7 Nov 2014

Tak Dapat Tanduk, Telinga Pun Nak Dipulasnya....


Shafee mahu Anwar disabit hina mahkamah

Ketua pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau menerima arahan untuk memohon mahkamah memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan rayuan kes Liwat II.

Shafee berkata beliau menerima arahan daripada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan memaklumkan kepada panel hakim yang dipengerusikan ketua hakim Tan Sri Ariffin Zakaria sebaik selepas prosiding bermula hari ini.

Beliau memetik dua laporan yang disiarkan Malaysiakini dan satu lagi yang disiarkan portal The Malay Mail Online.

Peguam kanan itu memetik dua perenggan terakhir dalam laporan Malaysiakini bertajuk ‘Go back to lawschool’.

Beliau bagaimanapun tidak membacakan laporan The Malay Mail Online.

Shafee mendakwa Anwar sebelum ini menyeret Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke ruang skandal dengan kenyataannya dan kini membuat perkara sama ke atas Mahkamah Persekutuan.

Ekoran itu, beliau memohon agar Anwar diseret ke mahkamah atas kesalahan itu. -mk


Anwar Tetap Ke Penjara? - Shahbudin Hussin

Sesiapa pun yang mengikuti dengan teliti kes rayuan liwat Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan dari awal hingga detik-detik akhir ini, pastinya tidak dapat mengelak daripada mengakui bahawa semakin banyak keraguan telah berjaya diserlahkan.

Para peguambela Anwar yang diketuai oleh Gopal Sri Ram berjaya menimbulkan banyak persoalan serta keraguan dan para hakim pula memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mereka menimbulkan persoalan itu demi menegakkan keadilan.

Pada peringkat awal, isu seluar dalam Saiful yang berbeza yang ditemui kesan air mani serta wajahnya yang selamba menghidangkan teh kepada tetamu Anwar walaupun mendakwa diliwat sehari sebelum itu, telah pun ditimbulkan.

Ia kemudian disusuli dengan kaitan konspirasi politik kerana Saiful juga didapati bertemu dengan pegawai tinggi polis dan Najib sebelum kejadian liwat didakwa berlaku serta turut menghubungi Musa Hassan yang ketika itu menjadi Ketua Polis Negara melalui telefon.

Isu DNA lelaki ketiga yang ditemui pada seluar dalam dan dubur Saiful juga turut dibangkitkan oleh peguam, selain penemuan empat doktor tiada penembusan pada duburnya, tiada kecederaan walaupun mendakwa diliwat secara kasar dan tanpa rela oleh Anwar.

Dengan baki pembelaan hanya tinggal sedikit waktu sahaja lagi pada petang ini iaitu selepas sembahyang Jumaat sebelum pendakwa pula berhujah dan kemudian hakim dijangka membuat keputusan, peguambela Anwar terus menimbulkan banyak keraguan lagi untuk perhatian mahkamah.

Antara yang disentuh pada Khamis ialah mengenai permaidani yang didakwa tempat berlakunya kejadian liwat itu tetapi ditemui di unit kondominium yang berbeza daripada dakwaan di mana kejadian itu berlaku.

Gopal juga membangkitkan mengenai tiada penemuan forensik kejadian liwat telah berlaku di atas permaidani itu serta tidak dibuktikan juga ianya telah dipindahkan.

Secara bergurau, Gopal berkata, beliau tidak percaya adanya "karpet terbang".

Isu DNA lelaki ketiga yang dipertahankan oleh Shafee sebelum ini kemungkinan ianya datangnya daripada tempat duduk tandas yang digunakan Saiful serta kemungkinan juga kepunyaan Dr. Osman yang merawat Saiful, turut disanggah oleh Gobind Deo dengan mengaitkannya dengan kes Hanif Basri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh Norita Shamsudin hanya kerana penemuan air mani lelaki lain yang tidak dikenali dalam tubuhnya.

Beliau juga mengulangi mengenai penemuan awal empat orang doktor yang mendapati tiada penembusan zakar pada dubur Saiful untuk dipertimbangkan sebagai tiada bukti kejadian liwat itu telah berlaku.

Keraguan mengenai sut jenama Brioni yang tidak dibuktikan serta seluar Saiful yang ketika diperiksa tidak disahkan mempunyai jenama itu, kamera CCTV dalam lokap yang tidak berfungsi untuk mengesahkan penggunaan berus gigi, tuala dan botol air minuman serta beberapa isu yang lain oleh Anwar, turut juga dibangkitkan oleh peguam untuk mengukuhkan lagi keraguan bagi melayakkan Anwar dibebaskan.

Dengan keraguan yang semakin terserlah, secara logik dan harapan umumnya ialah peluang Anwar untuk dibebaskan cukup cerah walaupun kenderaan FRU dan bas penjara sudah pun diletakkan di sekitar Istana Kehakiman sejak awal pagi seolah-olah sudah siap untuk menghumban Ketua Pembangkang itu ke penjara.

Tetapi sama ada Anwar bebas atau tidak, tiada siapa yang tahu dan macam-macam perkara boleh berlaku pada petang ini. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Namun, sementara ramai merasakan Anwar semakin mempunyai hujah dan fakta kukuh untuk dibebaskan, Shafee yang dilantik sebagai pendakwaraya juga memaklumkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Peguam Negara untuk memohon memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas keputusan kes rayuan ini nanti.

Tindakan itu ialah berhubung kenyataan Anwar yang disiarkan dalam dua portal berita yang meminta Shafee kembali ke sekolah undang-undang yang dianggap sebagai menghina mahkamah.

Dengan ini, bermakna kiranya Anwar dibebaskan dalam rayuan kes liwat, satu lagi kes iaitu menghina mahkamah pula sedang menunggunya. Jika rayuan ini gagal dan Anwar menghuni penjara sekali, pastinya prosiding menghina mahkamah itu tidak akan akan diteruskan kerana tidak mempunyai makna lagi jika diteruskan pun.

Penjara nampaknya tetap dijadikan sasaran untuk memendekkan hayat perjuangan Anwar.mJika kes liwat memperuntukkan hukuman penjara dan sebat, kes menghina mahkamah pula melibatkan penjara dan denda.

Terdapat beberapa kes menghina mahkamah yang berlaku sebelum ini. Jika kita masih ingat, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali pernah didapati bersalah pada 2013 kerana menghina mahkamah dan dipenjara sehari serta denda RM20 ribu. Seorang blogger, Amizuddin Ahmat pula dipenjara tiga bulan kerana kesalahan yang sama setelah dilarang menerbitkan artikel yang memburuk-burukkan Dr Rais Yatim.

Dalam kes menghina mahkamah melibatkan Anwar, hukuman yang bakal menantinya mungkin penjara atau denda atau kedua-duanya sekali yang boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Jika itu berlaku, bukan saja peluangnya untuk terus berjuang dalam PRU 14 nanti jadi terhalang, tetapi penjara tetap merupakan destinasi yang disasarkan kepadanya.
-shahbudindotcom


ULASAN GB

Amat jelas di dalam proceeding di Mahkamah Persekutuan bahawa kredibiliti dan reputasi pendakwa yang dilantik Peguam negara bagipihak Saiful telah hancur musnah apabila para peguambela Anwar berjaya mendedahkan banyak kepincangan hujah-hujah Shafee.

Sekarang apabila berhadapan dengan kemungkinan Anwar bakal dibebaskan petang ini, Shafee & Peguam Negara cuba untuk mencari jalan lain... tak dapat tanduk, dapat pulas telinga pun tidak mengapa...

GB sudah mengulas semalam, petikan:

Pertama, ia tiada kaitan dengan penghinaan mahkamah. Tetapi Shafee yang merasa "terhina" kerana Anwar menempelaknya supaya belajar undang-undang semula sedangkan hujah Anwar adalah betul. Berikut sebahagian kenyataan Anwar:

"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan 'Lelaki Y'.

“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).

Kedua, jika betul ia arahan Peguam Negara, Gani Patail, maka ia juga seperti sudah jelas ada konspirasi dan niat membalas dendam Peguam Negara terhadap Anwar. Anwar pernah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 1 Julai, 2008 mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan kes serangan fizikal terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.

Peguam Negara dan Shafee berhempas pulas untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi kesemua usaha untuk melawan Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap tewas juga.

Walaupun pada awalnya peguambela gagal menegnepikan Shafee sebagai peguam pendakwa, tetapi rupa-rupanya ada hikmah. Proceeding di Mahkamah Persekutuan mendedahkan "kebodohan" Shafee. Malah Shafee cuba untuk merendahkan dan mencemarkan reputasi orang lain seolah-oleh macamlah beliau seorang mempunyai reputasi yang baik. GB juga sudah ulas hal ini. Petikan.

Semalam beliau menyerang Dr.Osman dari Pusrawi, hari ini beliau menyerang Dr. McDonald, tetapi tidak berani memanggil mereka untuk menjawab hujahnya.

Seperkara lagi macamlah dia seorang saja berkredibiliti, sedangkan Mahkamah Rayuan sendiri pernah "memalukannya" apabila beliau diarah menanggalkan jubah peguamnya ketika sesi mahkamah bersidang.

Shafee hadir atas kapasiti peribadi untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang membawa denda RM5,000 kerana melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





17 ulasan:

Amuraria berkata...

antara seorang manusia atau seekor syaitan jelmaan ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Ya Allahhh Saya sangat Bersyukur kepada ALLAH SWT yang memelihara Jiwa saya kerana tak pernah terdetik walau sedikit dan setengah Inchi pun untuk mempercayai Fitnah Liwat DSAI...

Semoga generasi saya terjaga dari aib dan Fitnah dunia yang melampaui batasan.

Tahniah DSAI dan keluarga, anda semua di pilih Allah untuk merasai dugaan hebat ini yang akhirnya Syurga menjadi hadiahnya.. In Sya Allah

Tanpa Nama berkata...

Ha..ha...Nampak sangat Pendakwa dah tak ada modal. Kalau zaman kanak2 dulu, selalunya perangai budak2 mcm ini lah. Ptuihh...Shafee!! Apa punya kaki kulum aku pun tak tau nak label hang nie!! Ini lagi teruk dari binatang nie!! Institutsi kehakiman akan jadi lebih rendah dari undang2 rimba. Kan aku dah kata dalam posting semalam, depa akan cuba sabitkan pulak Anuar dgn alasan baru nie.

Sykadeer.

Tanpa Nama berkata...

Dunia tak apa . ambillah tunggu lah balasan Allah.

Tanpa Nama berkata...

"...Peguam Negara dan Shafee berhempas pulas untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi kesemua usaha untuk melawan Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap tewas juga..." aku setuju dengan GB. Jangan tengok orang lain, kadang kadang kita pun kalau ada buat benda yang salah pasti hukum kebenaran akan menghukum kita..

Tanpa Nama berkata...

Ketara jelas yg peguam negara dan Shafee amat bersangatan beria-ia benar untuk memenjarakan Anwar, walaupun pasukan Anwar berjaya menimbulkan bukan satu malah banyak keraguan yg malampaui munasabah.
Razak Baginda yg dibebas dan dilepaskan tanpa perlu dipanggil membela diri dulu, kenapakah peguam negara tidak pun berusaha untuk merayu supaya dicabar keputusan mahkamah tersebut? Teramatlah aneh dlm kes sodomi II ini, mereka (peguam negara & pasukannya) beria-ia benar.
Jika keputusan tidak memihak kpd Anwar, boleh jadi harga minyak diturunkan contohnya, untuk mengalih fokus perbincangan umum. Sebelum ini MH370 hilang, masa mahkamah rayuan mensabitkan Anwar bersalah pd mac lalu.

Tanpa Nama berkata...

Jgn terlalu bermegah dgn hukum dunia. Hari ini kamu mengaibkan org, jgn lupa di Akhirat nnti keaiban kamu akan Allah tunjukkan. Masa tu kau akan cari DSAI. Jgn ingat kau berpangkat kau boleh buat sesuka hati. Bila mati esok takk berguna lg pangkat kau tu, jika kau tdk adil kat dunia ni. Kau berkhidmat bukan kerana Allah tp kerana tembolok mu. Tepuk dada tanya iman.

Malaysia Komunis berkata...

diarah oleh gani 4tahil?

kes saiool sepatutnya kes peribadi tp nampak sgt ia dh jadi kes konspirasi dn politik.

kenapa saifool mendapat pembelaan peguam negara? jelas saifool buat fitnah utk pemerintah yg ada, bukan betul2 kena liwat.

dan lagi kenapa tk masuk mahkamah syariah? lepas ni semua kes khlawat zina tk puasa sekedudukan boleh lah masuk mahkamah civil.

tutup je mahkamah syariah. jadikan terus negara ini negara komunis yg mana setiap pembangkang adalah musuh negara dn perlu dihapuskan.

kalau berjiahd menentang negara komunis, jika mati insyaallah syahid. sebb kita hendak membebaskan bekas negara islam Tanah Melayu dpd penjajah pemerintah ideologi komunis BN

Tanpa Nama berkata...

Dilahirkan sebagai Manusia, tapi sudah ikut telunjuk SYAITAN!!!!

Tanpa Nama berkata...

Biarlah mereka mencita fitnah dan menzalimi sesama insan,mereka mencifta dan ramai lagi yang menyebar fitnah kerana mereka lupa atau tidak tahu akan adanya azab kubur,adanya azab neraka akan adanya azab dunia,tunggulah balasan Allah dan bagi kita supaya berdoa kepda Allah agar melindungi kita dari kumpulan zalim agar tidak di sambar api neraka.

Tanpa Nama berkata...

masayallah terlalu menghina orang moga ALLAH tunjukan kebenaraanya dan keadilaannya hanya Allah jua yang melindungi umat Mohammad Rasullah saw ....amin...

Tanpa Nama berkata...

klau laaa ini gayanya peguam ingin menegakkan hukum hudud alangkah bagusnya... beria2 n bersungguh mencari ruang n peluang utk menegakkan hukum Allah... tp ni stkt nak mengakkan sorang manusia yg otaknya tak brp nak akhil baligh lg

Tanpa Nama berkata...

kenapa kes altantuya dua tertuduh dibebaskan tapi peguam negara tak beriya-iya nak buat rayuan? apa logiknya. apa AUTAnya

bat8 berkata...

Anon 2:56

Tepat sekali p3ndapat sdra. 57 tahun kita m3rdeka. UMNO lama dan UMNO baru memerintah secara berterusan selama 57 tahun juga. Jika mereka serius mengenai hukum hudud, ianya sudah lama bol3h dilaksanakan. S3kurang-kurangnya dinegeri-negeri yang mereka kuasai.

Parti pembangkang bukan kerajaan pers3kutuan. Mereka tidak berupaya melaksanakan walaupun ada negeri yang mereka perintah kerana beberapa pe4untukan undang2 diperingkat faderal dan perlembagaan pe4lu diubah.

Seb3na4nya usaha UMNO mencabar PAS melaksanakan hukum hudud adalah satu hipokrasi yang memualkan kerana kuasa sebenar untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri-negeri te4letak ditangan mereka s3bagai kerajaan pers3kutuan. Dalam keadaan politik semasa, soalnya hanyalah samada UMNO h3ndak atau tidak sahaja kerana alasan tentangan dari parti-parti bukan melayu didalam BN menjadi halangan, hanyalah alasan semata-mata. Hakikatnya, komponen BN yang bukan Islam begitu lemah sekali dan tidak mampu menghalang apa jua tindakan UMNO. Banyak contoh2 yg kita lihat bagaimana kompon3n2 ini tidak mampu m3nghalang UMNO seperti membiarkan Perkasa dan Isma terus memainkan isu ugama dan pe4kauman untuk memecahbelah perpaduan rakyat semata kerana ia memberi keuntungan politik kepada UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul menghina mahkamah bukan nya selepas dua tiga hari baru di bangkitkan

Ni bukan tak dapat tanduk ..
Tapi tak dapat dubur, Malaysiakini pulak kena bubuh

Tanpa Nama berkata...

Salah ke kata 'go back to lawschol'

Anwar boleh kata maksud ayat tersebut ialah menjadi pensyarah kerana penghujahan dan strategik peguam patut di pelajari oleh bakal bakal peguam

Atau further study untuk melayakkan diri sebagai Peguam Negara satu jawatan yang di impikan oleh semua orang

zena arab berkata...

Anon at 10:50 PM
Comel statement kamu, boleh dibawa berhujah. Syabas.