17 Okt 2014

Noh Omar Malu Nak Mengaku Beliau Menangis Bila Azmin Jadi MB


Tiada Siapa Menangis Kerana Kerusi MB Selangor' - Azmin

"Tiada siapa yang menangis," demikian reaksi Mohamed Azmin Ali berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya kini.

Dalam nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik.

"(Krisis) Selangor sudah selesai secara baik. Alhamdulillah tak ada siapa pun yang menangis. Yang menangis sebelah sana (Barisan Nasional)," katanya sinis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Terdahulu ketika menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) cuba 'mengusik' Menteri Besar Selangor yang baharu itu supaya menyelesaikan beberapa isu ekonomi di negeri yang ditadbirnya.

Bagaimanapun menurut Azmin, beliau yakin dapat menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik.

"Tugas ini adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan. Bagi peluang untuk saya bentang Belanjawan 2015 Selangor nanti.

"InsyaAllah saya akan beri perhatian soal pendidikan dan ekonomi negeri termasuk pelaburan. Ini baru tiga minggu (jadi menteri besar)," katanya.

Konflik pelantikan menteri besar Selangor akhirnya berjaya diselesaikan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa akur dengan keputusan Istana Selangor memilih Azmin.

Dr Wan Azizah sebelum ini diangkat oleh partinya sendiri sebagai calon tunggal jawatan berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS. -mstar


Noh: Azmin jadi MB atas linangan air mata orang lain

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar atas linangan air mata orang lain.

Walaubagaimanapun, dakwaan Noh itu ditentang oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, antaranya Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan.

“Ahli Parlimen Tanjong Karang cemburu,” kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Walaubagaimanpun ia dinafikan oleh Noh yang juga merupakan Ahli UMNO.

Noh turut menambah bahawa beliau bersimpati dengan arkitek ‘Langkah Kajang’ dan juga dua ADUN PAS yang digelar broker oleh partinya sendiri.

Bahkan Noh turut menyatakan sejak Azmin menggalas tugas sebagai Menteri Besar, pelaburan di negeri Selangor semakin merudum.

“Kini pelaburan di Selangor sudah jatuh ke tangga nombor 5,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Noh turut meminta penjelasan daripada Azmin mengenai perancangannya untuk membangunkan universiti milik kerajaan negeri Selangor iaitu Unisel.

“Mampukah Azmin menaikkan taraf Unisel di Selangor ini?” soalnya.

Persoalan Noh itu langsung dijawab oleh Azmin dengan menyatakan bahawa jawatan sebagai Menteri Besar ini bukannya satu keistimewaan tetapi adalah satu tanggungjawab.

“Beri saya peluang untuk bentangkan Belanjawan 2015. Dalam Belanjawan 2015 itu nanti, saya akan tumpukan kepada salah satu teras utama iaitu pendidikan,” kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.
-FMT





ULASAN GB

Semasa krisis MB Selangor berlaku, kita lihat Noh Omar dan UMNO beriya-iya memberikan sokongannya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata semua 12 wakil rakyat Umno di Selangor menyokong Khalid, sama dengan pendirian PAS (UG) ketika itu.

Tiba-tiba pengumuman dari istana melantik Azmin sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Noh Omar terkedu lantaran pelannya untuk mencari dan mencuri peluang tidak kesampaian.....









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Amuraria berkata...

kah kah kah frust menonggeng ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kolam udang..heeeee

nik berkata...

Azmin terbaik... boleh la Tgok siapa yg cerdik... utk menepis... bahasa org terpelajar byk kiasannya.... syukur pd ALLAHtaala... kerana memilih yb azmin sebagai MB... buat MB biar miskin di dunia... Jgn miskin di depan ALLAHtaala... bertugas lah penuh tanggungjawab... dan bersiaplah utk bertemu ALLAHtaala suatu hari nanti.... ingat bukan mudah nak jadi pemimpin.... dan musuh cukup ramai... terutama setan2 yg dikenali.. wallahualam

Tanpa Nama berkata...

kalau budak otak udang jadi mentri besar selangor , sapa lah nak melabur.

runtuh selangor penuh dengan gagak afrika adalah.

orang orang melayu rata rata slow sikit otak nya , yang pasti lebih baik dari budak otak udang.

nasib baik tak pakai serban , kalau yea semua kena jual nya.

James Labu berkata...

Kat Selangor ni, umporno ni tidak ada pemimpin lain yg berkaliber ke ?

Mcm mana nak rampas selangor kalau noh udang yg jadi ketua ? Boleh ke ?

Dulu jibby ketua perhubungan pun tak boleh. Makin teruk ada.

Jgn kata geng erdogan, puak UG pun tak sanggup tidur sekelambu dgn noh udang.

Cari pemimpin lain sebelum PRU14. Cepat....

Tanpa Nama berkata...

Boleh lantik tuang president baru daripada parti barua, maka dengan kekuatan pill kuda dan langkah Tikam rakan dan tipu pengundi cina (slogan: barua for all), janji akan memang Negeri ini.

not berkata...

Org yg anda anggap sebagai.. kekuatan pil kuda.. inilah org yg sy masih sanjung... boleh berdebat.. boleh jadi imam sebarang solat.. Tp pemimpin anda bolehkah? Bolehkah pemimpin anda jadi imam solat jenazah diri anda sendiri... asas ugama pun dah dibuktikan masih perlu belajar... jenis najis pun masih keliru... Kalau lah anda mampus dan tersadai di pulau bersama pemimpin tertinggi umno yg engkau sanjung... rasa2 tinggal rangka lah... solat jenazah tak tertunai2..

Tanpa Nama berkata...

Noh Omar yg menangis,kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Menangis tak berlagu you...

UG declare sbb sgt yakin semua Adun PAS akan patuh pd kehendak Presiden tanpa bertny pd kesemua Adun PAS terlebih dahulu

Kalau PAS tak sokong Khalid pun UMNO tetap sokong Khalid Ini kita faham Yg kita tak faham kenapa lah UG ikut UMNO ? Sbb UG akan senyap kalau UMNO tak masuk campur atau UMNO tak memberi sokongan kpd Khalid

Mcmana lah PAS nak lead baik dlm PR atau dlm UG dgn UMNO

bat8 berkata...

Not,

Tidak ada sesiapa menghalang sdra nak wala macamana pun kepada pemimpin pil khuda sdra. Itu hak peribadi sdra walaupun sdra tahu cerita fitnah pil khuda yang dibuat tanpa bukti. Sdra tidak penting. Yang penting ialah TGHH yang dilihat sudah membelakangkan ilmunya sendiri dan cuba menghancurkan kejayaan PAS yang dicapai sejak 64 tahun dulu.

Not jangan keliru tentang apa isu yang dipertikaikan tentang TGHH. Tiada siapa yang mempertikaikan keulamakan beliau. Dalam bidang ugama dia no. 1. Yang dipertikaikan ialah tindakan politik beliau yang boleh menghancurkan PAS yang disayangi oleh ramai orang.

Not kena jawap 2 soalan dulu supaya tak keliru. Politik ini bidang ekslusif milek orang ugama ke seperti ilmu Islam? Kalau jawapannya YA- maknanya bidang ekonomi, fizik, kimia, sains angkasa lepas semua milek kepakaran puak berpendidikan ugama lah. Tetapi mengapa dalam bidang-bidang ini, ustaz-ustaz dan pak lebai- pak lebai tak pernah pun kita dengar betcakap mengenainya? Jauh sekali kita dapat membaca penemuan-penemuan baru dalam bidang2 ini yang di buat oleh pak lebai-pak lebai atau ustaz terutama dalam PAS.

Uweeek berkata...

ketika umat malaysia terkejut kerana hj hadi sebut barua, kena beli broker, maka kita berfikir bagaimana sorg ulamak/presiden parti islam blh cemar imej sendiri menjadi setaraf presiden perkasa?

dr segi saikologinya ketika itu beliau sgt marah kerana 2 adun PAS menggagalkan rancangan mengekalkan khalid.

jika tidak mendatangkan kerugian besar pd hj hadi, tidak mungkin beliau emosi begitu.

maka kita hampir pasti ada agenda UG yg diperkatakan itu benar.

maka jika hj hadi emosi, maka dikalangan umno pula tentu menangis tak berair mata.

tangisan buaya

kati senget berkata...

Jgn sembang soal fizik soal kimia kalau negara kita jauh ketinggalan dari segi technology... apa kemampuan yg malaysia boleh bina. Setakat boleh jual minyak mentah minyak sawit dan getah ajerr. Persenjataan tak ada pun made in malaysia. Jauh ketinggalan dari negara palestine. Kalau malaysia berbangga dgn ASTROS made in brazil. Jarak 80km. Palestine buat pelancar sendiri yg jarak melebihi 150km. Palestine negara terkepung boleh bina senjata. Malaysia? Simpan ajer lah pakar kimia dan pakar fizik. Itulah pemerintahan umno. Perhatikan kilang2 disekiling saudara. Taukey org malaysia kah?. Kak kah kah kah. Transfer technology.

Tanpa Nama berkata...

Noh mahu Pas UG jadi MB, hasrat TGHH juga tak kesampaian berkubur bersama UG