23 Apr 2015

Apa Sudah Jadi?


Hadi hormat akar umbi boikot PKR di Permatang Pauh

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.

Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana.

Sebelum ini, PAS Permatang Pauh juga memberi amaran boikot itu akan memberi kesan kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh adalah ahli PAS.

Kenyataan Hadi itu bagaimanapun berbeza dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada 20 April lalu.

Mustafa menjelaskan PAS Pusat muktamad menyokong pencalonan PKR di Permatang Pauh dan sebarang keputusan di peringkat atas mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat akar umbi.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan sebelum ini menegaskan PKR hanya akan memperoleh sokongan mereka menarik balik kenyataan menolak hudud.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh ialah pada 25 April, manakala pengundian jatuh pada 7 Mei.


Hadi enggan jawab undi siapa di Pmtg Pauh

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya keberatan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PKR di Permatang Pauh.

Beliau hari ini mengelak apabila diajukan soalan tentang siapakah yang patut diundi di Permatang Pauh.

Dalam forum “Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi” anjuran Sinar Harian hari ini, Hadi diajukan soalan sama sebanyak dua kali oleh hadirin.

Ketika sesi soal jawab, seorang hadirin bertanya kepada Ahli Parlimen Marang itu siapakah yang patut di undi pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Soalan itu ditimbulkan memandangkan PKR secara terbuka menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Bagaimanapun Hadi hanya mejawab: "Yang tanya itu tak undi (di) Permatang Pauh, jadi tak payah jawablah."

Kemudian, seorang lagi hadirin yang tampil memperkenalkan dirinya sebagai pengundi Permatang Pauh dan bertanyakan soalan sama.

Namun, Hadi sekali lagi mengelak untuk menjawab soalan itu.

"Mengundi lambat lagi. Saya tak boleh jawab lagi soalan itu.

"(Ini) kerana undi boleh dibeli pada bila-bila masa," katanya sambil ketawa.

Hormat PAS kawasan

Sementara itu, ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa “haram undi calon tolak hudud”, Hadi hanya berkata PAS masih lagi berada dalam Pakatan.

Katanya, selepas tamat program itu, beliau menghormati pandangan PAS Permatang Pauh dan akan mendengar penjelasan lanjut daripada pihak itu.

"Kita masih (bersama) dalam Pakatan Rakyat. Adapun tentang (PAS) Permatang Pauh, saya tak boleh tengok berita melalui media sahaja.

“Saya akan dengar (daripada PAS) Permatang Pauh sendiri," katanya.

Ditanya apakah saranannya terhadap PAS kawasan itu, beliau hanya mengulangi kenyataannya dan berkata:

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh."

Laporan akhbar hari ini melaporkan, Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman sebagai berkata “haram mengundi calon tolak hudud”.

Sementara itu, ditanya mengenai kawasan yang ingin "menggulingkannya" sebagai presiden pada pemilihan PAS, Hadi hanya berkata:

"Masih banyak lagi kawasan yang menyokong saya.”

Nada beza Tuan Ibrahim

Sementara itu, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyatakan nada berbeza dalam kenyataannya hari ini.

Tidak seperti Hadi, beliau yang yang bertanggungjawab memimpin jentera PAS dalam pilihan raya kecil Rompin, menyampaikan ucapan selamat berjaya kepada PRK di Permatang Pauh.

“Undi PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh, Tolak GST (Cukai Barangandan Perkhidmatan), tolak Umno-BN!” katanya.

Ulama terkemuka itu turut menggesa supaya “perbezaan kecil” sesama sendiri diketepikan demi berdepan cabaran lebih besar, iaitu “ kezaliman Umno-BN”.

“Utamakanlah perjuangan bersama kita yang jauh lebih besar demi dan untuk masa depan rakyat Malaysia,” kata Tuan Ibrahim.
-mk



PAS rugi jangka panjang jika sabotaj PRK Permatang Pauh, kata penganalisis

PAS bakal menerima padah jangka masa panjang sekiranya parti Islam tersebut berhasrat mensabotaj dan tidak menyokong calon Pakatan Rakyat (PR) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, ramal penganalisis.

Di peringkat akar umbi, PAS Permatang Pauh secara terbuka menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon, malah Dewan Pemuda PAS negeri juga dilihat enggan bekerjasama dalam kempen PRK kali ini.

Bagaimanapun, penyelidik Dr Bridget Welsh melihat sikap yang disifatkannya keras kepala tersebut akan mengundang padah kepada PAS dan berkata, parti itu bakal kehilangan banyak tempat lagi jika berterusan dengan pendirian provokasi sedemikian.

"Jika PAS gagal memberi sokongan dan terlibat dalam sabotaj, perkara ini tidak akan dilupakan," kata penyelidik bersekutu kanan di Center for East Asia Democratic Studies, Universiti Kebangsaan Taiwan itu kepada The Malaysian Insider.

"Mereka boleh ucapkan selamat tinggal dengan harapan menang kerusi di Pulau Pinang dan kerusi lain. Ini akan menjadikan PAS sebagai 'loser' (pihak yang tewas) untuk jangka masa panjang, hilang sokongan golongan muda Melayu dan menghakis kredibiliti mereka," katanya.

Katanya, lebih buruk lagi, PAS akan dilihat seolah-olah bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab menyumbat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

"Ia secara jelas menunjukkan mereka menyokong tindakan kerajaan BN ke atas Anwar dengan tidak membantu dalam pertandingan ini,"
katanya.

Perpecahan dalam PR disebabkan perbezaan pendapat dalam isu hudud, kata Welsh, tetapi jika PAS membuat keputusan berkecuali di Permatang Pauh, maka ia sepatutnya dipersalahkan dalam kemelut melanda gabungan pembangkang tersebut.

"Pembangkang secara keseluruhannya tewas kerana tumpuannya kepada isu hudud.

"Tetapi PAS Pulang Pinang ialah 'main loser' (pihak utama yang tewas) kerana isu hudud ialah simbolik kepada amalan tidak Islamik parti tersebut yang dilihat tamak, menipu dan pentingkan diri dengan memilih jalan kemusnahan ke arah memecahbelahkan negara, menghancurkan Perlembagaan Persekutuan dan banyak lagi," katanya.

Penyelidik itu berkata, PAS akan cuba menunjukkan ekurangan sokongan yang dijangkakan itu disebabkan pihak lain, tetapi ia sebenarnya merupakan tanggungjawab bersama, termasuk DAP dan PKR.

"Jika PAS pilih berkecuali di Permatang Pauh, maka mereka yang akan dipersalahkan," kata Welsh, yang juga penyunting buku ‘Bangkit - Tempoh Pentadbiran Abdullah Badawi di Malaysia’.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Dr James Chin, tidak menolak PKR mungkin tewas di Permatang Pauh, walaupun kerusi Parlimen tersebut dianggap kubu kuat, jika wujud sabotaj daripada parti Islam tersebut.

"PKR pasti menang, melainkan PAS sabotaj. Majoriti mungkin kurang, bergantung kepada jumlah pengundi yang keluar," kata pengarah Institut Asia Universiti Tasmania itu kepada The Malaysian Insider.

Chin melihat kerjasama antara PKR dan DAP masih memadai untuk membawa kemenangan kepada PR, tetapi perkiraan tersebut mungkin bertukar jika PAS aktif meneruskan kempen sabotajnya.

Perpecahan dalam gabungan tersebut dilihat jelas semasa majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK itu pada 14 April yang tidak dihadiri pemimpin tertinggi PAS Pusat.

PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Mujahid Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man walaupun parti sekutu lain diwakili pemimpin atasan mereka.

Walaupun Permatang Pauh dilihat kubu kuat PKR, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata PAS masih mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan keputusan pilihan raya, terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penyokong parti itu.

"Kubang Semang diketahui sebagai kubu PAS dan pengurangan undi mungkin akan berlaku di kerusi tersebut," kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia itu.

Sementara itu, Welsh berkata, beliau menganggap Dr Wan Azizah bukan sebagai 'jambatan' untuk PR tetapi sebaliknya 'gam' yang menyatukan PKR.

Dan, katanya PRK kali ini bukan pengakhiran kepada semua episod perbalahan di dalam PR, tetapi yang lebih memainkan peranan sebagai penentu ialah pemilihan PAS akan datang pada muktamar Jun ini.

"PRK ini ujian untuk semua, tapi bukan sesuatu yang muktamad untuk pembangkang secara keseluruhannya, kerana pemilihan PAS lebih penting," katanya.

Kerusi Permatang Pauh kosong selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakan Anwar sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008 berikutan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
-TMI


ULASAN GB

Apakah ini petanda jelas bahawa PAS amat memerlukan seornag Presiden yang baharu jika PAS mahu terus kekal dalam Pakatan Rakyat?

62 ulasan:

Unknown berkata...

Apa sudah jadi?
Hadi Awang memang tidak suka dengan Anwar Ibrahim.

So Pity Hadi Awang..

cucu mamak kutty berkata...

ulamak le yg banyak menyesatkan berjuta2 umat islam, qadariqh,jabariah,muktazilah,q1aramitah,qadyani danmcm2 ajaran sesat lain lagi,kesemua ajaran2 sesat itu adalah yg diasaskan oleh ulamak2 yg hebat belak,sesetengah mengaji tinggi akhirnya ilmunya itu menyesatkan,aku bukan menghina ulamak tapi itu le hakikat sebenar,oleh itu hati2 jgn jadi pengikut ulamak sesat lagi menyesatkan,TOGHUT

Tanpa Nama berkata...

ini petanda amat jelas bhw hadi ingin menghancurkan pkr dan dap. begitulah bencinya dia pada DSAI dan keluarganya.

sudah tiba masanya untuk pkr dan dap menilai semula pakatan rakyat. adanya pas dalam pakatan hanyalah sebagai perosak. tidak ada satupun tindakan hadi dan kuncu2nya yang memberi political mileage kepada pakatan rakyat. malah dia sengaja memberi talian hayat kepada umno.

anggaplah pas telah tiada lagi dalam pakatan rakyat. pas telah mati bersama perginya TGNA.

walaupun pkr dan dap masih boleh berurusan dengan golongan progresif yang disingkirkan, berurusanlah dengan mereka atas kapasiti peribadi. mereka tidak lagi mewakili pas.

Petikan dari blog tulang besi - jentera pas sedang giat berkempen kepada ahli2 pas supaya tidak mengundi PKR. Kempen dilakukan rumah ke rumah dan mereka dtg bertemu dgn kaum keluarga Tulang Besi sendiri. Jikalau yg beri report ini bukan kaum keluarga Tulang Besi nescaya Tulang Besi tidak akan memperdulikan khabar ini. Takkanlah keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh hendak berbohong dengan Tulang Besi

dr blog C++ pula terdapat desas desus bahawa hadi akan meletakkan calonnya nanti.

Tanpa Nama berkata...

Nanti mesti Hadi kata " press SPIN statement saya "
Tak percaya ?
Tungguuuuuuuuuuu........

Tanpa Nama berkata...

Boikot pkr = sokong umno.... Sokong umno= sokong gst... Ulamak mengatakan gst adalah haram... Jadi pikir-pikirkanlah wahai tuan presideng.

Tanpa Nama berkata...

Analisa ringkas mengenai PRK Permatang Pauh.. yang menyakitkan hati..
PAS bakal menerima padah jangka masa panjang sekiranya parti Islam tersebut berhasrat mensabotaj dan tidak menyokong calon Pakatan Rakyat (PR) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, ramal penganalisis.

Di peringkat akar umbi, PAS Permatang Pauh secara terbuka menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon, malah Dewan Pemuda PAS negeri juga dilihat enggan bekerjasama dalam kempen PRK kali ini.

Bagaimanapun, penyelidik Dr Bridget Welsh melihat sikap yang disifatkannya keras kepala tersebut akan mengundang padah kepada PAS dan berkata, parti itu bakal kehilangan banyak tempat lagi jika berterusan dengan pendirian provokasi sedemikian.

"Jika PAS gagal memberi sokongan dan terlibat dalam sabotaj, perkara ini tidak akan dilupakan," kata penyelidik bersekutu kanan di Center for East Asia Democratic Studies, Universiti Kebangsaan Taiwan itu kepada The Malaysian Insider.

"Mereka boleh ucapkan selamat tinggal dengan harapan menang kerusi di Pulau Pinang dan kerusi lain. Ini akan menjadikan PAS sebagai 'loser' (pihak yang tewas) untuk jangka masa panjang, hilang sokongan golongan muda Melayu dan menghakis kredibiliti mereka," katanya.

Katanya, lebih buruk lagi, PAS akan dilihat seolah-olah bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab menyumbat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

Tanpa Nama berkata...

Beliau bercakap seolah-olah beliau hanyalah "ketua bahagian" PAS Marang. Belang beliau semakin jelas dan tindak tanduk songsang segelintir ahli dlm PAS kebelakangan ini memang mendapat restu beliau gayanya.Beliau tanpa segan berkata masih dalam PR...sahabat apa sebegini?

Tanpa Nama berkata...

Jangan pandang hudud je
Sekurang kurang Hj Hadi boleh kata dengan isu GST dan Hutang Negara kerana boros kita patut tahu siapa yang mesti kita undi

PAS tak ada wawasan Arah Tuju tak menentu Bila kita tidak bersetuju hudud Hj Hadi dan Amar kata bukan hudud Bila baikot dah jadi hudud balik Dalam masa yang sama bidas PKR kerana tak ada kena mengena dengan negeri lain sebab hudud hanya di Kelantan Sekarang apa kena mengena hudud di PPauh

Kedudukan PAS tidak terjejas dalam PR kerana ada pemimpin seperti Ustad AA Mat Sabu Khalid dan yang lain lain Tunggu lah lepas muktamar

Bukan Presiden menghormati PAS PPauh tapi PPauh yang tak takut Hj Hadi

UMNO dulu pun tolak hudud tapi Hj Hadi boleh berbaik dengan UMNO di mana sepatutnya Hj Hadi baikot UMNO Sepanjang berbaik dengan UMNO Hudud bukan nya keutamaan tapi siapa PM dan siapa MB Selangor

Haram undi calun tolak hudud tapi tak haram berada dalam PR Kan PKR dan DAP tolak hudud ?

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak berkias-kias... "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa “haram undi calon tolak hudud”

Kempen dan sokong saja calon dari BN. Bila BN menang pilihanraya itu nanti, sebagai balasannya... Najib pasti akan sokong hukum hudud berserta dengan GST.

Unknown berkata...

aku da agak da..mst da msk sini pasal TGHH..laju gile ko ni..nmpk sgt nk hentam presiden...macai kit siang rupanye..kit siang nk UG xde artikel pun..sj melawat blog ko ni sbb aku rs artikel psl TGHH da ada..kurang2 ucaplah timekasih even ko xpublish pun..atau ko nk tgu kuar kate2 kesat bru ko publish..sbb ko nk hentam aku blk...kalo pnyokong pakatan ni perangai cm ko aku rs kalo pakatan amek putrajaya pun perangai sama je ngn umno..sbb pkr lahir dari umno jgk..cme beza berpuak je.xyah nk sembur2 UG sgtla..kalo brani approve la...

Tanpa Nama berkata...

sikap yg sama di kota damansara. jelas presideng pas ini berpihak. dia bukan presideng utk semua pas. pas for all, haram dia tak faham! ulama pewaris nabi. sifat nabi yg mana dia warisi?

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes PRK Permatang Pauh yang aku nampak TITM lebih cerdik dari Tuang Presideng!

Tanpa Nama berkata...

Macam ni punya perangai seghuper ahmad maslan jer standard dia. Wahai ahli pas.. Korang masih nak berwala'kan presideng spt ini? Come on...hanya org macam wan rosli ajer nak sokong prsideng cam
Ni..takkan nak ikut standard wan rosli kot.....

otoote berkata...

kita masih dalam pr. kita hormati pas p.pauh.
samaada aku ni tersangat bodoh sbb tak paham atau hadi is throwing pas to the wolves.

Tanpa Nama berkata...

Perkara itu memang dah lama.kebanyakan peminpin ulamak Pas tidak mahu Anwar Ibrahim seolah2 menjadi ketua mereka,mereka tidak mahu anwar menjadi perdana menteri dan kalau bolih biar Hj hadi laluk ni jadi Pm.sebab mereka bersatatus ulamak.dan di Permatang Pauh ada fatwa bahawa haram undi calun tak sokong hudud,WOIIIII .apa hukum pulak adun dan ahli Parlimen di Selangor makan gaji dan elaun bersama denagn kerajaan PKR dan DAP yang toloak hudud.Halal ke.Bagi tau sikit.

Tanpa Nama berkata...

Buat sakit hati tgk muka ulamak pembohong seorang ni. Mcm manalah ahli2 PAS boleh terima org munafik spt ini jd Presiden. Nauzubillah!

Tanpa Nama berkata...

Buat sakit hati tgk muka ulamak pembohong seorang ni. Mcm manalah ahli2 PAS boleh terima org munafik spt ini jd Presiden. Nauzubillah!

otoote berkata...

sebenaenya menunjukkan cawangan dan bahagian PAS tidak lg menerima arahan PAS Pusat.....PAS running on auto-pilot ......bukti bhw presideng adalah sgt lemah. aku jahil....tak tau la dr segi syarak apa hukum amir lemah tak dpt control uemaah tp tak mo letsk jawatan....hancurkan parti.

Tanpa Nama berkata...

Just quote sudarpada tranungkite.......

Joined: Feb 28, 2009
Posts: 6444

Posted: Mon Apr 20, 2015 4:01 pm    Post subject: Isyarat jelas kepada geng erdoganIdeologi anda berkiblatkan DAP telah di tolak oleh PAS 

 

Presiden 
- TGHA - 80 Pencalonan 
- Husam Jamnapari - 8 
- Ahmad awang - 3 

Timbalan 
-TITM- 78 
-Mat Syiah Hotel Perdana - 8 

Tanpa Nama berkata...

Majority Akar umbi dah calon tghh sbg president.. Bermakna mereka takmau tukar president..
Blog greenbog kena kuat lagi kempen... Kikiki mana tau perwakilan tukaq fikiran...

sb dehlawi berkata...

pas dah terlalu bongkak dah xkenal kawan...

Tanpa Nama berkata...

Hadi awang semakin mesra ke sana.

Tanpa Nama berkata...

Barua sudah jadi juru jual pill kuda dan penikam rakan Serta penipu rakyat

Tanpa Nama berkata...

Maknanya haji hadi merestui pas permatang pauh...usah berbelit belit katakan saja YAAA!!!!!!!!!!!!
kan senang citer

Tanpa Nama berkata...

Dah pukul dan hentam org masih nak mengaku Kami masih berkawan lagi........apa daaaaa

Unknown berkata...

bile pas xrestu sikap pkr pasal kajang move,hentam pas macam2...dap sampai skg nk cara pasal..bile korang tolak enakmen syariah pas buat..xde org hentam pun..puak pkr bukan main wala dgn anwar lg xpe..org pas taat pemimpin sendri xboleh...sume kt sini ckp kosong..kate presdien UG plak..ko dgr la sendiri..https://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ..
tang mn UG..compare dgn kit siang ckp..aku mmg cukup sedih dgn puak2 nama islam ni...pada org kafir xde plak bersungut..pada pemimpin islam yg tak pnh nk menitik beratkn agenda islam ko sokong mcm nk bg nyawa..tp bile org bertaun2 perjuangkn islam ko xnk sokong..btol la hadis nabi..islam datang dalam keadaan dagang(asing) dan kembali dlm keadaan dagang..maka beruntung la org2 yg dagang...

Unknown berkata...

dulu anwar ibrahim umno serang pas..pnyokong anwar adalah umno..bile anwar tiada kuasa,pas la kawan rapat..bile da ada kuasa sket je(selangor je kot,dap pulak penang je pun)jd cm umno blk...walhal pas pgg kelantan 20 taun,pnh pgg ganu,kedah,perak(jatuh sbb dap n pkr berpaling tadah)sama je cm dulu..pas pnh kene dgn umno,skg hati2 pulak ngn pkr dap

Tanpa Nama berkata...

Hebat ulama PAS...dari atas sampai ke bawah boleh buat hukum...Presiden ikut saja...

Tanpa Nama berkata...

Apakah puncanya pas berubah angin....ada sesuatu yg lebih besar sebenarnya....kita hanya nmpk pd yg dasar shj....tun mahathir tahu hal ini...lihat...tun xda komen pun pasal presiden pas...menantunya dll....sebab apa....berantakan pr la ni....

Tanpa Nama berkata...

Saudara rasiq..kenapa pkr perlu minta restu dari pas itukan pkr yg memerintah selangor negeri sendiri tak terjaga nak jaga negeri orang konon.tlg jelaskan yg mana satu yg betul hudud atau ejek yg di bawa oleh pas.kalau hudud kenapa boleh dipinda pinda adakah hukum allah boleh dipinda pinda?,kalau ejsk kenapa tak sebut awal awal,sampai. Huru hara jadinya siap keluar hukum lg tak sokong tak beriman,puak pkr wala pada dsai itu tandanya pemimpin yg dicari bukan pemimpin yg flip flop ,bukan pemimpin yg semua perkara TAK TAHU walaupun di depan mata..
Dap cari pasal,pasal apa ?pagi mesyuarat kata setuju petang buat statement tak setuju sapa tak hot inilah dinamakan tak pendirian macam lalang last last cakap ikut suka aku laaaaa

Jeman berkata...

Otak n mulut pnyokong ulama ke ni? Tuih!!

Tanpa Nama berkata...

Raziq Halim dan tuang presiden bersama ug boleh tinggalkan PR dan buat pakatan dgn umno! Bersama samalah kamu dan umno perjuangkan hudud..walaupun kamu tahu rata2 org islam masih hidup dibawah garis kemiskinan!

Kamu dan presideng boleh la berkira kira mentekedarah duit rakyat bersama rakan2 ameno kamu...Juallah nama agama sepuas puas hati kamu.....sb kamu dan umno tkde beza. Cuma bagus sikit umno sb tk menampakan sikap munafik dgn menjual ayat2 agama.

Tanpa Nama berkata...

Kita sama2 tgk PKR boleh menang @tidak tanpa bantuan Pas.Kalau Pkr kalah, PKr boleh dibubarkan terus kerana hanya harapkan bantuan org lain saja.Kalau menang Pkr boleh singkirkan pas dari PR.PAS boleh berjuang sendiri kerana sudah ada pengalaman.Kemenangan mutlak adalah bila kita berada di pihak yg benar.Bukannya kemenangan undi.

Jeman berkata...

Waaa main hadis pulak la... yg buat Islam jd dagang ni pasal org2 mcm ko la.. org kritik ulama kritik cara korg nak laksana hudud kelam kalibut tp korg suke2 label jebon itu parasit ini.. camni ke? Ni bukti org mcm ko dlm hadis ni:

عَنْ عَلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ (ص) : يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لا يَبْقَى مِنَ الإِسْلامِ إِلا اسْمُهُ وَلا يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلا رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى عُلَمَاؤُهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُودُ {رواه البيهقي}

Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tiada tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi kosong daripada hidayah. Ulamak mereka adalah sejahat-jahat yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali.

Tanpa Nama berkata...

hati2 ulamak2 dan pengikutnya dlm pas banyak yg dah sesat danmengkhianati perjuangan islam yg sebenar2nya,khianati perjuangan rakyat yg di zalimi,bersekongkol dgn umno bn yg men zalimi rakyat,hj hadi makin lama makin gila,gila nak jadi menteri bn agaknya,ulamak sombong dan macai nya ini moga2 ALLAH SWT hancur musnahkan

Tanpa Nama berkata...

TGHH hanya presiden PAS tapi keputusan dibuat oleh orang lain. Penasihat 50 persen

Tanpa Nama berkata...

Raziq halim ni jelmaan wan rosli. Bodoh piang..main hadis utk halalkan cara..

Tanpa Nama berkata...

10:31 muka bercahaya ka. Mari 2 munasabah diri dulu.

Malaysiabaru berkata...

Pas dah brrpecah umno pun dah berpecah

apa kata kita launching Party A.B.U

terdiri dari 100 ngontermasuk pasma dan yayasan islam lain yg dgt benciksn umno dan munafik pas mustafa ali ex dep minister bn.

rakyat solid benci umno di bawah a.b.u ...

C++ berkata...

Bhai GreenBoc.

Dulu masa AdukaTaruna buat program "Langgar Hadi" semata-mata nak tau kenapa Hadi Awang banyak belit dalam urusan PR... semua orang tuduh ini kerja budak sosialis...

Walhal AdukaTaruna dan geng-gengnya termasuklah gua sekali dah nampak mainan Hadi Awang nih cukup lama... Bukan baru nih ja... dah lama kitorang perhatikan putar belit Hadi Awang....

Last sekarang baru semua orang ader akai nampak camana Hadi Awang paling failed sebagai Presiden PAS....

Hancuss...

Tanpa Nama berkata...

Bukankah hudud nnti akan menanam rasa gerun kepada Allah. Mengurangkan amalan rasuah, ketirisan yg mana natijahnya akan menguntungkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Parti ego susah nak rasa bersalah. Perasan dh jadi abg besar.

Tanpa Nama berkata...

Raziq Halim

Apa tujuan kita belajar Ilmu agama dan dengar kuliah mahgrib dan subuh setiap hari..
utk kita jaga diri kita drp sesat dan jadikan ilmu ini sebagai filter.
so jika TGHH dan UG jika tersasar drp ajaran agama dan sunnah dan akhlak apakah jika mesti taat dan patuh?
adakah kita mahu tergolong sama2 pergi ke neraka ?
manusia di beri akal ,,gunalah sebaik mungkin ..
politic biar kena cara bukan ikut membabi buta.

Anti Fitnah berkata...

Apa dah jadi??????
Jangan main-main dengan Al-QURAN dan HADITH sebab siapa yang mendustakan firman Allah swt dan sabda Nabi Muhammad saw akan dilaknat nanti.
Ke mana arahnya PAS nak martabatkan Islam ni? Adakah dengan menegakkan hukum Hudud sudah Islamlah kita? Yang PAS dok gedik-gedik nak Hukum Hudud ni, depa dah lihat tak sistem kehakiman kita ini dah boleh berdiri sendirikah (adil)? Jentera kerajaan yang sedia ada ni berkesan tak dalam penyelesaian kes-kes jenayah? Adakah pegawai kerajaan yang dok ada sekarang ada tak sifat telus dan integriti?
Orang ramai dah kata depa tidak menentang hukum Hudud. Yang dikhuatiri mereka ialah perlaksanaannya. Dengan suasana negara kita sekarang, adakah kita mampu melaksanakan hukum ini? Pelbagai jenayah yang berlaku tidak ditangani dengan elok malahan diabaikan.
Aku boleh faham kenapa DAP tak setuju dengan hukum ini. Depa nampak ramai pegawai Melayu tak mampu menjalankan amanah ini dengan baik dan sempurna. Depa nampak penyelewengan akan berlaku. Bayangkan penyelewengan yang dok ada depan mata pun, PAS tidak menentangnya termasuklah Presidennya yang taraf ulamak "dunia".
Macam yang aku selalu sebut le. Orang tidak tanya berapa banyak kitab yang kamu baca tetapi berapa banyak yang kamu amal. Orang tak akan tahu niat hati kamu tetapi orang boleh tafsir niat kamu dari tindakan kamu.
Ingat, jangan menghina orang lain dengan gelaran yang buruk sebab khuatir Allah swt akan membalasnya di dunia seperti mana yang berlaku sekarang. Apatah manusia yang mulutnya sentiasa bercakap tentang kebaikan Islam tetapi bertindak di luar norma Islam.
Munafikun akan dihumban ke dalam neraka (perut) yang tingkatnya lebih bawah dari orang kristian dan nasrani serta bukan Islam yang lain?????? Tanya ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Sahlah kini Hadi Awang memang pendengki sifatnya atas sebab-sebab yang hanya beliau sendiri tahu. Sahlah juga cakap berbelit-belit, flip flop, baling batu sembunyi tangan, jari telunjuk kelengking berkait, bersilang-silang kata dan tikam belakang. Kalau tak ada rakaman lengkap dia berbicara alamat tak mengakulah dia yang berkata. Semua fitnah dan silap media dan pemberita membawa berita. Inilah perangai asasi Geng Ganu dan UG. Bagi semua kuasa dan jawatan pada puak mereka kita lihat pula macam nanti sesama mereka nanti akan tikam belakang dan buat kerja dan projek untuk perut dan bawah perut sendiri-sendiri. Itulah kesahnya dulu hingga jatuhnya Terengganu masa Hadi menjadi MB. Rakyat Terengganu dan orang luar Terngganu boleh lihat perangai Ganu ni. Jangan kata pasal perut dan bawah perut saja sapu, duit zakat sapu dulu untuk anak pinak dan suku sakat mereka. Itu semua sejarah, kalau rajin buatlah carian sendiri. Alahai ularmak....

Tanpa Nama berkata...

bagus statement bro Anti Fitnah
depa dok perasan aku ni hebat ..
Aku boleh faham kenapa DAP tak setuju dengan hukum ini. Depa nampak ramai pegawai Melayu tak mampu menjalankan amanah ini dengan baik dan sempurna. Depa nampak penyelewengan akan berlaku. Bayangkan penyelewengan yang dok ada depan mata pun, PAS tidak menentangnya termasuklah Presidennya yang taraf ulamak "dunia".
Macam yang aku selalu sebut le. Orang tidak tanya berapa banyak kitab yang kamu baca tetapi berapa banyak yang kamu amal. Orang tak akan tahu niat hati kamu tetapi orang boleh tafsir niat kamu dari tindakan kamu.
Ingat, jangan menghina orang lain dengan gelaran yang buruk sebab khuatir Allah swt akan membalasnya di dunia seperti mana yang berlaku sekarang. Apatah manusia yang mulutnya sentiasa bercakap tentang kebaikan Islam tetapi bertindak di luar norma Islam.
Munafikun akan dihumban ke dalam neraka (perut) yang tingkatnya lebih bawah dari orang kristian dan nasrani serta bukan Islam yang lain?????? Tanya ustaz.

abuamir berkata...

Sokong anti fitnah, puak yg tuduh org macam2 ni dah pasti rasa mereka suci & ahli syurga ke? Ulamak yg paling jahat adalah yg cakap lain dan buat lain. Jgn sampai jadi munafik sudahlah..............nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi dh nyanyok atau pun kurang siuman....nk bersama PR tp sokong akarumbi pas permatang pauh yg nk boikot pkr....cakap apa ni....letak jawatan lah memalukan.... Tuan Ibrahim walau pun ia dr kumpulan UG tp kenyataan beliau tetap matang....presiden kata mcm ni naib kata mcm tu...sama2 puak pun bertelagah...mcmana nk didik ahli supaya patuh dan berdisplin....kita mesti berpandangan jauh jgn ucapan kita boleh dipertikai oleh ahli...yg suka PR pecah akan ketawa semahunya....

Zab berkata...

Saya cadangkan kalau PAS Permatang Pauh nak boikot dan direstui oleh Presiden, maka saya nasihatkan ahli PAS jadilah anak jantan dan letaklah semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ni elaun pun nak sapu, muka nanti jadi muka tak tahu malu. Sudah-sudahlah memperbodohkan rakyat (Ayat ni saya reserve untuk UMNO, tapi sekarang dah boleh terpakai untuk PAS).

aku berkata...

Hudud adalah permainan Umno untuk memecahbelah Pakatan Rakyat itu sahaja motifnya. Apabila Pakatan Rakyat berpecah Umno akan kembali seperti biasa iaitu menolak hudud atau pun hanya berdiam diri bila di tanya tentang hudud. Itulah wajah sebenar Umno tidak lebih dari itu. Sekarang kita lihat PR semakin menghampiri kehancuran disebabkan tindakan tidak berhati2 dalam hal hudud ini. Yang untung adalah Umno kerana PR berpecah. Hudud? tidak juga dapat dilaksanakan hanya sekarang bising tuduh sana sini lepas tu diam.

Tanpa Nama berkata...

ASAL BUKAN UMNO. A.B.U!!!

Umno penyokong yahudi apco

Tanpa Nama berkata...

Hadi suka melabel dan memaki hamun org lain dgn mcm2 panggilan kafir, barua, jebon. Yg terbaru di panggilnya ahli2 umno org munafik.

Tanpa Hadi sedar dirinya yg terpalit dgn kata2 kesat yg keluar dari mulutnya sendiri. Terbuka hijabnya kerana suka mengaib dan memaki hamun yg setuju dgnnya. Allah maha mengetahui.

kejuruteraan loji berkata...

Apa yang tersirat Presiden dan UG membenci Anwar kerana percaya dengan tuduhan yg terhadap Anwar; bercanggah dengan hudud sebenar yang mereka perjuangkan, mana EMPAT saksi adil yg "melihat dengan jelas" seperti dikehendaki Hudud; cakap berbeli-belit

Tanpa Nama berkata...

https://youtu.be/No9ClPRJeLs

Tanpa Nama berkata...

#1

Tujuan hudud ialah nak buat perkara yang betul dan menghapuskan kejahatan Tu sebab UMNO terima pelawaan PAS

LKS pun nak selamatkan negara dan memastikan semua pemimpin patuh pada undang undang tapi UMNO tak balas usaha baik DAP.

PAS baik DAP pun baik tapi kenapa dengan DAP UMNO tak sambut?

#2

PAS tak restu Kajang Move sebab Anwar akan jadi MB Dan Anwar dah nampak sikap Khalid yang berbaik dengan Hj Hadi yang tak boleh dibiarkan UMNO guna Nasha Hasan Ali (fakta sepertimana pengakuan mereka berdua) untuk pujuk Hj Hadi Selepas itu UMNO guna kan pulak Hj Hadi untuk memgoda Khalid yang tersepit dengan hutang Hj Hadi kan orang agama bila kata "ok Biasa lah semua orang buat Niat kita serah pada Allah" Khalid pun guna lah 'hukum' Hj Hadi tu Semasa bersama PR kita menyokong PAS sehingga lah tindakan Hj Hadi melampau dalam isu MB

Kita bagi madu Hj Jadi bagi racun! Kita bagi penawar Hj Hadi lagi percaya pada jampi serapah UMNO

#3

Yang PAS pegang Kelantan 20 tahun Hj Hadi tak buat perangai lagi sebab ada TGNA Sekarang MB baru team pro UMNO berulamak kita tenguk berapa tahun?

DAP dan PKR berpaling tadah selepas Harun Din talipon Ustad AA Tindakan ini melemahkan dan meragukan mereka bertiga pada keukuhan PR Sebelum orang PAS yang dapat pampasan baik dia orang bertiga yang sapu dulu

Kalau pada TGNA pun UMNO boleh kena kan apalah sangat Hj Hadi yang dari dulu ikut ikut orang je Tak perlu hati hati cakap lah dah tak bersama PR Mana maruah Presiden kan DAP kata tak sokong Hj Hadi

#4

Kemenangan mutlak bukan kerana PKR menang (undi) tanpa bantuan PAS Kemenangan mutlak ialah menyedarkan rakyat PPauh perangai buruk ulamak PAS terutama Hj Hadi yang khianat bila berpakat dan hilang sifat malu pada Allah Tanggung jawab kita ialah bukan selamatkan UMNO tapi menyelamatkan ulamak PAS yang lain Jika PKR kalah cahaya Islam pudar malap !

Hudud dosa kita dengan Tuhan yang maha pengampun
Fitnah dosa kita pada manusia Pada Anwar Pada Ayah Ibu Anwar Pada isteri dan anak anak Anwar juga cucu cucu Anwar! Pada yang menganggap Anwar adalah sedara se Islam yang macam kita ini

Kepada Allah kita kembalikan






Unknown berkata...

Pas smkin porak peranda dibwh presiden lemah dn pntingkn puak trtntu saja.

Tanpa Nama berkata...

Hudud kelantan...ape kaitan dgn rasuah.
mkn rasuah blh ke rejam ke..

Unknown berkata...

Harap ahli2 pas menukar presinden yg lemah dn pengkianat spt ni.

Tanpa Nama berkata...

Pas masih ok...yg tak ok nya adalah haji hadi dan suku sakat UG nya...akar umbi pas perlu mainkan peranan pada muktamar akan datang...nyahkan haji hadi n the ug geng...kalau tidak confirm aku dan keluarga akan keluar pas beramai ramai...

Jeman berkata...

Ngaji dek dgn EKJSR a.k.a hudud Hadi bkn Hudud Islam sebenar ko tu.. yg geng UG ko propose rasuah mana ada hudud? So org PAS masih bleh rembat juta2 duit balak..

Tanpa Nama berkata...

PAS sibuk dengan hudud PAS. Rakyat menolak Hudud PAS. Terima sahajalah.

Saya cadang "ustaz kampung" ini cukuplah buka mulut. Rakyat dah mula benci dengan dia.

Zaki berkata...

Bila otak dah masuk ulat, Bergerak ke timur disangka ke barat, bila ditegur terlompat-lompat, kilauan silam semakin berkarat, Kini kebencian semakin sarat.