16 Apr 2015

Bersabarlah DS Nizar... Hukum Kebenaran & Keadilan Akan Tetap Berjalan...


Usaha terancang singkirkan Nizar?

IPOH - Satu kenyataan bertulis yang tersebar di laman sosial semalam dikaitkan dengan agenda terancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin selaku Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kampar.

Timbalan YDP Pas Kawasan Kampar, Anuar Morat berkata, perkara itu hanya diketahui ketika mesyuarat agung tahunan kali ke-27 berlangsung kelmarin.

“Saya hanya dapat tahu pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakan yang turut sama berada dalam mesyuarat tersebut.

“Namun saya yakin surat itu tidak sampai kepada mana-mana ahli Pas cawangan yang mengundi bagi memilih YDP Pas Kawasan Kampar yang baru,” katanya, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya masih belum dapat memastikan dalang di sebalik penyebaran kenyataan bertulis tersebut.


“Itu memang belum dapat diketahui sama ada individu yang membuat dan menyebarkan kenyataan bertulis itu datangnya dari kalangan ahli atau pihak lawan,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan Muhammad Nizar mempertahankan jawatan selaku YDP Pas Kawasan Kampar tidak harus disensasikan oleh mana-mana pihak kerana perkara terbabit merupakan proses biasa dalam memilih pemimpin parti.

“Peralihan kuasa itu perkara biasa dan bagi kami isu berkenaan sengaja diperbesar-besarkan bagi merenggangkan hubungan kami sesama ahli di kawasan Kampar,” katanya.

Katanya, beliau percaya isu berkaitan kenyataan bertulis terbabit berkemungkinan besar akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa bagi sesi 2014-2015.

“Mungkin akan ada yang membangkitkannya dalam mesyuarat pertama kami namun perkara itu saya tak boleh nak komen dengan lebih lanjut,” katanya. -SH



ULASAN GB

Dah bagus sangat PAS ni... dah sampai tahap ganti UMNO... termasuk dalam hal-hal penyebaran surat layang, pecat ulama beri kuliah, mewujudkan dan membiarkan "papagomo PAS" seperti TUC, ElHaraki, Keli Laut dan sebagainya ..

Dan betul juga kata bekas menteri UMNO yang berikut


Dan yang menjijikkan ia dilakukan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan pro-ulama dalam usaha untu merebut jawatan dalam parti untuk menguasai pemilihan jawatankuasa parti 2015.

"Kami berjuang untuk keredhaan Allah" kata mereka. Tetapi mereka menggunakan taktik-taktik kotor ... matlamat menghalalkan cara. Tak menang pilihanraya tak apa asalkan Allah redha. Tetapi dalam kandang sendiri rebut jawatan bagai nak mati walaupun langgar etika dan disiplin parti.

Anehnya, Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Disiplin parti senyap membisu di dalam hal ini seolah-olah merestui tindakan kotor dan jijik tersebut.

GB sudah berulangkali menyatakan, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kemenangan yang diperolehi dengan taktik kotor ini adalah kemenangan yang tidak ada keberkatan dan akan tetap menerima hukuman Allah....

Kita sama-sama tunggu saat ketibaannya...

Bersabarlah Dato Seri Nizar, bersabarlah wahai kumpulan progresif. Kebenaran dan keadilan akan tetap menang melawan kebatilan dan kezaliman....

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petikan dari artikel di atas: “Namun saya yakin surat itu tidak sampai kepada mana-mana ahli Pas cawangan yang mengundi bagi memilih YDP Pas Kawasan Kampar yang baru,” katanya, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ia nampak seperti satu usaha hanya untuk menutup pekung sahaja. Zaman sekarang penyebaran surat seperti itu amat mudah dilakukan melalui aplikasi WhatsApp atau yang seumpamanya.

sb dehlawi berkata...

eloklah tu, kau singkirlah semuo golongan prograsif biar ulamamak xreti strategi politik kontrol pas, barulah lepas ni pas rosak binasa. aku skrg xde persaan langsung pada pas...aku berdoa supaya lahirnya seorng ulama macam tgna agar menyatukan kembali pas dengn pr.

Tanpa Nama berkata...

Terbukti sudah wajah sebenar golongan ula mak yang sangat kotor yang gila kuasa dan jawatan. Ini belum ada kuasa dah buat semua yang UMNO buat. Bila ada kuasa pasti POTA, Akta Hasutan menjadi senjata untuk menjaga kedudukan dan kuasa. Ingat kata-kata Haji Hadi yang berbelit-belit mengenai POTA kononnya disalah lapor pemberita dan media. Kononnya POTA untuk teroris Islam. POTA pasti akan digunakan untuk semua penentang kerajaan satu ketika nanti yang dibuat gambaran yang menentang itu adalah golongan anarki seperti pengganas yang berfahaman eksterim, sosialis dan komunis. Yang pastinya rakaman video telah diedit. Kejadian kelulusan POTA di parlimen membayangkan dah ada deal antara puak UG dan UMNO.

Memang jelas kini sesiapa dalam PAS bercanggah dengan pro ula mak UG adalah musuh nombor satu dan mesti diperangi dan apa jua tipu helah adalah halaliyun toyyibatun. Fatwa yang songsang yang diterap di kalangan yang muda-muda yang tidak dididik bagaimana adab beriktilaf dengan ilmu dan fakta dan boleh terbuka sekiranya ia menjangkau maslahah umum. Mereka juga diterap fikrah berwala' membabi buta terhadap pemimpin yang diangkat seperti nabi yang kata-kata mesti dipatuhi walau tidak qatie hatta kononnya terbit dari mimpi bertemu nabi.

Bahana wacana ustaz UG yang berfatwa perang itu tipu helah yang dikelirukan hatta boleh terpakai terhadap ahli jemaah yang berpandangan bercanggahan dengan golongan ula mak. Beginilah keadaannya terjadi kini.

Alaihai ularmak sejati. Ingatlah akhir zaman ularmak menjadi penyesat utama yang berdiri di pintu neraka mengajak manusia mengikutinya dan menjual ayat-ayat tuhan sehingga kabur mesej dan dakwah Islam. Sehingga fikrah assobiyyah Melayu Islam menjadi faktor dan timbangan kejayaan Islam di Malaysia. Ada betul ke???

Tanpa Nama berkata...

Tak gunalah kemenangan YDP baru kampar ni klu guna tektik kotor dan fitnah....ulamak yg mengaku memperjuangkn islam berkelakuan buruk mcm ni....kita boleh lihat org yg melakukn kerosakkan didunia yg nk kan kuasa dgn jalan tidak halal....terima kasih kerana dpt memperbanyakkn soalan dihadapan Allah nnti.

cikmatgelap berkata...

kenyataan tydp tu mcm putar belit yahudi laknatullah

Tanpa Nama berkata...

Dah naik menyampah dengan PAS ni, tengah fikir nak keluar jamaah rasanya

Unknown berkata...

Salam Semua

Sedih baca posting dan komen2 sahabat.

Kalau DS Nizar dikalahkan dalam pemilihan yang berhemah, kita terima dengan hati terbuka. Tapi apabila wujud surat layang dan kegiatan memburuk-buruk pemimpin yang tidak setuju dengan cara PAS ditadbir-urus, kita amat sedih.

Salin tak tumpah macam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Pentaksub-pentaksub Haji Hadi

along7275 berkata...

pemilihan kali ini PRO Team wajar banyak bersabar...semua taktik akan digunakan oleh mereka mereka yang mahu menghancurkan ikatan dalam PAKATAN ....
http://myinvitepay.com/?ref=278253

Tanpa Nama berkata...

Jom semua yang cerdik dan ikhlas aktif sikit dlm Pas.

Kasi tendang semua ustaz dunia(Gila duit. Tak pernah tengok duit banyak. Sekali boleh naik kereta mewah terus terliur nak beli satu).

Ustaz ikhlas kita sokong.

Kat Kedah sana pun dah ramai ustaz/tok guru terbalik kerana duit/harta.

Paslah harapan kita. Umno jauh sekali.

Tanpa Nama berkata...

Lari Tajuk ..
TERBARU
MAKIAN 8 PETALA BUMI DUIT KWSP
----------
Sukacita disini saya hendak maklumkan, DUIT PENCARUM didalam KWSP bukanlah duit bapak anda yang bukan billionaire mahupun trillionaire itu (kalau billionaire in hutang, please berambus and don't brag), Duit Pencarum KWSP juga, bukanlah duit kakitangan kerajaan mahupun duit menteri menteri yang tidak ada pencaruman. DUIT KWSP adalah DUIT PEKERJA PEKERJA SYARIKAT SWASTA yang TIADA PENCEN !!!

Kerajaan hendak lanjutkan had umur persaraan kepada 100 tahun pun, itu hak mereka dan masalah mereka. TETAPI... kenapa pekerja pekerja swasta yang tiada pencen hendak menanggung biawak biawak hidup negara yang hidup makan tanggung berak cangkung ?

Bukan semua syarikat swasta, terutama multinational companies ataupun foreign companies yang mahu melanjutkan had umur persaraan. Majority syarikat seperti ini percaya kepada "Fresh dan New Talents", malah mereka juga mempunyai skim persaraan awal. Dan kebanyakkan mereka juga mempunyai program "succession planning" (persediaan melatih new talents untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi syarikat). Mereka tidak ambil yang dah tua nak mampus atau tua brainless seperti didalam Kabinet negara, KECUALI anda owner atau tauke syarikat.

Secara purata umur persaraan di syarikat swasta, ialah 50-55 sahaja.

DUIT PENCARUM, sukahati pencarumlah nak buat apa, nak joli sampai habis ke, nak shopping ke,
sukaaaaaaaaaaaaaa hati mereka !!! HAK MEREKA MUTLAK !!! Bukan duit kau orang yang brainless lagi miskin, kau orang hendak sekat duit KWSP dan memanjangkan tempoh pengeluarannya sebab kau orang sudah tidak ada duit. SETAHU AKU, belum ada orang UMNO atau BN yang kaya raya tanpa politik (KECUALI Tun Daim Zainuddin, sebelum dipaksa masuk politik pun, beliau dah selfmade multi-millionaire).

Sebab aku kata kau orang ni bodoh, ialah aku berpegang kepada simple principle, iaitu ORANG PANDAI MENYENANGKAN, ORANG BODOH MENYUSAHKAN. Sebab kau orang bodoh lah, kau orang menyusahkan rakyat. Sampai hak mereka habis kau orang sekat dan halang. Dengan kuasa, duit dan segalanya kau orang ada, dengan lagak angkuh konon genius konon belajar kat oxford lah havard lah cambrige lah notthingham lah, punnnnnnnnnnnnnnnnnnn tak boleh nak generate income kepada negara tanpa menyusahkan rakyat dan tanpa mengambil hak rakyat.

Tanpa Nama berkata...

sambung part 2
Alasan brainless brainless kaki ampu ni, takut kalau pencarum KWSP ni boleh buat pengeluaran awal, nanti mereka joli... takde duit nak makan. Macam ini, aku pun nak cakap, menteri menteri dan Perdana Menteri tak boleh tadbir perbendaharaan negara, Nanti habis duit rakyat kau orang bodoh piang ni enjoy dan joli. Nanti negara takde duit nak makan ?
Amacam ? sama tak konsep ?

Ehhh kenapa tak boleh macam tu ? kau anggap rakyat bodoh tak boleh manage duit mereka sendiri, rakyat juga anggap kau orang bodoh tak boleh manage duit negara. BARU ADIL !!! Tapi memang kau orang bodoh pun, TERBUKTI !!! Negara sampai sengkek... bukti paling simple, gaji kakitangan kerajaan pun tak mampu naikkan untuk seiring dgn zaman dan masa serta harga kos sara hidup sekarang. Hanya mampu untuk naikkan gaji menteri, gaji ahli perlimen yang dah terlebih mampu untuk menyara hidup mereka berbanding rakyat.

Oiii BODOH PIANG... kau dgr sini baik baik, rakyat yang berkerja swasta ni lagi cerdik dan efisen dari kau pekerja kerajaan yang lembab dan tak efisen ini, yang diibarat paku, sekali ketuk baru nak jalan. Rakyat boleh menage duit mereka sendiri, lagi lagi pekerja swasta yang bergaji besar, duit KWSP mereka banyak, mereka buat pengeluaran, mereka boleh melabur didalam pelbagai sector, antaranya Perniagaan, Hartanah, Saham dan sebagainya.

Contohnya :
Jika had minimum pengeluaran pada umur 50, si A mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM 300,000. pada tahun 2010. A mampu membeli sebuah rumah teres.
TETAPI jika had pengeluaran dinaikkan pada umur 60 tahun, dengan simpanan sebanyak RM 300,000 + dicampur interest dividen celah tahi gigi tak rasa pun, selepas 10 tahun dari tahun 2010 kepada 2020. Maka A akan mempunyai simpanan KWSP sekurang kurangnnya RM 400,000. Akan tetapi harga rumah teres yang sepatutnya beliau mampu beli pada harga RM 300,000 10 tahun lalu kini telah menjadi RM 900,000.

Nak beli pakai apa ??? Beza RM 500,000... siapa nak tanggung ? bapak kau orang atau kau orang yang brainless tu ke ? Cakap lain kali pakai otak, bukan kepala lutut kurap kau orang tu.

Perlu diingatkan, nilai matawang ini mempunyai susut nilai setiap tahun disebabkan faktor inflasi dan ekonomi serta greedy !!!
-
TOLONG jangan ingat semua rakyat lebih bodoh dari kau orang yang sememang nya bodoh tidak terbukti apa apa, kau orang hanya nampak hebat sebab politik. Cuba campak kau orang kat luar negara, tgk boleh berjaya atau tidak dengan sifat dan sikap brainless kau orang tu ??? AKU CABAR ?

Tanpa Nama berkata...

part 3
Kau orang ingat rakyat malaysia ni orang tahun 1950an ke ? yang mana bila pemimpin bercakap semua orang kampung tepuk tangan... horeyyyy !!! zaman 50an tu ramai orang bodoh boleh lah, zaman sekarang ramai yang berpelajaran tinggi... jauh lagi genius dari pemimpin brainless pun ada

Kalau rakyat tak pandai takpa... aku sanggup jadi "can opener" untuk membuka minda mereka, dan supaya mereka melihat dari perspective aku dan perspective menyeluruh.

YES, i am known to be a "Can Opener", and i know ramai berterima kasih serta terhutang budi didalam diam. ini yang Tun M gagal untuk lakukan pada orang melayu sebelum beliau bersara, tetapi aku berjaya !!! Susah pada dia, mudah pada aku. Ada yang mudah pada dia, mungkin susah pada aku. Masing masing ada kelebihan masing masing - so we patch up each other. Aku suka bangsa aku pandai, supaya kau orang yang rasa diri terlebih pandai, tak boleh menindas dan membuli sesukahati.
Kepada mereka board of director dan pengerusi KWSP, ingatlah... anda semua adalah pemegang amanah pencarum pencarum KWSP. Amanah yang anda semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Anda aniaya orang, anda patut tahu didalam islam aniaya itu adalah hutang. Mmg takkan cium syurga nanti... !!!

Jeman berkata...

Tlg byk kan pencalonan Ust Ahmad Awang supaya PAS direformasi

Tanpa Nama berkata...

Amat malang sekali jika ahli ahli PAS mempercayai dakwaan dakwaan yang tersiar dalam surat layang sebab ahli ahli UMNO dah tak pakai malah dah tak percaya pada surat layang

Mahathir yang guna blog nya sendiri untuk menyiarkan komen mengkritik Najib pun UMNO tak percaya apa yang di katakan oleh Mahathir apa lagi kalau surat layang

Ahli PAS terbelakang 1000 meter dari ahli UMNO Kemenangan pro ulamak pula terdiri dari pemimpin yang jauh terbelakang 1000 meter dari pemimpin UMNO yang di lantik Ini lah keadaan PAS sekarang

Jika Ketua UMNO yang ada sekarang dapat jawatan kerana menang guna duit dan di aturkan oleh Bekas ketuanya yang Mahathir kata Bodoh Tunggu lah hal ini terjadi pada PAS sebab orang bodoh akan memilih Timbalan nya yang lagi bodoh dari nya

Ini bermakna dalam tahun depan bodoh ahli PAS pro ulamak akan ber km jauhnya dari ahli dan ketua ketua UMNO

Itu jika Nizar tewas semata mata kerana surat layang dan jika bukan sebab surat layang ahli ahli PAS lagi bodoh sebab memilih ketua yang bodoh dan Timbalan yang lagi bodoh

Bodoh bukan bodoh tapi bodoh politik!

Tanpa Nama berkata...

Dalam bulan September tahun lepas saya ada komen kalau tak salah dalam blog ini, saya kata dalam Pas pada masa ini berbagai species ada. Macam-macam specieslah saya sebut....malaslah nak ulang-ulang.

Unknown berkata...

Alahai geng2 UG ka, geng GU ka.. depa Islam, Islam jenis dengki dan pemikiran sempit.

Nabi Muhammad SAW sebarkan ajaran Islam pada seluruh dunia.tidak kira apa bangsa..itu baru rahmat untuk seluruh alam.

PAS..terkebelakang..

Malaysiabaru berkata...

Salam yong

Pas boleh berbaik dgn umnp
Bermakna
Pas juga boleh berbaik dgn yahudi

Tanpa Nama berkata...

bila ada yang tidak bersetuju dengan Ulamak cepat cepat main hadis wala'

bila melayang surat fitnah satu hadis pun tak di sebut

Macam ini lah nak tuduh pun tak baik Kalau betul pegang pada Islam dan bertaraf Ulamak dengan ter ada nya surat layang ini apa kata buat pemilihan sekali lagi ? Ini juga boleh mengelak kejadian surat layang berlaku di tempat lain Kalau kali kedua pemilihan pun ada juga surat layang Hj Hadi perlu berundur kerana gagal menjadikan PAS berlandaskan Islam

Tanpa Nama berkata...

Ahli ahli dan ke pimpinan PAS sangat BODOH

Nizar ini kacuk Melayu Cina ada darah Cina yang rajin kerja kuat dan bijak

Nizar fasih cakap Cina dan ini mampu menarik sokongan Cina

Mendakwah Islam dalsm bahasa Cina boleh di buat oleh Nizar


Yang melayu bodoh tak nak Cina apa hal

Sokongan Cina dengan dana besar mampu bantu rakyat miskin yang rata rata Islam bsngsa Melayu

Kesian psda mangsa banjir Kelantan yang tinggal dalam Reban Reban

Melayu Kampong bila dapat duit macam monyet lupa Kubor.

Nizar ini lah yang boleh bawa ke percayaan Cina ke dalam PAS

PAS tiada nilai ekonomi maka tidak relevan pada kaum Cina

Jika Cina masok jadi ahli PAS maka PAS akan mula ber nilai ekonomi


Seksrang PAS hanya lah Parti Angkot Sampah saja dengan be budak sewaktu Hadi Jenama GAGAL

abuamir berkata...

Bilalah PAS nak keluar dari PR? Biarlah keluar sekarang, jgn nak hampir PRU barulah nak keluar.Menyusahkan PR dan porak perandakan PR aje.

Kalau PAS rasa hebat sangat sila keluar sekarang...........

Unknown berkata...

Hj hadi awak kat mana awak kat mana awak kat mana?tak kang diang jah...tok rok cetong berat nanang lagu nih.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak fikir Dato nizar gusar ttg kehilangan jawatan. Percayalah benih yg baik walaupun jatuh ke laut akan menjadi pulau. Kita lihat dulu permainan UG. ke mana PAS akan mereka bawa?

Jeman berkata...

عَنْ عَلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ (ص) : يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لا يَبْقَى مِنَ الإِسْلامِ إِلا اسْمُهُ وَلا يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلا رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى عُلَمَاؤُهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُودُ {رواه البيهقي}

Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tiada tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah. Ulamak mereka adalah sejahat-jahat yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali.

Tanpa Nama berkata...

PAS dh semakin teruk.

tp hadi dok diam buat bodoh je.

atau memang dh dibodohkan umno dan wang wang wang.

nik amar kata presiden mcm bapak, kita kena hormat.

kalau jadi bapak kenalah amankan anak2 dgn adil. tampil ke depan dn teguhkan ukhwah dlm PAS semula dgn adil.

tp nampaknya hadi redha dan suka ada golongan taksub UG yg sokong dia, walaupun guna cara yg jijik terhadap golongan professional.

kalau umno nk ambik sampah2 dlm PAS, ambik lah. umno sendiri akan tanggung beban, sebb org bijak dan ikhlas dlm PAS akan terus bersama PR.

mereka bijak dan tahu erti perjuangan. perjuangan islam bukan semata2 hebat ceramah dgn ayat2 Quran yg fasih, tp tindakan yg bijak berpijak dibumi yg nyata dan membawa manfaat kpd umat.

PAS SEDANG UNDUR KE BELAKANG KE ARAH WAWASAN 1020.

kita bukan wala' kpd serban dan kupiah, tp apakah yg ada di bawah serban dan kupiah... ada isi atau kosong.