3 Okt 2014

PAS Terengganu Dah Kuat, Sudah Tidak Perlukan Bantuan Orang Lain...


PAS Terengganu terus serang rakannya dalam Pakatan, lapor Utusan

PAS Terengganu terus mengambil sikap mengkritik tindakan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.

Menurut Utusan Malaysia hari ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.

Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Satiful berkata, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku, tindakan itu amat tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan prinsip serta dasar perjuangan pakatan pembangkang.

"Kalau benar, ini tidak adil dan merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, seolah-olah macam balas dendam. Tapi saya tidak pasti sama ada maklumat (dakwaan) ini betul atau sebaliknya.

"Kalau betul, ia tidak patut berlaku. Ini kerana, dasar pakatan pembangkang adalah kembalikan hak rakyat dan kenapa pula kita zalimi rakyat. Hak rakyat, kita kena bela," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan Pas negeri di Jalan Sultan Omar di Terengganu hari ini.

Azmin berkata, beliau tidak terlibat dalam tindakan itu kerana ia prosedur standard yang ditetapkan pentadbiran Khalid sebelum ini sebelum beliau menjadi Adun Bebas.

"Ia dilakukan Khalid apabila Adun Perlabuhan Klang sebelum ini menjadi Adun Bebas," kata Azmin dengan menjelaskan apa yang dibuat adalah menutup akaun di bawah Khalid kerana dia bukan lagi mewakili PR dengan memberikannya kepada penyelia DUN yang dilantik kerajaan negeri.

Satiful berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak demokrasi sambil berharap kerajaan DAP Pulau Pinang memberi maklum balas positif mengenai pemecatan Iszuree itu dan pembekuan peruntukannya.

"Kita harap kerajaan negeri beri respons dan perkara ini tidak selesai juga kalau kita pecat dia macam itu. Kita rasa ini merupakan satu tindakan yang tidak demokrasi dan perlu diperbetulkan," ujarnya.

Satiful turut mempertahankan Iszuree apabila menyatakan tindakan bendahari PAS Pulau Pinang itu yang menyentuh isu perumahan di negeri berkenaan diluahkan dalam muktamar yang menjadi platform untuk menyuarakan pemasalahan rakyat di negeri itu.

"Perkara ini pun sudah acapkali disebut Mazlan Aliman (pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat) dan terdapat 20 kampung Melayu terlibat dan terabai," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mujahid Yusof sebelum ini berkata Iszuree tidak dipecat sebagai ahli majlis tetapi digantung semua portfolio lain.

Beliau dan ahli Dewan Harian PAS Pulau Pinang berjumpa dengan Lim Guan Eng semalam. – TMI


Pembekuan akaun SMUE, tiada unsur dendam

SHAH ALAM: “Tidak ada apa-apa dendam, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim adalah sahabat saya,” ujar Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sewaktu diaju soalan oleh pemberita mengenai dakwaan Pembantu Khas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Sebelum ini, Faekah mendakwa bahawa Azmin telah mengeluaran arahan untuk pembekuan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak, dan juga DUN Pelabuhan Klang.

Bagi menjawab dakwaan Faekah itu, Azmin turut memberitahu bahawa soal pembekuan akaun SMUE itu tidak timbul kerana itu adalah dasar yang diguna pakai oleh Khalid sendiri sebelum ini.

“Semasa tahun 2008, sewaktu wakil kita, bekas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham keluar parti, tindakan yang sama dilakukan oleh Khalid, begitu juga dengan enam orang exco yang dipecat,” katanya di lobi SUK.

Kata Azmin lagi, beliau juga langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu, kerana ia diuruskan oleh pihak pentadbiran disamping mengaskan bahawa bantuan yang diterima di bawah skim SMUE akan terus dinikmati oleh mereka yang layak.

Semalam, Faekah mendakwa kerajaan selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank SMUE Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan DUN Pelabuhan Klang yang disandang Khalid Ibrahim.

Arahan yang dikeluarkan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan beliau percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, Azmin Ali.
-FMT


ULASAN GB

Nampaknya berkali-kali dan bertubi-tubi PAS Terengganu "menyerang" rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Ia petanda jelas bahawa PAS Terengganu sudah terasa ia semakin kuat dan tak perlukan lagi kerjasama dari rakan-rakan dalam komponen PR.

Bagus juga, sebab selepas ini parti-parti komponen lain tak usah lah layan jemputan ceramah untuk membantu PAS Terengganu walaupun dirayu dan dipujuk untuk menghadapi pilihanraya. PAS Terengganu sudah mampu berdikari. Sudah mampu untuk bersendirian tanpa pertolongan sesiapa..

Bukan sahaja rakan-rakan komponen PR, malah golongan yang tidak sealiran dengan yang sering mereka jadikan sasaran pun sepatutnya tak perlu bantu PAS Terengganu lagi terutama pimpinan dari kalangan yang anti-UG.

Bagi para blogger PAS/PR yang majoriti (90%) anti-UG pun tidak perlu lagi menghiraukan PAS Terengganu. Depa dah kuat... kita bantu negeri-negeri yang masih lemah... Pernah seorang webmaster sebuah portal dari Terengganu dengan penuh sombong dan lagak menyatakan tanpa blogger pun, Tn. Presiden dan PAS Terengganu boleh menang... Oklah tu kan..

Selain dari Terengganu, ada negeri-negeri yang rasa dan dah perasan PAS dah kuat seperti Selangor, Kelantan dan WP. Mereka menghentam rakan komponen PR sendiri. Pun rasanya tak perlu lagi bantuan rakan-rakan PKR dan DAP kot. Mereka dah ada "samseng" dalam parti sendiri, dan ada Utusang, dah ada juga UMNO yg akan membantu... apo nak kato...

Kita nak kabar kat geng-geng UG ni, pinggan tak retak nasi tak dingin... orang tak nak bantuan kita, kita pun x ingin ....









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bercakap tanpa bukti .asyik2 KALAU.kita namakan dia mamat Kalau.Kalau benar apa yang selangor lakukan .apa kau nak cakap pulak? kau mesti GUNA perkataan KALAU,

Anti Fitnah berkata...

"Tapi saya tidak pasti sama ada maklumat (dakwaan) ini betul atau sebaliknya". Inilah kehebatan PAS Terengganu. Bercakap dan mengulas sesuatu hal yang beliau sendiri tidak tahu kebenarannya. Fitnah ... Fitnah ... Fitnah ... memang makanan orang PASkah akhir-akhir ni?
Aku selalu mengingatkan sahabat-sahabat aku bahawa Melayu tu adalah fitnah terbesar bagi Islam dengan slogan Melayu tu Islam dan Islam tu Melayu. Masuk Islam bermakna masuk Melayu dan dengan alasan inilah, ramai "Melayu" yang mukanya macam India, Cina, Orang Putih, ..... Hebatnya Melayu.

bat8 berkata...

GB

Bukan sahaja persoalan PAS Terengganu ini bongkak dan sombong. Ia memberi gambaran corak pemikiran dan sikap pemimpin PAS itu sendiri. Ia juga memberi gambaran kepada kita mengapa Kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Presiden PAS sendiri hanya boleh tahan sepenggal.

Jika sistem PRU dikira bulan bukan penggal, tak mustahil Kerajaan PAS Terengganu pimpinan TGHH hanya boleh tahan sebulan je jika begini takabur dan angkuhnya pemimpin2 PAS Terengganu.

Persoalan yang lebih besar ialah adakah PAS ini sebuah lawless party? Parti yang takde peraturan dan perlembagaan? Semua orang boleh buat apa sahaja ikut dia suka?

Hello....hello, PAS ni ada pemimpin utama ka tak? Mana kepimpinan utamanya? Lebih terok dari UMNO. Lagi terok dari MIC.

Tanpa Nama berkata...

eluk lah focus camna nak rampas balek tengganu mu tu!,

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kalau tuan-tuan hendak tengok budi pekerti geng Trengganu ni masuklah website tranungkite.net atau TKO online. Masuk page forum....disitu boleh tengok minda geng trengganu Dan selepas ITU tuan-tuan akan berkata sambil geleng-geleng kepala. "Ooo patut la.... ini standard minda mereka"

Aliyya Najihah berkata...

Ganu pun tak leh menang, Tok
Seh nak campur Hal org lain., kalau ustaz sampul Surat memang perangai mcm UMNO....

Tanpa Nama berkata...

Ya benar...silap2 kelantan pun hilang

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah PAS Terengganu. Apa yang mahu dipertahankan lagi. Apakah tindakan anda sekarang adalah manifestasi daripada kegagalan Presiden PAS mempertahakan kerajaan PAS Terengganu dan juga gagalnya PAS berperanan merampas semula Terengganu walaupun anda sudah menyapu kerusi PKR?

Ini hakikat yang PAS Terengganu kena terima:

i. Kegagalan PAS mempertahankan kerajaan sepenggal membuktikan bahawa betapa PAS Terengganu telah gagal merencana pemerintahan dan pentadbiran yang baik dan berkesan untuk rakyat.

ii. PAS Terengganu sendiri terbelengu dengan kepimpinan yang kuat assabiyahnya.

iii. Seburuk-buruk UMNO, PAS lebih buruk apabila mereka diberi kuasa.

Tanpa Nama berkata...

hadi awang mesti dijatuhkan....

ubi kentang berkata...

PkR serang PAS terng2...DAP serang pas terang2..bulih...PAS serang blk..mcm2 tuduhan bg kt PAS...btol la org ckp PKR parti "UMNO kecewa"

air gunung berkata...

Korang jgn komen kutuk abg long fadil.nanti dituduh anti ulamak la plakk.geng ustz pon senyap jerrr.setuju ker dgn tndakan abg long tuh...alahaiiiii...PAS yg aku undi selama neh jd cm2 laaa plakkk...

Tanpa Nama berkata...

dia nak tunjuk betapa pandainya dia bercakap akhirnya menampakkan berpikul-pikul kebodohan

Tanpa Nama berkata...

mereka bukan nak rampas terengganu, mereka mempertahankan sekutu UMNO mereka, UG lah katakan

Tanpa Nama berkata...

yang Pas Terengganu nak rampas Selangor, bukan Terengganu UMNO

Tanpa Nama berkata...

tengok saja muka nya sudah tahu orang nya bukan bijak , hanyalah orang biasa di kalangan kampongan yang ngok.

kalau di selangor , tok sah mimpi nak jadi ketua cawangan kecuali di kawasan yang double ngok !

Ayah Pin lagi bijak kot.

Tanpa Nama berkata...

Ubi kentang

Tolong senaraikan apa sdra tuduh ni "PkR serang PAS terng2...DAP serang pas terang2..bulih"

Ramai yang tak tahu dan hendak tahu. Xguna pakai tuduh je tanpa bukti macam tuang presideng sdra tuduh orang pasal pheel khudaa tanpa bukti.

Jangan jadikan SOP UMNO SOP puak penyokong ulamak UG dalam PAS plak. Hancur lebur

Tanpa Nama berkata...

RIAK DAH TERLAMPAU PAUMBANG BILA HADI AWANG MEMERINTAHBDABLAH T

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 PAS tganu adalah perosak amanah rakyat dulu kini n selamanya selagi geng HH ada

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah boleh keluar Pakatan Rakyat sekarang. Dengan menyertai BN, PAS akan menjadi lebih kuat. Ganjaran yang bakal diterima oleh pemimpin-pemimpin PAS juga menarik. Ustaz Zaharuddin akan mampu membeli BMW850 dan Mercedes S500. Ustaz Nasaruddin Tantawi mampu membeli Mercedes Viano. Ramai anggota MSU akan menjadi lembaga pengarah GLC dan mendapat pingat Datuk Seri ke atas. PAS juga bakal dipimpin oleh Presiden yang memakai pingat yang membawa gelaran Tun.

Tanpa Nama berkata...

Arwah ayah ambo pesan kalu nak cari saing[kawan]jangan hak tak cukup inci.Kalu nak pilih pemimpin pilihlah manusia hak ada akal dua jengkal ilmu sejengkal.Jangan pilih manusia hak ada ilmu dua jengkal akal sejengkal kerana hak jenis ni bodo macam beruang sarkas.Pimpinan Pas tganu banyak jenis macam ni.

bat8 berkata...

GB

Ini satu lagi angle yang terlintas difikiran

Satu perkara yang kitaperlu ambil maklum tentang kenyataan PJP Ganu nih. Dia pun tak pasti apa yang dia cakap tu betul atau tidak.

Soalan pertama yang kita terfikir ialah layak ke tak dia ni dilantik menjadi PJP Negeri. Kalau apa yang dia cakap pun dia tak pasti betul ke tak - apalah layak dia pemimpin utama PAS peringkat negeri.

Kedua. Apa motif dia harap akan dapat dicapai d3ngan meng3luarkan pendapat yang dia sendiri tak tahu betul ke tak? Apa motif? Nak tunjuk bahawa dia seorang PJP Negeri yang paling xcerdik? Bahawa PAS Ganu dipimpin oleh seorang yang tak cerdik? Atau dialah yang paling cerdik dikalangan pemimpin-pemimpin PAS Ganu yang ada?

Kalau inilah motifnya, kita fahamlah mengapa Kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh TGHH hanya mampu bertahan sepenggal sahaja. Dan kita boleh melupakan samasekali peluang PAS Terengganu akan dapat m3ngalahkan UMNO dalam PRU sampai bila2.

Inilah perangai yang apabila kita ulas maka datanglah puak-puak wala menuduh kita menghina ulamak. Mereka buta matahati bahawa yang menghina ulamak itu adalah manusia-manusia seperti PJP Ganu ini!

Tanpa Nama berkata...

Molek dah tu, PAS Terengganu dah kuat bila dpt sokongan khas dari Utusan Malaysia.... lepas ni blh bincang UG di Terengganu. Tak pyh nk sibuk bincang hal negeri Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Dah mula confuse apa sebenarnya matlamat Pas dlm berpolitik..

IbnAbdHalim berkata...

Mungkin dlm Pas Terengganu ada ramsi pengikut Abdullah bin Ubay bin Salul kot?

Waris berkata...

Bukan nak mintak yang buruk tapi mintak salah sorang adun pas meninggal kat terengganu dalam masa terdekat ni. Nak tengok takat mana kekuatan pas terengganu.

Hadi awang biar dia hidup lama supaya dia boleh tengok kerosakan yang dia dah lakukan.

Tanpa Nama berkata...

Fahama saya kesemua yang buat ulasan di blog ini Sayangkan Pas.Meskipun kadangkala agak keras.Amat malang sekali kini Pas dipimpin olih Pemimpin yang cerdik x bolih tumpang bodoh x bolih diajar.Kebanyakan pemimpin jenis ini ddatang dan ditarbiah di rengganu.Contoh Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Trengganu.Gelaran yang patut diberi kpd Pesuruhjaya Pas Terengganu {Ustad Caprak,kalau benar, kalau betul semua dia cakap benda yang tak pasti.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Semenjak dua menjak ni, baca cerita perihal dalam Pas je, timbul perasan geram, sakit hati, kecewa dan ada kala lawak. Tapi ambe harap benda ni tak berarutan hingga PRU14.

Tanpa Nama berkata...

Geng ni " CERDIK TAK BOLEH NAK TUMPANG, BODOH TAK BOLEH AJAR "

Tanpa Nama berkata...

Maaf kalau aku terjemah melalui ilmu semiotik.. Cuba korang tgk muka PJP t' ganu ni betul2.. Dengar cemaner dia bcakap..aku confirm korang tau dia adalah seorg mamat yg hancur tp sbb dia rasa dia cukup alim, rapat dgn presideng, secara langsung nmpk bijak n hebat. Mmg stail typical mat ganu ( sori, bukan semua). Perasan hebakk..kirim salam la nak menang tganu kalo ada PJP camni..berat nanang...

pak bam berkata...

Geng UG terdiri dari puak dari ganu darul runtuh,baik mp temerloh pun asal ganu gak.dan jangan kerana mulut mamat ni kelantan akan jatuh kpd ubn.jangan terkejut beruk lak.aku dah bosan sikap pemimping atasan pas ni.terutama dari Ganu,cakap ikut sedap mulut ja.Jangan pesaran pas kuat la tanpa sokongan dari bukan melayu dan islam jangan harap la Temerloh akan jatuh kpd pas.begitu gak ngan mamat ni.cukup lah tak leh komem banyak2 sakit hati.

Unknown berkata...

Salam tuan...

Tahun 2004 pak lah kali pertama jd panglima jentera bn dan dikenali sebagai mister clean...aura yg memukau pengundi atas pagar waktu itu...2004 maklumat masih lagi terhad tidak meluas mcm sekarang dan kita lihat pembangkang diseluruh negara hadapi masalah dan jatuh merudum undi kepada pembangkang kelantan juga agak bernasib baik hanya menang beza 3 kerusi dibawah pimpinan tgna rakyat kelantan yg paling cerdik politik dimalaysia pon tergugat maka tidak adil terus banding 2 situasi yg berbeza secara semberono...adakah saudara yakin pada 2004 kalau ds anwar perintah terengganu beliau boleh bertahan?dengan royalti yg ditarik lebih 60% hasil negeri hilang...pelabur2 asing yg baru nk mencuba melabur ditekan supaya tidak melabur diterengganu oleh federal gov...jangan kerana emosi kita lupakan fakta wahai saudara seperjuangan...2004 bukan 2014...anda yakin?

GST org dah lupa...ulas isu politik dalaman PR memanjang tak selesai masalah...

Tanpa Nama berkata...

Bila atuk kata yang ramai ustaz-ustaz sekarang ni bukan nya cerdik belaka nampaknya betul. Yang cerdik boleh kata hampir semua jadi doktor, engineer dan buat jurusan profesional. Yang betul tak cerdik dan kurang cerdik tu dan yang dulu-dulu ada masalah disiplin, moral dan sosial tu banyak ke sekolah agama dan pondok yang ramai jadi ustaz tu sekarang ni. Apa yang nak diharapkan pada ustaz yang sorang ni, fikir-fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Inilah pemimpin yg suka cari publicity murahan dalam utusan pulak tuu. Kalau tak puas hati dengan Lim Guan Eng bawa rombongan 3 4 bas pergi jumpa dan bincang baik2. Begitu juga dengan Selangor. Kalau perlu buat demo depan pejabat LGE biar orang PP tengok kekuatan orang Terengganu.

Tanpa Nama berkata...

Itu betul sedara, yg dlm ni comfirm sayangkan parti tapi takkan sebab sayang parti kena wala membuta tuli waimah pemimpin sendiri membuat onar kepada pimpinan parti lain. Yg kita sibuk nak kacau selangor dan penang buat apa? Nak tunjuk hebat ke? Jaga je la kelate dan ganu tu yg dah tersungkur sepenggal.

Isunya kecik tp ada ahli yg menyalak mcm dunia nak kiamat. Hidup jgn ikut kepala sendiri klu berjemaah, cuba tgk SOP org mcm mana baru bertindak. Selesaikan ikut pintu blkg sesama rakan pakatan. Yg nak guna Utusan jadi perantara tu sebab apa? Dah hilang akal nak berfikir? Cubalah berpolitik cara matang, klu rakan kita buat silap jgn jadikan alasan utk kita tumpang buat silap yg sama dgn alasan kenapa dia bole buat camtu?. Klu gitu apa bezanya kita dgn dia? Jawapnya Giliran.. sebab Sikap dan Perbuatan serupa. Apa nak bangga diri? Alahai....

in response to Fahama saya kesemua yang buat ulasan di blog ini Sayangkan Pas.Meskipun kadangkala agak keras.Amat malang sekali kini Pas dipimpin olih Pemimpin yang cerdik x bolih tumpang bodoh x bolih diajar.Kebanyakan pemimpin jenis ini ddatang dan ditarbiah di rengganu.Contoh Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Trengganu.Gelaran yang patut diberi kpd Pesuruhjaya Pas Terengganu {Ustad Caprak,kalau benar, kalau betul semua dia cakap benda yang tak pasti., by Anonymous.

air gunung berkata...

Kita penyokong ni hanya bincang,kritik,cadang dan apa apa laa.janji parti yg kita pangkah perform dan terbaik.terpulang la diaorg nak terima or pekak kan telinga dgn kita neh.nak sombong tunggu masa aje laa.jgn ingt penyokong ni bodo.tanda2 kehancuran tu bila dah mula sombong n tak mau terima teguran.paling x ley terima selamba tuduh pil kuda komeneh tp haram x minta maaf or explain.pengikut plak selamber je sokong.tak lama la tuuu.

Tanpa Nama berkata...

Aku sangat tak faham dengan orang-orang tua yang berada dalam PAS yang sombong dan bongkak ni.

Kau rasa tak pasti dengan dakwaan yang kau dengar kan elok sebelum cakap apa-apa kau telefon, wassup, mesej atau sembang kat kedai kopi dengan sesiapa yang boleh menerangkan kepada kau tentang dakwaan yang kau dengar tu, sebelum kau bercakap dengan wartawan.

Kau letak kopiah kat kepala, kau ingat kau boleh beri kenyataan sembarangan ke?

tolonglah guna otak sikit, kau nak berlawan dengan BN makan tahun tak settle-settle, nak bergaduh dengan team sendiri pun tunggulah kalau BN dah tumbang.

Apa sengal sangat, Eh!!! Kau turun sini, biar aku pulak duduk kat tempat kau.

2nd time aku guna perkataan tak elok kat sini Puiiihhh

Tanpa Nama berkata...

Yang pelik dan kronik dlm PAS ni majoritinya geng ustaz-ustaz dari Ganu je. Tak kira yang tua atau muda. Dari TGHH sampailah ustaz-ustaz hingusan. Tetapi puak yang tak berpendidikan ugama seperti Dr Syed Azman, Raja Baharin normal je, macam manusia lain yang waras dan berakal.

Agaknya ilmu ugama yang dipelajari terlalu berat untuk dipikul oleh mereka sampai kita tengok pun pelik.

Tanpa Nama berkata...

nelang molek ore ganu kite......
utk pengetahuan pembaca. .....
umno Terengganu lah yg paling lemah dan bermasalah..
dgn bertukarnya 3 kali mb......
dgn masalah runtuhan bangunan. ...
tapi pas Terengganu masih belum boleh tawan negeri itu...
lepas tu guane nok lembong....
nak cakap pasal pakatan dan nasional. ...

cek puithhh. ...

Tanpa Nama berkata...

ESOS 500,000 dah jls dah

BMW 7siris nak mantain hanya yg dah jd millionare shj?

vellfire dll pon dah nyata

TERBANG London Turki dah biasa

apa lagi..
-KHIANAT dah sgt2 terang
-FITNAH dah nyata berganda2
-BARUA dituduh kpd yg AMANAH setia!
-BELIT auta U-Turn dpamer kat TV3
-WAJAH penoh muka depan utusexMeloya

UMPAN..UMPAN ..UMPAN dah ditelan..
UMPAN dah sangkut kat tengkok

mrk hanya ikut ARAHAN yg memberi UMPAN ituuuuu!?

ESOS adalah UMPAN
Pink Form pon UMPAN
puloh2 juta jd UMPAN
ratus2 juta/projek pon UMPAN

UMPAN..RASUAH disitulah PUNCA nya!

selagi TIDAK trbongkar selagi itu lah auta-BELIT-khianat-FITNAH-BARUA mnjd mainan dsebalik jubah & serban!!?

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS pun ada ramai Khalid Ibrahim,sebab tu ada barua,ada brokar,dan siapa ya kena beli sebenarnya?Tolong jelaskan sikit perjumpaan diMenchester tu?Adoi...kesian ahli2 PAS yang wala.

Tanpa Nama berkata...

klu nak di HUDUD sape yg kena dulu?

bukan setakat tangan yg dipotong
KAKI pon ada 2 yg TUHAN dah potong
hatta KAPLA depa pon patut dipotong

FITNAH itu lebih dahsyat dr mmbunuh?
ESOS adalah songlap/belit hak umat?

bercakap HUDUD utk niat tipuAUTA sdangkan mrk lah yg WAJIB diHUDUD terlebih dahulu..itulah wajah sbnr2 ularrrMAK!!?

akibat langkah KAJANG
Khalid Ibrahim pon kena terajang
akibatnya pecah lobang!
pecah lah LOBANG!!
pecah LOBANG!!!

-Din Ayam jd hantu raya kat pransang
-ESOS 500,000 pon dah TERANG2
-jd broker-BMW 7siries SENANG2
-brp GAJI GAJI GAJI itu sipailang?
-itu kah cara Nik Aziz Hadi Haron Din/MSU sokong geng2 SETANG??

terbongkarlah RAHSIA kenapa Nik Aziz satu NAKHODA dgn Hadi Awang..krn sgt TAKUT jk Khalid Ibrahim kena tendang & akhirnya pecah lah itu LOBANG!!!

Pecah LOBANG ularrMAK/MSU ada bangkai yg sgt2 BUSUK ddlm PERANSANG!?

UlarrMAK/MSU yg sgt2 SUCI "hudud" itu kini sgt2 TAKUT krn bnyk lg LOBANG2 setang yg akan PECAH!!!!!

krn ketakutan...muncullah sebutang BARUA drp mulut ularrMAK setang!!??