13 Apr 2015

Ust Ahmad Awang Sedia Lawan Hj Hadi


Terima cukup pencalonan, Ahmad sedia timbang lawan Hadi

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sedia menimbangkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS selepas mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan itu.

Namun, beliau masih enggan membuat keputusan waktu ini kerana katanya masa masih panjang dan tidak perlu terburu-buru.

"Kita lihat juga berapa calon yang lain. Ini kerana, yang banyak mendapat pencalonan sekarang ialah Datuk Husam (Musa)," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

Katanya, pencalonan yang banyak untuk melawan penyandang jawatan ini membayangkan kecenderungan ahli PAS membuat perubahan di pucuk pimpinan parti.

"Kita lihat kecenderungan hendakkan perubahan pucuk pimpinan sudah jelas," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Namun, bagi beliau, pemimpin yang perlu naik ialah yang lebih muda dan jelas dalam perjuangan dan bukan semestinya ulama.

Ahmad kini melepasi syarat minima dua pencalonan dengan pencalonan terbaru dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas mendapat yang pertama dari Parit Sulong sebelum ini.

Sebelum ini, Husam juga layak bertanding. Beliau kini mendapat pencalonan 8 kawasan dari seluruh negara. Semalam, beliau mendapat satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan di seluruh negara apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung iaitu Kota Baru, Kelantan tidak mencalonkannya sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini.

Sehingga kini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatannya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden sehingga kini dan mendahului penyandang jawatan itu Mohamad Sabu.

Beliau kini mendapat 21 pencalonan untuk jawatan itu manakala Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 7 pencalonan.

Untuk jawatan naib presiden pula, nama yang popular sekarang ialah Salahudin Ayub, Datuk Seri Mahfuz Omar dan Idris Ahmad.

Turut mendapat pencalonan dari kawasan-kawasan ialah Tuan Ibrahim, Husam, Datuk Dr Mujahid Yusof (ahli Parlimen Parit Buntar), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (timbalan MB Kelantan), Nasrudin Hassan (ahli Parlimen Temerloh), Datuk Iskandar Samad (exco Selangor), Dr Mariah Mahmud (ahli Parlimen Kota Raja), Mat Sabu dan Datuk Dr Mahfodz Mohamad (exco Johor).

Sementara itu, dalam mesyuarat agung semalam, dua penyandang jawatan kalah dalam pemilihan peringkat kawasan.

Menantu presiden PAS Zaharudin Mohamad mengalahkan bekas Yang Dipertua PAS Subang Mesni Dahlan.

Di Kampar, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikalahkan Sufian Rejab untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kampar. -TMI

Selepas pencabar Hadi cukup pencalonan...

Selepas cukup pencalonan untuk mencabar presiden, penyokong veteran PAS Ahmad Awang dilihat terus berkempen mengangkatnya sebagai calon terbaik berdepan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anggota Parlimen parti Islam itu Khalid Samad mengetengahkan "perbualannya" dengan seorang penyokong Ahmad selepas mesyuarat agung tahunan PAS Shah Alam.

Dalam pemilihan peringkat bahagian itu sebelum ini, Ahmad dan Hadi sama-sama popular di mata perwakilan apabila dipisahkan cuma enam undi.

Hadi mendapat 78 undi, manakala Ahmad memperoleh 72 undi.


"Dia (Ahmad) menyelamatkan PAS semasa PRU (pilihan raya umum) 2008 dahulu. Kalau tidak kerana ketegasan Ustaz Ahmad Awang, PAS Perak mungkin sudah bersatu dengan Umno di Perak untuk membentuk kerajaan.

"Dia mampu menyatu padukan ahli dan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita patut berikan dia peluang," tulis Khalid, memetik jawapan penyokong Ahmad itu.

Bagaimanapun Khalid, dalam perbualan yang diceritakan kembali di blognya hari ini, membantah dengan menyatakan bahawa Hadi juga bertegas dengan Umno sewaktu krisis di Perak.

Ahmad 2, Hadi 22, Husam 8

"Tidak apalah YB, mesyuarat agung tahunan kawasan pun sudah selesai. Pandangan saya begitu. Bagi saya, PAS perlukan presiden yang lebih bijak merancang dan mengatur strategi, pandai berkawan dan jujur dalam persahabatan.

"Tapi yang lebih penting lagi, sebagai ketua eksekutif, seseorang presiden mesti bersedia untuk dikritik dan ditegur. Tidak dianggap 'berdosa' menyanggah pandangannya dan tidak salah membetulkan kesilapannya sekiranya tersilap," tulis Khalid, memetik jawapan anggota akar umbi PAS itu.

Ahmad semalam selamat dengan dua pencalonan bahagian dengan pencalonan minimum daripada Parti Sulong dan Jelebu. Hadi pula mendapat sekurang-kurangnya 22 pencalonan kawasan.

Sementara itu Naib Presiden Datuk Husam Musa pula mendapat sekurang-kurangnya lapan pencalonan daripada kira-kira 30 daripada 191 bahagian yang telah bermesyuarat setakat ini.

Muktamar pemilihan PAS kali ini akan berlangsung pada Jun ini di Kuala Selangor.

Soalan Umno: Kamu barua atau broker?

Dalam tulisan di blog itu juga, Khalid berkata, berdasarkan maklum balas diterimanya, akar umbi PAS mengakui ketokohan dan kefakihan Hadi tetapi mereka perlukan pemimpin yang cekap berpolitik.

Perkara lain dibangkitkan padanya termasuk dakwaan kelemahan kepimpinan Hadi seperti kekalahan PAS di Terengganu sebelum ini, tidak terbuka pada kritikan serta kegagalan menangangi perbalahan dalaman parti dan Pakatan.


Selain itu, kata Khalid, anggota itu turut mempersoal kritikan Hadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka dalam krisis Selangor serta tindakannya melemparkan ungkapan “barua” dan “broker' kepada ahli dan pimpinan PAS tertentu.

"Saya minta maaf lagi, saya hingga hari ini tidak boleh terima. Sudahlah tu, bukti pun tidak ada. Tetapi main tuduh begitu. Terbuka pula.

“Bila saya balik dari muktamar, kawan saya dari Umno tanya saya, kamu ni barua ke broker? Geramnya saya,” katanya.
-mk


ULASAN GB

Sekalipun Husam Musa mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Ust Ahmad Awang, namun jika hendak bertanding jawatan Presiden, pada pendapat GB, maka Ustadz Ahmad Awanglah orang yang paling sesuai untuk mencabar Haji Hadi.

Ini berdasarkan faktor kedudukan dan latarbelakang Ustadz Ahmad Awang sendiri sebagai seorang ulama yang disegani di dalam dan diluarnegara. Beliau pernah memegang jawatan Presiden Peratuan Ulama SeMalaysia. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Perak dan pernah menjadi Naib Presiden PAS serta ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Di peringkat antarabangsa beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad, dan menjadi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia.

Pada tahun lepas, Ust Ahmad Awangg juga adalah perwakilan Malaysia ke Perhimpunan Kesatuan Ulama Sedunia bersama-sama Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Haji Abdul Hadi Awang.

Sebagai seorang ulama, maka beliau juga berkebolehan untuk berijtihad di dalam menyelesaikan masalah ummah


Jadi tidak timbul persoalan persepsi mereka yang tidak mengundi Haji Hadi sebagai anti-ulama kerana yang bertanding itu juga seseorang yang berstatus ulama.

14 ulasan:

Awang Chan berkata...

Apa pun kita jgn jadi agen kepada yg suka pecah belah kan jemaah parti kita... awak suka jolok untuk menghina satu pihak... hindarkan perpecahan... jgn jadi seperti merka yg luar dari parti kita...

Tanpa Nama berkata...

SETUJU 200 % Ustaz Ahmad Awang LAWAN Haji Hadi !
Kalau sayangkan PAS...HAJI HADI MESTI BERUNDUR...TAPI KALAU SAYANGKAN HAJI HADI...PAS yang akan TERKORBAN !

Tanpa Nama berkata...

Awang Chan, ulamak yang itu kalau menghina orang lain tak aper? Dia baruakan orang tak aper? Dia hina Presiden PKR tak aper?

Tanpa Nama berkata...

Jika kita perhatikan jumlah pencalunan untuk Husam jelas masih ramai ahli PAS yang inginkan kepimpinan ulamak PAS belum bersedia menerima pemimpin bukan dari kalangan ulamak

Antara Ahmad dengan Hadi terbukti Ahmad lebih bijak dalam politik Selain pengalaman menyelesaikan kemelut di Perak Ahmad tahu PAS perlukan perubahan dengan mengatakan pemimpin yang perlu naik ialah yang lebih muda dan jelas dalam perjuangan dan bukan semestinya ulama. Ini lah kesedaran politik yang sukar di baca oleh Hj Hadi

Kerana inginkan sangat berketuakan Ulamak ahli PAS tak mengambil kira tingkah laku Hj Hadi

Untuk menyelamatkan PAS Ahmad Awang lah yang paling sesuai melawan Hj Hadi Selain dari matlamat perjuangan ahli PAS perlu membezakan sikap dan tingkah laku se orang Ulamak


Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah

Ustaz Ahmad Awang akan bawa kemajuan ke dalam PAS


Ulamak ter baik selepas Arwah Nik Aziz

Ulamak lain hanya lah Ulsmak Syok Sendiri / Bodoh !!!!


Ustaz Ahmad Awang se orang yang rendah diri sejak dulu lagi.

Se orang Ustaz yang tahu jadi Ulamak dan se orang Ulamak yang sedar tanggung jawab nya pada Allah SWT


Hadi ?

Hadi hanya lah Syok Sendiri ; air muka nya cukup menjelas kan sikap dan kualiti Otak nya.

Alhamdullillah

Tanpa Nama berkata...

Betul kata anon 3.42 kalau sayangkan hadi barua, pas akan hancur. Hadi patut sedar diri... Sombong, celupar, bukan contoh pemimpin yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Sejarah kerajaan perpaduan Hj Hadi.

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.
2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.
3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.
4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.
5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).
6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.
7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).
8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).
9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.
10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).
11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).
12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.
13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
Di atas itu adalah fakta....

Nostalgia abkk berkata...

Kalau teringin sangat nak masuk UmNO keluar saja Dari PAS....sorry lah parti ni bukan emak bapak Dia punya.





Tanpa Nama berkata...

Asal Bukan Abdul Hadi

Tanpa Nama berkata...

Anon 8.42, kalau betul semua fakta ini, amat malang ahli-ahli PAS yang sentiasa disogok dengan Wala' dan Baiah.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
saya pasti dato hussam akan berjaya menaikkan nama islam di malaysia nie.... insyaAllah...
marilah sama2 kita mengikhlaskan diri...

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan ahli, siapa yang pilih barua ni jadi presideng dan bagi kuasa besar?

Kini ahli ahli parti masih diam diri sokong barua ini.

Nak salahkan seorang barua atau ahli parti?

Ps: kepada penyokong barua, "presideng" dalam komen ini mungkin adalah presideng Amerika, jangan barua Cepat Sangat marah orang lain Hina....

Siapa makan ciri ?

Tanpa Nama berkata...

Awang Chan, tolong la jaduk cerdik.. Tak malu ker org dok boo penyokong pas sbb tak cerdik mcm presideng..

Kuda Perang berkata...

Pengalaman ambo secara individu dengan Ustaz Ahmad Awang, beliau tidak sesuai menjadi calon presiden. Terima kasih.