11 Mei 2015

[VIDEO] Mat Sabu Kecam Ada Pihak Mahu Beri ‘Tongkat’ Baru Kepada Umno


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengecam pihak yang cuba memberikan “tongkat” baru kepada Umno selepas tongkatnya selama ini patah, merujuk kepada MCA dan MIC, dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) yang lain.

Tanpa menamakan pihak yang mahu menongkat Umno itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika Umno terhoyong hayang mahu rebah sekarang, ada pihak yang cuba menahannya daripada jatuh.

"Ciss... siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?" tanya Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi di Kota Baru.

Turut serta dalam ceramah anjuran PAS Kota Baru itu Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Mat Sabu dipercayai menyindir sesetengah pihak dalam PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Menurut Mat Sabu, semasa satu Muktamar Pemuda PAS di Rusila, Marang, mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekuatan Umno dan BN ialah kerana adanya tongkat iaitu daripada MCA dan MIC.

"Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno," kata Allahyarham Nik Aziz sebagaimana diceritakan Mat Sabu.

"Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah.

"Sekarang, dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang terhoyong hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan tumbang," kata Mat Sabu dalam ucapannya di depan kira-kira 1,000 hadirin.

Baru-baru ini, semasa diwawancara akhbar Singapura, Nation, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mencadangkan sekali lagi agar kerajaan perpaduan tanpa pembangkang ditubuhkan di Malaysia dengan menggabungkan semua parti dalam negara, baik daripada BN mahu pun Pakatan Rakyat (PR).


Cadangan ini pernah beliau suarakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 namun ditolak pimpinan PAS sendiri.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah juga mencadangkan penubuhan kerajaan dalam bentuk yang sama iaitu satu koalisi nasional manakala Lim pernah mencadangkan kerajaan dibentuk berdasarkan tentangan kepada hudud.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mat Sabu juga menegaskan, kejayaan PAS dalam politik selama ini ialah melalui kerjasama dengan pihak lain.

Beliau berkata, kejayaan PR memerintah 5 negeri pada PRU 2008 adalah kerana kerjasama antara PAS, PKR dan DAP.

"Adakah DAP berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Pulau Pinang? Tidak boleh," tegasnya.

"Begitu juga PKR. Mereka tidak akan berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Selangor.

"Kejayaan PAS mengambil alih Kelantan pada 1990 juga adalah kerana bekerjasama dengan pihak lain iaitu Semangat 46."

Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Terengganu pada 1999 yang merupakan hasil kerjasama dengan parti Keadilan Nasional, katanya. -TMI



ULASAN GB

Apa yang disampaikan oleh Mohamad Sabu malam tadi sedikit sebanyak menyamai apa yang disampaikan oleh TGNA satu ketika lalu.




9 ulasan:

antiasobiyah berkata...

Sorry,Admin!nak jerit HOI...puak UG..ampa Faham ke tak!brengset>>

Malaysiabaru berkata...

Hadi muka tebal 7juta inci (sempena 7syurga)

Din ayam ( duit Selangor 100 000 sebulan)
Nik abduh ( duit mlm )
Tontontvi. ( duit pemuda umno )

Mestilah menang UG

Tanpa Nama berkata...

oiii ostad UG,,,dongar tu,,,,mcm ayam berkokok UG ni,,hebat luat ilmu politik hampehhhh

Tanpa Nama berkata...

.

Anwar cadang pembentukan Kerajaan yang sama ok No problem

Kit Siang cadang pembentukan sebab huud pun ok No problem

PAS Ini PAS tau cadang jugak tapi tak boleh Tak ok Problem

Sebab PAS tetap PAS UMNO tetap UMNO
Sebab TGNA dah kata kenapa nak selamatkan UMNO yang dah lemas
Sebab Siapa Hj Hadi Siapa TGNA
Sebab PKR dan DAP tak sama sama PAS yang telah 55 tahun nak benamkan UMNO dan UMNO nak benamkan PAS
Sebab UMNO ada cendehkeh nya bila cuma setuju bergabung dengan PAS sahaja tidak dengan PKR dan DAP walaupun ketiga tiga mempunyai cadangan yang sama
Sebab walaupun Rosli suka Kita tak suka tau

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (gambar kanan) dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah akan turut dipanggil.

Yg nak ug sgt tu x belajor sejarah ke....geng2 mendeliar ramei lo ni dale kjaan....taubatlah weiiiii....dah sedap naik weelfire kot.....baca komentar dia smlm pun lotih den.....

ibnu ismail berkata...

Pandangan saya, rupanya majoriti dalam majlis syura ulama tak menyokong Pas berada dalam pakatan rakyat. Tetapi suara majoriti ini tak dapat menandingi ketokohan bekas presiden pas, Fadzil Nor dan Tok guru Nik Aziz. Selepas ketiadaan 2 tokoh ni, barulah nampak jelas pendirian mereka.

Tanpa Nama berkata...

Bukan Beri Tongkat

Sebab Tongkat itu di beli oleh UMNO

Harap Najib tak sempat pakai lagi lah Padan muka pro Ulamak Tapi kalau kedudukan Najib kukuh lagi sombong lah sikap pro Ulamak ini

Maçmana MCA MIC macam tu jugak lah nasib PAS nanti

Tanpa Nama berkata...

60 th tak kenal lg ke hati perut umno. Jgn disbbkn momokan agama melayu dan raja yg di hulurkn umno yg dah tersepit kita lupa peribadi umno yg kita kenal 60 thn lalu. Sesgghnya perginya tgna satu ujian besar buat perjuangan islam di malaysia. Ya Allah bantulah perjuangan islam di malaysia dan kembalikanlah pemimpin kami yg telah terpengaruh dgn tipu daya yg hendakvmerosakkan kesatuan kami. Insafkanlah mrk dari tipu daya tersebut

Tanpa Nama berkata...

Pendapatan pihak UG pegang pd pandagan bahwa rikwayat Najib selaku PM perlu dilanjutkan, tak kira apa skandal serta apa jua tekanan Mahathir ke atas is Najib.

Yg penting Hadi dan Geng ulama dpt sambung kerjasama dgn Najib utk luluskan unsur hudud. Kalau Najib tumbang, maka habis gitu le agenda dan tindakan samar mrk dlm PR selama ini.