22 Mac 2015

Nak Buat Camana... Hudud Lebih Utama Dari PR Kata Mursyidul Am...


PKR tidak akan sokong "private bill" Pas di Parlimen

PKR sudah menjelaskan sikap dan pendiriannya tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang akan dikemukakan Pas berhubung Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan ke parlimen seperti mana dibentang dan diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, tiga hari lepas.

Pernyataan tidak sokong itu berdasarkan kepada dua sebab, pertama, pembentangan enakmen itu tidak diberi tahu oleh pihak Pas akan isi kandungan rang undang-undang itu dan ia dibuat secara "unilateral" tanpa memberi tahu rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Sebab kedua ialah, sekiranya rang undang-undang persendirian berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II itu, KEADILAN tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong prinsip-prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasia Syariah.

Dengan pendirian itu ia membuka ruang polemik baru lebih luas lagi mengenai Hudud di kalangan parti Pakatan Rakyat. Tindakan PKR itu dibuat mendahului keputusan bakal diambil DAP yang akan membuat penentuan berhubung tindakan Pas Kelantan itu pada Isnin depan.

Apakah pendirian PKR dan DAP itu sama yang kemudiannya membawa kepada satu perhitungan baru mengenai hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan PKR dan DAP?

Pernyataan PKR itu ditanda tangani oleh pimpinan tertinggi parti itu diketuai Dr Wan Azizah Wan Islam, Mohamed Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Berikut adalah kenyataan penuh mengenai sikap dan pendirian PKR yang diemail kepada blog ini. -mso

KENYATAAN MEDIA
21 Mac 2015

RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MENGENAI KUASA MAHKAMAH SYARIAH
Biro Politik KEADILAN telah bermesyuarat pada 20 Mac 2015 dan membincangkan secara khusus cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang telah diberi notis oleh Ahli Parlimen Marang kepada Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada 18 Mac 2015.

Ini lanjutan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.

KEADILAN membuat ketetapan tidak boleh menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tersebut atas pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

2. Sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, KEADILAN tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, KEADILAN menggesa kerajaan UMNO-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui RUU Persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

YAB Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

YB Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden KEADILAN

YB Shamsul Iskandar Md Akin
Naib Presiden KEADILAN

YB Rafizi Ramli
Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden KEADILAN

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua Angkatan Muda KEADILAN



DAP hentam Hadi atas 'pengkhianatan bersiri'

DAP hari ini buat pertama kalinya secara terbuka mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan apa yang dikatakannya sebagai "pengkhianatan bersiri" oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat telah melampaui kedegilan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tetapi juga ketidakupayaan Abdul Hadi untuk mengotai janji-janjinya.

Menurutnya, isu yang dihadapi oleh majlis kepimpinan Pakatan bukan lagi sekadar kedegilan PAS yang mempercayai dan bekerjasama dengan Umno bagi melaksanakan undang-undang hudud tetapi juga penghinaan Pakatan dengan memungkiri janji yang dinyatakan sendiri kepada gabungan itu.

"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS atau sebaliknya melihat Pakatan Rakyat berpecah,"
kata Lim dalam satu kenyataan.

Kenyataan Lim dibuat selepas pendedahan bahawa Abdul Hadi telah menghantar notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen berkaitan pelaksanaan hudud, tanpa pengetahuan gabungan tersebut.

Katanya, Hadi telah menghantar notis itu kepada Parlimen pada 18 Mac, untuk melaksanakan hudud ke atas orang Islam di Kelantan dengan meminda Akta 355, iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Manakala undang-undang hudud di Kelantan, katanya, hanya diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang pada 19 Mac.

Dengan mengemukakan notis itu ketika rang undang-undang itu baru diluluskan, kata Lim, menunjukkan bahawa Hadi sekali lagi memungkiri janji yang dibuatnya sendiri pada mesyuarat 8 Februari bahawa sebarang usaha untuk mengemukakan usul persendirian itu, harus terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan.
-mk


ULASAN GB

Ada dua senario yang menyentap rasa .... ulama bersukaria berselfie sakan tatkala ada rakyat Kelantan mangsa banjir yang masih menderita tinggal di khemah.. saksikanlah




Jikalah mangsa-mangsa banjir itu tahu ulama-ulama PAS sedang gian berselfie... apakah dan bagaimanakan perasaan mereka agaknya?
Dan diberitakan juga hampir RM1 juta digunakan untuk menganjurkan Ijtima Ulama Antarabangsa Ke 3 untuk kempen muktamar mengangkat ulamak. Jikalah berakal dan bergama, bukankah lebih baik wang sejuta itu digunakan untuk mangsa banjir...

Catatan Dhuha.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Ke 3 di Rusila. Penglibatan daripada pimpinan tertinggi Pas hingga Jabatan Amal amat membanggakan. Program yang menelan belanja hampir RM1 juta menunjukkan Pas mampu walau pun bukan sebagai parti pemerintah. Inilah kehebatan ahli Pas. Keberkatan bersama jamaah. Ust Idris Hj Ahmad 30 Jamadil Awal 1436/ 21 Mac 2015 Sabtu.


Fiqh Awaliyyat menurut ulama PAS: HUDUD!

Otak letak kat mana? Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... GB mengutuk ulamak? Bukan... Hukum kebenaran dan keadilan mendedahkannya...

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulama ulama pas memang tersuci termulia, Mari Manusia sedunia wala kepada mereka

Tanpa Nama berkata...

Salam....
merujuk perkara di atas adalah boleh disabitkan akan perkara mengenai ulama telah melihat demokrasi dan politik lebih sekadar subjektif..
Bertaubatlah...
Mintak tlg wat projek ekonomi...
Saya memang setuju PAS keluar daripada pakatan, stand alone...
Biarlah mereka datang kepada kita...

C++ berkata...

Bhai GreenBoc...

Sabtu leas gua lalu area Gua Musang (masih dalam negeri Kelantan) ... Dalam perjalanan gua ke Lojing... Gua dapat lihat mangsa banjir masih lagi duduk dalam khemah tepi jalanraya... Dengan tiada bekalan air dan elektrik....

Kesian betul lar...

.... Oops... Kiter kupakan dulu masalah mangsa banjir... Undang-undang kena didahulukan... Bukan dakwah yang perlu didahulukan....

Baru gua tau yang Rasulullah dulu silap buat percaturan... Patut dier jalankan undang-undang di Mekah 13 tahun lebih awal dari berhijrah...

Aiyo....

Tanpa Nama berkata...

Yang dok kempen demo #kitalawan tu tak fikir pulak pasal mangsa banjir? Jom turun Sogo, tinggalkan mangsa banjir...

Unknown berkata...

Ni yg dikatakan otak kat lutut.

Bantu mangsa banjir, #kitalawan untuk menentang kezaliman umno bn...

Pas sibuk berijtima dan hudud...

Tanpa Nama berkata...

yea seronok brselfie bkn hnya mngsa bnjir pnyokong yg brjuang untk jemaah msuk pnjara pn depa bt x ksah..klaulh ku tahu dr dlu prangai ulamak cmni..

Tanpa Nama berkata...

Tak nak ikut sudah la..anwar kalau mulia tak masuk penjara la..jgn samakan dia dgn mandela..masuk penjara baru sebulan ngadu macam2..ngada ngada..

Tanpa Nama berkata...

Apa kurangnya hj. Hadi. Kalau mulia x masuk dlm kandang org salah di mahkamah, apatah lagi hakim memutuskamn "ucapan hj.hadi memang berunsur fitnah...."

Tanpa Nama berkata...

Ada buat mogok lapar pulak.aku nk tgk berapa hari tahan..kalau mampus pun elok..kurang sikit org bodoh kat malaysia ni

salihah berkata...

Takut saya baca ulasan GB yang ini:

"Jikalah mangsa-mangsa banjir itu tahu ulama-ulama PAS sedang gian berselfie... apakah dan bagaimanakan perasaan mereka agaknya?
Dan diberitakan juga hampir RM1 juta digunakan untuk menganjurkan Ijtima Ulama Antarabangsa Ke 3 untuk kempen muktamar mengangkat ulamak. Jikalah berakal dan bergama, bukankah lebih baik wang sejuta itu digunakan untuk mangsa banjir... "

Ulama PAS tak takut dengan bala Allah kah.....

Tanpa Nama berkata...

Salam Tn GB, saya baru blk dari KB Selasa lepas dan sempat melawat rumah kakak ipar kawan. Rumahnya betul betul di tepi Sungai Kelantan tak jauh dari Masjid Muhammadi. Menurut dia sampai sekarang dia langsung tidak mendapat bantuan wang banjir samada dari kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Satu satunya yang ada terima ialah bantuan voucher tunai dan makanan dari persatuan buddhist. Kalau besok kerajaan Pas kelantan kalah jangan nak salahkan sesiapa tapi salahkan diri sendiri yang suka glamour. Tuan Ahmad Yaakob jangan bangga sangat jadi MB. Amanah anda terlalu besar. Janganlah cenderung dengan orang yang zalim iaitu UMNO. Ingatlah akhirat. Di sana tidak ada UMNO yang boleh menolong anda.

-RSM-

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya mursyidul am sendiri telah mengkhianati PAS & beliau BUKAN calon yang layak untuk menggantikan TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Tuan gb dan tuan sekalian

Saya cina bukan Muslim (iaitu orang pas Suka sebut "kafir") ingin dapat maklumat sikit. Saya pernah di marah kerana "bukan Islam nak tahu untuk apa". Maka jangan marah jika Tak nak jawap.

Kedua-dua penting. Mana satu lebih penting :

1 hudud
2 melawan kezaliman, menegaskan keadilan.

TK

Tanpa Nama berkata...

Tuan rms, sorry to say. Everybody know UG in pas will blame us chinese aka "kafir" for anything of their own failure including not able to implement hudud.

Cina hanya berapa Ada kuasa besar Sangat boleh gagalkan perlaksaanan hudud for 57 years? Biar betul...

Tanpa Nama berkata...

Telah Dilantik. Ahli pas diam jer terima. Nak salahkan siapa ?

Waris berkata...

Aku setuju HUDUD lebih penting dari perkara lain. Tapi jangan lupa perkara yang lebih penting iaitu jangan kena kencing sekali lagi dengan umno.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa sokongan umno pon RUU hudud akan lulus sbb PAS ada 2/3 majoriti.Maknanya PAS jd ketua.. Umno
jd pengikut.. Bagus la tu..
Yg di spin PAS UG tu amenda sdg kan de facto tu yg coba ber UG tanpa pengetahuan kita dan PR... Fakta ditonggang terbalikan..
Usah kita menjadi munafiq kerana mengejar duniawi .. Harta & kedudukan.
Suatu masa dulu kita takut diangkat jd pemimpin kerana risau tak terpikul amanah dan tanggungjawab..
Skrg berebutan jawatan hingga sanggup memfitnah & memburukkan pemimpin yg juga ahli jemaah kita sendiri.. Sediih..

Unknown berkata...

NAK BUAT CAMMANA - Org pas sendiri memang cukup cukup arif bahawa perlembegaan malaysia disusun oleh Lord Reid dan x ada ruang nak dibolehkan hudud, maka dari itu berazamlah untuk melaksanakan hudud saja kerana pas x buat dakwah seperti mana TGNA buat contoh. Hudud bukan kerana aku suka/x suka tetapi ia adalah hukum Allah dan kena terima dikepala dan hati, hanya sanya masa x mengizinkan lagi, darisemaikan saja azam dan harap Allah permudahkan bila tiba masanya. Langkah pas setelah ketiadaan TGNA macam ada udang disebalik batu untuk kepentingan diri.

Tanpa Nama berkata...

Mestilah hudud sebagai mekanisme utk melawan kezaliman & menegaskan keadilan. Rasuah, mencuri, berzina semua ini akan menyebabkan down strean effect yg merosakkan sistem ekonomi dan sosial. Oooopss sy bukan GB, sorry yaaa GB

Tanpa Nama berkata...

Kita harap ada ahli parlimen umno yg sokong.....tapi dari rekod sejarah....kenapa kes Qazaf yg difail oleh DSAI diketepikan dan mahu menggatal gatal tunduk dan menjadi tahi abdi kpd undang undang penjajah?....takkan ulamak Pas tak fikir???? Berapa kali nak kena patuk dan kena permainkan oleh umno yg nazak?.....

Tanpa Nama berkata...

Wahai anon 7:43, Hudud itu yg trakhir dijalankan Nabi, dan ayat mengenai hudud adalah diantara yg terakhir diturunkan, yg utama ialah pembinaan aqidah, aqliah dan kehidupan Islam itu sendiri. Tanpanya hudud tidak dpt dilaksanakan kerana masyarakat tidak dididik dengan Islam. Demikian kata jetua ulamak seduniam sheikh yusof alqardhawi. Anda sanggup kata alqardhawi tidak beriman?

Unknown berkata...

Kau ni memang bngap patutlh jd walaun ug..org ckap psal tugas krajaan sbuah negeri bkn psal ngo yg wt demo kita lawan!

Tanpa Nama berkata...

kenapa Ulamak Pas nak laksana Hudud di Kelantan,Malaysia tak perlu hudud ka?,

Tanpa Nama berkata...

Bila Monyet dapat Bunga maka hanxur lah Bunga itu

Apabila Ulamak2 PAS gagal menjadi Ulamak setanding Ulamak Mesir tetapi Ulamak Syok Sendiri maka hasil nya burok bagai Monyet mendapat Bunga.

Apakah Melayu Melsyu akan di percayai lagi baik Melayu sendiri mahu pun bukan Melayu kerana rata rata pemimpin Melayu mungkir janji dan bersifat Munafik.

Tanpa Nama berkata...

C++ 10:13PM,

Maaf ya, memang kesan dan mangsa banjir di kelantan masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya, tapi tak bermakna langkah permulihan TERHENTI seperti yang anda nampak, membuat baik pulih bukan dengan hanya MEMETIK jari dan pasti akan memakan sedikit masa...

Untuk isu yg sedang dibincangkan: perlaksanaannya sedang dijalankan dan masih perlu kelulusan dari PARLIMEN. Untuk pengetahuan ANDA telah ianya telah dirancangkan di pihak negeri dari tahun 1992/1993 lagi so ini bukan baru dan nak dibuat secara membuta tuli selain telah diteliti begitu lama juga memandangkan kes² jenayanh yang terlalu TINGGI di negara kita.

Ini juga kita boleh kita andaikan kebagai percubaan kerana ianya akan dilaksanakan di negeri KELANTAN juga untuk (org ISLAM). sekiranya ianya GAGAL, Pelaksana pasti akan membuat review atau menghentikan undang² ini.kalai Ianya berjaya pasti satu kebaikan kepada kita semua..

cuma pandangan saya..

Tanpa Nama berkata...

Ramai sangat yang mengambil langkah menghina sesama kita tanpa berfikir macamana nak mencari satu titik persamaan yang pasti membawa kebaikan kepada kita semua...

P/S: Nobody PERFECT in the world and only Muhammad Rasulullah SAW the PERFECT man

Tanpa Nama berkata...

Merujuk kepada pandangan am, nik Abdul lebih layak sebagai Mursyidul Am pas

Unknown berkata...

Ehhh igt kn macai umno terer dah...macai pkr pon pandai jugak....yela dulu2 kn geng2 umno jugak...tahniah jugak utk geng GB pasal berjaya jadi macai...hidup cina pkr!!

Tanpa Nama berkata...

itu PAS Selangor kata tak bersedia lagi untuk laksana hudud apasal ko x hentam? mentang2 depa kumpulan UG yg sama dgn ko?

Tanpa Nama berkata...

Semenjak saya berumur kanak2.., sampailah sekarang dah berumur lebih setengah abad, perkara UTAMA yang membezakan PAS dengan UMNO ialah.., satu pihak nak utamakan Hudud.., sementara satu pihak lain berpendapat Hudud bukan perlu diutamakan di Malaysia.

Allah dah menangkan PAS sejak 1990..; sekarang dah nak masuk 25 tahun PAS memerintah Kelantan. Masa kalah dulu.., hingga ke masa dah menang selama 25 tahun, pemimpin2 PAS Kelantan TIDAK pernah jemu bercakap nak buat Hudud ini (termasuk almarhum TGNA). Masa tu, tiada kedengaran dengan jelas pun alasan2 dari PAS sendiri mengenai perlunya perkara ini TIDAK diutamakan. Malahan UMNO terus digelar 'kafir' kerana tidak melaksanakan hukum Hudud ini. Tiada kedengaran pun penafian hujah 'kafir' dari mana2 pemimpin PAS ketika itu..

Sama ada 12 ADUN BN Kelantan sokong atau tidak, PAS sudah punyai cukup kuasa untuk meneruskan Kanun Jenayah ini. Pedulikan sama ada BN ikhlas atau tidak sebab itu tidak penting.

PAS kelihatan berada di puncak kejayaan membawa perkara usul Hudud ini ke tengah2 masyarakat Malaysia.., tiba2, ada pula segolongan dari pemimpin kita sendiri yang mempertikaikan 'asas perjuangan' kita selama ini.

Tak ker pelik tu..?