20 Nov 2014

[BERGAMBAR] Kapal KD Perantau Yang Digunakan Cari MH370 Tenggelam Di Lumut


Kapal hidrografi TLDM dalam penyelenggaraan hampir tenggelam di Lumut

LUMUT: Sebuah kapal hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalani proses penyelenggaraan di Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di sini, dimasuki air sehingga hampir tenggelam malam tadi.

Kapal KD Perantau dikesan mengalami masalah pada jam 11.17 malam dan usaha menyelamatkan kapal daripada tenggelam sedang giat dilakukan oleh BNSSB dengan dibantu TLDM.

Dalam satu kenyataan, TLDM berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian di limbungan BNSSB yang terletak dalam Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Kapal KD Perantau adalah kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

Kapal itu diserahkan ke Limbungan BNSSB untuk menjalani rutin kerja penyelenggaraan pasang-pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal itu dijangka siap dan diserah kembali kepada TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Kenyataan itu menyebut, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor jentera, pam dan peralatan pengukuran sudah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku sebagai prosedur apabila kapal menjalani proses refit.

"Sebuah lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu. -BH


KD Perantau sinks partially at Lumut

LUMUT: A Royal Malaysian Navy ship which was docked at the Bousted Naval Shipyard (BNS) here for refit work sank partially when water flooded the lower point of the vessel.

The KD Perantau, commissioned on Oct 12 1998 with pennant number 151, suffered flooding around 11.17pm last night, allegedly during an attempt to remove its one-tonne generator set.

For the record, the hydrography ship was also used in the search and rescue mission of the ill-fated MAS flight MH370 which is believed to have gone missing in the southern parts of the Indian ocean.


According to a statement issued by the Royal Malaysian Navy base here, the vessel was sent to BNS for refit works on Nov 10 recently and it was to be handed back to the navy on Aug 10 next year.

The official statement said that almost all movable equipment such pumps, motors and survey apparatus had already been removed from the ship in preparation for the refit work.

It said an investigation board would be set up to determine the cause of the flooding, stressing that both the navy and BNS were salvaging the ship.

No one was reported injured according to the Royal Malaysian Navy statement.

With a length of 67.8m and width of 13.3m, the hydrograpy vessel was design and equipped for conducting hydrographic survey and also meteorology and oceanography observation.

According to information obtained from other sources, KD Perantau, which can travel at a maximum speed of 16 knots, is also equipped with latest navigation and survey system such as Navigation and Command System and Hypack Acquisition System.

It was built at Penang-based Hong Leong-Lurssen Dockyard.
-NST



sumber foto: BH/NST/Thestar







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mana boleh jadi macam ini ?

kapal tu bukan harga sepuloh ringgit kan...

sapa pulok tak buat kerja nih ?

ketua navy patut ambik tanggung jawab pencen saja lagi baik.

semua tidor kot....

Tanpa Nama berkata...

Elok buat tukun, untuk kesenangan nelayan dapat lebih tangkapan. Kapal mcm ni nak diharapkan pergi meneroka Lautan Hindi, baik tak usahlah!!!

Tanpa Nama berkata...

Penganas Lahad Datu tergelak terbahak bahak !

Unknown berkata...

Bro..dia frust tertonggen kot...cari mh370 xjumpa...khkhkh

Tanpa Nama berkata...

Eh! Ingatkan scorpene yg timbul tadi! Kaduk naik junjung, kapal nak jadi kapalselam. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Ha ha.. kapal selam m'sia yg terbaru dah mai..

Tanpa Nama berkata...

Dah lah tu .. elok tenggelam kan terus.. kalau bole repair pun x berani nak naik oo. haha..

Tanpa Nama berkata...

gara2 bos navy nak menyambung kerjaya sampai mati, tu pasal banyak kes rosak dan tengelam tu,, sebab dah tua sgt dah,,,

C++ berkata...

Bagi chan la kapal nih nak tunjukkan kemampuan dier menyelam.... Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya bila TLDM diterajui oleh seorang PTL yang percayakan bomoh. Bala datang bertimpa-timpa. Aziz Jaafar pemegang rekod PTL paling banyak menjahanamkan kapal. Sekurang-kurangnya lima petaka besar dialui TLDM sepanjang pemerintahannya. KD JEBAT berlanggar dgn kapal dagang, KD SRI INDERAPURA terbakar dan tengelam, KD PARI tengelam, KD MUTIARA terbakar dan terkini KD PERANTAU tenggelam...

Tanpa Nama berkata...

bos navy bukan nya tahu pun masalah akar umbi,, hidup bangsawan dia hanya penuh dengan hari inovasi, iso, bikin majalah samudra, books, cofee table dan pelbagai mende mengarut lain,, world class navy konon,, makin banyak jahanam ade la,,