17 Apr 2015

Ahmad Awang, Ulamak PAS Pro-Pakatan Yang Mampu Bawa PAS Ke Hadapan


PAS Bukit Gelugor calon Ahmad Awang sebagai presiden kerana jasa tubuh Pakatan Perak

Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit Gelugor.

Yang dipertua PAS Bukit Gelugor, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata, sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) amat dihargai parti Islam itu.

PAS Bukit Gelugor di Pulau Pinang yang dipimpin Mujahid menjadi kawasan ketiga selepas Parit Sulong dan Jelebu di Negeri Sembilan mencalonkan Ahmad sebagai presiden.

"Beliau juga ulama terkenal di peringkat antarabangsa dan dihormati kerana ilmunya," kata Mujahid yang mengetuai PAS kawasan itu dalam mencalonkan bekas naib presiden PAS itu.

Menurut Mujahid, penghayatan Ahmad kepada aspirasi PR lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik dan berprinsip dengan PKR dan DAP.

Selain itu, Ahmad juga pernah menyandang jawatan naib presiden dan ahli Majlis Syura PAS, serta pernah mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
kata Mujahid.

Katanya, peranan pentadbiran dan keilmuan Ahmad mampu membawa PAS ke tahap lebih baik.

"Semoga dengan keberkatan syura PAS Kawasan Bukit Gelugor pencalonan kami diharapkan dapat melonjakkan PAS ke hadapan," katanya.

Bukit Gelugor juga mencalonkan Mohamad Sabu bagi mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden, manakala Mujahid sendiri bersama Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dicalonkan untuk naib presiden, dalam mesyuarat yang diadakan pada 15 April. -TMI

ULANGSIAR

Ustaz Ahmad Awang: Fahami Awlawiyyat Politik, Perkukuhkan Pakatan Rakyat


Veteran PAS tegur 'perosak' Pakatan

Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.

Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.


Ini kerana Pakatan adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Kekuatan Pakatan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ia diakui Umno/BN sendiri.

Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi keperluan rakyat yang amat mendesak.

Cengkaman Umno

Saya menyeru semua pimpinan Pakatan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan Pakatan dan seterusnya menjadi pembela nasib rakyat.

Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.

Pada 2008 dan 2013, apabila bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ini, mereka sekali lagi mengekalkan kekuasaan.

Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.

Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah qaumiyyah (perkauman) yang ditolak Rasulullah SAW.

Inilah sebabnya PAS selama ini hendak menjatuhkan Umno/BN supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam, tetapi politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!

Oleh itu, amat pelik sekiranya ada yang menganggap Pakatan tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.

Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS pihak paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.


Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara daripada sudut politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akhirnya dapat dibenteras.

Menjelang GST

Ia tidak dapat diatasi selagi Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yang membawa kerosakan ini.

Maka saya menyeru kepada pimpinan Pakatan, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan gabungan itu.

Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar kronisme dan rasuah – amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas ditimpa bebanan, menyebabkan hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.


Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan.

Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!

Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita menjadi sebab utama Pakatan berpecah atau hilang keyakinan rakyat.

Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti Pakatan yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat.

Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.

Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.

PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan.

Adab beza pandangan

PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.

Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam Pakatan dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 90-an!

Melalui kebijaksanaan mengenali keutamaan ini, PAS berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam parti itu sendiri.

Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?

Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan dirinya sendiri dan apabila ini berlaku maka Pakatan akan turut terjejas.

Apabila Pakatan terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.

Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS.

PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang ‘Islam dan syariatnya’ tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.

Amalan adabul ikhtilaf (adap berbeza pandangan) serta ‘berlemah-lembut dan kasih sayang’ antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati.

Perancangan Yusuf Rawa, Fadhil Noor

‘Islam tanpa akhlak’ sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.

Saya harap pimpinan akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam sepertimana yang pernah wujud dulu.

Keadaan ini hasil kemasukan budaya asing selepas 2008.

Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pimpinan PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan yang ditetapkan pimpinan terdahulu, khususnya almarhum Yusuf Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor.

Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.

Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani.


Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut.

Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.

Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan, terutamanya pimpinan PAS, berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan Pakatan demi membela keadilan dan kepentingan rakyat.

AHMAD AWANG mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM).



IMBASAN KEMBALI


PENDEDAHAN UST AHMAD AWANG WUJUDNYA UG KETIKA PENUBUHAN KERAJAAN PAS PERAK.

[min 5:07] Saya percaya InsyaAllah Pas akan terus kehadapan maju terutama sekali yg telah di tegas tadi, di ulang-ulang oleh pelbagai perwakilan tentang bagaimana kita tidak sepatutnya berfikir yg kita hendak berpakat dengan Umno..

Yg itu saya katakan itulah pendirian kita dan kita memperkasakan Pakatan Rakyat. Jadi dalam hal ini kerana ada pihak perwakilan yg ada mengatakan tadi bila cakap bab Umno, siapalah diantara kita ini yg mereka tu nak berunding nak pergi bersama dengan Umno...??

Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat... belum bernama Pakatan Rakyat untuk bersama DAP dan PKR.

Saya di hubungi oleh pimpinan tertinggi.. "Tidak bolehkah kita mengkaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.."

Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah Pas semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu.. Ada..!!





DI VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI ADA JAWAPANNYA:








18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu ulasan yg sangat memberangsangkan drpd Ybhg Ust Hj
Ahmad Awang.

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh...betapa anasir-anasir UG sudah memainkan peranan sekian lama...Akhirnya setelah tiada jalan maka terdedahlah muka-muka UG ini yang berselindung dan menggunakan hujah dan kempen memburukkan pimpinan2 PAS...Lalu lahirlah budaya 'memparasit', 'membarua', 'menjebon', dan memburukkan sesama sendiri.

Itulah hukum kebenaran yang GB selalu sebutkan.

Tanpa Nama berkata...

KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:

Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz3XdaWVPA4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tanpa Nama berkata...

Percaya atau tidak sebelum ini kita sangka kan 'usaha usaha' UG bermula semasa isu MB Selangor

Selama ini yang di sebut dan diperkata orang mengenai UG ialah cuma 'cadangan' sehingga lah Ustad Ahmad dedah kan memgenai kerajaan perpaduan UMNO PAS di Perak yang melibatkan Dr Harun Din

Sungguh sangat mengiciwakan bila yang sebenarnya usaha usaha tersebut telah berjalan rancak sejak 2008

Patutlah UMNO berani dan tanpa takut untuk meneruskan fitnah liwat 2 kerana di ketahui dan secara langsung di sokong oleh pemimpin pro UG

Jika kita menolak UMNO kerana tidak redha dengan kezaliman dan fitnah kita juga akan tolak PAS yang dipimpin oleh pro UG yang redha dengan apa juga tindakan UMNO

Di mata dan di hati pro UG fitnah tidak ada apa apa makna

Tanpa Nama berkata...

Mampu kah Hj Hadi memberi pandangan dan nasihat sedemikian rupa seperti mana Ustad Ahamd demi mengeratkan persaudaran dalam PAS dan mengembalikan akhlak Islam kepada ahli ahli?

Hj Hadi lebih 'membaca' sekadar 'membaca' dan bukan nya menguna ayat ayat Al Quran kerana selepas ayat ayat tersebut Hj Hadi hanya beberapa kerat perkataan nya sendiri untuk menghuraikannya

Walaupun Ustad Ahamd tidak mengunakan ayat Al Quran isi dalam memberi peringatan menuju ke arah akhlak Islam Menentang kezaliman seperti yang di tuntut Islam dan politik Islam

Jika Hj Hadi kita dah tahu Berpegang lah pada tali tali Allah sebagai satu contoh Jika tidak Hj Hadi hanya mampu jawab Suka hati saya lah Saya tidak tahu Perkara kecil dan meraban memberi pandangan tentang akta keganasan




Malaysiabaru berkata...

Jika pas boleh berbaik dgn umno
Maka
Pas juga boleh berbaik dgn Yahudi

Fikir fikir lah

Tanpa Nama berkata...

Ust Ahmad awang adalah ulama berfikiran waras dan bervisi.

Ulama pas lain iaitu tuan presideng dan Msu tersuci termulia ilmu tertinggi.

Tanpa Nama berkata...

Ustadz Ahmad Awang adalah sebutir permata yang hilang yang kini timbul untuk menggembirakan hati2 yang kecewa dengan permainan puak2 UG...

Anti Fitnah berkata...

Tiada kelebihan bagi seseorang manusia walaupun diberi gelaran Tok Guru, Ulamak, Wali, ... selagi dia itu
tak menentang kezaliman malahan menyukainya,
tidak menentang fitnah malahan suka menabur fitnah,
tidak bercakap benar malahan lebih suka pada percakapan bohong,
tdak menentang perkauman malahan lebih takut pada kehilangan keistimewaan kebangsaan,
....
Pernah seorang sahabat aku bertanya, "Sahabat, hang baca berapa kitab yang sampai hang sanggup menidakkan hujah dan tindakan ulamak?" Aku pun jawab, "Wahai sahabat, bukan berapa banyak buah kitab yang hang baca tapi sejauh mana hang beramal dengan ilmu itu? Kalau setakat baca saja, semua orang bleh boleh baca termasuk orang bukan Islam selagi dia tahu bahasa Arab. Hang tahu betapa ramai orang bukan Islam yang masuk Islam setelah membaca Al-Quran? Depa bukan setakat baca tapi menghayati isi kandungannya."

Allah swt melihat dan mengukur amalan kita untuk syurga maupun nerakaNya.

along7275 berkata...

Inilah pemimpin harapan PAS untuk kekal dalam PAKATAN.....ulasan UAA yang bernas untuk dihayati bersama...
......Copy & Paste Link..http://myinvitepay.com/?ref=278253

Tanpa Nama berkata...

Salam....
mana Mou Pas dengan Dap....
mana rangka kerajaan islam PAS...
terlalu awal membuat sipnopsis ulama sebagai pemimpin....
mungkin ini diantara sebab PAS gagal...

Tanpa Nama berkata...

Tajuk-tajuk menarik berita Harakah semalam;

1."Keikhlasan UMNO urusan Allah"

2."BN sejak dahulu lagi menipu"

3."Islam larang pemimpin 'kuku besi'"

Tanpa Nama berkata...


Pembentukan kerajaan perpaduan yang di usahakan oleh Haron Din semasa PR menang di Perak ketika itu tidak di berikan sebab Dan ketika itu isu hudud langsung tak di bangkitkan Maka alasan atau sebab demi Islam tertolak begitu saja

Sekarang mereka memberikan sebab hudud untuk berkerjasama dengan UMNO !

Tidak kah ini bererti Hj Hadi dan pro UG menguna hukum Allah untuk kepentingan politik mereka ?



Tanpa Nama berkata...

Ustad Ahmad dan Anwar ada lah dua insan yang sangat mulia

Sekiranya Ustad Ahmad menerima pembentukan kerajaan UMNO PAS Ustad Ahmad pasti mendapat kedudukan yang di idam idam kan oleh pro UG Senang senang dah jadi kaya raya sekarang ini

Kalau tiga ahli dun PR yang melompat pun jadi jutawan agak nya berapa juta UMNO sanggup sedekah pada Ustad Ahmad ketika itu?

Ini pun ahli PAS masih nak sokong Hj Hadi dan Harun Din

IrWrWs berkata...

Tapi masih belum sampai masa nk amik alih jawatan hj hadi.. TGHH is still the best.

Malaysiabaru berkata...

Yes TGHH is still the best untuk
1. Kucar kacir pakatan
2. Berbaik dgn umno
3. Melantik upco jd penasihat baru
4. Membawa usul hudhud sesat
5. Maki jemaah baruah
6. Tolong sambung wan rosli..

Tanpa Nama berkata...

Best dengan fitnah barua dan jual pill kuda. Cakap jer Tanpa bukti !!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita tak perlu hadir, ceramah, kempen, bertanding pilihanraya, kerana Pas bertanding bukan untuk menang...