21 Feb 2015

Siapa Lebih Layak Teraju PAS, Profesyenal Atau Ulamak?


Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya Oleh Che Samsudin Othman

Kemelut menteri besar Selangor selama beberapa bulan yang berakhir dengan pelantikan Azmin Ali pada 23 September tahun lepas dikatakan menyebabkan krisis teruk dalam kepemimpinan PAS hingga mengakibatkan parti itu kini berpecah kepada lebih daripada dua kumpulan, dan sudah ada pihak yang menuntut presidennya berundur.

Tentulah bukan kemelut atau krisis menteri besar Selangor (MBS) itu yang menjadi faktor berpecahnya parti PAS, ‘kan!

Kemelut itu hanya menjadi sebab terpecahnya bisul yang sudah lama menanah dan hanya menunggu masa untuk pecah sahaja. Ia suatu kebetulan saja. Faktor sebenarnya bukan itu.

Lalu apakah faktor sebenarnya? Untuk mengetahui faktor sebenarnya tidaklah begitu susah. Lihatlah kepada apa yang heboh diperkatakan di kalangan dalaman PAS sejak sebelum kemelut MBS itu dan juga selepasnya. Perkara yang heboh diperkatakan itu ialah mengenai hal kepemimpinan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Itulah yang heboh diperkatakan sejak sekian lama (tiga-empat tahun atau lebih) sebelum tercetusnya kemelut MBS itu dan masih diperkatakan hingga ke hari ini.

Namun faktor sebenarnya pun bukanlah kepemimpinan ulama itu sendiri. Kepemimpinan ulama di dalam PAS yang bermula dengan era kepemimpinan Yusuf Rawa itu tidak pernah menjadi masalah.

Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka.

Di situlah bermulanya bibit-bibit perpecahan yang sekarang sedang membarah di dalam organisasi parti itu. Ia mencapai puncaknya apabila PAS enggan menyatakan persetujuannya dengan keputusan PKR dan DAP melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keengganan PAS atau lebih tepatnya keengganan Presiden PAS, Dauk Seri Abdul Hadi Awang itu kurang disenangi sebahagian pimpinan PAS khasnya mereka yang bukan golongan ulama. Dan pernyataan kurang bersetuju golongan ini telah mendapat reaksi yang agak keras pula daripada golongan ulama yang semakin menampakkan sokongan mereka kepada keputusan Presiden itu.

Ada pelbagai analisa mengenai sebab-sebab mengapa Hadi tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Wan Azizah. Antaranya timbullah cerita yang hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sudah lama tidak mesra dan tidak sehaluan. (Sebab apa? Saya fikir lebih baik kita tak usah sentuh hal itu).

Maka saya ingin kembali kepada hal tadi – golongan ulama dan bukan ulama di dalam PAS.

Alkisahnya kemasukan golongan bukan ulama khususnya profesional ke dalam PAS berlaku secara agak besar di zaman Reformasi, iaitu zaman kebangkitan rakyat berikutan Anwar dizalimi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (1998), dan zaman yang menyaksikan kegemilangan pimpinan Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden PAS.

Ustaz Fadzil waktu itu mengalu-alukan kemasukan para profesional dan intelektual menjadi ahli PAS. Bahkan sikapnya yang terbuka dan sanggup mengambil risiko membawa PAS berjuang menuntut keadilan buat Anwar itu adalah faktor utama mengapa ramai golongan profesional dan intelektual masuk PAS. Dan itulah juga faktornya yang mengubah pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap PAS menjadi positif.

PAS sejak peristiwa Reformasi di zaman Ustaz Fadzil itu sudah mendapat wajahnya yang baru, tanpa mengubah dasar kepimpinan ulamanya. Saya sempat beberapa kali bersama dengan Ustaz Fadzil dalam pentas ceramah (saya baca puisi), majlis makan malam dan sesi wawancara untuk majalah Detik.

Masih ingat lagi dalam sesi wawancara itu saya bertanya apakah mungkin pada suatu hari nanti PAS akan dipimpin oleh presiden yang bukan ulama? Tanpa teragak-agak beliau menjawab: Ya, mungkin.

Lalu bagaimana dengan dasar kepimpinan ulama? Tanya saya. Dan jawapan Ustaz Fadzil kepada soalan inilah yang kembali bangkit dalam memori saya sebagai reaksi kepada kempen golongan ulama PAS hari ini yang cuba mengawal seboleh-bolehnya agar semua pimpinan PAS peringkat atasan terdiri daripada golongan ulama.

Apa jawapan Ustaz Fadzil itu? Jawabnya: Dasar kepimpinan ulama di dalam PAS bukan bermakna yang presiden PAS semestinya ulama, dan orang yang bukan ulama tidak boleh sama sekali menjadi Presiden PAS walaupun dia layak dan mendapat kepercayaan ahli-ahli.

Jelas Ustaz Fadzil lagi: PAS sudah menetapkan dasar-dasarnya dan PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar kepimpinan ulama di dalam PAS. Siapa sahaja yang menjadi presiden mesti patuhi dasar-dasar tersebut dan mesti tunaikan amanah ahli-ahli PAS kepadanya agar melaksanakan dasar-dasar Islam yang telah termaktub; manakala yang memerlukan ijtihad pula akan dilakukan oleh Majlis Syura.


Lebih kurang begitulah penjelasannya. Kita boleh dapatkan penjelasan tersebut secara verbatim kalau kita merujuk kepada majalah Detik yang berkenaan. Saya tidak ingat lagi tarikhnya dan saya pun tidak simpan naskah tersebut. Tetapi saya pasti dan positif, begitulah yang dimaksudkan.

Hal ini telah pun saya nyatakan kepada beberapa orang kawan apabila ditimbulkan perkara krisis atau konflik antara ulama dan profesional di dalam PAS sejak pemergian Ustaz Fadzil ke alam baqa, dan jawatan presiden itu disandang oleh Hadi.

Soalnya, kenapakah golongan ulama di dalam PAS selepas era Ustaz Fadzil menjadi tidak mesra dengan golongan yang bukan ulama sebagai pemimpin?

Kalau Ustaz Fadzil pernah menegaskan demikian mengenai dasar kepimpinan ulama itu, maka siapakah pula yang membuat tafsiran berbeza daripada itu selepas ketiadaan beliau? Dan kenapakah pula terjadi demikian?

Saya kira masalahnya ialah masalah keyakinan diri. Ustaz Fadzil begitu sekali percaya dan yakin kepada struktur dan sistem kepimpinan dalam organisasi PAS yang dipimpinnya, menyebabkan dia tidak sedikit pun bimbang kepada masa depan kepimpinan ulama di dalam PAS.

Dan tidak kurang pentingnya ialah keyakinan diri yang ada pada pada ulama dalam kepimpinan PAS waktu itu, khasnya mereka yang menduduki Majlis Syura Ulama. Keyakinan diri itu menyebabkan tidak timbul kebimbangan atau rasa terancam oleh kehadiran ramai golongan profesional.

Apabila golongan ulama melancarkan kempen (ala-ala Umno itu) untuk mengawal dan memastikan agar calon-calon dari kalangan mereka yang dilantik ke jawatan atasan dalam pimpinan, itu jelas menunjukkan bukan sahaja mereka kurang yakin dengan kelayakan mereka sendiri tetapi juga menunjukkan bahawa mereka mendahulukan kepentingkan politik lebih daripada kepentingan agama.

Maka di situlah bermulanya kecelaruan di dalam kepemimpinan PAS. Dan apabila itu berlaku di kalangan ahli-ahli Majlis Syura Ulama sendiri maka bayangkanlah. Ia umpama virus yang merosakkan. Tidak hairanlah hari ini imej ulama pada keseluruhannya begitu menyedihkan sekali. Masyarakat seperti sudah hilang kepercayaan kepada ulama.

Sesungguhnya ini suatu tragedi yang perlu segera disembuhkan. Kembalilah segera kepada kepentingan agama, dan kurangkanlah berpolitik di dalam parti. – TMI (5 Disember, 2014)

ULASAN GB

Sebenarnya gagasan KEPIMPINAN MELALUI ULAMA adalah satu doktrin SYIAH yang kini tiba-tiba menjadi semacam satu dasar untuk memilih pemimpin di dalam PAS sekalipun tidak ada hitam putih di dalam Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa pemimpin termasuk jawatan Presiden perlu dipilih dari kalangan ulamak.

Sekalipun ulamak-ulamak PAS rata-ratanya penentang Syiah tetapi mereka semacam menerima konsep "IMAMAH" di dalam Syiah yang meletakkan ulamak sebagai golongan maksum (terjaga) dari berbuat salah dan dosa, baik yang kecil maupun yang besar, baik sengaja maupun tidak sengaja. Mereka juga dikatakan terjaga dari kelengahan, kekeliruan dan lupa.

Malah di dalam Syiah, para ulamak dan imam mereka lebih utama dari ulul azmi dari kalangan nabi. Malah di satu aspek yang lebih ekstrem, mereka yang ingkar dengan ulama sama dengan mengingkari kenabian, artinya telah kafir dan sesat serta masuk dalam neraka selama-lamanya. Dengan alasan seperti ini mereka mengkafirkan seluruh sahabat kecuali tiga orang yaitu Miqdad, Salman dan Abu Dzar, bahkan mereka mengkafirkan seluruh kaum muslimin bukan-syiah, malah menghalalkan darah mereka.

Apakah ini yang hendak diterapkan di dalam PAS oleh para Geng Ustaz/Ulamak?

Bagusnya kewujudan kontroversi gagasan "kepimpinan melalui ulamak" yang didokong oleh PAS kini ialah kita dapat menyemak semula gagasan tersebut berhubungkait dengan aqidah ahli sunnah wal-jamaah yang kita ahli-ahli PAS pegang selama ini. Penilaian terhadap gagasan tersebut adalah perlu agar kita tidak terjebak dengan aqidah Syiah yang sesat dan menyesatkan itu.

Kedua, benarkah ulamak itu palng layak diangkat menjadi khalifah atau pemimpin ummah?

GB cuba mencari-cari jawapan di dalam Al-Quran tetapi tidak menemui dalil itu. Yang ada ialah yang di sebaliknya.

Kebanyakan orang awam yang menghormati ulamak kerana ilmu ugama yang ada pada dirinya. Dan dikatakannya ulamak itu sentiasa beribadah kepada Allah juteru perlu diankta sebagai pemimpin.

Jikalah ulamak itu merupakan golongan yang cukup bagus untuk diangkat sebagai pemimpin, maka sudah tentulah Allah s.w.t. telah melantik malaikat sebagai khalifah! Kerana tahap waraq malaikat lebih hebat dari ulamak. Rukuk dan sujud malaikat lebih lama dan lebih tawadhu daripada ulamak. Tetapi Allah tidak memilih mereka itu sebagai khalifah. Yang diangkat sebagai khalifah ialah Adam a.s.

Satu ketika pernah malaikat membantah Allah mengapa Adam yang dipilih sebagai khalifah di atas mukabumi sedangkan mereka merasakan merekalah yang paling layak kerana hampirnya mereka dengan Allah.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah (pengganti, pemimpin atau penguasa) dibumi' Mereka berkata; Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih, memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu? Dia berfirman, 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'." (Surah al-Baqarah: ayat 30)

Adam diajarkan dengan ilmu terus dariNya,

"Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar." Mereka menjawab:'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?'"(al-Baqarah: 31-33)

Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia.

Begitulah dengan golongan profesyenal yang beriman kepada Tuhannya. Merekalah yang lebih layak sebagai khalifah (pemimpin/penguasa) kerana pada golongan profesyenal ini terdapat ilmu-ilmu yang berguna untuk memakmurkan bumi, pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan mengharmoniskan penghidupan di muka bumi berbanding dengan malaikat yang tidak ada ilmu-ilmu sedemikian.

Sehinggalah akhirnya malaikat diarah sujud kepada Adam. Allah SWT berfirman:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang engkar." (Surah Sad: 71-74)

Oleh itu mereka yang tidak mahu menerima golongan profesyenal sebagai pemimpin mereka malah mengejek-ejek mereka, itulah sebenarnya yang mengikut perangai iblis yang hanya memandang tinggi amal ibadat sendiri, sombong dan takbur yang kelak hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Penerangan GB amat jelas.

Golongan ulamak merasakan diri mereka paling hebat, sedangkan malaikat yang hebat ibadahnya kepada Allah pun disuruh sujud kepada Adam a.s. dan mereka sujud (patuh)..... tetapi ulamak dlm PAS sombong dan takbur!

Amuraria berkata...

alhamdulillah satu pencerahan baik lagi terang nyata,masalah ulamak yang buat semak ? baik vellfire dari hellfire ! ABU & jangan lupa lawan sampai mati gerombolan pro 'UG' !

Tanpa Nama berkata...

Dua-dua layak asalkan ikhlas kepada Allah, ikhlas kepada Islam dan ikhlas kepada rakyat. Diri pemimpin haruslah bertakwa yakni menjauhi larangan Allah namun berhati-hati di dalam mengerjakan suruhannya. Mesti berilmu namun pada masa yang sama beramal pada ilmunya, bonus jika mampu mempunyai karisma yang mampu menjana idea dan mengembangkannya untuk kepentingan semua. Menghormati pandangan orang lain dan bersedia mendekati rakyat. Tegas pada tempatnya, beralah pada ketikanya, menjaga tutur kata, menjaga akhlak dan menjaga persepsi awam. Mengurang konfrantasi, mengukuh persefahaman, ibarat menarik rambut dalam tepung. Menjadi pemimpin untuk semua ahlinya bukan kelompoknya. Dihormati kerana keperibadian yang baik dan bukan kerana statusnya.

Harapan Keabadian berkata...

Setuju dengan Anoy 21 Feb 2015 7.39 pagi. Lihatlah contoh mantan Presiden Mesir Mohammad Morshid. Rakyat boleh menilai beliau.

Naza berkata...

Ulama & Profesional adalah ukuran yang sama. Kedua-duanya mampu berilmu seperti kehendak Agama dan kedua-duanya adakala berilmu menyongsang Agama. Jangan terperangkap dengan istilah. Semoga bijak memilih.

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya punca pertelagahan 2 kumpulan (Ulama dan Profesional) berpunca daripada rasa takut dan tidak ikhlas kalangan kumpulan yang merasakan ilmu agama mereka lebih tinggi...kumpulan ini memang bergantung harap semata-mata kepada kepakaran keagamaan mereka, tetapi cetek kemahiran profesional dalam bidang2 tertentu.

Inilah cabaran yang dihadapi oleh 'ulama' PAS. Mereka hakikatnya bergantung harap kepada keilmuan agama semata dan bertitik tolak dari situ mereka mudah menghukum kumpulan yang tidak sealiran pada pandangan mereka.

Hakikatnya kelebihan golongan profesionala PAS, mereka menguasai ilmu-ilmu kontemporari dalam bidang2 tertentu yang jika digabungkan akan memberikan kelebihan kepada PAS dalam kepelbagaian bidang. Dalam masa yang sama mereka juga memiliki keilmuan dalam keagamaan. Inilah cabaran yang dihadapi oleh kalangan 'ulama' PAS.

Percayalah selagi tiada keikhlasan dalam jemaah maka selagi itulah kemennangan akan jauh untuk dicapai.

Gejala-gejala yang dipertntonkan oleh segelintir 'ulama'/'ustaz' PAS ini hakikatnya menunjukkan kecetekan ilmu dan ketiadaan keikhlasan dalam perjuangan mereka. Tindakan mereka bukan sahaja memperlihatkan ilmu yang dimiliki tidak dapat memandu tindakan mereka. Malahan lebih buruk lagi kesannya ialah PAS akan dilihat sebagai parti politik semata-mata dan menjauhkan unsur-unsur dakwah kepada kalangan rakyat yang mula menaruh harap kepada PAS.

Tanpa Nama berkata...

Yg mnjd punca kpd masaalah adalah krn erti/MAKNA/definasi 'ulamak' itu tlh diHIJACK oleh "EGO" yg tlh menipu manusia itu sndiri...

Ulamak menurut definasi majoriti EGO rkyat dinegara ini, mestilah :

---ngaji Arab & balik dr Arab/Mesir
---pakai SORBAN jubah-konon2 sunnah
---hafal & pandai doa Arab berjela2
---wajib & WAJIB ada MA & PhD ugama
---konon2 mesti arif nahu saraf MANTIK tajwid dsb nya..

Demikianlah EGO tlh memerangkap
minda kita dgn SYARAT2 yg tidak & TIDAK pernah disyaratkan oleh Quran hatta nabi SAW sendiri..

Coba
Coba kita ambil MAKNA yg simple..
Coba kita kembali kpd MAKNA-Islam itu yg sgt simple-MUDAH lg meMUDAHkan!

Coba..
Coba kita cari MAKNA-mudah nabi2?
cari pula MAKNA 'pewaris' nabi2??

BUKANkah nabi2 itu sgt simple ibarat CAHAYA yg sgt2 terang BENDERANG?
--CAHAYA itu menyuloh kezaliman
--CAHAYA itu mmbuka pekong2 jahat
--CAHAYA itu mnerang samar kKELIRUAN
--CAHAYA itu jwpan kpd songlapGELAP
--CAHAYA itu musuh kpd onar & FITNAH
--CAHAYA itu sgt dtakuti sgl MUNAFIQ
--CAHAYA itulah-KBNARAN & KEADILAN!!
--CAHAYA itu..kbnran hakiki dr TUHAN

CAHAYA..
CAHAYA itu..
CAHAYA itu TAK wajib ngaji kat Arab
CAHAYA itu TAK perlu pakai SORBAN
CAHAYA itu TAK perlu doa Arab jela2
CAHAYA itu TAK wajib tahu nahu saraf
CAHAYA itu TAK perlu MA PhD ugama


TETAPI..

CAHAYA itu ada ddlm HATI sbnr2 sbnr7 penCINTA sbnr7 KBNARAN yg HAKIKI..

...demikianlah alangkah simple-MUDAH nya utk mengenal CAHAYA pewaris nabi aka-ULAMAK pewaris nabi itu!?







Tanpa Nama berkata...

Mentang2lah TG Nik Aziz telah kembali ke Rahmatullah.., anda sekarang dah berani komen begitu.

Dulu, saya ingat UMNO jer menolak Ulamak.., tetapi demi kuasa, sejak anda2 bekawan dengan PKR dan DAP (yang sama-sama sekular tu), anda sendiri sudah berani menolak ulamak untuk memimpin PAS.

Barangkali anda dah amat seronok sangat sekarang dengan sedikit kuasa di peringkat2 Negeri, serta di peringkat Kerajaan-kerajaan Tempatan.., anda takut kehilangan kuasa, lantas sudah dengan secara halus memulakan gerakan 'menolak ulamak' ini.

Tulis laa.. Sindir laa, selagi bole. Saya pun punya pendapat yang berbeza. Saya tidak bimbang dengan Ulamak yang tidak 'pro'..; tapi saya bimbang dengan kebangkitan 'pro' (kunun) yang berlagak ulamak separuh masak...

(Menerbitkan atau tidak menerbitkan komen saya ini adalah hak anda sebagai blogger)

Tanpa Nama berkata...

aku cdgkn pas lantik Ku Li sbg presideng sbg percubaan (probation) sblm beliau dilantik jd pm oleh pas. cdgn ini tidak keterlaluan krn pas pun dah ada ura2 nak lantik Ku Li jd pm...

Tanpa Nama berkata...

hello anon 12:54

yg seronok kuasa selama ni bukan ker golongan pro-ulamak yang ibarat kaduk naik junjung seperti Nik Amar di Kelantan, menantu hadi di Selangor, Nik Abduh, Attairi dan Nasruddin Tantawi yg jadi ahli Parlimen...

memang pon kerana dah berkawan rapat dgn UMNO....

Tanpa Nama berkata...

Yg mnjd punca kpd masaalah adalah krn erti/MAKNA/definasi 'ulamak' itu tlh diHIJACK oleh "EGO" yg tlh menipu manusia itu sndiri...

Ulamak menurut definasi majoriti EGO rkyat dinegara ini, mestilah :

---ngaji Arab & balik dr Arab/Mesir
---pakai SORBAN jubah-konon2 sunnah
---hafal & pandai doa Arab berjela2
---wajib & WAJIB ada MA & PhD ugama
---perlu diNOBAT diiktiraf dunia
---konon2 mesti arif nahu saraf MANTIK tajwid dsb nya..

Demikianlah EGO tlh memerangkap
minda kita dgn SYARAT2 yg tidak & TIDAK pernah disyaratkan oleh Quran hatta nabi SAW sendiri..

Coba
Coba kita ambil MAKNA yg simple..
Coba kita kembali kpd MAKNA-Islam itu yg sgt simple-MUDAH lg meMUDAHkan!

Coba..
Coba kita cari MAKNA-mudah nabi2?
cari pula MAKNA 'pewaris' nabi2??

BUKANkah nabi2 itu sgt simple ibarat CAHAYA yg sgt2 terang BENDERANG?
--CAHAYA itu menyuloh kezaliman
--CAHAYA itu mmbuka pekong2 jahat
--CAHAYA itu mnerang samar kKELIRUAN
--CAHAYA itu jwpan kpd songlapGELAP
--CAHAYA itu musuh kpd onar & FITNAH
--CAHAYA itu sgt dtakuti sgl MUNAFIQ
--CAHAYA tak perlu diNOBAT kbudak2an
--CAHAYA itulah-KBNARAN & KEADILAN!!
--CAHAYA itu..kbnran hakiki dr TUHAN

CAHAYA..
CAHAYA itu..
CAHAYA itu TAK wajib ngaji kat Arab
CAHAYA itu TAK perlu pakai SORBAN
CAHAYA itu TAK perlu doa Arab jela2
CAHAYA itu TAK wajib tahu nahu saraf
CAHAYA itu TAK perlu MA PhD ugama
CAHAYA TAKperlu diNOBAT gelarankan!



TETAPI..

CAHAYA itu ada ddlm HATI sbnr2 sbnr7 penCINTA sbnr7 KBNARAN yg HAKIKI..

...demikianlah alangkah simple-MUDAH nya utk mengenal CAHAYA pewaris nabi
aka-ULAMAK pewaris nabi2 itu..

..krn CAHAYA itu bukan Arab & bahasa Arab
...krn CAHAYA itu bukan MA & PhD
....CAHAYA juga bukan jubah & SORBAN
...CAHAYA bukan diNOBAT kbudak2an
..krn CAHAYA bnar2 unggul dr TUHAN!


JADI..

Diluar 'kotak' EGO yg tlh MENIPU & mmenjara MINDA selama ini..
sapekah yg sbnr2nya yg tlh memainkan peranan sbg "ULAMAK-pewaris-nabi" dinegara ini??

CAHAYA mnjd dambaan
CAHAYA itu SINAR yg terang
CAHAYA itu smua JELAS kelihatan
CAHAYA itu sumber mncari JAWAPAN
CAHAYA itu penyelesai ddlm kGELAPan
CAHAYA itu TIADA samar putarKELIRU
CAHAYA itu TAKde ruang utk mNIPU
CAHAYA tembus kudus kdlm KALBU
CAHAYA TAKleh-FITNAH mrapu
CAHAYA-smua-dr-ygSATU

CAHAYA itu kepuasan
CAHAYA TAKperlu lg kpd'kerdipan2'
CAHAYA TAKkemaruk glamour-jawatan
CAHAYA TAK hingin jd budak-HINGUSAN
CAHAYA TAKbodoh ingin dinobat2kan
CAHAYA TAKmintak dgelar ulamak
CAHAYA TAKmintak utk d'WALAQ'
Krn krn krn krn krn krn krn
Krn CAHAYA-MULIA-sgl-mulia
CAHAYA yg maha7ESA

CAHAYA itu..tiada HARGA yg mampu dan dpt mnandingi nya..








Tanpa Nama berkata...

Hormati ulamak, tapi ada ulamak yang tak perlu dihormati.....TGNA ulamak terbaik untuk di ikuti

Tanpa Nama berkata...

Terburuk. Yang salah semua orang lain, tuduh dap SKULAR itu Jawapan penyelesaian segala masalah ker? Engkau ni agama apa?

Tanpa Nama berkata...

yang benar layak ialah yang beriman,yang boleh memajukan pas kehadapan, bukan mengundur...

Tanpa Nama berkata...

Komen bodoh, siapa nak bersama ulama pas suci mulia sebegini yang Suka label orang lain SKULAR? Apa definasi SKULAR? Umno pun Tak nak, belum Tanya anak anak Christian di Sabah Sarawak?

Pas ini memang bukan parti politik, biar tukar Nama lagi best

Tanpa Nama berkata...

ada ulamak boleh memimpin tapi bukan Hadi, ada profesional boleh memimpin tapi bukan mustafa ali

Tanpa Nama berkata...

Terbaik! Selagi nak berpolitik kena buat banyak lagi jangan setakat "wala"

Kalau tidak mampu berpolitik, minta tukar status kepada NGO. Buat apa janji banyak kepada cina masa pru tapi semua penipuan!?

Masa pru minta china sokong, lepas itu nak jentik cina. Ini parti agama apa?

Tanpa Nama berkata...

PAS perlu orang yang tau jadi orang.

Yang ulamak hanya pandai hafal quran dan komen2 saja

Yang peofessional tak pandai nak jana ekonomi PAS

PAS mesti cari orang yang dapat jana ekonomi PAS ddan bukan parti politik meminta minta tuk maju.


PAS kurang pendidikan dan tanggungjawab tapi banyak munafik yang wala buta tuli.

PAS perlu hidup.

Tanpa Nama berkata...

We all masih hormatkan golongan ulama. But syiah style, we all sampai kiamat takkan biarkan idea ini menjadi kenyataan di malaysia.

SYIAH PEROSAK IMAN SEMUA UMAT ISLAM. NO WAY KITA AKN TERIMA CARA DIAORG DAN WE ALL TAKKAN HALAL CARA PEMERINTAH SYIAH STYLE SEKALIPUN U TIADA NIAT, TERJADI DI MALAYSIA BIARPUN DLM MASA 1 SAAT.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan BH

GB telah memberi satu ulasan yang terbaik dengan mengambil pengajaran dari kisah Adam yang di angkat menjadi Khalifah Malaikat pun terus menyebut betapa mulia nya mereka dari Adam dengan tugas tugas mereka bertasbih memuji Allah dan mensucikan Allah

Pengajarannya Allah mengingatkan kita jangan kita mudah menguna apa jua kehebatan kita dalam soal agama untuk melayakkan diri kita sebagai ketua

Gelaran atau panggilan Ulamak ada lah memuliakan seseorang Seperti juga Malaikat yang bila seseorang itu baik sangat kita akan kata Dia baik macam malaikat

Oleh itu kedudukan sebagai ulamak sebenarnya bukannya satu syarat tetap untuk melayakkan orang itu menjadi pemimpin secara automatik

Untuk memilih pemimpin Allah telah tunjukkan kita supaya jangan gerun dengan taraf ulamak seseorang kerana Malaikat yang lebih baik dari ulamak pun tidak layak menjadi khalifah

Bukan pula bermakna kita boleh merendahkan ulamak walaupun mereka tidak layak jadi pemimpin Adalah kurang bijak mengunakan status ulamak untuk di pilih sebagai pemimpin dan ada lah salah jika kita mengatakan ulamak tak layak jadi pemimpin

Sekarang kita ketepikan ilmu agama dan kewarakan yang ada pada golongan UG Jadi kedudukan golongan UG dengan Professional ada lah sama dalam perkara tersebut Setelah itu baru lah kita menilaikan kepimpinan seperti kebijaksanaan kemampuan/ketahanan ilmu politiknya dan sebagainya untuk menentukan siapa yang layak jadi pemimpin parti

Dan dari kisah Adam dipilih sebagai khalifah ia nya sepatutnya menjadi satu dorongan kepada ulamak untuk belajar jadi professional yang tidak gentar dan mudah menguna 'ulamak' nya untuk menyaingi lawan

Terima kasih pada GB kerana ulasan yang sangat menarik

Tanpa Nama berkata...

Kalau benarlah para ulamak saja yg mahu jadi pemimpin dalam PAS, biarkanlah.... Kita tengok setakat mana mereka boleh pergi.

Kok begitu dasar PAS, eloklah mereka yg bukan ulamak tarik diri daripada menjadi ahli atau pengikutnya. Masih ada lagi bahtera yg sesuai untuk mengharungi gelombang politik di Malaysia

Faqirulkhoir berkata...

Para Blogger budiman, salaam. Mungkin polemik ini dapat dimurni dan dinyaman dgn menyelidiki, dan memahami peranan 'fakih' dlm kepimpinan dan tidak terhenti pada konsep 'ulamak'. Namun, ide2 yg terhambur mengenai pengutamaan Adam a.s. dari para malaikat, kepentingan sifat ikhlas, dan pemikiran dan keyakinan almarhum Ust. Fadhil sungguh menarik dan mencerahkan, dan mengimbau kenangan silam. Namun, masih segar bahwa almarhum TGNA pernah meluahkan rasa tertarik akan minat membaca yg ada pada Husam Musa. Ma'af dan salaam.