25 Feb 2015

Daripada Hentam Mat Sabu Lebih Baik Mahfodz Mohammed Selamatkan Johor....


Inia kejadian bukan di negeri Arab tetapi negeri Johor Darul-Takzim, macamanalah Bala Tak Mai"

Kuala Lumpur – Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahim menyifatkan tindakan penganjur yang memaparkan aksi gelek di Bazar Karat, Johor Baharu sebagai satu tindakan yang memalukan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera.

Menurut Abd Mutalib kejadian seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana majoriti peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut terdiri daripada masyarakat Islam.

“Tempat cari rezeki mengapa perlu perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, yang memalukan majoriti peniaga adalah Islam.

“Pihak berkuasa (perlu) mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima, ramai anak muda yang menyaksikan termasuk anak-anak sekolah, sungguh memalukan,” ujarnya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Abd Mutalib turut berkata, beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Datuk Bandar namun sehingga kini tiada sebarang maklumbalas yang diterima.

“Tidak sepatutnya berlaku, saya ada maklumkan pada Datuk Bandar tapi tiada respon (maklumbalas) dan saya rasa dia (Datuk Bandar) pun tidak tahu tentang kejadian ini.

“Kejadian seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku melainkan ada orang yan bawa masuk ke Bazar Karat, kerana ini benar-benar mencemarkan imej bazar karat yang selama ini menjadi tumpuan peniaga dan orang ramai,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan kejadian tersebut, bukan kali yang pertama berlaku di negeri itu kerana menurut laporan yang diterima ia turut pernah diadakan di Segamat tidak beberapa lama dahulu.

SuaraTV petang tadi mendedahkan rakaman video yang memaparkan aksi gelek seorang wanita yang berpakaian menjolok mata di bazar Karat yang menerima kecaman masyarakat.

Majoriti pengguna media sosial di Facebook mendesak agar penguatkuasaan Majlis Bandaran Johor Baharu (MBJB) segera melakukan pemantauan di pasar berkenaan dan bertindak tegas terhadap pihak penganjur. -Suara TV



Pemimpin kanan ulama PAS akui pernah tegur sikap Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengakui bahawa beliau pernah menegur Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana sering tidak sealiran dengan Presiden parti.

“Saya secara peribadi telah menegur beliau, sebab saya lagi tua dari dia. Jika dia terus macam tu… orang ramai akan mula nilai beliau,” katanya pada sidang media sejurus selepas program Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran PAS pada Sabtu.

Katanya, Mohamad atau lebih dikenali dengan Mat Sabu perlu akur dengan kepimpinan ulama serta menyokong Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sama ada beliau suka atau tidak.

Menyentuh tentang kepimpinan Abdul Hadi, Mahfodz berkata kepimpinan beliau sangat relevan kepada PAS dan juga kepada Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika ditanya siapakah individu yang layak menjadi Timbalan Presiden PAS selain Mat Sabu, katanya itu terpulang kepada ahli untuk menentukannya.

“Terpulang kepada ahli…. kita hanya menceritakan siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. (Biar) ahli yang tentukan,” katanya.

Mat Sabu dan beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini dibidas perwakilan Ulama PAS Perak yang mana beliau mendesak pemimpin kanan parti itu melepaskan jawatan sekiranya tidak mahu lagi menyokong Abdul Hadi.

Berucap dalam satu sesi perbahasan program yang sama, Sidek Noor menyelar timbalan parti serta naib presiden dan beberapa ahli jawatankuasa pusat kerana sering bertindak membelakangi Presiden.

Sebelum ini, Mat Sabu pernah bertindak membelakangi Presiden parti semasa isu Menteri Selangor tahun lalu.

Mat Sabu pada ketika itu berkata kenyataan Abdul Hadi yang menyokong jawatan Menteri Besar Selangor kekal kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, bukanlah keputusan rasmi parti itu.
-astroawani


ULASAN GB

Johor bakal ditimpa bala... tetapi bekas PJ Johor yang kini Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS yang juga ahli MSU kini asyik dengan menghentam Mat Sabu.

Belum ada apa-apa kenyataan daripadanya mengenai aksi gelek di Bazar Karat, Johor Baharu.

Perkara yang jelas mungkar di negeri sendiri didiamkan, bukankah itu bakal mengundang bala dari Allah swt? tanya seorang pemerhati politik di negeri Johor.

"Tiada guna merungut lagi mengenai kes Tan Sri Khalid yang dipertahankkannya di dalam isu MB Selangor kerana Sultan sudah berkenan melantik Azmin Mohd Ali sebagai MB Selangor yang baru," katanya.

Mat Sabu telah dengan secara gentleman menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam PAS ekoran kenyataan Mahfodz itu.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Ulamsk sudah enjoy gelek gelek baru nak marah Mat Sabu.

Ulamak telah meletak kan kedudukan rendah sebagai Tempat Rujuksn Agama saja kerana gagal mengapplikasi dan promosi pendidikan agama mereka yang tinggi.

Pak Ulamak pun gagal jadi orang kerana gagal bagi contoh baik sebagai ulamak.

Arwah Nik Aziz dan Dr Awang Ahmad adalah contoh Ulamak yang tahu jadi Ulamak.

Ulamak PAS hanya Ularsemak lebih burok dari Mamak @nasikandar.

Tanpa Nama berkata...

tarian gelek kan tarian arab...
ulamak ala ala ni kan suka arabic style ni...

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 kita tak tahu mengapa tiba2 dia yang bertaraf ulamk bolih membuka ruang menjemput pengikut Pas seperti aku mahu mempertikaikan ...adakah dia ni ulamak yang zuhud atau ulamk suk,,....Adakah dia dengki atau dia tak selesa bahawa bukan ulamak yang menjadi ketua dia.kalau begitu dia takabur.nasihat saya jangan zahirkan kamu dengan pakaian dan personaliti sebagai ulamak biarkan ilmu kamu sahaja yang ulamk.mudah bagi kita tidak mempertikan kamu.

Tanpa Nama berkata...

Bagi je kat ulamak jadi pemimpin kerana mereka memang pelahap jawatan kerana sekarang PAS dah diterima ramai. Mereka lupa bahawa rakyat menyokong mereka bukan kerana mereka ulamak tetapi mengharapkan kepimpinan yang bijak dan baik.

Tanpa Nama berkata...

Aku sependapat dgn anon 7.25am.

Kan kita tau, kita semua ada qarin/syaitan , yg membisik2an perasaan dengki, cemburu, ego, dll yg negatif.

Bila mereka menang , tu pasal le terjadi macam2 . Mereka tak pernah lalai, kita aje yg leka & lalai.

Ingatlah wahai sedara2ku, memang ada sesetengah kita yg ada ilmu tinggi agama, rendah diri lah, sesungguhnya jangan biarkan syaitan2 menang, sekarang ni mereka sedang bergolek, gelak sakan sebab kita sesama Islam bertegang urat, bergaduh, tuduh menuduh.

Muhasabah diri, dulu kita ok dgn hidup , kenderaan, rumah, pakaian dll yg sederhana, sekarang macam mana? semak ye masing2 .

Tu permulaan nya, selain kita masih berbangga dengan ilmu , kelulusan yanag ada.

Semak ye , kita semua, semak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam Inilah Ulamak Johor dalam PAS maka beberapa kerat kerusi PAS di Johor akan hapus...Nak bangkit semula apa yang ada hari ini tunggulah 4 atau 5 kali PRU....

Tanpa Nama berkata...

PAS sebelum ini baru nak adakan konsert dah bantah dan berdemo depan pintu masuk Di katanya UMNO mengajak ke arah maksiat

Sekarang dah ok dengan UMNO Maksiat dah jadi kebudayaan

Tak kan masa Mat Sabu di beri nasihat Mat Sabu tak cakap apa yang dia tak setuju atau kenapa dia buat macam tu Kalau adil selepas nasihat Mat Sabu nasihat kan lah jugak Hj Hadi sebagai bukan Presiden Kalau Mat Sabu sebagai orang tua Hj Hadi sebagai kawan Jangan hanya cakap suka tak suka Ini soal kepimpinan

Kita bukan menilai Mat Sabu saja Hj Hadi pun kita nilaikan jugak

Tanpa Nama berkata...

Antara golobgan ulamak dengan golongan bukan ulamak dlm PAS, golongan manakah yg lebih sederhana drp segi gaya hidup sekarang?

Tanpa Nama berkata...

Mahfoz, Mahfoz, kau menyibuk hal Mat Sabu tu pa hal. Tu diJohor tu dah tonggang langang ko tak nak buat apa apa ke?

Tanpa Nama berkata...

ganti presiden Pas, baru boleh maju dan laksana islam di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik kat jb,kalu kat Selangor ,Penang ke Kelantan ke x tau lah camne.Hari2 kuar TV ngan paper kena hentam.

Tanpa Nama berkata...

Betul3

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu di hentam habis-habisan kerana Mat Sabu berani dan pernah kena ISA serta anti UMNO, mereka sebaliknya.....