23 Okt 2014

Janin Dalam Sampah - "Pesta" Senyap Yang Menjadi-jadi


Seorang pekerja pembersihan sampah di Sungai Segambut terkejut apabila menemui satu janin yang tersangkut di perangkap sampah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, pekerja terbabit terus mengangkat janin terbabit ke atas jalan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis forensik dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati janin terbabit berusia lingkungan lima hingga enam bulan tetapi jantina masih belum dapat dipastikan.

"Janin yang ditemui ini sudah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

"Polis masih menyiasat keturunan janin terbabit dan usaha mengesan saksi ataupun ibu kepada janin berkenaan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Munusamy, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat dengan sulit.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -hm

ULASAN GB

Kes buang bayi akibat dari perzinaan kian menjadi-jadi. Ia seumpama "pesta senyap" yang tidak ramai mengambil berat terhadapnya, tidak seperti isu anjing dan arak.

Kita tertanya-tanya, mengapa begitu "selective" di dalam isu-isu sebegini...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





9 ulasan:

Awanama berkata...

Elok juga jika admin adakan satu ruangan untuk pembaca buat undian meneka sama ada bayi itu melayu, cina, india atau lain lain ras untuk tujuan statistik pandangan pembaca blog ini.
Kalau boleh bertaruhlah misal kata, saya cenderung mengandaikan itu bayi melayu.

Awanama berkata...

Ini semua salah dap, salah lge. Jawapan standard orang kasar dan hellfire.

Awanama berkata...

Kalau bukan melayu punya asalkan dia tu islam bangsa dia jatuh kepada melayu juga begitulah alkisahnya di sabah dan di sarawak...apa bangsa melayu ini masak syurga allah jika beginilah kegiatan mereka kenapa ada kecendurungan memaksa mereka menukar bangsa. Dalam hal kegiatan tidak bermoral ini kemana perginya pas dan umno ataukah ada gerakan senyap dari dalam....

Awanama berkata...

Cikgu kencing berdiri,murid kencing berlari.....demikian halnya dgn kaedah dimalaysia,teritama org melayu islam.
Kan terlalu banyak skandal2 tk senonoh pemimpin2 berkuasa melayu akhir2 ini!
Dari yg pangkat number satu,yg mengeliling menasihAtnya,yg diletak sabagai " payung" dn anak buah.
Rakyat biasa terikut2.
Kedua,walaupn terlalu mahal mahar utk nikah tapi harga diri org melayu kini Amat murah.
Jadilah kehilangan nilai agama,budayA dan kemanusian bangsa.

Awanama berkata...

saya respek abang pas ni, beliau tak salahkan mana-mana pihak sebab semua orang salah.

Kajian yg dilakukan UKM katanya terhadap 887 pelajar tingkatan 3 ke tingkatan 5 mendapati 886 pelajar mengaku telah berzina.

http://rozmal.blogspot.com/2014/10/99-peratus-remaja-sekolah-kita-berzina.html

Awanama berkata...

Salah dap kerana sokong pesta octoberfest , Jawapan yang terbaik daripada Hellfire

Awanama berkata...

Rahmat Allah pada bumi malaysia semakin di tarik, maka tunggu lah bala Allah yang semakin menghampiri.

Awanama berkata...

Salam
Harap umat Islam peka bahawa semua bayi sama ada Melayu, Cina, India atau bangsa lain adalah beragama Islam.
Bayi adalah ibarat kain putih. Ibu bapa yangmencorakkannya.
Ini adalah sepertimana Islam yang ajarkan. Sehingga bayi menjadi baligh dan dewasa barulah masing-masing ada yang memilih Islam ada yang kafir.

Awanama berkata...

Maka itulah tidak hairan kenapa malaysia digelar pengeluaran kondom no.1 di dunia. Sebabnya ialah semua pemimpin tak kira dari UMNO dan PR tidak ambil serius dalam hal masalah sosial ini lebih - lebih lagi UMNO. Maklum nak lakukan business kroni diaorang dalam industri pembuatan kondom di skudai Johor.