12 Mei 2015

Pengerusi Majlis Fatwa Akui Transaksi TH-1MDB Tidak Pernah Dibincang


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mengakui urusan pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa.

Menurutnya, penerangan mengenai urusan pembelian tanah di TRX itu dijelaskan menerusi kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa ketika sidang media penjelasan isu itu kelmarin.

Bercakap kepada The Rakyat Post, beliau berkata demikian dengan mengulas dakwaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata Majlis Fatwa tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik syarikat 1MDB.

“Memang betul kata Asri, saya tidak pernah timbulkan hal itu dalam Majlis Fatwa… saya tidak nafikan perkara itu.

“Ketika itu saya bercakap sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa, jadi mungkin orang salah faham, termasuk Asri,” katanya.

Terdahulu Dr Abdul Shukor ketika sidang media bersama Lembaga Pengarah TH berkata urusan jual beli tanah yang dibeli daripada 1MDB adalah sah dan mengikut syariah.

Namun Dr Mohd Asri semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan memuat naik sekeping foto surat khabar.

“Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

“Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini,” tulisnya di laman Facebook. – The Rakyat Post

ULASAN GB

Pincang. Tan Sri Abdul Shukor menyatakan bahawa kenyataan beliau adalah menerusi kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa.

Jika demikian halnya SEPATUTNYA kenyataan beliau hanyalah untuk "urusan dalaman" Tabung Haji dan bukan untuk pengumuman kepada masyarakat umum kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan, apatah lagi beliau juga adalah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Telah acapkali sebenarnya Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan itu telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang dipersoalkan misalnya di satu masa dulu pengerusi berkenaan pernah mengeluarkan fatwa "HARAM" menyertai perhimpunan BERSIH. Tetapi kemudian akhirnya menteri di JPM menafikannya. Malah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pertubuhan BERSIH itu sendiri bukan sebagai satu pertubuhan haram seperti yang didakwa oleh Menteri KDN sewaktu itu.

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu rombak. Ia tidak boleh berperanan sebagai kuda tunggangan kepada parti politik khususnya pemerintah. Ia perlu bebas dan perlu menjadi badan yang berkredibilit dan authentik di dalam pengeluaran fatwa dan hukum.

10 ulasan:

Ridd berkata...

Bukan Dato Asri yang tak faham tapi Azeez dungu tu tak faham. Azeez yang sebut.

Ilmuan bila Gaji dah banyak sampai sangup lihat hak orang Islam tergadai.

mohd shahran berkata...

yang cakap kata majlis fatwa keluarkam kenyataan ialah Azeez kenapa pula dr asri yang salah faham bukan mamak bendahara

Tanpa Nama berkata...

dia duduk dlm lembaga tabung haji, mestilah apa yang tabung haji buat betul.

apa hukum jual beli dlm Islam?

1. jadi org tengah untung atas angin
2. beli murah jual berganda2 mahal.

sama ler org tu yg bjwtn dresort world, tak pernah jumpa ayat Qur'an haram judi.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya beliau amat berbesar hati untuk dilihat sebagai barua UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

meeka ni semua orang iskin.makan gaji dakam banyak tempat,gaji atau elaun beribu2 tapi tak cukup2,tidur pun dah tak lena.duit banyak tapi tak cukup.yang jadi gelandangan tidur bawah tanga tapi lena,cari makan sekali aje,mungkin tak banayk dosa..kumpulan yang macam ulamak ni makan entah haram ke halal dengan gaji dan elaun tersebut,sekarang ni makan sumpah dari orang kampung2.

Malaysiabaru berkata...

Nik abudoh kata JIKA nik Aziz hidup tiada peluang lim Kit siang di jemput ke Kelantan

MASYAALLAH SESAT NYER KO LULUSAN UNIVERSITY HRMJADAH ...ISLAM

NIK AJIS DAH MATI JGN KATA JIKA...

KO TAK REDHA DGN KEPUTUSAN ALLAH..

JIKA JIKA JIKA NIK AJIS HIDUP...

ELLOOO BWK MENGUCAP WEII AHLI POLITIK AJARAN SESAT !!!

Tanpa Nama berkata...

TABUNG HAJI TIDAK PERNAH BERBINCANG DGN MAJLIS FATWA??? Satu persoalan yg agak membengkok,aku tidak bias tentang amalan-amalan yg bengkok dan jika aku memaksa tentang amalan-amalan yang Bengkok maka akan terbias gemuruh aib kemaluan!!!Dan aku berani Kata majis fatwa hanya dipergunakan untuk majlis politics kepada golongan berpengaruh...aib,keaiban yang berlaku.Onar yg berlaku melibatkan Tabung haji melontarkan ketidak amanahan...bukan sekali tapi berlaku berkali-kali....Oleh karna berlaku bibit-bibit pergesaran antara soldadu pemerintah Dan soldadu bekas pemerintah maka keaiban itu harus dilontarkan..agar berlaku pergeseran..alhamdulillah pada pencipta katabulah karna Baku mengenal karma-karma yang Bangkok...

Tanpa Nama berkata...

Selain TS Abdul Shukor sudah tentu ada Ahli Lembaga Pengarah yang lain boleh beri kenyataan tersebut. Ada jual beli. Ada barang ia itu tanah dan ada persetujuan. Maka urusan tersebut adalah mengikut syariah.

Azeez sendiri boleh beri kenyataan tersebut. Tetapi TS Shukur yang beri kenyataan sebab yang lain bukan dari Majlis Fatwa. TS Shukur tahu ketika ini lah tugas nya sebagai Pengurusi Majlis Fatwa di perlukan dalam masa menjadi Lembaga Pengarah TH.

Dalam hal ini TS Shukur tidak boleh berdolak dalil sebab dia mewakili Majlis Fatwa dalam Lembaga Pengarah

Ini lah kefahaman kita dan sudah pasti kenyataan tersebut untuk melindungi pihak yang terlibat dengan pembelian tanah tersebut.

Kepada Allah kita kembalikan



Tanpa Nama berkata...

Nafas dah semput semput pun masih lagi nak hitamkan hati.

Macam hidup 50 tahun lagi.

non baling berkata...

AKU SETUJU DENGAN ANON 01:42

APA JUGA ALASAN, SEMUA TOLAK TEPI, APA YANG PENTING JAGA PERIUK NASI !
( macam dajei )