22 Dis 2014

Tambang Bas Sekolah Bakal Naik 30%-50% Jan 2015


Kadar tambang bas sekolah pada sesi persekolahan yang akan dibuka semula pada Januari ini dijangka meningkat antara 30 hingga 50 peratus.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, beliau tidak menolak akan ada pengusaha bas sekolah yang akan berbuat demikian akibat peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung.

"Jangan terkejut jika berlaku kenaikan antara 30 hingga 50 peratus. Ini kerana peratusan kenaikan akan diputuskan oleh pengusaha bas sendiri selepas kadar tambang asas bas sekolah yang diwarta di bawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 sudah tidak relevan lagi," katanya kepada mStar Online.

Sambil mempertahankan pengusaha bas sekolah, beliau berkata, jika situasi itu berlaku, pengusaha bas tidak patut dipersalahkan kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilihat tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut.

"Macam mana kita nak tetapkan satu kadar tambang yang memuaskan hati semua pihak jika tiada harga asas? Jadi jangan salahkan kami jika berlaku kenaikan tambang nanti," katanya.

Dakwa beliau, sehingga hari ini, SPAD dilihat cuba 'lepas tangan' bagi mengelak dipersalahkan oleh ibu bapa seandainya tambang bas sekolah dinaikkan.

"Mereka dilihat seolah-olah mahu 'lepas tangan'. Kami dibiarkan terkapai-kapai. Bila tiada harga asas yang baharu, SPAD jangan sebut tindakan akan diambil jika tambang berlebihan. Sepatutnya mereka lakukan sesuatu untuk mengelakkan kemelut ini berlarutan," katanya.

Amali Munif ketika menghadiri majlis bersama Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Malah, Amali berkata, sekiranya pengusaha bas dan PIBG bersepakat menetapkan kadar tambang bas sekolah, ia menjadi satu kesalahanan serius di bawah Akta Persaingan 2010.

"Kita sudahpun diberi amaran oleh MyCC (Suruhanjaya Persaingan Malaysia) supaya tidak melakukan penetapan harga secara kolektif. Jadi kami tersepit antara MyCC dan SPAD. Apa yang patut kami lakukan," katanya.

Pada Oktober lalu, MyCC memberi amaran kepada ahli persatuan itu yang didapati mengambil bahagian serta bersetuju dalam penetapan harga secara kolektif, boleh dikenakan denda sehingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan mereka.

Malah, perlakuan penetapan harga adalah bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dan semua operator bas diminta supaya menentukan struktur tambang bas mereka secara bebas dan tidak menetapkan struktur tambang bas bersama operator yang lain.

Pada Selasa lalu, pengusaha bas sekolah menegaskan tetap menaikkan tambang bermula Januari ini dengan struktur tambang bas masing-masing ditentukan secara individu dan bebas.

Kata-kata itu dicapai dalam satu resolusi yang dicapai menerusi mesyuarat yang dihadiri seramai 105 perwakilan PPBSM di ibu negara pada Selasa lalu.

Amali menyifatkan kenaikan itu sebagai satu keperluan selepas lebih lima tahun tambang bas sekolah tidak pernah dikaji semula, selain peningkatan kos operasi termasuk alat ganti.

Malah, beliau berkata, kenaikan juga pasti berlaku sekiranya harga runcit diesel melebihi 50 sen daripada harga sedia ada.

SPAD pada awal Oktober lalu menetapkan pengendali bas sekolah tidak akan terikat kepada satu struktur tambang tetap lagi tetapi bebas menentukan anggaran tambang masing-masing berdasarkan rundingan bersama pihak sekolah dan ibu bapa.

Namun, sejak itu, keputusan tersebut mendapat bantahan daripada beberapa pengusaha bas yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang mustahil dan sukar untuk dilaksanakan kerana tiada garis panduan disediakan dalam penetapan harga baharu berkenaan. -mstar

ULASAN GB

Bayangkan jika keluarga berkenaan mempunyai 3 atau 4 orang anak yang menaiki bas sekolah untuk ke sekolah. Impak kenaikan harga tambang bas sekolah sehingga 50% sudah pasti menjejaskan kehidupan mereka.

Apakah ini yang dinamakan kerajaan prihatin terhadap rakyatnya?

TUKAR!

6 ulasan:

agen pelangsing wsc biolo berkata...

ikut ikutan naik padahal sekolah itu sangat diperlukan

Tanpa Nama berkata...

PM menjaja sana sini memberitahu yang rakyat mesti berkerjasama sedangkan kementerian dan Suruhanjaya yang di tubuh oleh PM sendiri tidak memberi kerjasama kepada persatuan seperti persatuan bas sekolah Apalagi kerjasama dengan NGO yang bukan berasal dari perut buncit UMNO

Keujudan persatuan dan NGO sememangnya bukan untuk tujuan politik tidak di hormati oleh Kerajaan UMNO

Yang bagang ialah ibu bapa yang menderita tapi tetap ahli UMNO Bagaimanapun ibu bapa ini hanya ramai di kampung kampung dan kebanyakannya pergi sekolah naik motor atau berjalan kaki Ada bas sekolah pun sebiji dua

UMNO akan menerima akibat hilang undi yang banyak pada pru yang akan datang di taman taman perumahan kerana di taman ini saja ada hampir 10 bas sekolah termasuk van sekolah

SPAD tahu tambang perlu di naikkan tapi ada lah lebih selamat diamkan diri demi UMNO Pengusaha bas eluk lah mogok seminggu dulu dan naik kan harga kemudian supaya ibu bapa tidak salahkan persatuan atau biarkan lah anak anak pergi sekolah seperti zaman dulu berjalan kaki atau naik basikal Maka jika anak anak lambat sampai sekolah jangan lah dikena kan tindakan disiplin

Tanpa Nama berkata...

Betul2 berita tak baik.

Kesian mak bapak anak banyak , mana nak cari duit ?


Duit pun sudah kechik....

Yang kaya gaya enjoy sakan lah.


Orang2 Melayu juga rugi undi pemimpin2 Melayu tuk menipu bangsa sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Inilah sumbangan daripada kewujudan SPAD kepada rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat malaysia telah dibodohkan sehabis - habisan oleh pemerintah bermula dalam usaha mencari pekerjaan kpd pengganggur yg hanya tahu offer pekerjaan low class level bukan nak promote pekerjaan white collar yg high class, sampailah ke cukai gst yg mana rakyat malaysia tak tahu pun yg negara luar yg ada laksanakan gst majoriti rakyat diaorg bekerja sebagai white collar yg confirm gaji 6 angka sebulan.

SELAGI TAK TUKAR SELAGI ITULAH RAKYAT AKN DIBODOHKAN SELAMANYA BERMULA DENGAN MINDSETKAN RAKYAT PILIH KERJA LOW CLASS YG MANA NEGARA LAIN BERMATIAN - MATIAN SURUH RAKYAT PILIH KERJA HIGH CLASS LEVEL SAMPAI KE CUKAI GST DAN SEGALA- GALANYA.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada parti pas dan ulama pas yang suci mulia kerana sokong kuat kepada kerajaan

Syabas dan taniah, teruskan sokongan sehingga pru14