17 Okt 2014

Minah Saleh Tak Bercoli Di Pantai Port Dickson, Kenapa Macai Tak Bising?


Port Dickson – Tindakan empat wanita warga asing berehat di Pantai Saujana Batu 4, di sini dalam keadaan separuh bogel, tengah hari kelmarin, menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Pengunjung yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan perlakuan melampau wanita terbabit.

"Mereka pada awalnya hanya berbikini dan berenang di pantai. Selepas setengah jam kemudian, mereka naik semula ke pantai dan berjemur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.

"Tiga dari mereka berusia sekitar 20 hingga 30 tahun, sementara seorang lagi lebih berusia sekitar 50-an. Mungkin mereka anak beranak," katanya.

Sementara itu, penjaga tandas awam Pantai Saujana Batu 4, Latif Ahmad, 61, berkata, dia didatangi oleh empat wanita warga Eropah lengkap berpakaian sekitar jam 12 tengah hari yang ingin menyewa payung.

"Mungkin mereka menginap di salah sebuah hotel sekitar Batu 4 berikutan mereka hanya berjalan kaki ke pantai ini.

"Disebabkan saya tidak faham bahasa Inggeris, saya hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan dengan bantuan orang awam lain, dia dimaklumkan wanita berkenaan ingin menyewa payung dan meminjam kerusi," katanya.

Tambah Latif, dia tidak menyedari kejadian berkenaan sehinggalah diberitahu wartawan.

“Jarak antara tandas ini dan lokasi kejadian agak jauh, ditambah pula tempat ini dihalang oleh tandas," katanya.

Katanya, sekitar jam 4 petang, wanita berkenaan memulangkan semula kerusi dan sempat bertanya bagaimana hendak ke restoran segera di Port Dickson," katanya.

Latif berkata, sejak dia bertugas sebagai penjaga tandas hampir dua tahun lalu, ini kali pertama dia mendengar berita mengenai kejadian seperti itu.

“Memanglah tidak ramai pengunjung yang datang ke pantai ini semalam (kelmarin) kecuali pada hujung minggu atau cuti umum, memang pantai ini padat dengan pengunjung,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, walaupun kes itu terpencil, namun pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan dan melanggar etika Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Oleh itu, orang ramai diminta bekerjasama dalam hal ini. Sekiranya perkara sama berlaku, orang ramai diminta segera menghubungi MPPD atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkenaan perkara tersebut.


Berjemur tanpa coli

Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.

Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.

Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.

"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

-HM


ULASAN GB

Kalau berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku di Teluk Bahang Pulau Pinang satu ketika dulu, heboh macai-macai UMNO waktu ini menghentam kerajaan negeri.

Bila terbukti yang terlibat ialah bekas pemimpin Wanita BN (Gerakan) macai terus senyap.

Sekarang bila berlaku di negeri UMNO BN sendiri kenapa mereka tak bising?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas en. chow
bukan setakat prihatin tetapi berani dan bijak

p.s. kepada yg menyaksikan kejadian tetapi pura-pura rasa terkejut dan tak mampu bertindak apa-apa maaf cakap anda semua penakut dan selfish

minah saleh/minah arab/minah afrika/minah indon/segala minah pendatang niii memang tak tahu malu pakai pakaian menCOLOK mata...di Alamanda Putrajaya saya ada gak berkesempatan tegur/renung tajam/renung marah...minah yang tak tau adat niii...eh selamba dia mengadu kat bopren dia...ingat saya takut??? saya lagi renung bopren diorang...haha

Tanpa Nama berkata...

Well...I didn't know that swimming or sun bathing half-naked is not allowed in this country. I read and heard many people shout around MALAYSIA BOLEH... so I simply though we can do what ever we wish as long as we didn't disturb other people.

We are sorry for causing grievous sin and created such a baruahoha because of our ignorance. We also forgot the fact that Malaysian men are extraordinarily horny due to excessive intake of pil kuda and tongkat ali....kah kah kah

In this respect I would like to demand that the government to put up huge signboard all over beaches in Malaysia "No one is allowed to swim or sun-bathing half-naked, semi or fully naked in this area"

If there is no signboard and someone happen to do this, I would I personally take the Malaysian authorities to court.....

Sarah Langley : Nude Beach, Australia

Tanpa Nama berkata...

Heeeee.tak nampak .......

Tanpa Nama berkata...

Itu tabiat org politik jika terkena btg hidung sendiri senyap klu lwn dia satu dunia dia canang

Tanpa Nama berkata...

deyy macai! suara mana?

Tanpa Nama berkata...

Tuan

Jangan tanya macai UMNO. Kita dah tahu kalau kes macam ni memang mereka suka. Benda seronok.

Yang lebih penting mana DUPP? Mana Dr Khairudin Aman Razali , ketua Penerangan DUPP yang menjadi ketua DUPP yang bersongkol dengan Perkasa membantah octoberfest 2014 tempohari? Mana Nik Abduh? Mana Tantawi vellfire? Semua ni halal ke disis Islam?

Mana puak-puak MSU? Mana PJP Terengganu?

Tanpa Nama berkata...

kpd klb greebboc tolg htr brta ini kpd prkada.isma.ngo-ngo yg prihatin dn tv 1.3 mta dia org wat demo dn klurkn brita snsasi dgn sikp plncung yg bgtu bebs mgaibkn ngara kta yg mgamlkn gya hdup islam.sb mysrkt kta x ska prbuatn cmni .sdgkn pesta minum ark scra trbuka kpd org bkn islm kta x bnrkn inikn pulk spruh brbogel nmpk buah dada dtonton olh org rmi yg ingin ke pntai bsma fmly trutama kalngn org islm.

Tanpa Nama berkata...

You are partially right about MALAYSIA BOLEH, it's true that only BN leaders and their relatives are allowed to do anything without any rule or law to harm them, even the Islamic law as well. They are above the law of the country and also their god must respect them all the time.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dengan ditimpa malapetaka macam bandar pompeii baru rakyat Malaysia sedar bahawa UMNO ini adalah parti munafikun. Nauzubillah minta - minta rakyat Malaysia sedarlah. Jangan sampai malapetaka mendatang baru nak sedar, masa itu sudah terlambat kerana bubur tidak mungkin dapat ditukar balik jadi nasi. Renungkanlah

Tanpa Nama berkata...

Aku tak heran dgn orang orang ,bloger2 yg AGAMA mereka Berpaut pd Parti Umngok.Kalau dah DASAR JENIS MANUSIA CELAKA SAMPAI MAMPOS PUN MEREKA TAK AKAN BERTAUBAT.TASAUF MEREKA HANYA RINGGIT MALAYSIA YG MENGISI PERUT BUNCIT MEREKA.

Tanpa Nama berkata...

Masalah serupa ini .. semua umat islam BERTANGGUNG JAWAB .. WAIMA .. PAS PKR UMNO dan SEWAKTU DENGANNYA ..
BILA BALA DITURUNKAN ALLAH .. SEMUA YANG KENA ..

Tanpa Nama berkata...

Dulu yg ada cuma satu pantai Port Dickson Dari Batu Satu smp Batu 12 org awam boleh berkelah dan mandi manda

Sekarang dah ada pantai Saujana, pantai khusus utk penginap hotel Org awam nak berkelah nak mandi di pantai Batu 8 Bila hujung minggu dan cuti sekolah padat Jarak antara satu keluarga dgn satu keluarga terlalu dekat sbb semua kawasan pantai dah jd private Selain hotel, rumah milik syarikat utk kktgn dan apartment kerap buat family day Di sini dah pasti tak ada half naked

Jd bila pantai dah jd milik persendirian Bg mat saleh tu yg salah ialah org yg masuk kawasan pantai saujana

Siapa yg jual kawasan pantai ini kpd swasta tanpa kawalan ?
dan pernah jd isu kawasan laut berdekat pantai pun dah ada gran tanah ???

Tanpa Nama berkata...

mana UG senyap saja, bukan maksiat ke ni?

Tanpa Nama berkata...

Macai Umno senyap sbab mereka sdg mengendap minah saleh