22 Okt 2014

Muslim Dan Anjing – Harith Abdul Malek

Pada suatu petang, setahun yang lalu, seekor anjing jalanan masuk ke rumah kami kerana pintu pagar yang dibiarkan terbuka.

Disebabkan takutkan anjing tersebut menjilat baju di sidaian, ayah saya melemparkan seketul batu sebesar penumbuk ke arah anjing itu.

“Gedebuk!” Batu tersebut hinggap di kepala anjing yang malang itu. Dalam keadaan terkejut, anjing itu perlahan-lahan melangkah keluar dari rumah kami. Kami bersorak kegembiraan sambil mengagumi kehebatan lontaran ayah yang sungguh tepat.

Namun, jauh di sudut hati saya, tercetus rasa simpati mengenangkan kesakitan anjing tadi. Sehingga ke hari ini, bunyi nafas anjing yang tersedu-sedu sewaktu ia meninggalkan kami sekeluarga masih lagi terngiang-ngiang di hujung benak kepala saya.

Keluarga Abdul Malek v anjing kurap

Kadang-kadang saya terfikir, di akhirat nanti, bagaimana nasib kami sekeluarga sekiranya anjing tadi datang menuntut keadilan daripada Allah SWT ke atas perbuatan kasar kami terhadapnya?

Adakah Allah SWT akan melepaskan kami daripada sebarang hukuman sekiranya kami mengatakan kami hanya mengikut mazhab Syafi’e yang diamalkan di negara kami?

“Ya Allah, mengikut pegangan mazhab kami, anjing itu najis berat. Dan kalau mana-mana anggotanya terkena pada rumah kami atau pakaian kami yang tersidai, susah kami nak sertu,” begitu agaknya hujah kami nanti.

“Lagipun, kalau nak halau cara lembut pun susah sebab ikut jabatan agama negeri kami, haram hukumnya pegang anjing tak sebab yang betul-betul urgent. Kalau kami angkat atau pegang anjing tu, apa pula kata jiran Melayu kami. Kami masyarakat Melayu memang sensitif pasal anjing dan babi,” kami meneruskan hujah dengan harapan untuk menang kes perbicaraan kami vs. si anjing di hadapan Allah.

Macam mana? Anda rasa saya dan keluarga saya boleh menang kes ini dan si anjing yang kami sakiti tadi akan disia-siakan di hadapan Allah SWT? Semoga taubat kami diterima Allah SWT.

Islam agama rahmat

Saya yakin ramai masyarakat Melayu mempunyai pengalaman yang serupa atau hampir sama dengan apa yang saya kongsikan di atas. Ada yang kemudiannya mendapat kesedaran Islam datang sebagai punca kemaslahatan untuk semesta alam selain daripada menghukum-najiskan anjing dan babi. Ada yang tetap kekal dibelenggu stigma sensitivi dan taksub mazhab.

Kalau dibuat survey terhadap anak-anak Melayu, 99% daripada mereka tahu anjing itu najis berat dan kalau terkena atau terpegang, perlu disucikan dengan 7 basuhan dengan basuhan pertama air dicampurkan dengan tanah.

Tetapi sekiranya ditanyakan tahukah Islam dan Nabi SAW diturunkan sebagai rahmat ke atas seluruh alam manusia yang Muslim dan non-Muslim – binatang, pokok-pokok, langit dan lautan, bintang, bulan dan semua planet – saya tidak rasa 99% yang akan menjawab “Ya, saya tahu”.

Pendidikan dari awal

Pendidikan asas agama perlu diperbaiki dari semasa ke semasa supaya melebihkan penekanan kepada perkara-perkara yang benar asas dalam agama. Sebagai contoh, sebelum diajarkan hukum-hakam fiqah, perlu diterangkan dahulu maqasid syariah dan konsep Islam agama pembawa rahmat.

Asas agama yang dibina atas perkara khilafiyyah, bukan atas perkara thawabit seperti yang sepatutnya, akan menumbuhkan salah faham agama yang boleh diwarisi sehingga bergenerasi. Salah faham agama ini dimanifestasikan dalam kehidupan bermasyarakat yang akhirnya menfitnahkan Islam dengan imej yang tersasar daripada wajahnya yang sebenar.

Sensitiviti Melayu dan Mazhab Syafi’e

Pihak penguasa mengambil keputusan untuk menyiasat program mesra anjing yang dianjurkan Syed Azmi Alhabsi. Antara sebab siasatan ini perlu dilakukan ialah program tersebut menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Wahai orang Melayu, sampai bila harus kita kurung diri kita dalam temperung sensitiviti? Anjing, babi, kalimah Allah. Sensitif semuanya.

Judi, arak, rasuah, belasah isteri dan anak-anak, pukul binatang, buang sampah merata-rata, culas dalam bekerja, orang miskin melata, kita boleh tutup sebelah mata.

Tidak dinafikan, Imam asy-Syafi’e berfatwa anjing seluruhnya dikategorikan sebagai najis berat. Cumanya, sekiranya kita tidak bersetuju dengan tindakan Syed Azmi, saya rasa kurang adil apabila kita berhujah Islam mengharamkan umatnya memegang anjing dengan sengaja.

Walhal, pandangan Islam berkenaan anjing tidak hanya diwakili Imam asy-Syafi’e, bahkan 3 imam mazhab yang lain iaitu Imam Malik, Imam Ahmad, dan Imam Abu Hanifah. Adalah lebih adil sekiranya kita bercakap begini, “Saya kurang setuju dengan tindakan Syed Azmi kerana saya berpegang kepada pandangan dalam mazhab Syafi’e yang melarang kita memegang anjing untuk tujuan suka-suka.”

Perkataan begini bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk melihat Islam daripada pandangan mazhab-mazhab muktabar yang lain, bahkan menjauhkan kita daripada sikap taksub mazhab yang boleh memecah-belahkan umat. Suasana dakwah juga lebih segar dan harmoni dengan terpaparnya keluasan hukum syariah Islam.

Agenda asing?

Satu lagi belenggu yang melilit tengkuk orang Melayu selain saya, isteri saya, Dr MAZA, dan sahabat-sahabat lain yang dituduh liberal, ialah belenggu paranoia atau terma yang lebih saya gemari “syok sendiri.”

“Program pegang anjing ini seperti ada agenda asing. Mula-mula pegang anjing, lepas ni pegang babi pula. Rosak anak orang Melayu,” begitulah komen ramai orang Melayu yang saya dengar secara langsung atau baca di laman-laman media sosial berkenaan dengan program anjuran Syed Azmi ini.

Kawan oii, sedarlah tiada siapa yang mahu menjatuhkan kita kerana kita memang sudah lama tersungkur rebah di bumi sendiri.

Musuh sekarang cuma mentertawakan kita dek kerana kedegilan kita yang tidak mahu bangun dan bangkit merubah pemikiran menurut acuan Islam.

Ingat pesanan khalifah Islam yang mulia Saidina Umar ibnu al-Khattab, “Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.”

Cumanya, untuk masyarakat yang majoritinya Islam baka, saya rasa saya harus sertakan pesanan tersebut dengan klosa “sekiranya kita mengamalkan Islam dalam kehidupan kita secara total.”

Kita tidak dimuliakan hanya sekadar nama kita bernada arab dan ada “bin” atau “binti”. Kita dimuliakan Allah apabila kita bersungguh-sungguh untuk mempelajari, memahami, dan mengamalkan agama ini berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Penutup

Memang benar isu anjing adalah isu khilafiyyah. Tetapi, isu ini mendedahkan pekung kita yang masih jahil agama dan terbelenggu dengan penyakit-penyakit pemikiran yang sempit dan yang hakikatnya tidak Islami.

Saya amat berharap pihak penguasa dapat melihat isu ini bukan sekadar daripada sudut hukum fiqah dan sensitiviti orang Melayu semata-mata, tetapi sudut dakwah dan pembangunan agama dalam masyarakat Melayu sendiri.

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Syed Azmi menempah pentas untuk untuk masyarakat Islam tampil menampakkan keindahan Islam, keluasan dan kebijaksanaan syariah. Semoga Allah menganjari kebaikan anda dan mengampunkan kekurangan dan kekhilafan anda dalam usaha anda yang #tamakpahala.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..ini yg kita cari,berfikir di luar kotak..
Di Malaysia ni,arak tak jijik,anjing lagi jijik

Tanpa Nama berkata...

Nilai se ekor ANJING GERMAN SHEPPERD lebih mahal dari nyawa Melayu Melayu rempit. Itu Fakta !

Anjing tak bagi masalah besar dalam kehidupan nya , malah lebih bijak dan rajin juga.

Tiada anjing yang mahu bunuh diri ber beda dengan mat mat rempit tak sabar membakar diri BBQ mencari nahas dan kematian di jalan raya.

Se ekor anjing mampu menjaga rumah , tetapi anak anak sepuluh orang pun belum tentu dapat menjaga rumah dari kecurian.

orang orang Melayu malas dan kurang membaca , akhirnya hidup rata rata lebih burok dari German Shepperd yang tidak memerlukan BRIM.

Tanpa Nama berkata...

Kalau yang diharamkan oleh allah tu tetap haram bukan hambaNya yang menentukan tetapi harus ada kasih dan sayang kita kepada ciptaanNya yang lain. Mereka juga mungkin tidak mahu dijadikan begitu namun pastinya kita ada hikmah disebaliknya.

uncleMD berkata...

Assalamualaikum. Tahniah atas keberanian menukik tulisan bernas berani dan menongkah arus.sy mengambil masa 2 hari sblum posting bernada sama spt saudara d beberapa whatsup dan telegram groups. 80 peratus ta bersetuju dgn pandangan ini tp ta pe alhamdulillah st least messagr kita sampai.

BIasa dsbbkan berbeza pandangan kita d tuduh wahabi, liberal, plural, baruah dap dan mcm2 lg.

Untuk ujudkan masy dan negara madani, bertemadun sstu unsur yg mesti ada ialah keterbukaan...boleh menerima perbezaan. Ta oerlu kelahi bermusuh. Semua betul jika rumusan dibuat atas ilmunyg benar dan sohih

tahniah.


Amuraria berkata...

ini pun diluar koak, tahniah tahniah juga tapi kutukan juga pada keturunan al habshee yang dulu era 60-an mahu seleweng tanah wakaf tn hj kasim di jalan datuk keranmat pulau pinang demi boleh 'masyuk' juta-juta jika berjaya ,tapi alhamdulillah berkat ketabahan allahyarham pak salim hashim gagal komplot pengkhianat itu terdiri dari syed abas al habshee bersekongkol/perguna majlis agama islam pulau pinang juga pdrm & MPPP ,adakah keturunan syed ini baik atau pengkhianat ? contoh seorang lagi al habshee dari cheras dari parti taik umporno selalu salak macam anjing terhadap anwar juga pakatan ? ABU sampai mati!

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah seorang mualaf yg mendapat hidayah semasa berumur belas tahun ttp akhirnya memeluk islam di MUIS hanya pada umur 30 tahun. Saya bukan riak ttp sy ingin brkongsi pgalaman sy. Sebelum peluk islam secara rasmi sy belajar solat dri buku panduan solat, solat fardhu, solat hajat, solat tahajud. Saya solat hanya al fatihah sy tahu, yg lain guna bahasa melayu baca dalam hati. Ada orang islam kata pada saya...SOLAT KAU TIDAK DITERIMA ALLAH KERANA GUNA BM. Next, semasa sy mendaftar nikah di mahkamah syariah, ada pegawai yg melayan di kaunter menyindir kami suami isteri bahawa RAMAI MUALAF MASUK ISLAM HANYA KERANA BERNIKAH, sedangkan dia tidak tahu dan hanya Allah tahu bahawa setiap subuh sy solat tahajud dan menunggu masuk waktu subuh walaupun guna BM tidak patahkan semangat sy utk solat. Berkenaan anjing pula, sy pernah lihat dgn mata sendiri orang islam myiram air panas yg masih berasap tu, sebesen atas badan anjing yg tengah makan sisa makanan yg dibuang di belakang restoran tersebut, kalau itu ajaran yg diredhai Allah kenapa tidak sampai 5 bulan restoran itu broperasi? Kenapa restoran itu tutup tak laku?
Sedikit pesanan sy pada orang islam trmasuk sy sendiri......"JANGAN HAKIMI ORANG, JANGAN MENGUMPAT, KITA BILA ISLAM ADALAH ORANG YANG DAPAT HIDAYAH, KENA INGAT ORANG2 DI LUAR SANA YG MASIH BELUM DAPAT HIDAYAH ATAU JAHAT DAN AHLI MAKSIAT.. MUNGKIN ADALAH AHLI SYURGA SEDANG KITA BELUM TENTU MASUK SYURGA, SIFU HANAFI, TANYALAH USTAZ TV9"

Tanpa Nama berkata...

Dlm isu anjing ke , atau isu agama yg lain ... yg kamu selalu berbalah tu .. kalau itu boleh membawa kamu dekat dgn ALLAH , teruskan lah ... perbaikilah diri kamu kerana ... hanya rahmat dan ihsan nya shj yg menyelamatkan kamu bukannya siapa yg benar atau siapa yg salah

Mahadzir Maulani

Seniwoman berkata...

Minda orang melayu telah didoktrinkan untuk berprasangka yg buruk mendahului yg baik pd sesuatu yg tidak biasa. Contohnya jika nak berniaga takut rugi, nak fikirkan bagaimana supaya tidak rugi tak mahu serabutkan kepala pula. Jalan mudahnya adalah tak usahlah berniaga.

Tanpa Nama berkata...

Anjing tak makan rasuah, tidak menipu, tidak fitnah orang, mereka lebih baik dari kamu yang hina anjing, memang anjing tu najis berat, tapi agama Islam ada cara untuk selesaikan masalah tersebut, Islam adalah agama universal, orang melayu Islam yang jalil tentang agama yang mereka anut, macam mana kita nak jadikan Islam agama contoh pada orang yang belum Islam

Tanpa Nama berkata...

Ayat2 al-Qur'an mengenai anjing:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya" al-Maidah:4

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. al-A'raaf:176

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. al-Kahfi:18

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). al-Kahfi:22


Tanpa Nama berkata...

Tidak peluk2 anjing,tidak pegang2,tidak belai2 anjing bukan bermakna orang islam benci anjing,jangan salah faham.Masaalahnya leceh nak kena samak nanti. Orang islam ada hukum hakam tertentu berkenaan anjing yang wajib dipatuhi.

Kalau nak cerita pasal takut anjing, memang patut pun sebab berapa ramai yang cedera,ada yang mati diserang anjing. Lagi pun kat binatang lain pun ramai yang takut seperti lipas,tikus padahal binatang ni memang terdapat dalam rumah.

Tak perlulah kes2 terpencil nak dijadikan hujah. Kalau nak kira kes terpencil banyak lagi binatang lain yg dianiaya bukan setakat anjing.

Kalau bukan ahli dalam bab mazhab,jgn nak lebih2 takut nanti sesat lagi menyeasatkan.

Tanpa Nama berkata...

sengaja menajiskan diri adalah haram, seperti mana memberi dan memakan riba adalah haram. ihsan pd anjing bukan bermakna boleh belai anjing mcm kucing. hak anjing juga ada dalam Islam, dan dlm kes diatas, baling anjing dgn batu adalah zalim (tindakan bodoh dan jahat), tapi bukankah ada cara lain kalau nak halau anjing (yg lebih baik dan tidak zalim)? x faham atau sengaja buat x fhm? Ini agenda untuk alihkan perhatian dari isu lebih penting? nak buat agama baru ke ni? dah pikir nama belum? nauuzubillaahiminzaalik

Tanpa Nama berkata...

Penguasa agama di malaysia taksub mazhab.tp bila tawaf pandai plak nak taklik tukar mazhab.bila bab anjing,tak bg taklik ke mazhab lain,sedangkan pada mazhab maliki,air liur anjing bukan najis.siapa imam malik?beliau.adalah guru kpd imam shafie
http://islamqa.info/id/69840
Dimana ayat quran dan hadis yg mengatakan berdosa jika menyentuh anjing dgn sengaja??
Jika merasakan imam shafie sahaja yg hebat,tak payaj la ke mekah sbb disana imam2 solat di madinah dan mekah bermazhab maliki.
Lagi satu,masa nak tawaf,sila bawa air sebaldi,kut2 masa tawaf,tersentuh bkn muhrim,bleh terus berwuduk,tak payah nak bertaklik2 tkr mazhab lain ye..

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu ilmu tu penting.

Sebab tak de ilmu, bila ade anjing termasuk dlm halaman rumah, kita baling dgn batu, objek berat dsbnya, hingga dia luka, berdarah, mengelupur dsbnya. Klu ade ilmu, kita halau aje guna objek yg x menyakitkan. Dan klu nampak mcm lapar, campak roti keluar pagar.

Klu lepas tu kita sedar kesalahan kita, bertaubatlah & menyesal lah kerana kejahilan.
Perbaiki amalan, banyakkan sedekah, jalin hubungan baik dgn masy, dll.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Penerima Taubat, Pengasih & Penyayang.

Tapi tak le sampai disebabkan menyesal , jumpa anjing aje terus peluk cium. Jgn kacau/siksa dia, pun dah ok. Kalau selalu berkeliaran , menyalak2, ganggu penduduk di taman, report pada jabatan berkenaan utk tindakan lanjut. Sekian .

Anti Fitnah berkata...

Haram? Najis? Najis Berat? Bagaimana najis berat boleh jadi HARAM? Ada benda yang bukan najis pun ada dah dihukum HARAM kan? Mana pergi penaakulan mantik kita ni?
Pegang Najis atau Salam dengan Perempuan bukan Muhrim, ada beza tak?
Najis berat boleh disamak tanpa dosa tapi kulit perempuan bukan muhrim, tak payah samak tapi berdosa.
Dalam Melayu kita ni, banyak metosnya. Baru-baru ni seorang bekas menteri telah mentafsir apa itu Melayu. Dia beritahu Bapa dia INDIA dan mak dia ARAB. Yang seronoknya ialah dia beritahu DIA ADALAH MELAYU mengikut tafsiran PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Hebat kan? Begitu mudah menjadi Melayu kan? Nasib baik aku bukan orang yang bersifat rasis. Sedarkah kita bahawa puak ni bukan sahaja mengaku Melayu tetapi sedang menikmati dan mempergunakan semua hak-hak yang diberi kepada Melayu. Dalam erti kata lain, depa MEROMPAK secara HALAL dengan mengaku Melayu sahaja. Bukan sahaja tanah Melayu, depa kebas; haka istimewa Melayu, depa pun kebas; Perempuan Melayu pun, depa kebas juga (maafkan aku, hanya hujah shj ~ yang ni kuasa Allah swt). Adakah ini serupa dengan najis berat dan hukum haram????

PERSOALAN AKHIR-AKHIR NI ...

INDIA + ARAB = MELAYU ?????

1 + 1 = II ?????

Najis Berat = HARAM ?????

....... Pening aku ....

Tanpa Nama berkata...

Kepada Anti Fitnah,

Kesian kamu, sampai pening2 . Saya simpati. Meh nak tolong supaya tak pening.

Tentang anjing tu harap2 anda dah jelas. Bole beri makan minum anjing kalau nampak lapar, bole tolong angkat & hantar ke klinik haiwan kalau nampak cedera dll.

Kalau tersentuh dlm keadaan kering & basah ada cara mencucinya.

Tapi India + Arab = Melayu, tu tak de kaitan dgn isu anjing, jadi jgn pening2.

Rasuah, tak amanah, snglap duit rakyat, next PRU jangan undi.

Tanpa Nama berkata...

Cedera di gigit anjing garang kerap berlaku...kalau yang jinak tu oklah ...ini yang garang tu yang kita takut...anak sebelah rumah saya dah kena dah sampai pengsan lah budak tu sebab dia takutkan anjing tu mengejar dia balik dari sekolah hingga terbabas dalam lingkungan patah tangan nya dan dikejar ke hospital...alahai banyak lagi keburukan daripada kebaikan jadi x payah lah kita nk berbincang lebih bab ni ...dan ia nya bukan bab besar sangat pun buang masa je admin ulas punya panjang sampai masuk bab lain2 lah...nasihat untuk admin bukan semua bab kita nk politikkan...berhati2 lah dalam ulasan..islam itu mudah yang bagi susahnya kita je..yang patut kita kaji disini apa hikmah dalam islam yang meletakkan anjing itu kalau kita sentuh kita kena samak...itu ada baik nya kita buat kajian...mengapa ia disamak dengan tanah...ada kita orang islam buat kajian...dan setelah ada kajian kita...mereka ini sanggup ke menerima kajian yang kita lakukan secara saintifik?..kalau mereka sedia menerima nya ok kita boleh bincang seterusnya...