29 Mac 2015

[BERGAMBAR] Mat Sabu Dibebaskan, Khalid Samad Pula Ditangkap


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan di IPD Dang Wangi pada jam 11.30 malam tadi setelah ditahan hampir 23 jam, manakala YB Khalid Samad, AJK PAS Pusat pula telah dicekup kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Mohamad Sabu ditahan polis tengah malam kelmarin di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan telah dibawa ke IPD Dang Wangi. Penangkapan Mohamad Sabu ditangkap pada malam menjelang demonstrasi #Kitalawan yang berlansung semalam di mana Mohamad dijadual memimpin demonstrasi Kita Lawan dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum menuju ke kompleks membeli-belah Sogo.

Selain Mohamad dan Rafizi, polis juga turut menahan aktivis politik Hishamuddin Rais malam tadi. Naib presiden PKR Tian Chua ditangkap hari ini di Sentul, Kuala Lumpur.

Di dalam demonstrasi semalam, para poeserta telah memabngkitkan isu-isu semasa seperti skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), selain dari turut "meraikan" perkahwinan anak perempunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malaysiakini semalam turut melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau "tidak tahu" timbalannya Mohamad Sabu ditahan polis tengah malam tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Hadi, yang dilihat kian renggang dengan timbalannya, berkata demikian sewaktu bergegas selepas merasmikan konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Gombak hari ini.

Ahli parlimen Marang didekati wartawan, selepas menunggu hampir setengah jam, tetapi enggan mengulas sebarang soalan, termasuk keputusan DAP Sarawak keluar daripada gabungan pembangkang di negeri itu.

Beliau menjawab "tidak tahu" apabila diajukan soalan berhubung penangkapan timbalannya.

Hadi mempunyai sikap berbeza terhadap perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbeza dengan timbalannya, lebih popular dikenali Mat Sabu, yang dilihat sangat pro-Pakatan, tulis malaysiakini.

Menurut kenyataan yang ditulis oleh Dato Tarmizi Mohd Jam di dalam laman facebooknya, dengan penahanan Mohamad Sabu, maka ada kemungkinnan beberapa yang lain nseperti Dr Dzulkefly Ahmad, Pak Samad Said, Ustaz Fakrul Razi dan Dr Syed Husin Ali juga bakal menjadi tetamu tak didendang di IPD Dang Wangi. Beliau akhirnya menyakatan beginilah nasib penengang UMNO di Malaysia.

Khalid Samad adalah diantara pimpinan PAS PUsat yang turut menyertai demonstrasi #Kitalawan yang berlansung semalam.




Khalid Samad ditahan kerana menghasut awal pagi ini

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dzulkefly, Khalid yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

“Kegilaan tangkapan apa semua ini oleh sang penguasa politik?

"Semoga negara ini diselamatkan Allah daripada terjerumus menjadi sebuah 'police state',” kata Dzulkefly melalui akaun Facebooknya.

“Semoga kita semua dirahmati Allah. Allahu Musta'an.”

Semalam, polis menahan Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa sebaik sahaja perhimpunan #KitaLawan di ibu kota berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden.

Sebelum itu, polis menahan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang beberapa jam sebelum perhimpunan #KitaLawan dan menahan reman selama 3 hari Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan pada Jumaat.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan awal pagi Sabtu berhubung perhimpunan #KitaLawan di Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat parti di peringkat negeri itu.

Mohamad bagaimanapun dibebaskan pada pukul 11.30 malam tadi selepas ditahan hampir 23 jam tanpa sebarang pertuduhan.

Pada Jumaat, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan #KitaLawan yang diadakan semalam.

Pada sebelah malam, Hishamuddin ditahan selepas “diculik” sekumpulan lelaki tidak dikenali dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur ketika baru tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program penerangan #KitaLawan.
-TMI


12 ulasan:

Awanama berkata...

dah 23 jam presiden boleh kata "tak tahu" ?????

Awanama berkata...

Memang barua lah kalau tak tahu.!

Awanama berkata...

Presiden yg sibuk nak join umno..mana ada masa nak fikir pasal org lain.

Awanama berkata...

tgh buat kajiannak pilih kementerian mana

Awanama berkata...

Mu peduli apa.Bukang kerja aku nak jaga timbalan presideng,Pandai dia lah,Mu sape?Aku tengah sibuk ni.

tipah berkata...

Pagi kata BENCI UMNO mai malam peluk dan terguling dengan UMNO atas katil. Walla jangan tak walla.

Awanama berkata...

Hadi Awang TAK TAHU :

-tak tau Mat Sabu kena tahan polis
-dia tak tau pasal KENCING brjamaah
-dia tak tau DEMONTRASI kat pej.PAS
-dia tak tau HARAKAH tak diAUDIT
-dia tak tau Mustafa Ali merajalela
-dia tak tau pej.sgtMEWAH kat HARAKAH
-dia tak tau HARAKAH dah tak laku
-dia tak tau Hanipa kena DEBIK
-dia tak tau kreta Dr Hatta dibakor
-dia tak tau Dr Dzul kena pukul
-dia tak tau BANYAK hal tp TETAP jd Presiden


Yg Hadi Awang TAHU:

-dia tau pasal BARUA & broka
-dia tau putar belit u-turn & AUTA
-dia tau hebohkan pilkuda kat TV3
-dia tau bg WATIKAH lwn 3 penjuru
-dia tau PONTENG ikut suka dia
-dia tau maki & HALAU ahli
-tau trick bg pluru idup kat umno
-tau buat BODOH sorg2 tak brBINCANG
-tau khianat FITNAH langgar JANJI
-dia tau ulangalik2 LONDON Turki
-dia tau dia sgt GLAMOR ulama no.2 dunnia

Itulah dia Presiden parti ISLAM!?

Awanama berkata...

Apa punya presiden mcm ni....kalau dh tak nk bertanggungjawab letak jwtn lebih awla dan afdhal

Awanama berkata...

Di ulama suci mulia. Peduli apa lagi kalau dah berjaya ternampak diri suci mulia

Awanama berkata...

Dia juga tahu siapa Ada jual pill kuda. Hebatnya....

Awanama berkata...

Aku pun tak tahu

Awanama berkata...

Dia president pas paling teruk penting diri sendiri
Kasihan pengikut pas.