1 Feb 2015

[VIDEO & GAMBAR] Pemain Bola Sepak Jerman Danny Blum, Peluk Islam


Seperti ada sesuatu tolak saya masuk masjid’

PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! "
ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin. -SH






11 ulasan:

Faqirulkhoir berkata...

Allah memberi hidayah kepada sesiapa Dia kehendakki...subHanallah.

Awanama berkata...

Tatu dianggota bdn mcm mna ya ?

Awanama berkata...

Masuk Islam terus solat
Bertahun Islam masih tinggal solat


Awanama berkata...

Sdr bertanyalah pd org arif dlm hukum syarak. Apapun fikirlah sendiri adakah org bukan Islam yg ada tatoo tak diterima keislamannya?

Awanama berkata...

Pendapat majoriti ulamak, ttg tatoo tu ialah sebab dibuat masa dia lum Islam & jahil, dimaafkan, sesungguhnya Allah menerima taubat hambaNya yg bertaubat. Klu menghpuskan begitu menyakitkan, jgn menyiksa diri.
Cuma utk elak fitnah , tutup dgn baju lengan panjang ke. Tapi sentiasa pakai baju lengan panjang pun boring juga kan, so cuba le mana2 yg terdaya & serahkan pada Allah. Dia la yg Maha Tahu hati kita.

Sekarang non Muslim ramai betol bertatoo, mana tau, ni pun bole tarik mereka kpd Islam, kerana mungkin yg takut kpd Islam sebab dah terlanjur bertatoo ke dsbnya.

Awanama berkata...

Alhamdulillah, semoga agama Islam terus berkembang.

Kepada anon 10:09 PM, saya pun setuju jika lengan itu ditutup dengan baju lengan panjang, tapi saya berpendapat Danny perlu beristiqamah dalam hal ini. Sedangkan kaum Muslimah boleh menutup lengan dengan baju lengan panjang sepanjang masa tidak kira keadaan pun. Di tengah panas terik pun mereka boleh tutup lagi. Ini yang patut dicontohi.

Awanama berkata...

Ada di antara pembahas ' sampai hati ' mengungkit tatoo di tubuh saudara baharu kita, iaitu telah dibuatnya semasa belum Islam lagi.

Saya ' tidak sampai ' hati berkata sesuatu kepada pembahas itu.

Awanama berkata...

Pada pendapat saya, bagus kalau ada pertanyaan2 , ni melibatkan ilmu , dlm hukum fiqh , bule berubah ikut semasa . Mana tau akan datang telah dicipta bahan yg tak menyakitkan yg bule memadamkan tatoo tu, maka mereka lebih disarankan memadamkan. Kalau mahal sangat harganya, pakat2 org lain bantu.

Cuma dgn pendapat yg berbeze2 ni jangan sampai bergaduh, bertegang urat melampau2.


Awanama berkata...

Saya cina lahir dan hidup di msia 42 tahun. Di Sini Tak pernah nampak pas buat dakwah dengan cara baik, nampak Sangat mereka ini munafik cakap lain buat Lain nak belah kuasa/Hak sendiri jer macam anmo. Cina yang pandai tidak "welcome". Sorry terpaksa pakai English sikit.

Awanama berkata...

To non-Muslim, kena terima hakikat bahwa muslim all over the world, terdapat perbezaan dari segi tingkah laku, pertuturan , pakaian dsbnya , kerana dipengaruhi oleh bangsa, adat, persekitaran, turun naik iman dsbnya.

Jadi jangan la kerana adanya sikap2 mereka yang tak memuaskan hati kita , tak 100% selari dgn Islam, menyebabkan kita hilang minat pada Islam.

Banyakkan bertanya,mencari, mungkin akan berjumpa dengan yang akan membantu anda ke jalan yang betul.
Macan Salman alFarisi, sebelum jumpa Nabi saw, macam2 rintangan & pendapat2/ikutan dia tempuhi.

Kerana NIAT dia nak cari kebenaran, Allah kabulkan , malah pendapatnya diterima oleh nabi saw dlm perang Khandak, dia antara sahabat yg disebut2 hingga sekarang.

Anda akan ditanya nanti oleh Allah kenapa hanya pandang pada segelintir mereka , tak teruskan utk cari kebenaran dgn pi pada pendakwah2 yang banyak sekarang ni, contohnya layari Youtube ttg non Muslim yg converted/revert to Muslim, atau anda bertanya pada pendawah2 sukarela di Masjid Putrajaya.

Jangan segan bertanya untuk cari kebenaran.

Awanama berkata...

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Jadi kan satu peringatan kepada mereka yang mengabdikan hidup ini kepada Tuhan Yang Maha Esa supaya terus terus dalam keADAan 'pengabdian' dan jangan terputus kerana kita tak akan rasa jemu walaupun sesekali kita terhenti dalam 'pengabdian'

'Hidup' ku 'Mati' ku Kerana Allah swt