28 Feb 2015

Haji Hadi Wajar Dilantik Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden


PAS Batu mahu Abdul Hadi jadi Mursyidul Am

Di tengah-tengah kemelut PAS dengan PasMa tiba-tiba ada satu bahagiannya menyarankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi presiden.

PAS Kawasan Batu melalui Yang Dipertuanya, Ishak Surin mahu Abdul Hadi berbuat demikian pada pemilihan Muktamar PAS ke 61 Mei ini.

Katanya, ia bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar itu.

“Saranan ini tidak bermaksud PAS Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik PAS ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Ishak seterusnya memberitahu, sesuai dengan kedudukan Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa PAS menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa, lapor MalaysiaGazette.

PAS Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan PAS dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu PAS pada pemilihan kali ini, katanya.

“Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka PAS Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yang positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS,” ujarnya.

Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am PAS diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

Tempat kosong yang ditinggalkan oleh Yusuf itu kemudiannya diisi oleh Fadzil Mohd. Noor sebagai Presiden.

Setelah Yusuf Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Nik Aziz.

Sehubungan itu, PAS Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan itu, kepimpinan Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah. -FMT


SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS

1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.

2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.

4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.

5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.

6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.

KENYATAAN MEDIA,
HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
26 Februari 2015


ULASAN GB

Alhamdulillah.

GB sudah lama mengusulkan supaya TGHH diangkat menjadi Mursyidul Am PAS, iaitu sebelum TG Nik Aziz kembali ke rahmatullah lagi. Di dalam satu entri pada 26 Ogos 2014 GB telah menulis "Haji Hadi Perlu Diangkat Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden." Petikan ulasan GB ketika itu:

Haji Abdul Hadi, dengan kedudukannya di peringkat dunia sudah diakui sebagai Naib Presiden Majlis Ulamak Sedunia, beliau hendaklah diangkat menjadi Mursyidul Am PAS menggantikan TG Nik Aziz yang kelihatan sudah uzur. Dengan kedudukan itu beliau akan menentukan dasar perjuangan PAS dan institusi Majlis Syura Ulama di dalam PAS dapat diperkasakan.

Jawatan "Presiden" parti hendaklah digalas oleh orang lain. Ia memerlukan pemimpin yang boleh bekerjasama dengan semua pihak di dalam Pakatan Rakyat, tidak bermuka-muka dan tidak hanya memenuhi aspirasi orang-orang tertentu di dalam parti. Soalnya siapa? Ramai yang masih layak. Ustaz Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamduddin... diantara nama-nama yang boleh dicalonkan.

Perubahan perlu dilakukan. Ahli-ahli PAS perlu berani untuk melakukannya!

Kemudian dalam pada itu ada pula yang tak mahu TGHH lepas kan jawatan Presiden sekalipun nanti dilantik menjadi Mursyidul Am. Cukup takut dia orang lain menjadi Presiden PAS. Apakah agaknya baginya cuma Haji Hadi saja seorang yang berstatus ulamak? Orang lain tak boleh jadi pemimpin utama PAS? Itu bukan lagi wala namanya, tetapi TAKSUB melampau.


Jika demikian Haji Hadi hendak juga dijadikan Presiden walaupun telah dilantik sebagai Mursyidul Am, lebih baik Hj Hadi dilantik juga memegang jawatan-jawatan Ketua Ulamak, Ketua Pemuda & Ketua Muslimat jika takut keputusan-keptusan mesyuarat J/K PAS Pusat tidak memihak kepada kehendak mereka!

Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor sendiri menyatakan bahawa jawatan Presiden PAS tidak semestinya dipegang oleh seorang yang berstatus ulamak.


Semuga kata-kata Allahyarham tersebut menjadi kenyataan...

16 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Haji Hadi dah hilang wibawa dalam politik semasa. Sikap kluk klek, tuduh tanpa bukti @ bahang ghambang pil kuda dan kominis menjejaskan pandangan umum terhadapnya... carilah ulamak yang benar2 alim dan ada wisdom dalam agama dan sosio politik..paling penting bukan jenis suka kena ampu!

Tanpa Nama berkata...

Maaflah nak kata, bagi saya, haji Hadi tak layak jadi mursyidul am..sebab sifat panas baran, serta kurang bijak bila berucap spt dlm hal kes barua, pil kuda dll. Lagi. Sekiranya dia dilantik juga, alamat pas akan hilang kredibiliti...dia sngt tak sesuai sebagai presiden atau mursyidul. Dia kurang berdiplomasi, dan kurang berhikmah. Saya kurang respect dia....

Tanpa Nama berkata...

Itulah yg sebaik baiknya...tetapi puak ug pasti akan menghalangnya...tunggu dan lihat...

Tanpa Nama berkata...

Maag nak cakap.. Hj hadi tak layak jd presiden pun apatah lg mursyidul pas kerana dia kurang berdiplomasi, berhikmah bila menyelesaikan masaalah parti. Dia panas baran saya rasa. Contoh dlm kes " barua" dan pil kuda tu. jika dia jd mursyidul, pas akan kehilangan banyak sokongan terutama dari org atas pagar dan bukan islam.. Dia tidak cermat bila berhujjah..beremosi..tiada political tactics/ will. Kurang cerdik sesuai jual jamu je...

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata Hj Hadi hilang wibawa ternyata termakan hasutan pasma yang didokong oleh DAP. Dunia mengiktiraf beliau. siapa pasma nk menafikan beliau. pasma+dap pengkhianat

Tanpa Nama berkata...

anon 12:08 AM

Memang Haji Hadi nhilang dan tiada wibawa. Sering buat U-turn.

Dunia memang mengiktiraf veliau sebagai "ulamak" tetapi bukan sebagai umara (pemimpin).

Sama macam Yusof Al-Qaradhawi walaupun beliau Ketua Ulama Sedunia tetapi beliau tidak dilantik di dalam pemerintahan mesir untuk apa-apa jawatan walaupun semasa pemerintahan Mursi.

Tanpa Nama berkata...

betul tu anon 7.13

Tak dinafikan sumbangan Hj Hadi utk Islam di Msia ni.
Tapi keadaan dah berubah, dia pun dah tua. Sedangkan angkatan baru yg nak Islam semakin ramai, malah berwibawa dgn ilmu2 semasa yg berkembang, tanpa membelakangkan Islam.

Kita raikan mereka2 yg nak Islam dikembang & dimartabatkan di Msia ni, dlm kontek semasa. Misalnya dakwah jalanan, mcm yg mat2 saleh/korean/jepun/negro2 convert tu buat.

Sebab Msia ni, nama aje negara pemimpin Islam (UMNO), tapi rakyat konfius. Mana tak nya, tv yg sepatutnya medan dakwah tu, tayang mcm2 org Islam buat , tino gelek2 , goyang2, anggok2, dgn pakaian seksi. Tak caya, try le buka tv malam ahad. Tu baru satu bab.

Zaman Rasulaullah, ada sahabat2 yg handal berperang, jadi panglima perang, yg jadi pemimpin, wlu lambat Islam, yg lama mcm bilal dll ada tugas masing2.

Jadi jgn gaduh2 & jangan sombong, takabur, tak mau terima pendapat lain, bekerjasama lah, utk Islam di Msia ni. Klu utk dunia, bior le ulamak2 dunia,termasuk Cat steven buat, sbb dia lebih faham bangsa dia. Kita doakan pun dah cukup cantik.

Tanpa Nama berkata...

Saya perundi cina yang pernah tertarik slogan "pas for all" telah sokong pas di pru. Oleh kerana pas sebagai parti politik minta sokongan saya, adakah saya sebagai pengundi Berhak kritik tidak Suka presideng pas?

Jika saya memang kritik presideng pas, ikut logik Kau (anon 12.08am), jadi saya "pengkhianat"!?

Apa logik pas ni? Suka hati tuduh rakyat pengundi penghianat kerana tidak lagi sokong presideng pas????

Presideng pas ingat dia sama status dengan siapa ?!?!

Tanpa Nama berkata...

hadi patut berundur dari presiden Pas, tapi UMNO suka hadi jadi presiden

Tanpa Nama berkata...

usaha gigih TGNA dan Us.Fadzil Noor akan sia-sia jika Hadi masih menjadi Presiden.....

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas perlu diganti oleh pemimpin lain yang boleh menjadi umara, bukan ulama semata-mata

Tanpa Nama berkata...

Kepada anon 12.08am

So? Apa hukuman dap cina "penghianat presideng pas"? Denda Juta ringgit? Masuk penjara 30 tahun? Masuk neraka?

Siapa presideng pas? Nak ahli pas wala nak dap wala nak satu Malaysia wala? Atau satu dunia kena wala presideng pas?

Tanpa Nama berkata...

Yang tersurat dan tersirat.

Tanpa Nama berkata...

Nilai lah DIRI wahai TGHH......LETAK semua jawatan ikhlas kan diri dan bertawaduk

Tanpa Nama berkata...

Aku Ahli Pas tegar, aku membuat tinjauan terhadap ahli PAS yang bukan USTAZ dan orang biasa mengatakan bahawa rasa kecewa dan hilang kepecayaan terhadap Parti PAS.

Dengan sikap dan kata kata maki hamun, fitnah, keangkuhan dan sombong yang dipamirkan oleh puak puak UG yang pro UMNO dan MSU maka Parti PAS akan kehilangan pengaruh dan undi.

Ahli PAS dan penyokong PAS bukan bodoh, tetapi dianggap bodoh oleh setengah pemimpin PAS.

Tanpa Nama berkata...

PAS mula dikenali ramai , masa DSAI disingkirkan.