14 Apr 2015

Mat Sabu Ketuai Jentera PAS Di Permatang Pauh, TITM Di Rompin


Mat Sabu ketuai jentera PAS di Permatang Pauh

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengetuai jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Manakala Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengetuai jentera PRK Rompin 5 Mei, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Ditanya sama ada PAS akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Permatang Pauh, Mohamad (kanan) menjawab:

“Siapa sahaja calon dalam PRK kita akan bantu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Katanya lagi, beliau yakin PKR akan memenangi di Permatang Pauh dan akan berusaha untuk menambah jumlah majoriti.

Mohamad menambah, PAS negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan sebahagian Kelantan akan membantunya berkempen di Permatang Pauh.

Sementara itu, Tuan Ibrahim pula berkata PAS sudah memulakan kempen di Rompin dan akan dibantu PAS negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan dan sebahagian negeri Kelantan.

Katanya, walaupun PAS kalah dengan majoriti kira-kira 15,000 undi pada PRU lalu, pihaknya tetap akan bertanding, sekurang-kurangnya bagi menyedarkan rakyat mengenai isu-isu semasa.

“Ya, mungkin orang lihat majoriti 15,000 ni terlalu sukar, dalam PRK tidak ada benda yang mustahil.

“Kita hadapi pilihan raya bukan sebab (mahu) menang (saja) tapi soal rakyat, (mereka) perlu dapat penjelasan isu semasa yang berlaku.

“Pilihan raya kecil ini peluang terbaik untuk rakyat perlu lebih terbuka soal isu demokrasi,” katanya.

ULASAN GB

Dua-dua calon Timbalan Presiden. Masing-masing akan berpeluang untuk tunjukkan yang terbaik sebagai Ketua Jentera PAS di dalam PRK nanti.

Berkebetulan pula Mohamad Sabu orang utara dan TITM orang Pahang. Alangkah bagusnya jika kerusi di Permatang Pauh diberikan kepada PAS dan memberi laluan kepada Mohamad Sabu untuk bertanding di situ. Dan TITM bertanding di Rompin. Tetapi oleh kerana PAS menghormati bahawa kerusi Permatang Pauh itu kerusi PKR maka PAS tidak meletakkan calonnya. Kecualilah jika ada "watikah" dari antah berantah yang meletakkan orang PAS sebagai calon Bebas di situ untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat. Macam-macam boleh berlaku di saat Pakatan Rakyat sedang menghadapi kemelut kini. Ia bergantung kepada "kejujuran" sepertimana yang ditekankan oleh salah seorang bakal calon Presiden iaitu Ustaz Ahmad Awang. Pakatan Rakyat musnah apabila tiada kejujuran di dalam persepakatan itu. GB tambah: Tanpa kejujuran lebih baik duduk sendirian dalam hutan, jangan duduk bersama kawan.

Tetapi menyedihkan di Rompin apabila ada terdapat pemimpin PAS yang awal-awal menyatakan bahawa "kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan."...

Jika bukan untuk menang baik tak usah bertanding. Buang karan, buang masa, buang tenaga dan buang sumber. Di dalam seseuatu perjuangan MESTI ADA cita-cita dan hasrat untuk mencapai kemenangan, malah menang dengan cemerlang. Dengan itu baru ada usaha yang kental dan barulah tercapai apa yang dicita-citakan. Bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan ... disitulah letaknya keredhaan Allah kerana telah termaktub di dalam sebuah hadith qudsi bahawa "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia lakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan sebaik-baiknya."

Nampaknya dua calon Timbalan presiden kini berpeluang untuk membuktikan kebolehan masing-masing supaya ianya nanti dapat dinilai oleh para perwakilan muktamar semasa pemilihan.

13 ulasan:

ahli pas berkata...

tuan GB tak berselindung lagi memperlekeh pimpinan pas.harus difahami,sukar utk berbaik antara ahli pas dan pkr sbb sindir menyindir begini.laluan amat sukar sbb ahli pas sgt fanatik pd pimpinan mrk.

Tanpa Nama berkata...

Ya lah tu Nak harap ceramah PAS dah kurang sambutan sejak Hj Hadi buat isu dan menyerang rakan dalam PR

Sepatut nya dengan isu isu sekarang PAS lebih yakin dan bukan memberi penjelasan tetapi menyerang UMNO dengan isu isu yang sudah diketahui ramai

Bagi penjelasan ini macam nak pulihkan imej ulamak dalam PAS je

Siapa yang akan menafaatkan isu hudud?

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak lebih dari 15000 bawak lah Hj Hadi berceramah !

Tanpa Nama berkata...

PRK tak menang

Muktamar nak menang ! Dengan apa cara sekali pun

Tanpa Nama berkata...

Jujur

Moga moga tiada calon PAS jadi Bebas lawan PKR di permatang pauh

Selagi Hadi Pil Kuda ada , selagi itu risiko Calon PAS Bebas mungkin wujud

Zaman moden ini Lahanat dan Dajjal lagi bijak dari Ulamak , malah menutupi dgn Ulamak Syok Sendiri

Tanpa Nama berkata...

Swktu PRU13
Majoriti 90% pengundi2 cina & melayu yg waras politik sgt komited sokong PAS langsung tidak brbelah bagi

Tetapi Hadi Awang belot & sabotaj dgn mmberi watikah lawan 3penjuru

Kerana Hadi dah belot & sabotaj trmasuk fitnah Pilkuda, maka ramai sekali ahli2 yg pro'UG pon buat sabotaj kpd PKR hatta kpd calon2 PAS sendiri yg tak sehaluan dgn Hadi

Dari situ kita dpt lihat bhw Hadi & pro'Ug nya memang tak nak PR menang serta lebih rela & REDHA umno/BN terus kekal berkuasa

TUHAN telah mnzahirkan drp mulut2 pro'UG yg walaq kpd Hadi kini, bhw mrk kini masuk PRU bukan bukan bukan bukan nak menang sekadar CUMA nak beri pnjelasan dan hanya nak mncari keredhaan Tuhan shj...

..."Inilah kata2 manis drp ikan2 yg brjihad yg dah tertelan UMPAN"!?

Parlimen Rompin seolah2 mnjd hadiah kpd umno/BN drp PAS yg dah tentu kalah w.pon isu GST & 1MDB mampu utk mmbuat upset disitu skiranya betul2 komited utk menang

Parlimen Permatang Pauh pula sudah tentu ada sabotaj ddlm gelap yg tak perlu dinafikan lagi, dr puak mana lg? pikior ler sndiri

Tanpa Nama berkata...

Dah awal2 niat tak nak menang, ini macam manyak susah ooo .. jiwa kecik, tak de vision mcm drM vision 2020 gitu misalnya ..huhu

Nabi saw & sahabat bila perang , memang nak menang. Dan memang le semestinya perang tu kerana Allah, dgn persiapannya yg melibatkan harta, tenaga, jiwa raga .... then menang kalah tu, serah pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Aperler.. Kata islam tapi kuat sabotaj! Maner belajar nih? Halal ker sabotaj2 tu?

Malaysiabaru berkata...

Itulah sebab PKR akan menang di Penang dan PAS akan kalah di Pahang

Mohon Tuang Ibrahim Tuan Man letak jawatan setelah pas kalah dan gagal di rompin!

Tak layak jadi bakal timb presideng!

Tanpa Nama berkata...

GEMPAR! MAJALAH BERWARNA-WARNI MEMBURUKKAN PEMIMPIN PAS DIKESAN! (6 GAMBAR)
Apa nak jadi weh ularmak UG nih..
benarlah.. PAS bukan saja ganti UMNO, tapi sudah jadi lebih dari UMNO.
kerja2 syaitan yg pakai serban dan jubah. rjuk dibwah Majalah ularmak burukkan jemaah sendiri..

https://www.facebook.com/hashtag/majalah_bewarna?source=feed_text&story_id=814621488630915

Sila nafikan wahai TGHH dan and the geng .. jika tidak
Jika buat-buat tak tahu, benarlah PAS bukan saja ganti UMNO, tapi sudah jadi lebih dari UMNO.
tq

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan kenyataan anon APRIL 14, 2015 AT 1:04 AM diatas. Memang itulah yang sebenarnya berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Orang cina tak macam orang melayu Orang Melayu dah tak suka PAS dan membenci UMNO dia orang tak keluar mengundi atau dia orang sengaja rosakkan undi

Orang cina tak suka UMNO dan sekarang menyampah dengan PAS tapi dia orang keluar mwngundi dan sanggup memberi undi pada UMNO untuk menunjukkan mereka pun ada kuasa untuk menolak PAS bukan saja ahli PAS yang ada kuasa untuk kekalkan Hj Hadi

UMNO akan berkempen tanpa penglibatan langsung dari MCA MIC Dan inilah kempen antara PAS dengan UMNO yang paling bersih Satu bendera PAS pun tak hilang Malah berkongsi makan minum

Jadi eluk lah PKR DAP letak calun di Rompin Kita tenguk jumlan undi PKR DAP dengan PAS Yang UMNO dah tentu menang Lagipun PAS boleh bersendirian

PAS pun eluk lah terus terang letak calun di PPauh dari mengeluarkan watikah di saat saat akhir dengan berbagai bagai alasan

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim perlu jadi calon lawan BN di Rompin, baru Pas boleh menang