11 Okt 2014

Najib Minta "Budget Tambahan" Setiap Tahun Kerana Boros & Tiris


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berhenti membelanjakan sumber pendapatan dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mendakwa, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan ‘tidak pernah gagal’ memohon ‘bajet tambahan’ setiap tahun sejak 2009.

“Saya boleh memahami keperluan YB (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memohon bajet tambahan sejak tahun 2009 disebabkan krisis ekonomi.

“Negara memerlukan berbelanja secara ‘suntikan fiskal’ untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi ‘counter-cyclical’ berdasakan teori Keynesian,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sesi pembentangan Bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.

Dzulkefly berkata, ‘kesedapan dan ‘ketagihan’ memohon ‘bajet tambahan’ sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga kini telah mencecah hampir RM20 billion setiap tahun.

“Hentikan tabiat ini.. Stop the overspending!. Bila pungutan cukai lebih baik dari ramalan, YB dan kabinet, memohon ‘tambahan’ kerana tidak menampakkan defisit fiskal (nisbah KDNK) yang lebih tinggi sebab ‘pungutan cukai lebih baik’ kononnya.

“Trik lama ini YB dan PM UMNO-BN dahulu telah lama guna. Tetapi YBlah yang paling ‘cemerlang’ dalam penggunaan kaedah ini! Ya, rakyat tidak tahu! Tetapi kami Pakatan Rakyat tahu!,” katanya.

Beliau menambah, penambahan dan pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah perkara yang bukan rakyat nantikan.

“Tetapi yang dimahukan dan dihajati rakyat adalah segala sumber khazanah serta aset negara ini diurus-tadbir dengan penuh amanah dan kebertanggungjawaban.

“Birokrasi pengurusan negara serta sistem penghantarannya mesti bebas rasuah, ketirisan dan kebocoran dari atas sehingga ke bawah,”
katanya. -FMT


Bajet 2015 tidak tangani isu korupsi, ketirisan, kata Anwar

Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih tidak dapat menangani isu ketirisan dan rasuah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, bajet kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih tidak menyentuh soal pokok seperti ketirisan dan rasuah yang menyebabkan hutang kerajaan semakin meningkat naik.

"Ia masih tidak dapat menangani soal sara hidup yang meningkat, ketirisan dan rasuah. Semua ini yang tidak disentuh dalam bajet," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2015 di Parlimen hari ini.

Hari ini, Najib yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet keenamnya di sidang Dewan Rakyat. Semalam, beliau menulis di dalam blognya NajibRazak.com, Bajet 2015 akan bersifat “pro-rakyat” dan akan mengurangkan kebimbangan mereka mengenai kos sara hidup yang meningkat.

Ketua pembangkang itu berkata, masih terdapat isu yang perlu diberi penumpuan berbanding pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"GST tidak hanya berkenaan pengutipan cukai tetapi cara pendekatan di mana ia pasti akan menaikkan harga barangan," katanya.

Beliau turut mempersoalkan pengumuman Najib berhubung kerajaan berhasrat mengurangkan defisit sehingga 3%.

Anwar berkata, pihaknya akan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai pelaksanaan bajet tersebut dan membahaskan perinciannya di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata bajet tersebut langsung tidak menyentuh bagaimana kerajaan menangani masalah ketirisan dan kronisme.

Lim berkata, meskipun ia seperti belanjawan yang berjiwa rakyat namun apabila diteliti lebih mendalam ia tidak menyelesaikan isu pokok iaitu ketidakcekapan dalam pentadbiran, amalan kronisme hingga menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit.

"Apa yang kita kecewa ialah apabila tiada kaedah untuk memenangi ketirisan, korupsi apatah lagi membanteras jenayah.

"Masih tiada usaha untuk menjadikan ia benar-benar berjiwa rakyat dan bagaimana anda mahu memastikan ekonomi rakyat meningkat sekiranya isu korupsi dan kronisme tidak ditangani," katanya.
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mujur PAS ada orang2 profesyenal seperti Dr.Dzul yang tahu dan boleh mengulas bab-bab ekonomi, strategi dan seumpamanya...

nak harapkan ustaz2 UG termasuk Presiden, apa depa tahu tu?

Tapi kalau bab kepentingan saham menantu, ... fitnah orang jadi broker dan barua x apa...

Tanpa Nama berkata...

Dr. Dzul ialah BARUA dan BROKER rakyat sejat!!!!i. Perjuangan beliau adalah utk rakyat bukan utk menantu...hihi

bat8 berkata...

GB

Budget 2015 nampak cantik. Seperti biasa dengan BN, sejak dari zaman Mahathir lagi, perlaksanaannya yang m3ngecewakan.

Mengenai peruntukan pembangunan, nampaknya peruntukan besar diberi kepada MRT. Kita tahu bahawa p4ojek MRT ini hanya berlegar di kalangan pemain-pemain tert3ntu sahaja. Ia berbeza dengan pembinaan infrast4uktur lain seperti s3kolah-sekolah, klinik-klinik kesihatan dimana jumlah pemainnya lebih ramai dan ters3bar diseluruh negara. Jadi s3kali lagi kroni-kroni s3karang mendapat durian runtuh yang amat besar dari bajet 2015.

Yang paling memeranjatkan adalah mengenai GST. Dalam tahun 2015, dengan menyusahkan rakyat dengan kenaikan kos hidup yang amat membebankan, Kerajaan hanya akan mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 5.6 Billion sahaja!

Pengiraan kerajaan mengenai pendapatan dari GST bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:

1. Pendapatan keseluruhan GST RM 23.2 Billion, ditolak
2. Nilai barangan yang tidak dikenakan GST RM 3.8 Billion, ditolak

3. Punggutan dari sistem SST sekarang
s3banyak RM 13.8 Billion

P3ndapatan bersih GST kepada kerajaan = 1 - 2 -3 = RM 5.6 Billion.

Jumlah ini amat kecil jika segala ketirisan yang setiap tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara ditangani dengan serius. Ketirisan ini be4jumlah pada purata 4M 20 Billion!

Bandingkan dengan kesusahan yang akan ditanggung ol3h sebahagian besar rakyat dengan kenaikan kos sara hidup yang sekarang ini sudah tenat kerana nilai sebenar p3ndapatan semakin meng3cil.

GST pada asasnya ialah SED3KAH PAKSA yang dikena kepada setiap rakyat secara borong ( anak kecil pun kena bila kita beli pampers dsb) untuk menolong kerajaan yang tidak tahu bagaimana hendak meningkatkan ekonomi. Inilah takrif GST yang paling tepat!

Jadi, DSAI kata mengenai GST ini t3pat. Tahun ini 6%. Tahun depan ( 2016) kadar GST ini berkemungkinan besar akan naik. Kalau RON95/Diesel boleh dinaikkan dalam keadaan harga minyak dunia m3nurun - apa m3nghalang Najib menaikkan kadar GST 2016.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn Tuan..Nampak Dr.dzul buat kerja...the UG geng nampak bg ceramah jer banyak.. Kerja hampeh.. Bab mencaci org diorg lah yg terbaik..barua la.. Broker la.. Tak fakeh la..buli pas la..yahudi la..cukupla jual agama.. Praktis la amalan tu adalah lebih bagus..berkembang agama islam kita..

Tanpa Nama berkata...

Gb, apa boleh buat? Antara 47% sokong dia, hampir semua melayu.

Kenap pula parti barua nak salahkan cina semua benda dengan Alasan boldoh???

Are you a member of party barua? When never fight for justly??

Tanpa Nama berkata...

Nampak tak beza cara pemikiran politik antara golongan professional & golongan ulamak. Kerusi presiden hanya untuk golongan ulamak sahaja, macammana islam nak maju?

Tanpa Nama berkata...

Apa kah sama pemimpin bahalol dengan pemimpin bukan bahalol ?

Apa kah Melayu suatu bangsa yang rajin dan bijak ?

Hanya rakyat rakyat yang bahalol saja mau kan pemimpin bahalol. Itu Fakta !

Apa kah Cina suatu bangsa yang bahalol ?

Muka muka rakyat yang bahalol sama saja dengan pemimpin bahalol mereka. Ini sama di mana mana negara bahalol di dunia ini. Apa kah Singapura suatu negara bahalol ?

Tanpa Nama berkata...

Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime...........di sini beza nya majoriti org melayu dgn org cina, saya pernah btanya kwan cina semsa sek rendah smpai ia brumor 67 tahun, nak tau pe nasihat apek cina ni...lu tau knap cina tidak mau keja gomen sebab talak lapat mnyak lui... 3 ank dia dah jdi bos syariikat swasta......tak bising pun, tapi yg sakit hati ia kata melayu kaya sebab politk,cina kaya sebab kuat kerja walau pun cara tipu

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya tuan greenboc tidak berminat untuk mengulas isu UG terbaru diantara mca dan dap yg menyokong kapitalis arak hahaha...program ditaja oleh bn tetapi yg jadi duta program ialah pr hahahaha ini adalah UG yg sejati...kapitalis arak tersenyum...minyak naik 20sen tidak tinggi kerana rakyat masih boleh membeli arak...jika anda ada duit untuk membeli barang bukan keperluan iaitu arak maka tak jd masalah nk isi minyak....kapitalis arqk berjaya meng UG kan bn dan pr kali ini...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Tak lama lagi Dr Dzul tentu akan dapat surat tunjuk sebab, kenapa tidak beritahu dan mendapatkan keizinan dari pimpinan atasan parti sebelum berhujjah.

Tanpa Nama berkata...

Ddlm PAS ada yg sedia & sentiasa berdiri dgn FAKTA/HAQ, memiliki IQ n MERIT yg tggi demi INTEGRITY transperency ISLAM yg bnar2 MULIA lg suci..

mrk ini berani berFORUM berHUJJAH berDEBAT demi mncari sbnr2 KBNRAN yg hakiki UNIRVESAL azali..

Mrk BERANI menyuloh seterang2nya kdlm diri sendiri CAHAYA sbnr2 KBNRAN itu,
sbb itu mrk TIDAK TAKUT utk mghadapi apa jua kemungkinan2..?

Sebaliknya..
ddlm PAS ada pula puak BACUL..

mrk ini HANYA bermain ILUSI syahdu klasik, seolah2 mrk lah "idaman" sbg -holier than thou-

mrk seolah2 sgt2 SOPAN dgn kopiah jubah n sarban

W.pon IQ mrk terNYATA amat2 RENDAH ttapi mrk "sahaja" lah yg konon2nya LAYAK sbg agamawan yg arif utk mntafsir hadis & Quran!

Krn IQ yg sgt2 RENDAH itu mrk HANYA mampu bermain2 dgn kalimat2 ARAB sprt HUDUD & walaq, sdangkan didepan BATANG HIDUNG mrk sendiri wujud kes2 HUDUD yg mnjd kan mrk BUTA & TULI!?

Krn IQ rendah tahap bahalol itu, mrk HANYA mampu MEMAKSA walaq kpd sitolol bahallol yg cuma mampu mngHAFAL yg sgt TIPIS skali mnggunakan akal!?

Krn IQ yg sgt RENDAH itu, spesis ini sgt2 TAKUT utk brhujjah & brDEBAT sama sprt YAHUDI/nasrani yg sgt TAKUT utk berDEBAT dgn Nabi!

Krn IQ pemimpin yg sgt2 lemah/BODOH itu, lalu terPANCULlah sebutan BROKER BELI & BARUA, yg pd hakikatnya adalah ciri2 TERANG BENDERANG yg "beliau" sendiri miliki..ttapi "beliau" tidak TAHU/SEDARI nya sama skali!!

"..ala innahum humuSYUFAHAQ walakin laa YAKLAMUN"-(2:13)