11 Feb 2015

[TERKINI] KEADILAN Kecam Penghakiman Kes Fitnah 2, Perilaku Hakim Ke Parlimen


KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya penghakiman kes Fitnah 2 hari ini. Kes Fitnah 2 ini jelas adalah satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin mengancam kedudukan Umno-Barisan Nasional.

Dapatan mahkamah (court finding) bahawa Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan kesemua bukti yang dibentang dan dihujah pihak pembelaan.

Keputusan hari ini memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman.

Pemenjaraan saudara Anwar Ibrahim tidak akan melemahkan semangat dan daya juang kami. Malah KEADILAN akan memperkukuh kepimpinan dan jentera parti untuk meneruskan perjuangan melaksanakan agenda rakyat demi Malaysia yang lebih baik. Kami juga tekad untuk memperkukuhkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, dalam masa terdekat, KEADILAN akan:

1) memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes Fitnah 2 yang memenjarakan saudara Anwar Ibrahim

2) menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti (vigil) di luar Penjara Sg Buloh setiap hari, bermula malam esok (Rabu, 11 Feb 2015)

3) mengatur solat hajat pada hari Khamis malam Jumaat ini di setiap Cabang KEADILAN seluruh negara.


KEADILAN istiqamah dan komited untuk tidak mensia-siakan pengorbanan saudara Anwar.

Seperti saudara Anwar, KEADILAN juga tidak akan sekali-kali mengalah. “We will never surrender!”

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
10 Februari 2015

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Musuh-musuh Anwar dalam PAS tentu gembira bila Anwar dipenjara

Tanpa Nama berkata...

Para pekerja yang makan minum hasil dari cukai harta rakyat , menghakimi rakyat seperti Tuhan tetapi menzalimi pula akan di hina di dunia lagi , satu per satu akan ter sungkur ke buni dengan muka hina cara pun hina.

Ada ysng dapat stroke , ada sakit jantung dan ada sakit koma macam bangkai menumggu ulat.

Tunggu dan lihat saja

Tanpa Nama berkata...

Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Faqirulkhoir berkata...

Para2 hakim, apakah kamu sedang berpesta sekarang ?

Malaysiabaru berkata...

3kapal terbang dah jatuh. Esom lusa genting bukit terbarai dan banjir tsunami di pekan . Amiin

Tanpa Nama berkata...

Bila masing-masing kejar dunia macam ini jadinyer...esok bertemu allah menyesal tak sudah....semoga kita dilindungi daripada fitnah dunia akhir zaman inii..amin

Tanpa Nama berkata...

Realitinya bkn hya pkr saja yg mengecam keputusan hakim tetapi majoriti rakyat pelbagai kaum dan parti turut membantahnya. Dari tinjauan blh dikatakan ramai yg teperanjat dgn keputusan yg tak munasabah.

Tanpa Nama berkata...

Hakim dikatakan zalim kerana jatuhkan hukuman...

Anwar&PKR tak zalim ke ... memperjuangkan hukum sekular & menolak hudud...

apa yg diharapkan dengan hukum sekular?

Tanpa Nama berkata...

apa yg diharapkan sangant dengan hukum sekular? demokrasi? keadilan?

hahahhaha.....

Tanpa Nama berkata...

Demi Allah Aku sumpah semua yang menginyaya saudara ku anwar ibrahim,
di timpa musibah keatas mu setiap hari sehingga akhir kehidupan kamu.
syahatil wujuh !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bapa Sailful pernah berjumpa Anwar dan mengatakan dia tak percaya anak nya di liwat Bapa Sialful kemudian mengata dia di paksa tapi tak ada lapuran polis mengatakan dia di culik

Tetap anak yang tak di percayai oleh se orang bapa telah menjadi seorang saksi yang berwibawa di dalam mahkamah

nurin jazlina berkata...

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad

nurin jazlina berkata...

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi)

Tanpa Nama berkata...

Ada pemimpin BN dari umno mengatakan kesan Anwar kali ini tak sama dengan tahun 1998 berpandukan pada kehadiran orang ramai semasa ceramah dan di mahkamah semalam

Liwat 1 dengan Liwat 2 jangan di sama kerana Liwat 2 telah tersusun awal awal dari mula Sedangkan Liwat 1 selepas di tuduh masa masa tu jugak baru nak susun konspirasi seterusnya dengan pihak pihak yang terbabit

Cuma Liwat 2 yang selalu tak kena ialah pertuduhan di ubah Doktor yang pertama mengesahkan tak ada liwat Jumpa Najib Tak ada kesan kena tujah tapi sah ada air mani Tak berak Tetapi kerjasama antara satu pihak dengan pihak yang lain cukup teratur

Liwat 1 sama dengan MH 370 Kelam kabut
Liwat 2 sama dengan cara pengendalain MH 17




Tanpa Nama berkata...

AMIN...mudah mudahan sepantas halilintar

Tanpa Nama berkata...

mengapa perlu diungkit hadis bagai...

sedangkan sistem yg diguna pakai yg diperjuangkan oleh kedua-dua pihak baik yg zalim (hakim) atau yg dizalimi (anwar) .. mempertahankan dan memperjuangkan hukum kafir semasa mereka ada KUASA...

zalim pada Allah tak nak cerita ke?

Unknown berkata...

X baik buruk sangka, x pasal2 dpat dosa

Tanpa Nama berkata...

Ini ke lima lima sekali masuk dalam golongan yang kedua Di antara paling awal masuk dan di tempatkan yang paling teruk

Dalam mahkamah Persekutuan Pendakwaraya dengan hujah Penguambela dengan hujah Lima lima mendengar nya dan setelah itu buat keputusan

Mustahil Lima lima sekali berhujah mencari bukti bersalah Dan selepas itu ke Lima lima sekali berhujah pula mencari bukti tidak bersalah Mustahil

So si Ketua yang bijak lagi adil akan memecahkan dua kumpulan Dua hakim dari setiap kumpulan Satu mencari bukti yang salah dan satu lagi mencari bukti yang tak salah

Kalau sama berat kira seri lah Maka Ketua akan memutuskan mengikut kepakaran dan pengalaman beliau So keputusan 3 -2 Paling adil Tapi sekarang ni ke Lima lima memngatakan bersalah Paling busuk 4-1 menunjukkan ada yang mempertimbangkan pada bukti tak bersalah

Macamana Anwar tak kata konspirasi Lain lah kalau rayuan di dengar 3 hakim Dalam soal jawab bila di tanya tak dibenarkan konon konon nak bergantung pada bukti yang ada

Belum pernah lah kita dengar penjara kosong begitu lama sedangkan bukti dna yang dah bertahun pun boleh ada lagi

pak maun berkata...

Aamin. Moga2 bala tersebut hanya golongan itu sahaja dan tidak terhadap kita

Tanpa Nama berkata...

We will never forgive.. We will never forget