9 Nov 2014

Perbicaraan Liwat 2: Satu Tinjauan Semula


Tiada kecederaan pada dubur Mohd Saiful

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.

"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.

Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal. -SH

BERITA 2

Peguam: Doktor sahkan tiada tembusan di dubur Saiful, mana datang air mani?

PUTRAJAYA 30 OKT: Ram Karpal mempersoal mana datangnya air mani yang dikatakan ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan sedangkan doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mendapati dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” kata peguambela itu. Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Ram juga berkata, doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menemui sebarang tanda koyakan atau luka daripada Saiful akibat mempertahankan diri.

Kata Ram, ini menunjukkan terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

Ram selanjutnya berhujah, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

“Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan,” kata Ram.

Ram sebelum itu berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude Pireira dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

“Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful,” katanya. -KD

BERITA 3

Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi - Surendran

PUTRAJAYA: Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pertuduhan liwat terhadap anak guam mereka adalah satu konspirasi.

Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang Anwar telah didakwa meliwat, mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat yang didakwa itu.

Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis.

Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas).

"Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar.

Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28.

"Kewujudan rancangan yang diatur melibatkan Najib dan lain-lain telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka,"
katanya.

Surendran bersetuju bahawa malah melalui satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar).

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh.

"Anda seharusnya menurut apa yang peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram (dalam pasukan pembelaan Anwar) telah lakukan, apabila dia mengemukakannya, dia menunjukkan undang-undang kes," katanya.

Sebelum itu, dalam isu alibi, Sri Ram berhujah bahawa sebelum perbicaraan itu, Anwar telah memberikan notis mengenai alibi itu kepada pihak pendakwaan namun memutuskan untuk tidak meneruskannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal untuk memberikannya pertimbangan apabila anak guamnya mengeluarkan kenyataan dari kandang tertuduh.

Anwar menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dalam kenyataan dari kandang tertuduh, namun pihak pendakwaan menggunakan kenyataan itu terhadap perayu apabila merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang melepaskan Anwar selepas kes pembelaan.

"Notis alibi ini tidak diteruskan namun ia tidak boleh digunakan ke atas perayu. Mahkamah tertinggi perlu campur tangan apabila dengan jelas wujud arah yang salah," kata Sri Ram.

Beliau memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa pemilik kndominium, hanya dikenali sebagai Hasanuddin, disoal siasat hampir 30 jam dan ia telah dirakamkan melalui video.

Ahli perniagaan itu mempunyai dua unit berdekatan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, di mana alibi Anwar adalah beliau bukan berada di unit lain semasa insiden yang didakwa itu berlaku.

Sri Ram juga berkata walaupun Anwar berada di kondominium itu semasa tarikh dan masa yang didakwa itu, namun ia tidak bermakna insiden yang didakwa itu telah berlaku. -BERNAMA

BERITA 4

Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful

Peguambela Ram Karpal Singh berkata, tiada kesan air mani pada seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas insiden beliau mendakwa diliwat.

Tambah beliau, kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak diguna beliau (Saiful) semasa insiden berlaku.

“Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,” tambahnya.

Pada masa sama beliau mempertikai keputusan ahli kimia kerajaan yang bertindak berat sebelah apabila tidak menjawab soalan yang ditanya peguam bela. -FMT

BERITA 5

Kewibawaan Saiful terus dipertikai

Putrajaya: Pihak pembelaan di dalam kes rayuan liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertikaikan kewibawaan bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram di dalam hujah semula di Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, membangkitkan isu permaidani yang ditemui di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara iaitu tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

“Sebelum ini Mohd Saiful Bukhari mendakwa liwat berlaku di atas permaidani itu dan gel pelincir ada tertumpah ketika kejadian iaitu di unit satu.

“Bagaimanapun, permaidani itu ditemui pasukan forensik di unit hadapan tempat kejadian iaitu unit 11-5-2. Pendakwaan mengatakan ia dipindahkan dari unit dua ke unit satu. Saya tidak percaya permaidani terbang. Tidak ada bukti mengatakan ia dipindahkan atau bukti di atas permaidani itu sendiri,” katanya.


Gopal melalui hujahnya mengetepikan dakwaan pendakwaan melalui peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengatakan Anwar mengawal Mohd Saiful Bukhari menggunakan teknik tertentu.

“Mohd Saiful Bukhari memang menganggap Anwar sebagai idolanya sedangkan sebelum ini dia membencinya. Ini dapat dilihat melalui akaun Friendster miliknya yang memaparkan Mohd Saiful Bukhari sebagai penyokong kuat Barisan Nasional.

“Mohd Najwan Halimi iaitu rakan Mohd Saiful sebelum ini pernah dipanggil memberi keterangan. Dia mengakui rakannya itu tidak boleh dipercayai.

“Malah, Mohd Najwan sendiri ada menghantar e-mel kepada Anwar untuk memberi amaran berhubung Mohd Saiful Bukhari,”
katanya.

Terdahulu, peguam Sangeet Kaur Deo dalam hujahnya berkata, tidak ada bukti menyatakan DNA Anwar yang ditemui di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari.

“Tidak ada bukti menyatakan Anwar menggunakan tuala ‘good morning’, berus gigi dan botol air iaitu ketiga-tiga barang yang didakwa mempunyai profil DNA lelaki Y,” katanya. -HM

ULASAN GB

Yang penting ialah "tiada saksi selain Saiful Bukhari sendiri terhadap kejadian liwat tersebut."

Kedua tiada pengesahan dari mana-mana doktor menyatakan Saifu diliwat, malah 4 (1 Pusrawi dan 3 dari HKL) orang doktor mengesahkan dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.

Ketiga, satu-satunya bahan bukti Saiful ialah sampel DNA. Terdapat kehadiran 18 alel. Pendakwa menuduh alel 18 mungkin kepunyaan Dr.Osman, jika benar, ia mengesahkan bahawa DNA itu memang telah tercemar. Apabila ia tercemar, ia sepatutnya telah ditolak sebagai bahan bukti. Sementelah lagi sampel itu juga tidak ditempatkan di peti dingin beku, tetapi di laci seorang pegawai polis.

Keempat, bahan bukti kedua ialah seluar dalam. Tetapi seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh namun kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu! Hancus...

Kelima, bahan bukti terakhir ialah permaidani, insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain (11-5-2). Hancus lagi...

Jadi dengan ketiadaan saksi, bahan bukti yang semuanya meragukan apa lagi yang tinggal untuk menjadi sandaran tuduhan liwat? Ya yang tinggal kini hanya "dubur" Saiful sendiri.... ia perlu dipertontonkan di dalam mahkamah?...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suruh SAIFUL tongeng dlm makamah .

Tanpa Nama berkata...

Kalau di pertontonkan dubur sialfol di mahkamah belum tentu selamat malah menjerat Anwar kerana hari ini atau bila bila dna Anwar tetap berada dalam dubur sialful Setiap hari pihak yang ingin memgenakan Anwar telah memasukkam dna Anwar dalam dubur sialful dan mereka hanya menunggu seseorang membuka mulut untuk meminta sialful pertontonkan dubur sialful

Dalam hal ini tarikh dan tempat dah tak penting Yang penting apa dalam dubur sialful

Tanpa Nama berkata...

Dh jd mahkamah porno pulak jdnya. Memalukan & menjijikkan. Dubur sialful jd tontonan dunia.

Tanpa Nama berkata...

UNITEN dropout pd usia 23 tahun dgn mudahnya bertemu TPM (Najib ketika itu), anggota polis kanan, berani pula hubung KPN (Musa Hassan) dll, wah hebat sungguh keistimewaan budak ini. Apakah hakim tidak merasa ada keanehannya. Dgn pelbagai isu yg dilontarkan oleh barisan peguambela menimbulkan keraguan yg ketara kpd dakwaan tersebut, sewajarnya para hakim mengenepikan tuduhan dgn mudah tetapi kenapa mereka mengambil masa? Apa perlunya menghukum orang yg tidak bersalah?

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dna lelaki y boleh berada dlm jub0r shitfool.
Jawapannya: Dgn memasukkan berus gigi lelaki y kedalam jub0r sialfool.

Tanpa Nama berkata...

kita kena berfikir macamana Safee berfikir

Oleh kerana tak ada saksi maka Sialfol telah membuat sumpah laknat kerana kejadian liwat benar benar terjadi atas dirinya Yang menjadi persoalan memgapa Anwar tidak berani membuat sumpah laknat

Dubur dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku kerana Sialfol tidak berak selama tiga hari dan tempuh ini cukup untuk menyembuh luka dan koyakkan pada dubur Sialfol

Seluar dalam tidak ditemui kesan tetapi ditemui air mani pada seluar dalam lain Sebenarnya kegemaran pelik Sialfol ada lah memakai dua seluar dalam dalam satu masa Dan seluar yang tidak dikesan ada air mani adalah seluar dalam lapisan yang luar Sialfol malu untuk memberitahu perkara ini sebelum ini dan ibu mentua Sialfol telah memgesahkan perkara ini kerana sebanyak 14 ke 18 seluar dalam Sialful di cuci dalam se minggu

Anwar telah merancang dengan teliti untuk melepaskan diri dari perbuatan keji nya dengan sengaja memilih kediaman Hasanuddin di mana dalam pengetahuan Anwar beliau (Hasanuddin) memiliki dua unit kediaman kondominium Apabila mengetahui terdapat tumpahan gel atas permaidani ianya telah di pindahkan oleh seseorang kerana unit di mana permaidani di temui jarang digunakan

Peratusan DNA tercemar tidak merosakkan pendakwaan Walaupun mungkin alel 18 kepunyaan Dr Osman tetapi dalam kes ini bukan Dr Osman yang dibicarakan Sampel juga tidak terjejas walaupun di simpan dalam laci kerana sampel ini sihat dan subur kerana telah dijaga dengan baik semasa berada dalam dubur

Doktor doktor yang memdapati dubur Sialfol dalam keadaan normal juga sehingga sekarang tak sanggup membuat sumpah laknat





bat8 berkata...

Anon 11:25

Adakah anda be4kelulusan MBBS dari mana-mana univ3rsiti yang diiktiraf untuk memberi pendapat bidang perubatan mengenai 3 hari cukup untuk luka dalaman dubur sa8ful semb7h dalam 3 hari? M3ngapa tak kata 10 minit j3 selepas luka kena tala dengan Anwar...

Apa keperluan Anwar membuat sumpah laknat s3cara sukar3la. Takde maknanya. Jika mahu sumpah laknat itu dibuat bawa kes ini ke mahkamah syariah. Ini badan yang sah disisi undang-undang dan hukum Allah.

Sdra mempunyai p3mikiran yang cetek. Anwar t3lah m3mfailkan kes ini di mahkamah syariah beberapa tahun lalu. S3hingga ha4i ini mahkamah syariah Wilayah Persekutuan dok peram kes ini. Ini t3mpatnya yang s3patutnya m3njadi medan sumpah laknat apabila kes ini d8bicara dibawah qazaf.

Jadi tak payah nak ulang cerita lapok m3ngapa Anwar tak mahu buat sumpah laknat. S7mpah laknat ini ada diperuntukkan dibawah qazaf mengikut syarat2 yang dit3tapkan. Mengapa sdra tak bising t3ntang kegagalan JAWI untuk membicarakan kes liwat saiful ini dimahkamah syariahnya sebagaimana yang difailkan ol3h Anwar beberpa tahun lalu!

Tanpa Nama berkata...

Cara berfikir 11:25am tidak langsung menunjukkan ciri-ciri keislamannya, dgn mewujudkan kaedah sumpah laknat walhal ia hanya terpakai pd suami menuduh isterinya berzina atau isteri menuduh suaminya berzina tanpa 4 saksi. Nyata sekali 11:25am cuba memutarbelit kaedah kesaksian atau memang jahil tapi nak tunjuk pandai. Elok juga 11:25am mengaji semula undang-undang sivil & syariah.

Tanpa Nama berkata...

kalau ade yg berani 'rodok' saja syaitan bersifat manusia tu, tapi jgn rodok duburnya, pilihlah mana2 yg sesuai

Tanpa Nama berkata...

Analisis anda tidak nampak anda seorang intelektual..Pada aku analisis anda tak ubah macam pencacai yg gah dan angkuh bercakap di kedai kopi tanpa fakta dan bukti yang kukuh...moga Allah buka pintu hati anda untuk melihat kebenaran....

Tanpa Nama berkata...

Apa sudah jadi dgn sistem kehakiman M'sia...patutnya kes ini sudah digugurkan dari awal lagi..bukti yg langsung tidak releven menampakkan seolah2 wujud konspirasi...cukup2lah agenda cuba memperbodohkan rakyat M'sia...

Tanpa Nama berkata...

kes liwat ini telah membukti kan di malaysia , budak bahalol boleh jadi bijak dan yang benar boleh jadi salah.

yang hitam boleh jadi putih , dan si lahanat boleh di angkat jadi manusia walhal sifat sesuai iblis.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kes ini tidak layak di bawa ke mahkamah. Tidak berlaku penetrasi, ini disahkan 4 orang doktor.

Rambo berkata...

Anon 11:25 :

ku kira kau adalah perisik dan agen umno sebb hujah anda terlalu bodoh. org umno biasa takkan ada masa nk menulis sebodoh itu sebb mereka lebih bodoh, nk menulis pun tak tau.

hang pandai sikit ja.

KALAU ANWAR LIWAT SAIFOOL DI APARTMENT ITU, SOALANNYA BAGAIMANA SAIFOOL BOLEH BERADA DISANA? ADAKAH DICULIK ATAU SENDIRI DGN RELA PENUH NAFSUNYA MENUNGGU LELAKI IDAMANNYA (ANWAR) UTK MELIWAT BELIAU?

sumpah laknat? tak perlu jawab lah. bukan umno namanya kalau masih timbul isu bodoh yg telah diulas oleh semua bijak pandai.

masalah utama umno ialah kerana malas membaca dan hanya suka menonton video lucah.

dna dan air mani bukan bukti liwat berlaku.

UMNO MENGHARAP SAIFOOL MENGAKU RELA DAN LIWAT SUKA SAMA SUKA, TAPI SAIFOOL TK SANGGUP KENA PENJARA DAN SEBATAN.

sebb itu saifool takkan dapat 'full payment' dpd konspirator kerana buat keje tak habis dan tak berani mati.

marilah kta doakan saifool kena liwat pak hitam lepas ni supaya dia boleh meberi keterangan lebih relevan pengalaman kena liwat kt mahkamah.

jgn asyik peguam tapir shafee kata Mungkin Mungkin Boleh jadi boleh jadi.

mungkin dan boleh jadi saifool ni gila sex luar tabie kot?


Tanpa Nama berkata...

anon 11.25 membuat kenyataan memperli laaa. Kena faham skit

Tanpa Nama berkata...

Jenis org2 yg berani sumpah laknat terdiri dari mereka2 yg di laknati....termasuk 'aku bersumpah x kenal Altantuya'

Tanpa Nama berkata...

Siapa agak nya yg dah tusuk jubur sifool ni