19 Feb 2015

UG: Salehuddin Mahu Bawa Isu Kenyataan Nasharuddin Ke Mesyuarat AJK PAS Pusat


Tindakan atas bekas timbalan presiden PAS jika timbulkan kekeliruan, kata Salahudin

Kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan masih wujud usaha mengadakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan depan.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini dalam mesyuarat itu untuk diambil keputusan bersama.

"Jika dipersetujui mesyuarat, kita boleh mengambil tindakan ke atas beliau jika didapati ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli," kata Salahudin kepada The Malaysian Insider.

Salahudin mengulas kenyataan Nasharudin melalui sebuah stesen TV swasta tentang wujudnya cadangan kerjasama antara PAS dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharudin membuat ulasan tersebut susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.


Salahudin juga menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kononnya kerajaan perpaduan Umno-PAS lebih mudah direalisasikan dengan ketiadaan Nik Aziz.

"Kami pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana yang didakwa itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, ketiadaan Nik Aziz akan memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno.

Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin.

"Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur).

"Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno.

"Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," kata Phahrolrazi pada satu sidang media di Shah Alam, Isnin lalu.

Salahudin menolak sama sekali pandangan Phahrolrazi itu.

“Saya ingin mempertegaskan yang keputusan muktamar dan pendirian parti masih utuh untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak sekali-kali bercadang mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno,” kata Salahudin.

Katanya, tidak mungkin sama sekali PAS akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Saya minta semua pihak, termasuk PasMa, jangan terpengaruh dengan dakyah Nasharudin yang cuba mewujudkan suasana tidak baik dalam PAS.

“Kami akan bersama mempertegaskan komitmen muktamar untuk kekal bersama dengan PR,” kata Salahudin.

Nasharudin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya dalam muktamar PAS tahun 2011.

Beliau kalah di tangan Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertandingan tiga penjuru.

Jawatan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS dilucutkan ekoran beberapa tindakan dan kenyataan beliau yang dianggap merugikan PAS.

Namun begitu, beliau kekal sebagai ahli PAS walaupun membuat beberapa kenyataan negatif terhadap parti itu termasuk dilihat mengekori Presiden Umno ke beberapa tempat termasuk ke negara Arab. -TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas isu ini di dalam entri: [VIDEO] Terbongkar: Projek UG Itu Memang Wujud Tanpa Pengetahuan & Restu TGNA

Petikan:

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

Kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur dan ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing.

sejak terbongkarnya gejala ug dgn pendedahan oleh pak lah, apa yg puak anti ug buat? tak ada... senyap. bila senyap, geng ustaz naik tocang dan menyerang secara terang2an. melabel, menghina dan fitnah sana sini. hinggakan presideng letak calon tak ada yg tegur.

Tanpa Nama berkata...

Bila Nasha dah cakap wujudnya UG ada pulak pihak yang nafi kan pulak ada nya usaha usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan Dengan hanya berpegang pada keputusan muktamar akan menjadikan masalah lebih sukar di selesaikan

Tindakan ke atas ahli yang buat demo pun tidak di ambil sebab itu Salahudin jangan sekadar berpegang pada keputusan muktamar sedangkan dalam masa yang sama kumpulan UG mengatur langkah bertentangan

Pemimpin PAS guna hudud untuk mendapat sokongan ahli yang tak sabar sabar nak laksanakan hudud Jadi hudud bukan untuk dapatkan sokongan UMNO tapi helah supaya ahli terus menyokong Pemimpin UG

UMNO guna kan persempadanan untuk mendapatkan sokongan pemimpin PAS yang mengharapkan lebih kerusi Bukan untuk memberi kemenangan kepada PAS tapi untuk menyelamatkan UMNO

Untuk mendapatkan kerusi melalui persempadanan mereka peralatkan hudud di kelantan Sedangkan tanpa hudud di jadikan isu pun UMNO akan berkerjasama dengan PAS untuk menyokong persempadanan

Hudud sebenarnya di permain main kan dan UMNO yang terselamat


Tanpa Nama berkata...

Hj hadi sila letak jawatan presiden secepat mungkin dan geng ug sila berambus dari pas...
Pas akan terbelah dua jika bergabung dgn umno...jika pas keluar pr, pasma akan ambil alih tempatnya...Insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit...pas ni hak milik peribadi hj hadi ke? Bakper yg gong sangat aku tengok hj hadi lening...
ckp ngarut ngabang skali...mulut kabo nok stay dgn pr, tp perangai mcm nok munoh ke pr...berat 66 mung hj hadi kalu lagu tu...bakper mu ingat rakyat bowohan mcm aku ni xdok otok ke nok mikir...ke mu rasa mung sorang jea org plg cerdik atah dunia ni...dok rhok cetong...

Tanpa Nama berkata...

Si Nasa ni doh lama duk berekor dgn najib tp geng ulama mulia suci dlm pas buat dek jea...cuba mat sabu, husam atau dr hatta yg jadi ekor najib, sebelum subuh lagi unit tindakan tatatertib msu ni akan tunggu dpn tangga...apa punya perangailah ulama jenis mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

Ikut kuasa diberi oleh ahli ahli pas, Msu memang Ada kuasa nak tentukan siapa mb selangor dan terang terang Tolak demokrasi pengundian

Nak senang, minta ahli ahli pas bagi Msu kuasa lagi besar termasuk perlantikan KM Penang, PM. TPM, dan semua menteri.

Kan Msu dapat sokongan kuasa oleh ahli ahli pas?

bat8 berkata...

Anon 4:46

Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan.

Sokongan UMNO kepada PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud hanya helah UMNO untuk mendapat sokongan PAS untuk meluluskan persempadanan baru pilihanraya yang akan menjadi talian hayat UBN terutamanya UMNO di Semenanjung.

Meh kita lihat isu persempadanan baru ini.

Dalam PRU 13 kemenangan UMNO dan BN disebabkan oleh BR1M yang utamanya. Di Semenanjung, jumlah kerusi yang di menangi oleh UMNO ( MCA, MIC mmg dh out) di Semenanjung banyak dengan majoriti tipis. Ini yang merisaukan UMNO. Dengan dibuat persempadanan baru, SPR boleh mengeluarkan kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan memasukkan kawasan-kawasan yang mereka kuasai dari kawasan kerusi parlimen bersebekahan ke kawasan ini. Dengan cara ini mereka boleh memastikan majoriti yang mereka menang dalam PRU 13 akan lebih selesa. Ini secara kasarnya bagaimana persempadanan baru boleh memberi advantage kepada UMNO.

Keduanya melalui pertambahan kerusi parlimen yang baru. Diberitakan dalam persempadanan baru yg dicadangkan pertambahan kerusi parlimen adalah 15-20% atau antara 30-40 kerusi baru. Pertambahan kerusi baru ini boleh membantu memenangkan UMNO apabila sesatu kawasan baru itu dibuat untuk memberi kelebihan kepada UMNO. Lakaran kawasan baru ini juga boleh membantu persempadanan kawasan sediaada seperti saya sebut diatas.
................

S3cara kasarnya TGHH sudah termasuk perangkap UMNO dalam isu persempadanan baru ini. Atas kertas Haji Hadi akan membawa PAS BERTAAWUN d3ngan UMNO dalam isu persempadanan ini dengan menikam rakan -rakan dalam PR. Ini amat merisaukan kita. Jika Haji Hadi hendak menghancurkan PAS tidak menjadi masalah kepada kita. Beliau dan konco2 beliau tanggunglah akibatnya nanti. Yang merisaukan kita, jika persempadanan baru ini diluluskan dengan bantuan Haji Hadi ( atas kehendak Haji Hadi, bukan PAS) INI M3NJADI MASAALAH KEPADA KITA KERANA IA AKAN MEMENANGKAN UMNO/BN UNTUK TERUS MELAKUKAN PELBAGAI ROMPAKAN HARTA NEGARA DAN MENINDAS RAKYAT UNTUK 5 TAHUN LAGI!

Saya bukan lulusan bidang ugama. Saya risau dengan konsep taawun yang disebut oleh Haji Hadi dalam video yang sedsng viral sekarang.

Kita jangan bercakap secara umum kerana realiti yang dihadapi oleh PAS adalah realiti sebenar bukan bersifat teori. Sekarang PAS bertaawun dalam PR. Boleh ke dalam bertaawun dengan satu kumpulan, dalam masa yang sama bertaawun dengan musuh kerana terpesona dengan tawaran musuh? Maknanya, kerana penting diri ( diri sendiri atau PAS?) Haji Hadi hendak bawa PAS makan keliling, kiri kanan makan, tikam kawan taawun dan bersongkol dengan musuh kerana tawaran musuh. Islam halalkan ke cara ini?

Tak salah Haji Hadi hendak bertaawun dengan UMNO dalam isu ini tetapi jangan makan keliling. Rungkaikan taawun dalam PR dan bertaawunlah dengan UMNO!

Soal kedua ialah mengenai tawaran kerusi tambahan yang UMNO tawarkan kepada PAS. Lumayan sangat kah? Sekarang kerusi parlim3n baru adalah lebih kurang 40 kerusi. Maukah UMNO memberi 20 kerusi baru untuk ditandingi oleh PAS? Ini satu persoalan yang amat penting untuk difikirkan. Kita kena faham arahtuju perjuangan UMNO dan BN. Diantara taawun dengan PAS dan keutuhan BN,agak-agak UMNO akan pilih PAS atau BN? Kita tahu rakan-rakan BN di Semenanjung bol3h dikatakan kalah teruk dalam PRU 13 lalu. Malah ada parti-parti komponen yang hilang s3mua kerusi mereka. Tidakkah untuk memperkuatkan kembali BN, sebahagian kerusi-kerusi baru ini te4utama dikawasan selamat perlu diberi kepada parti-parti komponen BN yang tenat ini agar konsep kerjasama antara kaum yang menjadi teras BN terus dapat dipertahankan.

Kerusi-kerusi parlimen yang baru ini perlu juga diagih kepada komponen-komponen parti BN di Sabah dan Sarawak. UMNO sendiri juga memerlukan kerusi-kerusi baru ini untuk mengukuhkan kedudukannya. INI T3NTUNYA PRIORITI UMNO DALAM PEMBAHAGIAN KERUSI-KERUSI BARU INI !!!....HABIS TU AGAK-AGAK BERAPA BANYAK KERUSI YANG AKAN DIBERI KEPADA PAS? 30? 20? 10?.....MIMPI MAT J3NIN LA HAJI HADI DAN PUAK UG!.....KALAU DAPAT 5 PUN IAITU 12.5% PUN DAH CUKUP LUMAYAN!

Tanpa Nama berkata...

TGNA penghalang utama, sudah tiada, mudah TGHH dan UG bergerak....

Tanpa Nama berkata...

UMNO pun macam DAP tolak hudud, mudahnya nak permainkan ulama Pas...

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah perintah Malaysia, kalau ikhlas kenapa tak laksanakan hudud diMalaysia, kenapa nak Kelantan saja?

Tanpa Nama berkata...

UMNO SURUH KELANTAN LAKSANA HUDUD, MALAYSIA KENAPA UMNO TAK LAKSANA?

Tanpa Nama berkata...

Masa TGNA jadi MB, UMNO sentiasa halang hudud, sekarang UMNO dan UG bersungguh nak hudud, pelik bin ajaib

Anti Fitnah berkata...

Saya tetap pegang pada janji Allah swt.
Sepandai-pandai manusia merancang, Allah swt merancang juga. Yang bathil tetap bathil. Yang benar tetap benar.