4 Jun 2014

[EDISI GILA] Sanggup Tidur Di Kaki Lima Tunggu Kedai Tudung Fareeda Buka


Tudung Fareeda: Kegilaan melampau, sanggup jadi gelandangan

SHAH ALAM, 3 JUN: Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata Islam sebenarnya memberi garis panduan yang begitu mudah untuk diikuti dalam menutup aurat di kalangan wanita.

Katanya, kegilaan itu nyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

“Sebenarnya mahu berfesyen juga tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.

“Mungkin peminat tudung ini juga melihat jenama ini sebagai trend hingga mereka menjadi begini obses. Apapun, saya melihat semua ini sebagai satu sikap untuk berlebih-lebihan dan tidak munasabah,”
katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau dihubungi bagi mengulas pelancaran terbaru koleksi Fareeda yang menarik ribuan peminatnya beratur di butik itu semalaman bagi mendapatkan nombor giliran.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook juga mendapati ramai yang sanggup tidur dan bermalam di kaki lima membawa anak kecil dalam usaha mendapatkan koleksi terbaru Fareeda.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, masyarakat Islam terutama golongan wanita harus segera disedarkan daripada kegilaan melampau itu.


“Tetapi, hal ini pasti sukar kerana golongan terbabit menganggap tudung Fareeda sebagai fesyen yang mesti dimiliki dan tidak mahu dianggap ketinggalan dalam bergaya.

“Apa yang saya boleh katakan, sangat susah untuk tahan masyarakat daripada kegilaan ini,” katanya.

Ibu pejabat dan butik utama Tudung Fareeda terletak di Bandar Baru Bangi selain terdapat butik di Pulau Pinang dan Kelantan.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





16 ulasan:

jilaltahrir berkata...

memalukan..
bila kaum lain mengatakan org mlayu bodoh...marah.tapi ni la dia mlayu skrg.snggup kiamulail kt kdai kain berbanding qiammulail di mesjid..lebih kn fesyen dr menuntut ilmu allah...kesian suami2 mereka...wallah huaklam..."ingatan utk diri sendiri"

rmj berkata...

Ketika solat subuh d Masjid Surau x pula sggup buat gitu ..

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg dikatakan MELAYU MUDAH LAYU

saufi berkata...

As Salam

Saya rasa sebahagian or semua mereka diupah untuk berbuat demikian sebagai sales gimmick atau popular yang di buat buat.

publisiti murahan sehingga suami or solat subuh terabai!

Amuraria berkata...

adakah ini yang dikatakan melayu kangkung ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kesian mereka ni....sanggup beratur semalaman....glamour sgt ke cap faridah ni?nk pakai tudung tutup rambut (bukan tutup aurat pun sebab tudung farida kebykan singkat).....betulkan niat wahai kamu semua...hati kamu dah berkeladak dah...

Tanpa Nama berkata...

Ini "KEMARUK" namanya... Kalau tidor kat masjid/surau tunggu solat suboh takpa la jugak..

Tanpa Nama berkata...

Kalau sekadar bertudung sahaja, lu masih dianggap telanjag beb dimata Allah S.W.T. Ingat aurat bukan di kepala sahaja tetapi seluruh badan dan buang duit lu sahaja beli tudung brand bodoh kalau hanya untuk tutup kepala sahaja tetapi anggota lain masih terdedah di sana sini.

Ada baik lu beli tudung tiada brand tetapi menutupi seluruh anggota badan baru dikira berpakaian di mata Allah S.W.T. melainkan lu adalah umat melayu mr. Bean, then i tak boleh cakap apa dah.

Anti Fitnah berkata...

Hidup Melayu. Hidup Melayu. Hidup Melayu.
Melayu Cemerlang.
Melayu Gemilang.
Melayu Terbilang.
1 Melayu ... 1 Malaysia.
Dah subuh belum?

Tanpa Nama berkata...

Keuntungan jualan berganda selepas membeli dgn murah di butik yg menyebabkan mereka jadi mcm ne...hasil jualan sudah dapat untung 5-6k..

Tanpa Nama berkata...

Maaflah takbur sikit..sy sgt bsyukur diberi rupa paras yg jelita alhamdulillah sy selalu beli tudung kat Muaz masjid india aje...pena pakai tudung harga seringgit tapi ramai puji pun, walaupun murah tapi senang nak tutup dada, material murah tapi tak see through. Kalau perempuan lawa pakai tudung seringgit pun tetap lawa huhu minta maaflah ye tagline fareeda ialah FNJ (fareeda nyata jelita) tapi minta maaf sgt kalau rupa tak berapa nak cantik pakai tudung FNJ yg singkat tu seriously buruk. It makes no difference sorry to say. Kbai. Salam.

Tanpa Nama berkata...

X pyh nk kejar sgt fareeda apekebende 2..yg xd jenama cm dy pn byk yg berkualiti..bkak la ckit pmikiran 2..tdg fareeda rsenye byk yg x bpe nk labuh..rse kne tmbh ckit kain 2..

Tanpa Nama berkata...

saya bukan peminat tudung F tp kite tak boleh salahkan pengeluar tudung tersebut atas tindak tanduk orang ramai untuk mendapatkan tudung tersebut.isu tudung pendek..sy ade kawan peminat tudung F n tudung yg d pakai x pendek plak..mayb itu pilihan orang..sdangkan shawl yg panjang n lebar dieorg bley lilit smpi pendek n tbonjol d blakang.. jd nk salahkn pengeluar shawl ke??
bile iphone kluarkan hp baru n orang bratur semalaman utk dapatkan bnde 2..x de lak orang kondem tp siap ckp bestnye..untungnye..biarlah dieorg nk obsess kt tudung F, skurang2 nya mereka btudung.. pendek atau panjang de pilihanye..so jgn salahkan syarikat sebab mereka x memakse utk mereka sume membeli..cume kite sbagai pembeli harus bijak..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha kelakar pulok org pompuan melayu islam sanggup tido kat kaki lima kedai semata-mata nak dapatkan nombor giliran.. apa ke speselnya tudung fareeda nie.. Ni mesti taktik bisnes kedai tudung berkenaan, mungkin satu design satu tudung je ala-ala designer one piece gitu.. Bersederhana je lah wahai kaum hawa.. jangan sampai kamu dimanipulasi oleh nafsu kamu sendiri.. Tak pernah dengar peminat chanel, calvin klein gucci ke tido tepi kedai tunggu kedai bukak hehehei.. jatuh standard 

Tanpa Nama berkata...

Bingai. .. .

Tanpa Nama berkata...

Berebut nak beli tudung jenama glamor sanggup tidor kaki lima kedai tapi tidor lasaknye mak aii smpai terselak smpai ke pinggang... rambut dgn dah terbukaknye, air lior meleleh... glamor atasnye tapi yg bawah dah mcm ayam togel.