18 Apr 2015

Sampai Menziarah Ibu Meninggal Pun, Gari Di Tangan Tidak Dibukakan...


Suasana hiba mengiringi majlis pengebumian ibu kepada Orang Kena Zalim (OKZ), Ismail SM Kadir hari ini.

Ramlah Abdul Karim, 80, meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang semalam akibat sakit tua.

Ismail yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 10 bulan berhubung demonstrasi ketika krisis rampasan kuasa di Perak tahun 2009 itu dibenarkan melawat serta memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum ibunya itu.

Ismail dibawa oleh pihak pegawai Penjara Tapah dalam keadaan bergari serta berpakaian serba merah menaiki sebuah van.

Kehadirannya disambut dengan penuh hiba dan sedih oleh isteri dan anak-anaknya yang ternyata sangat merinduinya.

Sebaik sahaja keluar dari van, Ismail dipeluk oleh isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

Dia disambut dengan laungan 'Allahu Akbar' oleh hadirin yang bersama-sama membantu menguruskan jenazah di samping datang memberi sokongan moral kepadanya.

Ismail tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah ibu tercinta kerana tidak berkesempatan bersama ketika masa-masa terakhir almarhum.

Sebelum dibawa pulang kembali ke penjara, Ismail berkesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah ibunya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bawa saya ke sini.

"Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan usaha anda semua," katanya.

Dia berharap semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan kesemua 12 OKZ yang kini dipenjara.

Tambahnya, semua pihak perlu terus berjuang memartabatkan Islam dan mengangkat prinsip keadilan di dalam negara ini.

"Perjuangan Islam ini tidak ada henti sampai hari kiamat, teruskan perjuangan.

"Sama-sama kita berjuang mencari keredhaan Allah untuk menegakkan kalimah Allah, untuk menyelamat ummah yang tak faham-faham lagi.

"Kita bukan pengganas, kita nak menyelamatkan ummah dengan kita bawa perJuangan yang dibawa oleh Rasulullah," pesannya.

Turut hadir dalam majlis pengebumian itu termasuklah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. -HD



ULASAN GB

alimnya sampai menziarahi ibu yang telah meninggal dunia pun gari di tangan tidak dibukakan. Persislah beliau seorang penjenayah besar sehingga dilayan sedemikian rupa. Bagaimanakah beliau hendak berwudhu dan solat jenazah dengan keadaan tangannya bergari?

Mana menteri KDN? mana KPN?

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan...

23 ulasan:

orgkampongok berkata...

Ada hikmah nya di situ...perbuatan itu membuka mata awam tentang apa yg berlaku...menambah keinsafan rakyat utk menangkat perjuangan atas landasan kebenaran..Allah hu akbar

Tanpa Nama berkata...

Ini soal prosedur tuan.. dah ada sop kena la ikut.. kalau tak ikut prosedur dah serupa kes lantik anak beranak bela lembu, pinjaman peniaga karpet, naik jet pegi shopping, dll.. lebih baik ikut prosedur daripada ikut pertimbangan sendiri, takut termanipulasi..

Tanpa Nama berkata...

Sang penguasa dan ulama mereka akan menjawab nanti diakhirat mereka tak akan terlepas maaflah tuhan mengetahui dan mengasihi kpd orang teranyaye.

Tanpa Nama berkata...

Merekalah yg berjuang dan berkorban demi menyelamatkan kerajaan PR - PAS Perak. Kini terpenjara. Mana tuan president? Apakah pengorbanan ini tiada nilai padanya? Dan dlm diam2 cuba pula berpakat yg seolah2 bersetuju dgn kezaliman ini. Mursyidul Am apa komen tuan?

Tanpa Nama berkata...

celaknay manusia2 ni ,dimana hati perut mereka semua,insyaallah allah akan balas atas mereka yang zalim ni sama juga bagaiman mereka membuat kepada kau.

Tanpa Nama berkata...

celaknay manusia2 ni ,dimana hati perut mereka semua,insyaallah allah akan balas atas mereka yang zalim ni sama juga bagaiman mereka membuat kepada kau.

Tanpa Nama berkata...

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.

yakinlah dengan janji Allah bukan janji manusia

Tanpa Nama berkata...

Ini zalim.

Tanpa Nama berkata...

Lari Tajuk
Terbaru --Khalid Ibrahim Dijangka Jadi MB Selangor Semula

Kuala Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

“Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.

“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.

Tanpa Nama berkata...

Maaf tuan gb ....betulkah haji hadi berpakat dgn bekas mb selangor utk menyingkirkan azmin ali bagi membentuk kerajaan campuran dgn umno... tlg bagi info...kalau betul ini kes berat

Tanpa Nama berkata...

memerintah cara menipu, tak lama lagi hancur lah mereka. Perompak, rasuah berbillion tak kena gari pun Ini lah zaman gila

Tanpa Nama berkata...

klau ya pun prosedur longgar kan sikit Ini hr terakhir si ibu bersama anak Jgn pandang yg si anak berjumpa si ibu nya Apa salah letak tiga pegawai penjara kiri kanan dan satu di belakang Depan si ibu je kat luar rumah sebelun keluar pintu gari lah balik

Tanpa Nama berkata...

Kalau cerita hj hadi jumpa bekas mb selangor dan merancang untuk penubuhan kerajaan negeri selangor yang baru.. ini memang betul2 haji hadi nak meruntuhkan pakatan rakyat.. diharapkan dan didoakan agar matlamat mereka akan gagal..

Tanpa Nama berkata...

Wow, banyak sngt tgk kajang movie ataupun makan sate kajang.rileks la bro, khabar angin je tu. Ko ingat sultan nak layan?

Tanpa Nama berkata...

Anwar ok je xbergari

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu fanatik dengan politik, orang2 dibawah tidak menguntungkan, nak bertindak apa2 utamakan keluarga dahulu..

Jeman berkata...

Mana mangkok Norazli Musa yg menghasut diorg ni? Xde telo nk tunjuk muka? Ust munafik!

Tanpa Nama berkata...

semua ini adalah dugaan untuk beliau hadapi dalam perjuangan untuk ISLAM dan KEBENARAN.demi MALAYSIA tercinta..

Tambahkan pendapatan sampingan klik link ini.....cuba free aje
http://myinvitepay.com/?ref=278253

Tanpa Nama berkata...

Org melayu buat kat org melayu sendiri..

Tanpa Nama berkata...

mana Hadi?

Tanpa Nama berkata...

Perompak duit rakyat blh hidup bebas...pejuang rakyat dilayan mcm penjenayah...itulah malaysiaku..

Tanpa Nama berkata...

penjara malaysia memang tak adil anuwar boleh bebas malah boleh kekubur dengan tangan tak bergari. agaknya kat penjara macamana plak layananya? ada klas vvip agaknya orang pas lain orang pkr lain

Tanpa Nama berkata...

Hadi mana norazli mna ttim mna dewan ulamk mna x ziarah pun..pengecut punya ug..