12 Jan 2015

[VIDEO] Tahniah BASARNAS: Kotak Hitam Berjaya Ditemui & Diangkat


Perakam data penerbangan QZ8501 diangkat

JAKARTA: Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diangkat keluar dari dasar Laut Jawa pagi ini sambil penyelam Tentera Laut Indonesia meneruskan pencarian terhadap perakam suara kokpit.

“Pagi ini saya mendapat laporan rasmi dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan. Pada jam 7.11 pagi (waktu tempatan) kami berjaya mengangkat keluar sebahagian daripada kotak hitam dikenali sebagai perakam data penerbangan,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), F Henry Bambang Soelistyo. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, katanya, usaha untuk mencari perakam suara kokpit masih diteruskan.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari skrin radar ketika berada di ruang udara di utara Laut Jawa pada 28 Disember lalu.

Kapal terbang itu berada pada kedudukan kurang daripada separuh jarak penerbangan selama dua jam dari Surabaya menuju Singapura. – kompas

Perakam data pesawat AirAsia diperoleh

Pasukan penyelam tentera Indonesia hari ini berjaya mendapatkan perakam data pesawat daripada pesawat AirAsia yang terhempas dua minggu lalu dan mengorbankan 162 orang, menurut pegawai kerajaan.

Ketua pasukan pencari Fransiskus Bambang Soelistyo memberitahu sidang media bahawa beliau mendapat pengesahan daripada jawatankuasa keselamatan pengangkutan Indonesia.

“Pada 7.11 pagi kami berjaya mengangkat sebahagian daripada kotak hitam, yang dikenali sebagai perakam data pesawat,” kata Fransiskus.

“Kami masih cuba mencari perakam suara kokpit.”

Pesawat QZ8501 terputus hubungan daripada radar di utara Laut Jawa pada 28 Disember, tidak sampai separuh perjalanan daripada Surabaya ke Singapura.
-mk









2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah BASARNAS, lu orang memang terbaik di Asia Tenggara

Tanpa Nama berkata...

Malaysia mesti belajar dari Indonesia