29 Apr 2015

PAS Pusat Sudah Buat Keputusan, Mengapa Masih Ada Yang Degil?


PAS Permatang Pauh perlu sokong calon PKR, kata Mustafa Ali

PAS menegaskan keputusan parti di peringkat pusat untuk menyokong calon PKR di Permatang Pauh adalah yang tertinggi mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat kawasan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS Permatang Pauh berhak mengemukakan resolusi mereka sendiri kerana keputusan PAS Pusat yang terpakai dalam menggerakkan hala tuju parti.

"Apa yang berlaku dalam mesyuarat itu hak kawasan masing-masing tetapi dari segi perjalanan apa jua keputusan PAS Pusat mengatasi keputusan kawasan atau pun lebih bawah daripada PAS Pusat.

"PAS Pusat mengambil keputusan dalam mesyuaratnya menyokong calon yang bertanding di Permatang Pauh oleh PKR sebagaimana juga di Rompin, dulu PAS bertanding maka PAS yang disokong bersama," katanya.


Mustafa berkata demikian selepas mesyuarat setiausaha Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan PAS Permatang Pauh semalam yang memberi kata dua kepada PKR supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan Hudud jika mahu terus mendapatkan sokongan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.

"Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.

"Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.

"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang turut hadir pada sidang media itu berkata calon bagi Permatang Pauh akan diumumkan pada malam 24 April iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.

Katanya, kelewatan mengumumkan calon itu adalah bagi memberi kejutan kepada Barisan Nasional (BN) yang mendakwa turut akan memberikan kejutan dalam PRK itu.

“PKR dan PAS sudah membentangkan keputusan parti masing-masing mengenai calon yang dipilih kepada majlis setiausaha dan calon itu dipersetujui dan disepakati oleh mesyuarat hari ini.

“Nama calon tersebut akan diumumkan oleh parti masing-masing dalam masa yang terdekat,” katanya.

Mustafa berkata calon bagi PRK Rompin pula akan diumumkan pada malam ini di Muadzam Shah dengan kehadiran dua naib presiden PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub.

Rafizi berkata antara isu yang hangat diperkatakan dalam PRK Permatang Pauh ialah cukak barangan dan perkhidmatan (GST) serta kemelut pertelingkahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. -TMI

Cuma Hadi boleh nasihat 'budak' PAS

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin berkata, presiden parti itu perlu turun sendiri ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dan menasihati Pemuda PAS Pulau Pinang yang "kebudak-budakan."

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan kesibukan sesuai dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia hingga perlu memberi komitmen amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, Presiden PAS itu boleh mengambil langkah lebih mudah dengan mengeluarkan arahan rasmi kepada dewan pemuda PAS negeri.

Katanya, langkah itu perlu diambil bagi menyelesaikan segera kemelut "yang tidak sepatutnya timbul" itu.

Hari ini Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, mengeluarkan kenyataan menolak membantu calon Pakatan yang bertanding dalam pilihan raya keci Permatang Pauh.

Yusni juga mendakwa pemimpi pemuda PAS kawasan di Pulau Pinang kecewa dengan pendekaan diambil ketua mereka sendiri, Suhaizan Kaiat yang cuba menyelesaikan konflik berkenaan.

Rasa tidak puas hati Pemuda PAS Pulau Pinang timbul ekoran kenyataan dibuat pemimpin Angkatan Muda Keadilan negeri berkenaan.

Dalam kenyataanya hari ini, Hanipa percaya ramai ahli PAS kecewa dengan sikap dan keputusan Yusni memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

"Pemuda PAS Pulau Pinang yang biasa dengan istilah wala' sepatutnya tidak ada masalah untuk memahami bahawa keputusan PAS mengikat mereka.

Mat Sabu, Tuan Ibrahim tak dilayan

"Sewajarnya ketua pemuda negeri mengarahkan semua jenteranya memberi sokongan padu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"aaAmat malang pemimpin terbabit memilih untuk tidak melayan - jauh sekali menghormati - segala kenyataan dan arahan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Suhaizan Kayat"
katanya.

Sementara itu, seorang lagi AJK Pusat PAS Nasruddin Tantawi berkata, terlalu awal untuk mengheret pemimpin pemuda parti itu ke jawatankuasa disiplin untuk diambil tindakan.

Dalam kenyataannya di akaun Facebok Nasruddin berkata, pihak yang berkenaan perlu melihat dulu apakah asas tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang ketika ini.

"Jangan terburu-buru mahu menghukum anak buah sendiri sedang asas tindakan mereka adalah kerana sayang kepada jemaah dan memelihara maruah pucuk pimpinan,” katanya.
-mk




ULASAN GB

PAS Pusat telah pun membuat keputusan supaya PAS menyokong calon PKR di dalam PRK Permatang Pauh. Ia adalah bertepatan dengan resolusi muktamar PAS yang memutuskan untuk perkukuhkan Pakatan rakyat. Mengapa ada pihak yang masih berdegil dan berlagak tak mahu mematuhi arahan itu? Atas apa pun alasannya, keputusan itu adalah mengikat setiap ahli PAS dan sebarang ketidak-patuhan adalah terkeluar dari akhlak jemaah dan dikira berdosa. Tidakkah begitu?

Anehnya ada pula beberapa pemimpin bergelar "ustaz" yang turut menyokong kumpulan penderhaka keputusan PAS Pusat itu untuk meracun pemikiran sebahagian ahli-ahli PAS di permatang Pauh menyebabkan keadaan menjadi tambah celaru dan keliru.

Dahulu di dalam krisis MB Selangor, dua ADUN digantung kerana dikatakan tak patuh kepada keputusan jemaah walaupun tindakan mereka adalah untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat. Sebenarnya keputusan mereka bedua adalah benar kerana mematuhi resolusi muktamar.

Hukum Allah tetap berjalan. Kita sudah memperingatkan.

11 ulasan:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Mungkin ustaz wala ni lupa bahawa PAS Pusat diterajui oleh Tuan Presiden. Jadi ustaz ini hanya wala pada TG Hadi Awang @ Majlis Syura sahaja bukan Tuan Presiden. Apa dah jadi dengan ustaz ni?

Tanpa Nama berkata...

apa nak heran Bigbos TGHH dan the geng degil so yg bawah pun ikut sama..
ibarat ajar ketam jln lurus..

Tanpa Nama berkata...

siapa yg mengajar ahli degil .. dibawah contoh ostad Hellfire

Saya akan pertahan ketua Pemuda Pulau Pinang, kata Nasrudin
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi hari ini memberi amaran beliau akan mempertahankan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, jika beliau mahu dihukum secara terburu-buru.

Ahli Parlimen Temerloh itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi Pemuda PAS Pulau Pinang berkata:"Jika anda terburu-buru mahu menghukumnya, saya tidak lengah untuk mempertahankannya.

semua ostad UG mabuk dunia ..
insaflah wei ..

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat dan amatan sy ..situasi prk skrg simple je utk faham..

geng UG sengaja cari gaduh terbuka dgn seteru dlm pas dan kawan2 PR utk mudah kan kekasih sejati Ug BN utk menangkan pd Rompin dan cuba kurangkan majority PP ..jika PP PR kalah lagi suka geng ini ..
orang bodoh sj suka cerita buruk rumahtangga pd public kecuali ada agenda tertentu..
fikir2lah ..
elok Pas declare cepat 2 keluar PR ..
jika tidak PR lagi susah gerak sebab ada parasit2 ini ..
dan tidak amanah pada pengundi pRU13..
selagi TGHH pegang Pas .. sy percaya PAs lingkup di kelantan ..selangor dan pasti pinang..
terengganu jgn mimpi

Tanpa Nama berkata...

.


Anwar berulang ulang kali mengatakan memaafkan orang yang terlibat dengan fitnah liwat I 'Cukup lah Mari kita maju kehadapan' Anwar berkata

Dari awal kita tahu orang nya siapa yang rasa dirinya sangat hebat! terhebat! sehingga menyepi tetapi mengunakan kesempatan dan menguna orang lain supaya meminta maaf bagi pihak nya

Jika Pemuda PKR minta maaf pun apa guna nya kerana sebelum ini pun Pemuda PAS telah sabotaj Apa lagi selepas minta maaf nanti Pemuda PAS sekadar melepas kan kentut busuk nya

Kerana Hj Hadi lah budak budak tu jadi begini Jadi tak berguna Tak bijak berpolitik Malu lah dengan Pemuda UMNO

Selain Tontowi Hj Hadi juga patut di hukum oleh ahli ahli kerana lambat bertindak dan gagal mencerminkan diri nya sebagai pemimpin Islam





Tanpa Nama berkata...

mereka ,golongan yang dikatakan ustaz ni telah menjemput hinaan dan nistaan dari orang ramai secra tidak sedar kepada mereka,samaada dari segi bahasa pertuturan ,sikap mereka ,dan telah nyata bahawa golongan ini tidak mahu mereka diketuai oleh golongan lain selain dari kononya ulamak.Ptuiii.sombong,takabburrr,tunggulah Pas akan musnah juga akhirnya disebabkan golongna jenis juhalak ni.

Tanpa Nama berkata...

Biar lantak.biar Pas mampus.aku suka pas sekarang menggunakan ustaz2 ni untuk memburukan keadaan dalam pakatan.mereka fikir rakyat ramai suka dengan cara mereka,jangankan kata orang bangsa lain ,aku dan keluarga aku tak akan mengudi Pas l;agi sekiranya golongna ini tidak insaf.pergi mampus daaaa.biarakn Pas terjun dengan hj hadi nya, dan harun din nya ,biarkan ,biarkan.

Tanpa Nama berkata...

Yusni dah jadi '69' Pusing pun '69'

Kalau ahli PAS tak nampak Kita nak bagitahu kat sini Yusni dan pro UG dok pusing macamana pun depa pusing tetap UG

Yang tinggal '0' untuk PAS

Tanpa Nama berkata...

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Jemaah Islam perlu seperti pesan Imam Hassan Al-Banna menjadi pohon pokok yang berbuah lebat. Jika di baling batu ia akan memberikan buah.

Kalau setakat orang kutuk biasalah. Nabi Muhammad S.A.W pendakwah terulung bahkan maksum juga telah melaluinya. Seorang Yahudi buta tetap disuapkan oleh Rasullulah S.A.W dengan makanan walau dari mulut yang sama tidak berhenti mengeji dan mencaci baginda.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." Ali-Imran : 159

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG perlu keluar segera PAS dan masuk umno demi kebaikan umat islam dan rakyat malaysia semuanya.

biar jelas kpd rakyat siapa kamu, jgn berselindung lagi, bukankah sifat munafik itu berdosa.

so jgn malu2, pertahankan prinsip kamu, berani berhujah jika ditanya kenapa sokong umno.

jgn hanya pandai sebut ..Asal Allah Redha.

mana kau tahu Allah redha sifat pemboohong kamu tu, sifat khianat kpd rakan dan sekongkol dgn musuh rakyat.

Kumpulan UMNORINAS dlm PAS , sila keluar PAS!

Tanpa Nama berkata...

Kerana orang-orang UG dalam PAS, habis semua ahli2 PAS yang lain terpalit sama. Sedih betul sebab bukan senang PAS nak sampai ke kedudukan mcm skrg, diterima & diundi masyarakat bukan Islam. Apa salahlah org2 progresif dlm PAS ni menonjol? Puak2 UG dlm PAS kena bersihkan hati dulu. Sepatutnya orang macam Tantawi tu dibiarkan kalah dlm PRU 13 dulu.