22 Feb 2015

Bersungguh-sungguh Ke Putrajaya, Maka Itulah Redha Allah, Wahai Ulama!


Reda Allah lebih penting daripada menang pilihan raya, kata ulama PAS

Kemenangan dalam pilihan raya dan seterusnya menawan Putrajaya bukan agenda utama PAS, kerana parti Islam itu lebih mementingkan keredaan Allah, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, berbeza dengan parti politik yang lain, walaupun PAS pada dasarnya menyertai pilihan raya untuk membentuk kerajaan, ia menekankan yang segala tindakan perlu dirujuk pada kehendak agama.

"PAS tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. PAS merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredaan Allah.

"Itu perbezaan jelas PAS antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredai Allah," katanya dalam ulasan ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.

Bercakap di hadapan hampir 1,000 ahli PAS, beliau turut menggesa anggotanya yakin terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ada yang ura-ura nak tukar presiden. Itu kerana kita tidak yakin atas dasar dan perjuangan. Kita perlu yakin bagaimana sekalipun," katanya.

Terdahulu, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob dalam ucaptamanya berkata, wujud aliran “pemikiran songsang” di kalangan ahli PAS apabila timbul suara hendak mengetepikan pelaksanaan syariat Islam demi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

"Aliran pemikiran tajaan Barat ini dilihat bertapak dalam PAS yang membuatkan sebilangan anggota PAS tersasar matlamat sebenar perjuangan Islam iaitu mendaulatkan Syariat Allah.

"Golongan ini mencari kemenangan bukan dengan mengikuti manhaj (kaedah) yang diredai Allah berdasarkan Syariah tetapi lebih kepada mengutamakan matlamat walaupun caranya berlawanan dengan panduan Quran dan Hadis," kata Ahmad.

Mengulas ucapan itu, Amar berkata, sekiranya ditakdirkan Allah, PAS tetap akan menang seperti pada pilihan raya umum 2004 contohnya, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Johor, kawasan yang dikenali kubu kuat Barisan Nasional.

"Siapa sangka PAS boleh menang di kawasan kubu kuat Umno. Johor itu merupakan kubu kuat mereka. Hampir mustahil kita boleh menang. Tapi itu semua kerana kebesaran Allah dan kekuasaannya.

"Tapi tengok cara Tuhan buat macamana. Tuhan beri PAS menang di kerusi Senggarang. Ia kerana kehendak Allah," katanya.

Selain itu beliau berkata, parti Islam itu tidak memilih siapa yang bakal membarisi kepimpinan hadapan parti asalkan calon tersebut dari kalangan orang Islam.

"Kita tidak kisah siapa pun, asalkan beliau seorang Islam, macam (pasukan) bola Red Wariors (pasukan Kelantan), tidak kisah siapa pun asalkan yang gol itu dari pasukan Red Wariors," katannya.

Timbalan menteri besar Kelantan itu turut mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh politik yang bertanggungjawab menjatuhkan PAS dan menyebabkan parti itu kehilangan Kelantan.

"Ku Li 'master mind'nya. (Tetapi) Ku Li juga orang yang bertanggungjawab mengembalikan kemenangan kepada PAS, dengan mengembalikan jawatan menteri besar kepada Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Ini semua kehendak Allah," katanya.

Pada masa sama, Amar juga membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) seperti dalam ucaptama Ahmad yang menggesa tindakan diambil terhadap ahli PAS yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Cuba kaji latar belakang mereka (dalam PasMa). Semua mereka tidak diterima PAS. Dengan itu, kita tidak haruslah melayan mereka," katanya sambil mengingatkan jangan ada di kalangan ahli PasMa yang menjadi perwakilan menyertai multaqa tersebut. –TMI



ULASAN GB

Sungguh janggal pendapat yang menyatakan "kita hendak mendapatkan redha Allah, bukan semata-mata untuk menawan Putrajaya."

Ia hanya alasan simpliistik yang sedap untuk didengar tetapi penyerlahan sifat hipokrit dalam perjuangan.

Saya beri satu anekdot mudah seperti ini:

Seorang guru asrama menanya seorang murid yang malas belajar tetapi rajin berqiamu-lail. Mengapa engkau tidak mahu belajar, tetapi hanya berqiamu-lail sepanjang malam?

Menjawablah murid itu: saya pentingkan redha Allah, saya tak pentingkan kejayaan di dalam peperiksaan.

Sedangkan Allah sendiri tidak menyuruh pelajar berkenaan berbuat demikian kerana keredhaan Allah adalah rahsiaNya dan Allah tentulah lebih redha kepada pelajar itu jika pelajar itu belajar bersungguh-sungguh daripada beliau berqiam setiam malam.

Jika demikian guru itu berkata, lebih baiklah engkau jangan bersekolah, duduk di rumah dan berqiam sepanjang masa kerana di sekolah masing-masing bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh di samping melakukan qiam."

Itu kisah pertama. Yang di bawah ini kisah kedua:

Pernah berlaku di zaman Rasulullah seorang lelaki sibuk menekuni ibadahnya kepada Tuhan dengan mengasingkan diri dan tidak melakukan apa-apa kerja.

Semua makan-minumnya dipaksa kepada siisterinya untuk menyediakannya. Dan siisteri terpaksa bekerja membanting tulang untuk menanggung keluarganya.

Apabila hal ini sampai ke pengetahuan Rasulullah, maka Rasulullah pun menjawab: "semua pahala ibadah lelaki itu akan menjadi milik isterinya yang bersusah payah menyediakan makan-minum dia dan anak-anaknya."

Jadi soal "redha Allah" itu bukan mainan bibir dan tafsiran seseorang manusia.

Apabila kita telah bersama untuk membuat keputusan menyertai politik negara maka tentulah perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menang pilihanraya. Disitulah letaknya redha Allah. Begitulah juga apabila kita membuat keputusan bertahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat, tentulah kita perlu bersungguh-sungguh untuk menawan Putrajaya. Dengan itulah caranya kita mencapai "keredhaan Allah".

Jika tidak apa pasal mahu sertai politik dan pilihanraya, apasal mahu sertai Pakatan Rakyat jika bukan untuk menang pilihanraya dan tawan Putrajaya. Samalah kes pelajar di atas tadi, kenapa datang ke sekolah duduk asrama tetapi tak mahu belajar?

Ketara sangat kenyataan Nik Amar itu lansung tidak boleh dijadikan sandaran untuk ahli-ahli PAS dan hairannya beliau dikatakan seorang ulama!

Ingat: Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh.

Sabda Baginda SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah saw sendiri bersungguh-sungguh berjuang dan berperang di medan peperangan Badar, Uhud dan Khandak sehingga akhirnya berjaya menakluk kota Mekah... demi menegakkan daulah Islamiyah....

Bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan, bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya, bersungguh-sungguh untuk menumbangkan sistem pemerintahan yang zalim dan bobrok, maka di situlah sebenarnya "redha Allah", bukan seperti yang diucapkan oleh Nik Amar.

Cukup memalukan PAS dan umat Islam seluruhnya dengan pandangan songsang dan sesat seorang yang dikatakan ulamak seperti Nik Amar di atas.

p/s setiap yang menyertai jemaah perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk menegakkan menegakkan kebenaran dan keadilan. Masing-masing dengan peranan masing-masing. Seorang yang bekerja di peringkat cawangan atau kawasan memainkan peranan masing-masing, begitulah juga jika seroang itu memilih alam siber seperti blogger dan seumpamanya, mestilah bersunggu-sungguh di dalam melakukan kerja-kerja berkenaan, barulah kita akan berolehi kejayaan, dunia dan akhirat.

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama.meluat dengan Nik Amar ini..Dia ini.lah agaknya salah seoeang ahli kumpulan UG dalam.PAS. Cakap tak masuk akal dan tak boleh pakai. Tamakan kuasa kerja malas. Apa dia buat setelah menjawat jawatan TMB Kelantan. Singkirkan sehaja Nik Amar ini daripada PAS kita nak tengok apa reaksi beliau selepas tersingkir.

Tanpa Nama berkata...

Bila ulama cakap mengarut, orang awam jadi pening dan mula meluat. Cakap-cakap (pandangan) seperti ini menjauhkan penyokong dan merosakkan perjuangan PAS. Bilamana otak ulama tidak lagi berfungsi dengan baik, sedarlah diri dan berundur daripada PAS segera, tidak kiralah apa jawatan yang anda pegang. Ulama seperti ini mencambahkan benih kemusnahan kepada PAS.

Tanpa Nama berkata...

Usahlah berbalah dengan kenyataan Nik Amar tu. Kedua dua pihak Nik Amar ataupun pihak GB kedua-duanya bagus ke arah kebaikan dan keredhaan Allah SWT. Jangan kita cepat melatah di atas kenyataan seseorang. Think positif. Yang sebaiknya kenyataan itu berbunyi begini,"Kita hendaklah menawan Putrajaya dengan keredhaan Allah". Maksudnya tawanlah putrajaya apa cara sekalipun mestilah dengan keredhaan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Ini ulamak tak boleh pakai. Utk menegakkn hukum Allah di Malaysia kenalah menang PRU dahulu. Ini lah sejenis manusia yg perasan baik. Kalau kepimpinan ulamak begini punya stail baik bubar je PAS tu.Saya rasa apa yg dimaksudkn dengan redha Allah ialah berkawan dgn syaitan UMNO utk menubuhkn UG dan berbagibagi duit rakyat. Phuiii

Tanpa Nama berkata...

Mai meeting tengok kiri kanan stadium tadak rumah mampu milik

Tanpa Nama berkata...

Masuk BN dapat banyak projek. Satu lagi yang bermasalah ialah Mokhtar Senik, bekas advisor al Maunah, tak tau macam mana boleh jadi orang penting di Pahang.

Tanpa Nama berkata...

Inilah sikap orang yg menggunakan ugama demi kepentingan diri sendiri.....

PokAmid berkata...

Habis juta-juta ringgit belanja pilihanraya krn tknk menang. Baik jgn masuk bertanding n pitis tu ambik buat projek lain.

Cakap kpd orang berotak kemetot ok laaa!

Tanpa Nama berkata...

patutlah mereka tak bantu mangsa banjir dengan alasan rumah mereka pun banjir...TGNA tiada pengganti

Tanpa Nama berkata...

bukan ketepikan syariat islam tetapi ketepikan pemimpin yang tidak boleh memimpin...

Tanpa Nama berkata...

macam la org lain tak mau keredhaan Allah...bongkak nya ustaz ustaz nie..dia cakap tak pakai rasional agama langsung...tuduh org tak mau keredhaan Allah..low class minded.!

Tanpa Nama berkata...

Bubar sahaja PAS kalau inilah cara pemikiran pemimpin PAS. Nabi saw sendiri tak pernah ajar bertawakal bulat2 tanpa usaha dan strategi utk hadapi musuh. Tak ku sangka begitu dangkal pemimpin yg memimpin parti yg mmperjuangkan islam. Wallahualam.

Harapan Keabadian berkata...

Tidak akan ada keredhaan Allah swt tanpa usaha. Jika hanya berpeluk tubuh tanpa usaha untuk mencapai kejayaan, hanya perbuatan yang sia-sia. Sebab itu, para Ulama' perlu mendalam ilmu dunia jika hendak mentadbir dunia. Sesungguhnya Allah swt berikan aqal dan fikiran. Doa sahaja tanpa usaha, tidak mencukupi. Begitu juga dengan usaha hendak melaksanakan hukum Hudud yang merupakan hak Allah swt. Perlu usaha untuk menguasai Putrajaya terlebih dahulu melalui Pilihan Raya. Pinda Perlembagaan Persekutuan agar menjadikan asas perundangan tertinggi di Malaysia berasaskan Al Qur'an dan As Sunnah di bawah Mazhab Syafie Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika tidak semua usaha menjadi sia-sia kerana jika dicabar, hukum perundangan Hudud akan dituduh bertentangan dengan Perlembagaan Pwrsekutuan dari segi kuatkuasa Syariah. Tolinglah faham kerana Sistem Perundangan Malaysia adalah berasaskan Sistem Perundangan Islam. Dalam Perlembagaan Persekutuan, status kuasa Syariah pun hanya dalam Jadual dan bukan dalam Artikel utama Perlembagaan Persekutuan. Sedih betul status Perundangan Islam. Tolonglah berfikir dengan ilmu, jangan ikut nafsu haloba kuasa. Berubahlah wahai Ulama'.

mohd shahran berkata...

karamnya pas kerana ulamak suk ulamak haram jadah dan ahli yang wala kepada ulamak haram jadah ni

Tanpa Nama berkata...


Nak cari keredhaan Allah, tak payah tubuh PAS. Tak payah masuk PRU. Masuk jemaah tabligh la...

Biar umporno memerintah.

Ana rasa SB2 dah menyelinap masuk dlm PAS jd pemimpn mcm SB masuk dlm Arqam dulu. Sampai jd org kanan Uztaz Asya'ari dan kahwin 3, 4.

mohamad adel berkata...

kalau macam tu...lebih baik buka pondok je...Parti politik yg tak mau menang pilihan raya. Something is wrong dgn pemimpin politik ni....

Tanpa Nama berkata...

Aku nak komen pun dah tak pandai.keliru dibuatnya.Mengapa kebanyakan ulamak dalam Pas dan jadi haru hijau ?tak baik aku tulis ,aku tenguk kebanyakan muka2b ulamak ni semuanya masam.muncung mulutnya.rasa meluat melihat mereka ni.dari presiden sehinga golongan UG.aku ni ahli Pas,Eh bencinya aku melbehi peminpin Umno .apa nak jadi dengan parti Pas,kmeungkinan pas akan hancur sehancur2nya akibat gerakan ulamak ni.tunggulah .

Tanpa Nama berkata...

wahai anon 7.31.nak tawan putrajaya emanglah dengan kerdaaan Allah tetapi apakah cara begini kita bolih tawan putraja?menuduh sesama sendfiri,taknak ikut pendapat orang lain,pecah dalam pakatan,benci dengan bangfsa lain,bagaiman kita hendak menang kalau ini caranya .Allah bagi kita akal untuk berfikir bagaiman caranya untuk memenagi putrajaya,iktiar sambil berdoa,buka hanya berharap tanpa ikhtiar,perahu kena ikat dahulu baru bertawakal agar perahunay tak hanyut,ulamak otaknya dah letak dikepala lutut sebab mereka fikir mereka lebuh alim.sudahlah.

Tanpa Nama berkata...

Musang berbulu ayam kini sedang berhujah dan berkempen 'mengharamjadah' kan ulama... Bukan ke kamu semua pengikut yang wala' kepada ulama? Menangis sekejap di kuburan Nik Aziz? Sekarang aapa dah jadi bro?

Tanpa Nama berkata...

aku fikir kebanyakan ulamak Pas tak baca apa yang orang komen,mereka tak baca blog kot,selam ni kita orang komen sambil nasihat langsung tak jalan,asik2 wala.wala kepala lutut kau.

Unknown berkata...

Saya bercadang menjadi ahli PAS. Tetapi disebabkan terpaksa walak kepada Presiden sebagai satu syarat, maka hasrat saya terpaksalah saya padamkan. Baik saya tunggu PASMA didaftarkan sebagai parti politik.

Tanpa Nama berkata...

Nik Amar bagi statement? Setaraf ibrahim ali ajer dia ni. Bezanya ibrahim ali ni samseng kg. tak berapa reti agama. Yg si nik amar ni bergelar ustaz, reti agama. Yg ada persamaan. Dua2 bingai!

ubaid berkata...

Menang di kelantan juga tidak penting.....

Tanpa Nama berkata...

Percskspan pemimpin2 PAS semua tiada kualiti , tidak ada nilai.

Hanya cakap2 bodoh dari orang bodoh untuk orang orang bodoh.

PAS itu sendiri jenama bodoh.

Bodoh saja lah....

ubaid berkata...

Semua org tahu redha allah lebih penting drp segala2nya....bkn shj lebih penting drp menang, juga lebih penting drp jadi timbalan menteri besar.

Tanpa Nama berkata...

Cakap bohong untuk dapat undi cina masa pru, Sekarang terang terang mengaku nak jentik cina. Adalah cina merupakan haiwan yang tiada Hak Manusia iaitu keadilan? Cina yang kerja keras bayar cukai tapi UG ini nampak cina macam haiwan. Apa hukuman kepada UG ini nanti??? Ini ajaran tuhan dan agama??

Tanpa Nama berkata...

Tapi tengok cara Tuhan buat macamana. Tuhan beri PAS menang di kerusi Senggarang. Ia kerana kehendak Allah," katanya.

Nabi saw pun gali parit !

Kenyataan kehendak Allah dibuat dengan sengaja untuk menafikan usaha dan strategik PR adalah penyumbang besar kepada kemenangan PAS di Senggarang

Mula mula cakap macam ini Lama lama nanti dekat dekat pemilihan cakap macam UMNO

Kalau UMNO cakap kena bersyukur berterima kasih pada Allah tapi kena lah berterima kasih dulu pada manusia yang memberi PAS pulak "Nak dapat keredhaan Allah kena lah dapatkan keredhaan Tuan Presiden dulu"

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka dalam keadaan cuaca panas begini ulamk pas berpesta menuduh kawan sendiri.selepas allah menjemput tok guru pulang ulamk pas menjadi kelamkabut,mereka perasan nahawa meraka lah ulamak.jangan bongkak diri,walaupun berjubah,berserrban,berjanggut tetapi kalau dah hati kotor terus menjelma diwajah setiap ulamk yang ada dalam dewan tersebut.Muka masam,tersengeh,muncung bibir takda seri pada wajah,ini seolah2 dikatakan ULAMAK SUK. MAMPUSLAH PAS

Tanpa Nama berkata...

Buka sahaja Tak nak menang, tetapi bantah system pengundian rakyak tempatan dengan Alasan penuh rasis!

Parti munafik , sila rujuk muka dan Cakapan hellfire semasa hero Sangat pergi cina judi haram masiat tapi diam diri isu raja Judi.

Bukti munafik

Tanpa Nama berkata...

Cara UG ini senang, tuduh dap adalah agent Singapore dan turkey yang SKULAR, boneka Amerika yang liberalism, sokong ideology komunist cina, dan Ada agenda yahudi.

Lepas tu cipta nama "dapig". Ini lar parti politik yang beragama, semua salah orang lain, diri semua suci mulia.

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu pemilihan parti setia 2 tahun jika wala tu satu satu Nya yang dia orang tahu.

Parti wala, yang bodoh berpolitik. Minta tukar Nama jadi NGO.

Tanpa Nama berkata...

Menang saja berebut jawatan....kalau kemenangan dan perjuang itu atas reda Allah tak perlulah nak berebut jawatan...lepas saja jawatan TMB...bagi pada yang lebih layak.

Fokus kepada untuk memantapkan PAS bukan memecahbelahkan PAS dan menaikkan puak sendiri saja.

Ahli PAS boleh duduk saja...kalah PRU pun tidak mengapa, yang penting mendapat reda Allah...

Itu yang memusykilkan, bila PRU bertungkus lumus mahu menang, mimpi nak jadi kerajaan...Bila menang lupa diri...

Adakah PAS hilang Terengganu, hilang Kedah kerana kemenangan itu tidak mendapat reda Allah?

Lebih baik MSU usulkan PAS keluar PR.

Tanpa Nama berkata...

jgnlah kamu merasa diri kamu lebih mulia dpd org lain. itu dah angkuh namanya. angkuh itu sifat iblis

Tanpa Nama berkata...

Macam mana seorang yang dikatogerikan sebagai ulama boleh cakap macam tu. macam tak ada ilmu agama,

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum atau bangsa atau seseorang itu berusaha terlebih dahulu untuk mengubahnya.

Kita tak boleh mengharapkan kepada taqdir Allah semata2 tanpa berusaha.

Tanpa Nama berkata...

kalau rasa masuk pilihanraya tk berapa di redha Allah, maka kenapa buat kerja yg 'makruh'...?

ulamak mana bolh mengekalkan makruh, mesti hindari makruh.

konon kata PAS tk sama dgn umno pkr dap... tp dok bercinta dlm gelap dgn umnu tu apa?

kalau rasa pilihnaraya itu tk direhai, bubar PAS jadikan ngo saja.

jgn belit2 la pemimpin ulamak PAS.

u all seolah2 mengiyakan kata2 org mcm hassan ali yg meninggalkan PAS kerana sudah lari dr perjuangan asal.

atau mungkin hassanali dalang agen kerajaan umnu yg berjaya mencucuk hidung lembu kepimpinan ulamak utk masuk kandang umnu.

sungguh memalukan

Tanpa Nama berkata...

Ulam pas memang suci mulia berilmu tinggi. Msu yang berkuasa tinggi yang suci mulia telah putuskan ahli tidak boleh cabar Msu dan presideng.

Paham Tak? Menang pas parti politik yang special, boleh tanding pru minta sokongan, tap I penyokong tidak boleh komen kerana ulama pas lebih mulia dan sucii.

Betul ker pas parti politik? Betul ker pas parti politik yang menyokong sistem demokrasi pengundian rakyat/ahli

Anti Fitnah berkata...

Nik Amar ...
Letaklah jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar. Berjuanglah di luar kuasa sebagai TMB. Jangan lupa bahawa anda yang berebut@ nak jadi TMB. Kalau betul-betul nak dapat keredhaan Allah swt seperti yang anda nyatakan, keluarlah diri hang daripada tampuk pemerintahan Kelantan dan sebagai ADUN.
Cakap-cakap seorang munafikun yang cuba memBENARkan segala tindak tanduknya.

Tanpa Nama berkata...

Teringin nak dengar dia kata " tak jadi TMB Kelantan pun tak apa, asal Allah redha"..

AhmadDzulMohd berkata...

Cara perlaksanaan adalah bergantung pd sistem semasa yang mana perlu ditembusi corak kini iaitu dgn sistem demokrasinya setelah mendpt mandat serta sokongan gabungan parti lain maka diteruskan agenda islamiah yg mengikut zaman serta syariah tidak secara penuhnya sunnah nabi Mohd diawal kurun semata-mata contohnya kaum Hawa tidak lagi seperti di awal bertapaknya islam.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak ke dia?