4 Feb 2015

Dewan Ulamak Suruh Ahli PAS Patuh Hadi Sampai Tahap "Menyembah"?


Ulama PAS tak setuju bincang pilihan raya PBT, khuatir Hadi dipertikai

Dewan Ulama PAS tidak bersetuju isu pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan datang kerana bimbang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dipertikaikan, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama itu berkata, pendirian presiden PAS seharusnya menjadi pendirian rasmi parti dan tidak perlu dibahaskan.

“Saya akan hubungi sahabat-sahabat dalam Dewan Ulama dan saya yakin mereka akan memberi pandangan tidak bersetuju isu pilihan raya PBT dibentangkan," kata Mahfodz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

“Sekiranya dibentangkan juga, Dewan Ulama akan akur dengan pendirian presiden PAS." Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan membincangkan isu pilihan raya PBT dalam mesyuarat parti akan datang sebelum dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Mahfodz berkata setakat ini, usul membincangkan isu pilihan raya PBT tiada dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Februari ini.

“Kalau hendak bentang, boleh dibentangkan tetapi terima atau tak terima, itu wallahua’lam,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz semalam mempersoalkan sama ada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan persoalan berkenaan selepas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP.

“Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?

"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya,” kata Nik Abduh menerusi catatan di Facebook.

Hadi sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja. -TMI

ULASAN GB

Mengapa Dewan Ulamak takut sangat isu PBT dibincangkan di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat?

Alasannya kerana khuatir Presiden parti dipertikaikan.

Sebenarnya kenyataan presiden PAS itu telah pun dipertikaikan oleh rakyat kerana ia menjurus kepada perkauamn sempit dengan mengketengakan amaran 13 Mei berulang jika pilihanraya PBT diadakan, satu sentiment yang sebelum ini sentiasa dicanangkan oleh UMNO tapi kini disuarakan oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia!.

Mengapa jadi begitu? Apakah Dewan Ulamak mahu ahli-ahli PAS taat dan tunduk kepada semua kata-kata Presiden walaupun salah? Maksumkah beliau?

Rasulullah saw sendiri yang maksum itu terbuka sifatnya apabila Rasulullah sendiri menerima kritikan. Sebelum ini GB pernah membawa kisah ini:

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”
jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?

Apakah Dewan Ulamak dan MSU mahu ahli-ahli PAS sampai ke peringkat "menyembah" Presiden parti? Lan sung tak boleh dikritik, tak boleh ditegur, tak boleh disalahi? Hal ini sudah menyamai seperti kisah para alim-ulama dan pendeta-pendeta yang dijadikan Tuhan selain Allah serta mempertuhankan Nabi Isa sepertimana tercatat di dalam Al-Quran:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah [9]: 31).

Memaksa ahli-ahli PAS menerima apa saja diberikan oleh Presiden parti dan para "ulamak" adalah pemesongan pengertian wala dan thiqah serta tidak diajar oleh Islam.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan sendiri dan akan membuktikan pendirian Dewan Ulamak & MSU itu SALAH!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi patut bersara la.

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi nak cakap tuan GB, makin hari makin teruj geng2 UG dlm. Aku sure geng pro. Spr mat sabu, khalid samad, mujadid pening kepala nak menjaeab kritikan org thdp pas. Cukup la nak jaga hati presideng. Somebody hv something to say right to their face! Right infront to their face! X hormat aku org2 camni kalo byk mana pun ilmu agama korang. Kbai

Unknown berkata...

Geng2 Ulamak dan tersasar dari perjuangan politik ala demokrasi. Kalau macam Saudi dan Brunai lainlah cerita. Nampsk tindakan geng2 ini kurang cerdik.

5sal berkata...

saya setuju ngan ulasan tuan tu tapi masalahnya adakah mereka2 in UG/GU akan dengan dengar dan terima luahan isi hati kita?dah ramai ahli akar umbi dah termakan 'hasutan 'ngan puak UG/GU ni tu hinggakan bila sebut ja 'Pasma' jadi fobia!

Tanpa Nama berkata...

Kini tibala masanye ulama2 dlam pas bergerak dibelakang takbir....dibarisan belakang,bejuang dibelakang sebagai penasihat.....kasi pejuang2 yg berkebolehan, berani Dan beridealisz mendongkah arus globalisz...Ulama2 x mampu sebenarnya...kenapa tak mampu? Kita berjuang meniti anak2 tangga....dari satu anak tangga ke anak tangga yg seterusnye menuju ketujuanmatlamat wardah pejuanggan..step by step tak perlu kegelojohan...Kepimpinan ulama kini jauh menyimpang dari tujuan,gelojoh ketika berfatwa,gelojoh ketika menilai keputusan/apa2 keputusan....semuanya kelihatan gonjeng/tumpul/janggal.....bukan mencemuh mencela jauh sekali tapi aku gusar dan gundah gulana INI karna tahap memikiran/Quality dari Quantity para ulama gonjeng!!!!! Lazim kita tahu Pangkat darjat para ulama bukan maksum....masyarakat yg menilai bukan sang ilmuan ITU.....OK .

Tanpa Nama berkata...

Parti ini dah Hilang fikiran logik. Parti ini juga tidak sokong democracy, Msu dan presudent dah kuasa besar boleh atasi segala lain. Tiada Saluran check and balance.

Adalah parti ini sokong demokrasi? Atau Soalan lebih tepat: adalah parti ini parti POLITIK????

Tanpa Nama berkata...

Adakah Politik di dahulu kan @ perjuangan Agama didahulukan ???
Nampaknya .. Golongan sekarang hanya mementingkan POLITIK SAHAJA .. NAUZUBILLAH HIL ZALIK..

Tanpa Nama berkata...

Rupa nya Hj Hadi ni pengecut

Ingat orang berjubah berserban berani
rupanya sama jugak dengan Najib tak berani nak berdebat Hj Hadi tak berani nak bermesyuarat !!

Jauh sungguh ulamak ni menyimpang dari kebenaran

Tanpa Nama berkata...

Belum pernah dalam sejarah PAS Individu tu PAS dan PAS tu pulak individu Pendirian Hj Hadi tu macam terus datang dari langit yang tak boleh dipertikaikan

Minta pasukan bukan ulamak bentangkan lah isu samada nak bersama PR atau tidak Kalau nak terus dengan PR kena bincang isu PBT sebab dalam mesyuarat Majlis Presiden PR nak kan yang isu PBT tu memang sah pendirian parti bukan sekadar cakap dalam surat kabar

Kalau PBT tidak dibenarkan dibentang maka terpulanglah kepada orang yang hadir mesyuarat majlis presiden PR

Tanpa Nama berkata...

kalau dah takut untuk di bincang perkara yang ditimbulkan ,mengapa berani bercakap tentang isu ini.Ulamak ni biar lah pandai ,dah ada ilmu islam ,biarlah ada juga ilmu saikoloji,ilmu sosial dan lain-lain ilmu agar dihormati,yak payahlah pakai serban besar kalau jumud.mengapa perli dipatuhi apa juga kata hadi,walaupun agak keliru.Pelik ulamak dalam Pas ni sekarang ni.Hanya tinggal TGNA dan ulamak Perak yang masih berfikir cara manusia.

air gunung berkata...

So tuan nak dahulakan yg mana?
dlm agama tak ada politik?
Dalam politik tak ada agama?
apa yg tak ada dlm agama sebenarnya?
Leceh benarlah Islam kalau bab politik pon tak ada...
apa yg tuan mau sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

Ter bukti sudah kepimpinan PAS ter diri orang prang bacul bahalol dan benggap , perasan ulamsk pada hal serban dan kopiah saja gaya ikut ulamak.

Yang lain benggap saja.

Patuh gaya Hitler Nazi ini gaya otak zaman batu saja.

Orang orang Melayu saja macam ini.

Dalam PAS ada , dalam UMNO pun sama.

1 Mat Dah Bahalol

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg dikatakan demokrasi terpimpin.

Demokrasi terpimpin kepala otak kau!
Ini dinamakan diktator.

Ehhh...macam pernah dengar dialog ni, kat mana ya?

Tanpa Nama berkata...

Berani tuan fitnah I presideng ulama suci mulia?

Beliau menang ilmu tinggi tidak akan buat Silap. Yang Ada kecut ker Silap ker mesti orang lain. Contohnya tuan yang kata beliau Pengecut Tanpa bukti maka tuan sendiri pengecut. Sama juga yang kata orang barua Tanpa bukit maka dia sendir adalah barua.

Untuk mengelakan presideng pas ulama pas suci mulia disoal maka benda yang susah jawap jangan bincang di meeting atau Tak perlu pergi meeting. Segala ni adalah tujuan baik iaitu elak tuang presideng dipertikaikan.

Tanpa Nama berkata...

Terserlah fikrah golongan UG aka Ganu yang berkepercayaan Melayu itu Islam Islam itu Melayu di Malaysia ini. Bentuk khurafat yang Islam itu akan selamat dalam genggaman Melayu Islam semata-mata walau jelas sifat munafiknya Melayu Islam tersebut di kalangan mereka. Kalau berlandaskan fakta PBT pun, statistik jelas menunjukkan kebanyakan PBT adalah majoriti penduduk Melayu melainkan beberapa PBT yang kekurangan penduduk Melayu tak lebih dari lima PBT. Apa asas Melayu akan terpinggir di PBT melainkan terjadi majoriti orang Melayu sendiri hilang kepercayaan pada kepimpinan Melayu dari kalangan mereka. Melaka jatuh bukan kerana kuatnya Portugis tetapi kerana telah sampai tahap orang Islam dan Melayu di Melaka meluat dengan pemerintah istana kerana rasuah, zalim dan menindas rakyat bawahan sehingga secara en-bloc para armada tentera laut, panglima dan pegawai pemerintah kerajaan Melaka tidak melawan Portugis ditambah pula kehadiran para musuh dalam selimut si-kitul dan mandeliar yang mementingkan keuntungan perut dan bawah perut dan saku masing-masing. Melaka itu sudah ada hukum syariat Islam berjalan malangnya para pengampu dan penjilat pemerintah ketika itu di kalangan pentadbir dan ulama membiar kemungkaran berleluasa sehingga jadilah apa yang terjadi iaitu Portugis menakluk Melaka kerana terlalu meluatnya kalangan rakyat bawahan dan para pentadbir dan para laksamana dan hulubalangnya. Hampir sama keadaannya apa terjadi di Sepanyol walau bedanya berlaku rencana para salibiyyah ditambah dengan hasad dengki di kalangan keturunan istana bercakaran ingin merebut kuasa sehingga ada yang bersekongkol dengan para salibiyyah. Masalah asas apa yang terjadi di Melaka dan Sepanyol adalah kerana banyak berlaku kekeliruan terhadap mesej Islam dan dakwah Islam tidak terlaksana kepada yang sudah mahu berlunak dan berdamai dengan Islam tetapi terkabur dengan sikap-sikap para kalangan agamawan yang menjadi pengampu dan penjilat pemerintah ketika itu dengan membawa dalil-dalil dan alasan-alasan yang diolah mereka bagi menjustifikasi tindakan mereka yang khianat dan jahat terhadap Islam.