16 Apr 2015

Menjelang Pemilihan: Taktik Kotor Pro Ulama & Musuh PAS


AJK: Kempen kotor cemari pemilihan PAS

Di sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.

“Cerita label melabel sesama ahli PAS memang sudah lama berlaku. Bukan ketika pemilihan kali ini saja. Sebelum pemilihan pun ini sudah berlaku.

“Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Kelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.

Ahmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata, pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan berat sebelah.

Antara tokoh yang dikaitkan sebagai mangsa kempen kotor itu ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang kalah dalam perebutan jawatan Yang Dipertua Kawasan Kampar.

Pemilihan jawatan tertinggi PAS pusat dijadual diadakan Jun ini.

Ada kebenaran

Asmuni yang juga seorang peguam berkata, apa yang didedahkan Ahmad itu memang ada kebenarannya.

Katanya, antara tokoh dalam PAS yang menjadi mangsa kempen kotor itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang pernah dituduh mahu menjatuhkan kepimpinan ulama dua tahun lalu.

Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Ahli Parimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Asmuni menambah, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengatasi amalan itu dan berjanji akan mengambil tindakan tegas jika ada bukti kukuh mengenainya.

“Kalau melibatkan ahli, tindakan yang boleh diambil ialah membawa mereka ke lembaga disiplin parti.

"Jika calon sendiri terbabit, mereka mungkin digugurkan daripada bertanding," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai risalah memburuk-burukkan Nizar sebagai "tali barut DAP" Asmuni berkata, ia bukanlah amalan yang wajar untuk PAS.

"Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati, mereka boleh berdebat atau memberi penerangan, bukannya menyebarkan risalah seolah-olah membaling batu sembunyi tangan.

"Itu bukan akhlak Islam," katanya. -mk


Selepas ‘Facebook hantu’, buku serang pemimpin ‘parasit’ PAS

Selepas laman "Facebook hantu", muncul pula buku yang menyerang sebahagian pimpinan PAS yang disifatkan penulisnya sebagai perosak parti menjelang pemilihan pada Jun.

Buku bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" diterbitkan atas nama dan logo rasmi parti yang dicetak di muka depan buku berwarna warni itu.

Turut ditulis pada tajuk buku adalah, "Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai."

Kandungan dan kulit luar buku ini kini tersebar di laman sosial, namun usaha The Malaysian Insider mendapatkan buku ini tidak berjaya sehingga kini.

Menurut apa yang tersebar di laman sosial, empat pemimpin parti menjadi sasaran buku ini dan menyifatkan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, sebagai "parasit no 1".

Turut menjadi sasaran buku ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat dan peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebelum ini, tiga laman Facebook yang tidak diketahui pemiliknya, El-Haraki, Tuc Tok Usin Ceroi dan Keli Laut, sentiasa menyerang sebahagian pimpinan PAS itu.

Selepas diserang bertalu-talu oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tuc Usin berkata laman itu akan ditutup, tetapi pada masa sama laman El-Haraki yang sekian lama berdiam diri kembali aktif menyerang sesetengah pemimpin PAS.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ahmad, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, dan Nazmi Karim mengetuai demontrasi di depan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta dalang menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka juga menghantar memorandum kepada PAS bagi menyiasat dakwaan itu.

Namun, apabila dipanggil memberi keterangan, Fadhli enggan bekerjasama dengan alasan tidak percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh AJK PAS Pusat itu.

Antara yang paling awal dikesan menyiarkan tentang buku itu dalam laman sosial tersebut ialah Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan.

Beliau jelas marah dengan penerbitan buku itu dan bertanya, "Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? Ni dah mula main kasar ni!!".

Beliau berharap, ahli PAS tidak menyebarkannya sambil berkata, "Ya Allah! Tunjukkanlah kepada kami kebenaran dan dedahkan kepada kami siapakah yang mahu mengadu domba di kalangan kami. Ameen".

Sebuah laman pro-Umno, Agendadaily, mendakwa buku ini adalah perang saraf untuk mendakwa kumpulan ulama dalam PAS yang menerbitkannya. – 16 April, 2015.
-TMI


ULASAN GB

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, perbuatan jijik dan permainan kotor kumpulan pro-ulama untuk menguasai jawatankuasa pimpinan PAS Pusat menjelang pemilihan di muktamar 2015 adalah tindakan yang unislamic yang anehnya dibiarkan dan didiamkan oleh PAS Pusat.

"Kami berjuang untuk keredhaan Allah" kata mereka. Tetapi mereka menggunakan taktik-taktik kotor ... matlamat menghalalkan cara. Tak menang pilihanraya tak apa asalkan Allah redha. Kata mereka. Tetapi dalam kandang sendiri rebut jawatan bagai nak mati walaupun langgar etika dan disiplin parti malah langgar terus hukum halal-haram Ilahi.

Menyentuh mengenai pengedaran buku yang memburukkan kumpulan progresif, GB telah mengulas sebelum ini:-

Ada yang menyatakan ia dilakukan oleh UMNO. Jika benar demikian, maka yang patut dipersalahkan ialah kumpulan pro-ulama kerana selama ini bukankah pro-ulama yang telah menyerang kumpulan progresif habis-habisan? Malah point-point yang ada di dalam buku itu kebanyakan ialah point-point yang pernah disebarkan oleh pro-ulama PAS melalui media sosial. Tahniah pro-ulama yang kini telah mendapat sokongan padu dari rakan seangkatan anda, UMNO!

"Papagomo PAS" yang bernama EL-Haraki mendakwa buku itu diterbit dan diedarkan oleh golongan progresif sendiri untuk menagih simpati. Seperti kes bakar kereta Dr.Hatta, dituduh Dr Hatta membakarnya sendiri, kes Dr.Dzulkely ditumbuk di waktu suboh kononnya dirancang oleh "jebon" sendiri... Hujjah yang sama digunakan PM masa itu sewaktu Anwar cedera di penjara dulu.. bahawa Anwar memukul diri s endiri untuk tagih simpati.

Sewajarnya untuk semua perwakilan muktamar membuka mata terhadap permainan kotor kumpulan pro-ulamak ini yang mendapat sokongan dan dokongan musuh utama PAS iaitu UMNO.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulamak bila sudah Gila Keduniaan ianya lebih BUROK dari setan

Semua nya nak kejar jawatan keduduksn pangkat dan kuasa hasil nya wang yang banyak


Bebudak Bahalol bila sudah Giler jadi Giler betul betul pon


Mana tidak , tak payah kerja kuat dapat pakai Mercedes Range Rover Bentley dan Rumah Juta Juta dengan Bini Muda putih melepak

Bukan susah hanya jaja jaja Agama saja kerana Rakyat rata rata miskin papa kedana malas dan bodoh

Ada ruang buat ke untongan dari ke bodohan rakyat


Ulamak PAS bijak.

Sedar lah

Tanpa Nama berkata...

#mereka bukan pro-ulama, tetapi pro-umno

pemilihan PAS akan datang ialah diantara pro pakatan lawan pro-umno

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya ulama pas memang suci mulia. Tak percaya sila tengok kes tuan presideng dilepaskan daripada fitnah jual pill kuda. Bukit kuat ulama pas sentiasa betul walaupun sebut "barua" Tanpa bukti. Kerana ilmu Manusia biasa Tak akan nampak sudut ulama pas suci mulia yang memang Alasan kuat (tapi Manusia biasa tak paham)

Maka, Mari Kita semua wala kepada ulama pas suci mulia.

opisboi berkata...

bila pemimpin atasan buta, tuli dan bisu inilah jadi, mcm umnok fitnah spt makanan ruji penabur fitnah kerana apa? pemimpin atasan bisu dan tuli dan buta.

Tanpa Nama berkata...

Mari kita lakukan qunut nazilah setiap solat fardu, mohon pertolongan Allah binasakan pengikut dajjal ni... tak kiralah dia pro mana... MOHON ALLAH HINDAR FITNAH KE ATAS ISLAM KESAN DARI KERJA-KERJA BURUK MUSUH-MUSUH DI DALAM DAN DI LUAR PARTI ISLAM MALAYSIA.

IbnAbdHalim berkata...

Apabila Tuang Presideng sendiri melabel maka syaitan yg menang.

Unknown berkata...

Wooo jgn kutuk ulamak pas sebab mrk ahli syorga.Sesapa yg banyak berbuat dosa pakat2 lah masuk pas.Walak lah dengan sepenuh hati kpd syeikh Hadi kerana baginda tidak mahu membawa ahli pas masuk neraka jahanam.Baginda telah bersabda demikian semasa krisis mb Selangor(alasan tolak dswa).Dimanakah kau sheikh Hadi...ana sedang merinduimu(syair nasrudin tantawi).

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi makna dosa

Sudah hilang erti DOSA

Takyah nak disebut2 soal DOSA

Tak perlu ditakut2kan dgn DOSA

Pi jahannam dgn DOSA

Pi mampos dgn DOSA


Sbbnya

Sbbnya, adakah lg yg lebih besar drp dosa berbuat FITNAH?

Sudah brp kali Hadi Awang buat FITNAH


FITNAH itu mmbunuh kemanusiaan!

FITNAH mmbunuh nilai2 insan!

FITNAH itu sejahat2 syaitan!


FITNAHnya itu pasti dilaknat TUHAN!
Dan dia dah mula terima laknat itu


Dialah punca & puncak masaalah!

Krn dialah bapak kpd FITNAH!!


Klu umno brgelumang FITNAH itu sudah mnjd lumrah

Tapi kini Quran hadis jubah kopiah & sarban tlh dijadikan topeng smata2 utk mnghalalkan FITNAH



Tanpa Nama berkata...

Amatlah malang kemelut yang melanda PAS kini semakin memperlihatkan kecelaan yang nyata dalam segelintir pimpinan dan ahli-ahli yang berpuak-puak.

Secara jujurnya, ramai kalangan ahli PAS dan profesional yang berada di luar PAS kecewa dengan kemelut yang tidak berkesudahan dalam PAS. PAS dilihat seolah-olah menolak peluang untuk meraih sokongan dan menjadi tampuk pemerintahan negara akan datang. Sebaliknya yang berlaku ialah kalangan segelintir pimpinan dan penyokong mereka sanggup melangkah ke belakang...Maka apakah makna perjuangan PAS? Bagaimanakah PAS mahu perjuangkan keadilan dan menegakkan kebajikan andai tindakan sekarang dilakukan. Apa yang diperlihatkan sekarang wajah-wajah dan perilaku yang tidak ubah seperti kumpulan yang tiada pegangan...sedangkan PAS jelas meletakkan AL-Quran dan Sunnah sebagai tonggak panduan.

Lebih malang lagi, gelagat segelintir pimpinan PAS tidak mencerminkan keilmuan mereka berdasarkan tindakan yang mementingkan perjuangan penyonong sendiri. Malulah apabila PAS tidak berupaya lagi menjadi contoh bersih dalam pelaksanaan pemilihan parti.

Natijahnya kelak, jangan kecewa apabila ada dalam kalangan ahli PAS sendiri akan mengambil langkah tidak memberi undi kepada PAS atau berkecuali semasa PRU nanti. Sifirnya mudah, untuk apa undi diberikan kepada sebuah parti yang jelas dan nyata tidak mempunyai hala tuju untuk mentadbir negeri/ negara. Sedangkan realitinya ialah PAS tidak ada upaya sendiri untuk mentadbir tanpa sokongan parti lain. Maka andai UMNO/BN yang menjadi pilihan gandingan, maka sesuai benarlah apa yang dibawa oleh segelintir pimpinan dan penyokong mereka dengan politik 'barua', 'jebon', 'parasit' itu adalah jelmaan UMNO yang sudah bertapak di dalam PAS di sebalik jubah, serban, baju melayu dan kain pelikat segelinti pimpinannya.

Tanpa Nama berkata...

Gandingan Hadi – Tuan Ibrahim akan buatkan PAS terpencil?
Kemaraan gandingan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man bagi pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menjanjikan masa depan yang malap buat parti itu.

Setakat ini majoriti PAS Kawasan termakan hujah risalah ‘Parasit’ yang mencaci puak profesional. Terdapat dakwaan risalah itu diterbitkan oleh musuh PAS berdasarkan rekaletak ang menyamai risalah menghentam Nurul Izzah di parlimen Lembah Pantai ketika PRU yang lalu.

PAS dengan ideologi yang direncanakan kumpulan Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki semakin bergerak ke arah perjuangan Hezbollah di Lubnan. Parti Hezbollah yang dipimpin ulama’ mendapat sokongan masyarakat Kristian dan sekular. Parti itu memenangi undi terbesar dan mentadbir selatan Lubnan.
Tidak percaya PR

Dengan kira-kira 1.3 juta ahli, ulama’ PAS tidak lagi percaya terhadap gabungan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah. Sebaliknya mereka hanya bersetuju dengan persefahaman longgar di negeri pantai barat, utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Sekiranya Pakatan tidak mahu bersama mereka lagi, persefahaman akan berakhir dan parti itu boleh membentuk kekuatan sendiri di Kelantan serta Terengganu.
Idelogi terpesong

Definisi tahaluf siyasi pula jelas. Sekutu yang akan bersama untuk mengambil alih pemerintahan negara telah ditetapkan. Sistem politik yang diamalkan juga jelas.

Malangnya, segalanya disabotaj oleh puak pemikir PAS yang mahu menyingkir golongan profesional, yang sejak sedekad lalu berusaha keras menjadikan parti itu lebih arus perdana dan berwibawa.
Keterujaan songsang

PAS selepas ini akan terpaksa kembali semula ke zaman ijtihad Yusof Rawa dan Fadzil; mendefinisikan siapakah kawan dan siapa musuh. Kembali dengan persoalan seperti, perlukah tahaluf siyasi dan bersama parti mana? Relevankah bukan Islam sebagai calon pilihan raya? Atau paling buruk PAS terpaksa menghantar wakil untuk berbincang membentuk kerjasama sekali lagi dengan Pakatan.

Tanpa Nama berkata...

Gandingan Hadi – Tuan Ibrahim akan buatkan PAS terpencil?
Sambung..
PAS tanpa Anwar

Kritikan ke atas Umno semakin kurang, sebaliknya cercaan ditujukan kepada rakan Pakatan yang telah hampir dua dekad jatuh bangun bersama PAS. Lebih-lebih lagi tokoh muda PAS seperti Nasruddin Tantawi dan Nik Abduh yang sering menghamburkan kecaman tanpa berlapik.

Sekiranya PAS Kawasan benar-benar mahukan ulama’ di tampuk pimpinan usai muktamar pemilihan pada Jun ini, mereka tidak perlu pergi jauh untuk melihat kesan buruknya.

Dalam risalah “Parasit”, Dr Hatta, Khalid Samad, Mat Sabu, Hanipa Maidin dan beberapa pemimpin profesional lain dicop sebagai pihak yang membuat huru-hara dalam parti. Mereka juga sebagai dianggap agen Anwar dan mahu menukar PAS kepada parti mengikut telunjuk Anwar. Namun pernahkah golongan ulama’ terfikir di manakah mereka sekarang sekiranya Dr Mahathir tidak menyingkir Anwar pada 1998 dan membenarkannya menjadi Perdana Menteri?
Anwar ikon dan hero

Hanya apabila Anwar keluar penjara dan memulakan siri kempen besar-besaran melawan BN barulah PAS kembali gemilang pada PRU 2008. Kini puak pemikir pro-ulama’ yang tidak sedar realiti sewenangnya mempersendakan Anwar dan membisikkan ke telinga pemimpin tertinggi PAS bahawa rakyat bersama mereka dan sedang melihat PAS adalah pilihan terbaik menggantikan Umno.

Persoalannya, pernahkah PAS terfikir siapakah tokoh yang layak menjadi perdana menteri di kalangan mereka? Hadi awal-awal lagi tidak layak memandangkan beliau sering dilihat tidak tahu apa-apa, termasuk berhubung penahanan timbalannya Mat Sabu selepas himpunan Kitalawan 28 Mac lalu. Manakala naib presiden Husam Musa pula telah menyatakan pandangan bahawa hanya Anwar yang layak berbanding pemimpin Pakatan yang lain.
PAS tiada kekuatan

Oleh itu, PAS perlu sedar diri yang mereka tidak ada kekuatan untuk memerintah, apatah lagi menggantikan Umno secara bersendirian. PAS kalah dalam pilihan raya ketika Anwar tidak bersama mereka. PAS juga tidak mampu menggamit imaginasi rakyat bahawa mereka mampu menyediakan kemajuan ekonomi setanding Umno. Lihatlah mangsa banjir Kelantan yang masih duduk dalam khemah setelah empat bulan berlalu.

Kerajaan PAS terlalu mengharapkan bantuan Umno serta kerajaan persekutuan. Tidak ada inisiatif sendiri mencari sumber dana membantu rakyat. Adakah ini bentuk kerajaan PAS sekiranya memerintah Malaysia?

Cuma dalam hal memberi bantuan pasca bencana, Hezbollah dua kali ganda lebih hebat berbanding PAS. Jika Hezbollah tidak akan diundi rakyat Malaysia, PAS secara bersendirian tentunya akan dua kali ganda disisihkan rakyat!

Jeman berkata...

عَنْ عَلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ (ص) : يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لا يَبْقَى مِنَ الإِسْلامِ إِلا اسْمُهُ وَلا يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلا رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى عُلَمَاؤُهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُودُ {رواه البيهقي}

Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tiada tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah. Ulamak mereka adalah sejahat-jahat yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali.