16 Mac 2015

[VIDEO] Waspada: Milo Tiruan Timbang Kilo Di Rumah...


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil Nestle di Taman Mulia itu, terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.

"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran.

"Milo ini disahkan tiruan berdasarkan cara proses yang dilakukan adalah menyalahi proses sebenar yang dilakukan di kilang Nestle sahaja.

"Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan Seksyen 8," katanya.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB post ni ada baju BN

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

tengok logo apa atas T-Shirt Biru tu...

Tanpa Nama berkata...

Tukang seal packing tu dari spesis gerombolan nampaknya.

Tak habis2 kaup untung dan menipu rakyat

Tanpa Nama berkata...

Lahanat banyak sangat dalam negara kita sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Milo tiruan ni kena GST ker tidak?

Tanpa Nama berkata...

Yang tak sama penutup bungkusan nya je Bila minum ada rasa cokelat dan lemak susu tepung je dah jadi milo

Milo ini murah sikit dari harga biasa dan dijual di kedai makan dan restaurant sebagai barang reject

Sekiranya permintaan banyak hasil jualan Nestle menurun mendadak dan bermakna rasa milo nya tetap rasa yang sebenar sehingga kita tidak dapat membezakan antara yang asli dengan yang tiruan

Tanpa Nama berkata...

kita orang masih boikot barangan keluaran zionis nesle. gasak la milo cetak rompak ke apa.

Waris berkata...

Milo khas untuk kempen pilihanraya kot...

Tanpa Nama berkata...

Mungkin nj milo Baruah Negara