24 Feb 2015

Bukankah Presiden PAS Sendiri Katakan Hak DAP Untuk Tolak Hudud?


Pas: Kalau tak suka, DAP boleh keluar PR

KOTA BHARU - Pas memberi amaran kepada DAP supaya tidak mengugut parti itu keluar dari komponen PR kerana mahu meneruskan ageda perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, kata Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, DAP yang perlu bertindak keluar dari gabungan tersebut jika tidak bersetuju dengan cara dan perjuangan yang dilakukan oleh Pas.

Beliau mengulangi pendirian Pas Kelantan untuk meneruskan perlaksanaan undang-undang ini termasuk membentangkan rang undang-undang pindaan di sidang Dun negeri pada 19 Mac serta membawa ke parlimen dalam tempoh terdekat.

“PR bukan kepunyaan DAP, kita juga tak ada ketua, kalau dia tak setuju dia boleh keluar, kenapa nak suh kita keluar,”katanya semasa memberi penerangan kepada media berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di sini semalam.

Sementara itu Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masa depan PR, termasuk kemungkinan gabungan itu berpecah bergantung kepada tindakan DAP.

“Dap tidak boleh keluarkan kita, tidak ada hak, kalau suami boleh ceraikan isteri, tetapi sekarang tiada istilah suami isteri,” katanya. -SH

ULASAN GB

Cukup pelik bagaimana kini ulamak-ulamak PAS boleh mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Presiden PAS sendiri, Hj.Hadi Awang.

Sedangkan kenyataan Haji Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa DAP berhak tolak hudud malah katanya hudud bukan keutamaan perjuangan PAS:

DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam. -SH (12/8/2012)


Malah Hj. Hadi sebelumnya pernah menyatakan bahawa hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat

HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. -Bernama (9/5/2012)


Tak tahulah GB jika Presiden PAS sendiri sudah membuat "U-Turn" mengenainya sepertimana di dalam beberapa kes seperti kes Menteri Besar Selangor, kes pil kuda & komunis dalam PRU13 dan lain-lain.

9 ulasan:

Yanaam berkata...

Mereka menolah hudud, itu kita boleh terima.
Mereka mengugut kita kerana mahukan hudud, itu yang kita tak boleh terima.

Tanpa Nama berkata...

Bro Silap tu. Ikut penyokong GU/UG yang suci mulia Nama parti adalah "dapig". Juga bukan setakat komunist tetapi juga beragenda yahudi.

Tanpa Nama berkata...

Yanaam

Mereka berpegang kpd kata-kata Presiden PAS sendiri bahawa hudud bukan keutamaan. Itu sebab skrg mereka suh PAS keluar PR.

budok_udoss berkata...

booo boooo
boleh ke PAS hidup sorang2 nak ke Putrajaya??

kalu dengan UMNO InsyaAllah

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau sudah darah daging MUNAFIK , celik mata saja pagi pagi sudah nak menipu , dan menongkat langit.

Elok juga biar rakyat sedar siapa lahap , siapa khalifah.

Tanpa Nama berkata...

Nanati Hj hadi kata,..Ikut kata akulah nak kata apa pung .mu peduli apa.Mu sape?.Pening lagi kita

Anti Fitnah berkata...

Mungkinkah PAS dan para ulamaknya dah penat dan letih berdakwah dengan golongan bukan Islam terutama dalam DAP? Kalaulah benar mereka dah letih dan penat sehingga sanggup berpatah arang dengan Bukan Islam, maka tidak layaklah depa bergelar pejuang Islam, apatah diberi gelaran ulamak. Dalam perjuangan menegakkan Islamiah, perkataan "PENAT", "LETIH", "KECIWA", "PUTUS ASA", ... tidak ada dalam kamus pejuang Islamiah kecuali dijemput Allah swt sahaja.
Adakah geng dalam PAS putus asa kerana DUNIA? Lihat dan amati dengan betul. Kenapa Almarhum TGNA tidak putus asa, tidak penat, tidak letih, ... dalam berdakwah kepada bukan Islam? Sebabnya ialah lihat sahaja pada cara hidup beliau, maka anda akan faham. Kalau kita kata kita penat sehingga mengeluarkan kata dua, maka kita bukan Islam tulen tapi munafikun.

Tanpa Nama berkata...

Masa kenyataan DAP boleh tolak hudud sebab belum makan ubat

Kalau DAP tolak hudud pun sekurang kurang nya biar lah mereka ada rasa hormat pada ulamak seperti mana mereka mengkagumi almarhum TGNA

Macamana nak terang pasal hudud kalau pemimpin PAS yang pro UG perangai macam ini di tambah dengan perangai beberapa pemimpin dalam UMNO

Tanpa Nama berkata...

RENONG & visualise sdlm2nya 3 soalan dbwh ini..

-Adakah nabi2 mndpt pangkat & gelaran dr sesama manusia?

-Adakah raja2 pembesar2 @ INSTITUSI2 yg mngIKTIRAF & melantik nabi2??

-Adakah syarat2 IJAZAH2 MA & PhD serta gelaran profesor2 mnjd "sunnah@ sibghah" nabi2???

Berdasarkan 3 soalan diatas..adakah "PEWARIS" nabi2 juga perlu kpd 3 syarat2 diatas itu utk mnjejaki lantas mnjd sbnr2 obor-CAHAYA-warasatul anbiya' didunia yg fana ini?

WAJIB..
dan WAJIB..

Wajib diingat nabi2 hadir dgn CAHAYA yg sgt2 TERANG benderang..

-CAHAYA itu PERCUMA kpd-SEMUA umat
-CAHAYA itu mmberi & trus mmBERI
-CAHAYA itu TIDAK minta upah/balasan
-CAHAYA itu menerang meLAPANGkan
-CAHAYA itu LURUS-kudus lg tembus
-CAHAYA itu MUDAH lg meMUDAHkan
-CAHAYA itu INDAH mngGUMBIRAkan
-CAHAYA itu TIADA samar TIPU-kliru
-CAHAYA itu TAKde onarFITNAH-khianat
-CAHAYA mudah mnangkapRASUAH-songlap
-CAHAYA meranap sgl GELAP-kezaliman
-CAHAYA mlihat Yahudi/munafiq sembunyi2 ddlm samar-LICIK-gelap
-CAHAYA ygTEPAT mnyuloh kmuka"musuh"
-CAHAYA utk"SEMUA" anakCUCU-Adam as
-CAHAYA-sbg RAHMAT ksluruh alam2..

Dgn ciri2 CAHAYA-azali yg diatas itu barulah sbnr2-KBNARAN serta sbnr2 KEADILAN dpt dilaksanakan..hatta pelaksanaan-HUDUD bukanlah mnjd agenda SENSASI krn"CAHAYA"itu sndri secara automatik sgt2 diminati lg diridui..

Itulah sbnr2 CAHAYA-"sunnah-sibghah" nabi2 dan itulah juga obor-CAHAYA yg mnjd bekalan-AMANAH "PEWARIS"nabi2.. ianya TERANG ddlm HATI bukan & BUKAN nya pd kitab2 Ijazah/pangkat-NOBAT @ pun pd jubah serta SORBAN yg tggi

JADI

-perlukah ULAMAK-pewaris nabi2 itu diiktiraf-aka-PRASAN terkinja2 diNOBAT dpuja2 kbudak2an?!

-perlukah CAHAYA-mentari yg sgt2 TERANG itu kpd 'kerdipan2'/glamor lampu @ bintang2 lg!??