30 Mac 2015

[VIDEO & GAMBAR] Monorel Di Stesyen Titiwangsa Terbakar

Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.

Kebakaran di stesen terbabit juga menyebabkan kesesakakan lalu lintas lebih kurang dua kilometer dari PWTC ke Jalan Tun Razak sementara stesen terbabit ditutup buat sementara waktu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan, 8.52 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba kebakaran sedang berlaku di bahagian tayar.

Kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

"Api berjaya dikawal dalam masa setengah jam," katanya.

Sementara itu pihak pengurusan Rapid Kl akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

TERKINI

Perkhidmatan monorel beroperasi semula

Perkhidmatan sistem pengangkutan monorel sudah beroperasi kembali pada 12.15 tengah hari tadi namun masih ada kerosakan pada sistem isyaratnya.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail, Abdul Hadi Amran, berkata, dalam kejadian pertama pagi tadi, monorel dua gerabak terbakar di Stesen Titiwangsa akibat geseran tayar dengan landasan yang menyebabkan asap tebal.

Menurutnya, dalam kejadian kedua pula satu lagi monorel empat gerabak tergendala operasinya di antara Stesen Imbi dan Stesen Bukit Bintang akibat masalah teknikal.

“€œIa adalah dua kejadian yang berbeza.

“€œKami sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kedua-dua kejadian itu dan meminta maaf di atas segala kesulitan,"†katanya dalam kenyataan, hari ini.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Roda monorel guna tayar ke? Ada dua jenis landasan Satu landasan untuk kapl terbang dan satu landasan keretapi atau landasan monorel /komuter Kapalterbang guna roda tayar tapi keretapi guna roda tak ada tayar Adakah monorel guna tayar atau roda yang tak ada tayar?

Bila kali terakhir roda tersebut di tukar dan jika tayar adakah angin gas nya yang kurang?

Tanpa Nama berkata...

Nanti saya semak duty kakitangan yg Pam tayar ketepi tu yg bang...siasatan forensic telah dijalankan oleh penal-penal yg berwajib....Sembil-sambil tu kita ngeteea duluu:-) ngeehx3~

Tanpa Nama berkata...

Non 6 49 PM

Roda apa?
Saja ngeteea nak tahu