak dangkal!!-HP

Sila approve komen sy dan jom kita berbahas.sbb sy sedih adenye blogger spt saudare yg bnyk menimbulkan fitnah & kebencian!

Tanpa Nama berkata...

Kelakar gila baca komen anon 10:01

Dah tak mengaku PAS parti serpihan UMNO dengan alasan kononnya ia aspirasi rakyat ketika itu yang inginkan Islam. Tetapi kemudian mengakui FAKTA bahawa "hj fuad hanya initiate bersama-sama pimpinan hizbul & lain2.baca! sayap ulama umno dipengaruhi prjuangan islam terdahulu ditambah kecewa dgn umno!mereka bersama-sama membentuk pas..."

Sekarang dengan hujah yang sama kita menyatakan parti baharu alternatif kepada PAS adalah aspirasi akar umbi yang mahukan parti Islam alternatif tersebut. Oleh itu ia bukan serpihan!

Jadi jangan putar fakta dan kemudian menuduh greenbox timbulkan fitnag dan kebencian.