19 Okt 2014

Hanya Melalui PR PAS Mampu Menang Pilihanraya - Ikhwanul Muslimin

Parti Islam dan bukan Islam patut bekerjasama, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin

"Tahaluf siyasi" yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen.

Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.

"Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam.

"Kecuali kita ubah struktur Malaysia secara demografi, inilah dia, itulah logiknya," katanya.

Beliau berkata matlamat dalam pakatan berkenaan seharusnya dijalin untuk jangka masa panjang.

"Kamu bersetuju dengan beberapa syarat sebab ada matlamat jangka panjang.

"Sama ada kamu tidak amalkan (pakatan) sekarang atau langsung (tidak berpakat)," katanya.

PAS berhadapan situasi kritikal dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat berbeza pandangan dalam isu pelantikan menteri besar Selangor dan gagal mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR untuk menjawat jawatan itu.

Parti Islam itu sebaliknya menghantar lebih daripada dua calon, menurut kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, sedangkan rakan komponen PR dari PKR dan DAP bertegas menghantar nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Ekoran itu, walaupun krisis pelantikan MB Selangor sudah selesai, namun dalaman PAS terus berkrisis.

Tareq bagaimanapun berkata, pakatan yang dijalinkan itu tidak seharusnya dianggap sebagai prinsip, sebaliknya sekadar taktik politik.

"Itu bukan prinsip, itu taktik, jangan keliru," kata Tareq dalam ceramahnya di hadapan lebih 100 hadirin di Vistana Hotel, malam tadi.

Konsep kerjasama politik PAS itu dikritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR adalah untuk "menghalalkan yang haram".

Malah, beliau berkata PAS bijak menggunakan istilah Arab yang berbunyi seperti istilah Islam demi kepentingan politik mereka serta menuduh apa yang dilakukan Umno yang bekerjasama dengan MIC dan MCA adalah haram.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohamed Asri Zainul Abidin berkata, perkataan tahaluf siyasi itu hanyalah bahasa Arab yang kelihatan seolah-olah menggambarkan Islam.

Beliau berkata dengan menggunakan perkataan Arab, masyarakat akan melihat seolah-olah ia mewakili Islam.

Tareq turut berkata, mana-mana pemimpin yang disokong seharusnya mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi, dan bukan atas faktor individu.

"Jangan sokong atas faktor individu, tetapi sokong atas dasar prinsip," katanya.

Beliau berkata, ilmu mahu pun tahap keimanan seseorang itu juga tidak melayakkan dirinya menjadi pemimpin yang baik tanpa keupayaan kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. – TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar betul, dengan pembuatan tuang preside barua dan hellfire dan UG, parti ini dan confirm Tak boleh kerja dengan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Sebijik kena kat batang hidung Hj.Hadi & geng ularmak...tak malu, orang luar pun nampak mangkok2 hayun ni penipu dan bodoh. Wala...jangan tak wala pengikut pas yang taksub pada president. Besuk dlm kubur dan padang mashar hj hadi boleh jawab untuk kau orang....bodoh..bodoh sampai mampus.

mae berkata...

ikhwan tu asasnya politik. tareq tu orang politik, bukan ulamak. tak payahlah dengar cakap dia. dalam politik, matlamat menghalalkan cara. buat dosa demi menegakkan agama ? bengong.

Tanpa Nama berkata...

Habis la Sheikh Arab ni pulak kena kutuk, kena hina oleh puak-puak UG.

Perenggan yg last tu paling best.

Tanpa Nama berkata...

Dr nama "Tahaluf siyasi" dgn "UG" jer dah tahu yg mana lebih baik

"Tahaluf siyasi" dr bahasa arab
"UG" dr bahasa penjajah



Awang Chan berkata...

Tanpa PR pun PAS dah menang di Sebuah geri 20 tahun lebih...biarlah pendukung pasma dan seangkatan nya saja bermadah n bersusah menghentam PAS..PAS kekal sejak merdeka hingga sekarang... gth pd gerombolan yg menghalalkan cara tanpa AGAMA...

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak mengiktiraf Dr Tariq Suwaidan sebagai pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait. Beliau hanya mengenali beberapa orang anggota Ikhwanul Muslimin. Sebaliknya, MSU dan Presiden PAS lebih rapat dengan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin berbanding dengan Dr Tariq Suwaidan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kau panggil pemimpin Ikhwanul Muslimin utk menterjemahkan "Tahaluf siyasi"

Baik lah lepas ni kita panggil Ibrahim Ali dan Nik aduh utk menterjemahkan "UG" pulak

Amuraria berkata...

kah kah kah amik ko gerombolan pro 'UG' ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Maaf, comment mengatakan PAS menang kat Kelantan tanpa ada pakatan dgn parti lain, silap tu. PAS menang kat Kelatan disebabkan pakatan dgn Semangat 46(APU), jangan lupa sejarah ye.

Tanpa Nama berkata...

Awang chan

Dan negeri yang PAS menang 24 tahun dulu akan tumbang dalam PRU 14 setelah puak UG ambil alih dari TGNA.

Yang menang itu bukan PAS tetapi kepimpinan TGNA.Yang dapat bertahan selama 23 tahun kerana kepimpinan TGNA. Tengok bila puak UG ambil alih baru nak masuk 2 tahun, tanda2 semakin jelas mereka akan tumbang di kelantan dalam PRU 14.

Jadi tak payah nak sembang kencang laaa

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:22

Bukan soal PAS iktiraf atau tidak tetapi analisa yang dibuat itu betul dan munasabah ke tidak.

Ini masaalah puak UG bila terkena batang hidung mula serang batang tubuh. Tang dia, terang2 tak betul , pun serang batang tubuh orang kerana hendak mempertahankan benda yang tak betul. Yang paling menyedihkan, yang buat kerja2 ni adalah mereka yang menganggap diri mereka ulamak dan penyokong mereka.

Tanpa Nama berkata...

POORAH...setahu aku haji hadi dan ularmak UG pas lebih rapat dengan ayatullah2 syiah iran, sebab itu pandai menipu menguna pakai muslihat "takiyah syiah"

Tanpa Nama berkata...

So, menipu, kianat.fitnah, mungkir janji yg haji hadi dan ularmak geng ug buat tu BERAGAMA le...gila, cuba tegak benang basah.

Tanpa Nama berkata...

TGNA JADI MB INSYAALLAH MENANG, MB UG BELUM TENTU...

Tanpa Nama berkata...

Tahun 1990 PAS menang hasil kerjasama dgn Semangat 46. Itu memang fakta. Dalam pilihanraya 2013, PAS kehilangan banyak kerusi terutama di Kelantan Selatan dan Barat. Yang selebih itu, PAS menang di 13 kerusi hanya dgn majoriti sekitar atau kurang dari 10%. Peranan 70K pengundi dari luar yang memenangkan PAS pada PRU13 lalu mungkin tidak akan berulang lagi dgn perangai kepimpinan PAS negeri sekarang. UMNO sedang mengintai untuk matikan PAS dengan pelbagai helah di 13 kerusi ini pada PRU 14 nanti supaya dapat menawan Kelantan. UMNO telah buktikan dgn majoriti yang lebih byk pada PRK Pengkalan Kubor lepas. Mereka akan "carpet bombing" di saat terakhir pilihanraya mcm bagi microwave oven pada PRK P.Kubor lepas. PAS pun buat jugak tapi habuan kecil jadi tak jalan. Sekira nya PAS masih lagi lena terutama pemimpin baru kerajaan Kelantan, PRU14 nanti mungkin tak akan jadi kerajaan lagi di Kelantan. Saya melihat MB Kelantan mcm puppet kepada TMB. Rakyat Kelantan dah mula naik meluat walaupun publisiti di buat secara intensif dgn billboard di tepi jalan. Penyakit letak "muka Exco dgn MB" di billboard dah jadi satu kegemaran pulak. Rakyat tak nampak hasil.

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlampau galak menghina org itu ug atau erdogan...semua mengejar kuasa politik...tak kira pas,pkr or Dap...

Semua ada dagangan masing2...

Pas perjuang hudud dan dap sokong tak boleh ke?biar ada win2 situation jgn nk menang part kita saje time nk minum arak dap kata itu hak bukan islam n siap promosi lg minum ltak dalam fb tp time pas nk perjuang hudud dap bantah tgok apa dah jd kt serawak dap nk keluar pr...jd mana hak org islam?adil ke tak?

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat sangat

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat sangat

bat8 berkata...

Anon 9:57

PAS nak perjuang hudud yang mana? Ada lagi ke hudud ditangan PAS?

Enakmen Hudud Terengganu yang dibuat oleh kerajaan PAS Terengganu sepenggal sudah terlepas setelah kerajaan ters3but tumbang selepas sepenggal. Enakmen Hudud itu sekarang milek kerajaan UMNO Terengganu. Mereka dah tegaskan yang mereka tidak akan laksanakan hudud tersebut.

Enakmen Hudud Kelantan juga sekarang sudah tidak ada didalam tangan kerajaan PAS Kelantan lagi setelah Nik Amar/Ahmad Yaakob serah kepada UMNO melalui Jamil Khir tempohari. Buktinya jawapan Ustaz Nasarudin, Exco kerajaan PAS didalam sidang DUN dalam seminggu dua ini.

Jadi soalannya PAS nak perjuang hudud yang mana? Sejak Enakmen Hudud Kelantan diserahkan kepada UMNO, kita tidak dengar lagi ulamak-ulamak PAS baik dalam DUPP atau MSU bercakap mengenai hudud lagi! Malah dalam kempen PRK Pengkalan Kubur pun isu enakmen Hudud Kelantan tidak ditimbulkan. Pelikkan...

Jadi jarang pakai hentam sahaja tanpa memahami realiti. Hudud Mana lagi PAS ada untuk diperjuangkan?

Tanpa Nama berkata...

Bicara satu2 bat8 bukan rangkum...yang saya persoal kenapa dap sarawak nk keluar PR jika pas bawa usul hudud?itu soal nya sekarang...jgn rangkum dengan soal pas bagi hudud kat umnp ke apa ke...pokok sekarang dap tolak hudud...kalau pas tak buat jawatankuasa hudud dengan umno maka dap akan setuju lah hudud?begitukah maksud bat8...jgn nk menegak benang yg basah okay...jgn nk tutup isu okay kita bkan bodoh...

bat8 berkata...

Anon 9:57/11:59

"Pas perjuang hudud dan dap sokong tak boleh ke?"

Diatas adalah apa yang sdra tulis Saya mengulas lebih terperinci perkembangan hudud dan kedudukan semasa hudud PAS. Sdra hanya menyebut secara umum. Ini mengelirukan.

Sdra juga keliru tentang persefahaman atau common stand PR yang dipersetujui oleh PKR, PAS & DAP. Tahaluf siyasi PAS menerima common stand ini. PKR dan DAP tidak menolak hak PAS untuk memperjuangkan hudud. Yang menjadi keutamaan sekarang adalah common stand untuk menumbangkan BN dan mengambilalih Putrajaya. Hudud berada diluar keutamaan yang dipersetujui oleh PKR, PAS & DAP sekarang.

Perlukah sdra memperbesarkan isu DAP dan hudud sedangkan UMNO yang mengaku parti melayu Islam menolak perlaksanaan enakmen hudud Terengganu. Line of arguement sdra tersasar. DAP parti kapir. Semua parti kapir dalam BN menolak hudud. Yang patut sdra lebih perihatin ialah sikap UMNO dalam hudud. Enakmen Hudud Terengganu siap sedia untuk dilaksanakan. Kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan pusat juga adalah parti yang sama. Sepatutnya lebih mudah UMNO melaksanakan hudud di Terengganu. Tetapi UMNO menolak. Ini yang patut sdra memberi keutamaan.

Sdra baca balik tulisan saya yg sdra persoalkan. Rasanya ia cukup jelas. Sdra masih tidak menjawab soalan saya - Hudud PAS yang mana satu sdra maksudkan secara umum itu?


Sekian

Tanpa Nama berkata...

mungkin persoalan psl hudud ini berat bagi ahli umno

jd kita bg persoalan yg sepatutnya ahli umno bingkas bantah termasuk ibrahim ali bila pemimpin gerakan johor membuat kenyataan melayu juga ada lah pendatang

Sehingga sekarang tak ada satu melayu pun dr umno ata perkasa yg naik angin terutama pasir salak

Tanpa Nama berkata...

Saudara bat8...

Tolak umno dan enakmen hudud pas yg kelantan cuba bawa ke parlimen yang saudara kata pas telah serah kepada umno ke tepi dulu sekarang sebab saya tau saudara cuba nk kata yg pas sudah tidak ada apa yg hendak diperjuangkan soal hudud...itu pandangan saudara saya x nak persoal...

Cuma sekarang dap sarawak tiba2 membangkitkan isu nk keluar pr sebab x nak hudud...kamu mahu minum arak dan bila org komplen oktoberfest kamu dgn bangga dan solidaritinya kata ini adalah hak bukan islam...jadi isu hudud ini apa?org islam tidak ada hak untuk amal apa yg ada dlm agama diorang ke?kamu nk minum arak dan itu dibnarkan dalam agama kamu maka silakan...apakah ini keadilan dan apakah ini demokrasi?mungkin kamu kata kita konsesus dan fokus yg penting dulu ok kita boleh terima tapi dap tau pas dari dulu lg mmg ada cita2 nak buat hukum islam(kamu akan kata pas dah serah kat umno itu jangkaan saya) dan ini pasti akan berlaku pertembungan jd bila pas dapat lakukan apa yang dicita2kannya?jika ditakdirkan PR perintah malaysia satu hari nanti sampai bila pas kena tggu persetujuan dari dap?100tahun?200tahun or 1000tahun lagi baru boleh buat hukum islam?mcm tu ke?

Saya cuma mahu menggambarkan prinsip dap disini yg terus akan menolak hudud...lupakan umno yg kita tau mmg tolak hudud...sekarang kita bincang rakan pakatan yg juga tolak cita2 pas itu...apa jadi kalau pas pun tolak segala adat dan amalab dalam agama lain?mesti pas di tibai oleh rakan wahai bat8...

Islam itu bermula asing dan akan kembali asing maka berbahagia lah org yg asing...

bat8 berkata...

Anon 6:23

Buat masa ini hakikatnya PAS sudah tiada hudud lagi. Ini satu realiti yang besar yang perlu diterima. Ia perlu diterima kerana tanpa kita mengambilkira realiti yang ada, segala tindakannya adalah tindakan conterproduktif kepada pe4juangan PAS itu sendiri dan mengundang masaalah yang tidak sepatutnya timbul.

Sdra kena balik kepada persetujuan PR yang disertai ol3h PAS melalui tahalul siyasi. Perjuangan PAS untuk menegakkan hukum hudud diterima oleh DAP dan PKR. Ini sdra kena faham betul-betul. Dalam masa sekarang, keutamaan PR, juga dipersetujui oleh PAS adalah mengambil Putrajaya. Tanpa kuasa tidak mungkin segala kepincangan yang ada dapat diperbaiki. Begitu juga perlaksanaan hudud. Dengan perlembagaan yang ada, jika hudud h3ndak dilaksanakan beberapa undang-undang sedia ada dan peruntukan perl3mbagaan perlu dipinda. Bol3hkah pindaan-pindaan ini dibuat tanpa PR mengambilalih Putrajaya?

Saya tidak dapat menjawap kenyataan bagi pihak DAP Sarawak. Kita tunggu k3nyataan dari DAP Pusat. DAP Sarawak bukan DAP Pusat.

Apa isunya DAP Sarawak menolak hudud. Bukan sahaja DAP Sarawak menolak hudud tetapi kesemua parti-parti kapir yang menjadi komponen BN m3nolak hudud. Malah ancaman yang dibuat ol3h parti-parti komponen BN ini kepada UMNO jauh lebih keras.

Pendirian DAP Sarawak adalah masaalah DAP Pusat. Seperti saya katakan DAP dan PKR tidak menolak hak PAS untuk mempe4juangkan hudud. Cuma dalam keadaan realiti politik hari ini prioriti PR yang juga dipersetujui oleh PAS adalah untuk m3ndapat kuasa diperingkat persekutuan. Jadi saya tidak nampak pen3kanan sdra terhadap sikap DAP Sarawak ini yang tidak mengambarkan pendirian DAP Pusat. Tidakkah PR mempunyai Majlis Presiden dimana masaalah seperti ini dib8ncang dan diselesaikan diperingkat tertinggi.

Kita sebagai orang Islam mahu melihat hudud dilaksanakan, tak kira oleh PAS atau UMNO. Melihat kepada realiti ha4i ini, peluang untuk melihat hudud dilaksanakan agak lebih baik melalui PR berbanding BN. Melalui PR, perlaksanaan hudud direcognise sedangkan melalui BN, bukan sahaja parti kapir menolak dengan keras, UMNO sebuah parti melayu Islam juga menolak.

Jadi saya tidak faham conce4n sdra tentang pendirian DAP Sarawak dalam isu ini. Kita harus melihat isu ini dalam skop yang lebih luas.



Tanpa Nama berkata...

Sekarang kita sedang menunggu apa tindakkan dan kenyataan dap pusat dan pkr pusat...masih lagi diam...menunggu penuh minat saudara bat8...

Saya concern sebab ini adalah bibit2 masalah yg timbul...saudara mungkin boleh kata ini masalah kecil dan tak meluas tp ini pasti akan membawa masalah dikemudian hari dan pasti akan ada pertembungan dlm isu hudud ini bila PR dapat ambil alih putrajaya...tiada jaminan yg ahli parlimen dap sarawak akan menyokong usul pinda perlembagaan untuk hudud jika pr dpt putrajaya...

Harap dap pusat dapat nasihat sarawak dan harap dap sarawak bertindak rasional dan adil dlm hak org islam jika mereka mahu hak bkn islam dihormati...

Tanpa Nama berkata...

Tak ada ribut psl hudud tiba tiba DAP Sarawak membawa isu hudud

DAP Sarawak bukannya tak tahu ujud nya persetujuan PR LGE pernah berkata ketiga tiga parti menghormati dasar antara satu sama lain Kalau PAS boleh laksanakan hudud atas kehendak majoriti rakyat DAP tak boleh buat apa apa Malangnya bukan DAP saje yg tolak hudud tapi UMNO pun tolak hudud

Minum arak tu tak ada bantahan dr kaum mereka dan juga dr ketua agama mereka tetapi hudud di tolak oleh segelintir orang melayu dan UMNO termasuk beberapa org ulamak yg membuat kenyataan meringan kan hudud

Jadi kita tak boleh melupakan UMNO dlm hal ini sbb tanpa UMNO kita bukan tunggu 1000 tahun tapi kita kena tunggu kucing bertanduk walaupun yg memerintah PAS dan UMNO pula jd pembangkang pd masa itu Semua dan setiap org Islam mesti sokong hudud Mustahilkan ? Hadis pun ada org Islam tolak ini kan pulak hudud

Kenyataan DAP Sarawak adalah semata mata memberi peluang kpd UG PAS membuat kenyataan balas seolah olah UG PAS bersedia tinggalkan PR Jadi setuju dgn Bat8 iaitu "Buat masa ini hakikatnya PAS sudah tiada hudud lagi" Yg berkuasa dlm PAS ialah Hj Hadi dan UG bukan Anonymous October 20, 2014 at 6:23 PM

in respond to bat8 6:23 PM
Saya tidak dapat menjawap kenyataan bagi pihak DAP Sarawak. Kita tunggu k3nyataan dari DAP Pusat. DAP Sarawak bukan DAP Pusat.

bat8 berkata...

Anon 11:40

Jawapan saya kepada puak UG ialah sila komen dan gunakan isu DAP Sarawak untuk memecahbelahkan PAS. Sebab soalan sama kita minta puak UG ni jawab - hudud mana?

Jika kita mengikuti permainan UG ini sejak ia mula diketahui umum selepas PRU 2008, 6 tahun dulu - hududlah yang selalu disensasikan untuk cuba mengeruhkan hubungan didalam PR dan meletakkan PAS didalam keadaan serba salah. Akhirnya kerana samada ketika itu UMNO dalam keadaan terdesak atau kedudukan PR yang lebih selesa sehingga perlu disabotaj.

Itulah yang dibuat setiap kali. Ia hanya untuk menimbulkan polemik dan perbalahan dimedia terutamanya Utusan Malaysia untuk mengambarkan ketidak sepakatan di dalam PR. Sedang isu ini dan polemik ini boleh dihentikan melalui perbincangan peringkat tinggi di dalam Majlis Presiden PR. Katalah jika perkara ini dapat disepakati oleh 3 pemimpin utama PR - yang menjadi masaalahnya, PAS menghadapi masaalah untuk mengambil tindakan terhadap puak UG ini secara dalaman. Saya sudah banyak membicarakan modus operandi puak UG didalam PAS.

Masaalah UG adalah masaalah dalaman PAS dan perlu ditangani oleh ahli-ahli PAS.Sama juga dengan masaalah DAP Sarawak perlu ditangani oleh DAP. Disini masaalah tidak mencampuri urusan dalaman parti kawan perlu dihormati.

Percaya masaalah UG bukan masaalah besar sangat kerana mereka hanya beberapa kerat sahaja. Malah tindakan UG ini jelas menentang dasar semasa PAS yang masih mengekalkan tahaluf siyasi dengan PR. Masaalahnya puak UG telah menguasai jawatan2 penting didalam PAS termasuk didalam DUPP dan MSU. Ahli2 PAS dapat s3lesai masaalah ini, maka selesailah masaalah UG dalam PAS.

Jangan risau jika puak UG mahu mengambil kesrmpatan untuk sabotaj menggunakan isu DAP Sarawak. Kita sama-sama tunggu macamana mereka nak main. Kita tunggu kenyataan Ust Nik Zawawi, Dr Khairudin At takiri, Nik Abduh, Tantawi atau mungkin Dr Mahfodz.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini dap sarawak yg panaskan balik isu hudud ni wahai saudara bat8...tak kira puak UG atau yang benci UG dikalangan ahli atau penyokong PAS sedikit sebanyak akan terasa...kalau tak setuju diam2 saja lah jgn nk buat kenyataan bodoh time tgh gawat ni kami ahli yg tak sokong UG pun rasa sakit hati dgar kenyataan mcm tu...kenapa dap sarawak ni ingat bila dia buat kenyataan tak efect dap semenanjung ka?nanti puak2 umno kt semenanjung ni dok pong pang pong pang guna isu dap sarawak ni org bukan kesah pun dia serawak ke pusat yg penting nama dap tu yg sakit kepala nk menjawab yg dekat semenanjung ni la...

bat8 berkata...

Anon 6:18

Jawapan saya semuanya diatas kerana saya akan mengulang perkara yang samam Kalau xfaham juga terpulanglah.

Tanpa Nama berkata...

Orang arab kata gabungan PR adalah suatu taktik dan bukannya prinsip, dimalaysia pula bermentaliti kuda memperkuda.sampai bila pun tak menang dan minda tidak berkembang.

Tanpa Nama berkata...

Semua org faham bat8 dan tau niat bat8 tu...nk salahkan UG memanjang itu hak bat8 saya tak campur ikut suka hati bat8 la even kalau longkang sumbat pun salah UG jugakkkkk...saya cuma mahu DAP sarawak jaga DAP pusat dengan jgn buat statement bodoh itu sahaja...tapi bat8 pergi meleret sampai ke UG lah apalah sy fahami niat bat8 tp malas campur itu hak kamu saudara bat8...untuk pengatahuan saudara bat8 sy selalu baca reply dan post kamu dan saya tahu apa niat kamu dan hargai niat kamu itu yg cukup konsisten...teruskan usaha kamu itu saudara bat8 dalam menjatuhkan puak UG itu Allah pasti bersama org yg benar seperti kamu insya Allah

bat8 berkata...

Anon 10:59

Saya tidak ada komen baru s3lain komen-komen yang saya buat sebelum ini. Jawapan kepada isu yg sdra bangkitkan sudah terjawab didalam komen-komen tersebut.

Walaupun apapun kita mesti belajar berbeza pendapat dan menerima perbezaan pendapat. Itu dinamakan meraikan kepelbagaian. Syabas kepada sdra kerana mahir melakarkan pemikiran sdra dalam bentuk komen yang boleh dikongsi bersama. Jika ramai o4ang PAS seperti sdra, PAS pasti hebat sehebat dan seindah Islam itu s3ndiri.

Syabas!

Tanpa Nama berkata...

Apa isunya DAP Sarawak menolak hudud.

Rujuk

Bukan sahaja DAP Sarawak menolak hudud tetapi kesemua parti-parti kapir yang menjadi komponen BN m3nolak hudud. Malah ancaman yang dibuat ol3h parti-parti komponen BN ini kepada UMNO jauh lebih keras.

*****
(Yang selalu main isu hudud ia lah UG)
*****
Rujuk

Itulah yang dibuat setiap kali. Ia hanya untuk menimbulkan polemik dan perbalahan dimedia terutamanya Utusan Malaysia untuk mengambarkan ketidak sepakatan di dalam PR. Sedang isu ini dan polemik ini boleh dihentikan melalui perbincangan peringkat tinggi di dalam Majlis Presiden PR

Mengapa Sekarang ini dap sarawak yg panaskan balik isu hudud ni Bukan dua tahun lalu atau mengapa tak tahun depan ?

Tak ada beza nya DAP Sarawak main isu hudud sekarang atau tahun depan Kalau UG tak "Itulah yang dibuat setiap kali" DAP Sarawak tak panaskan balik isu hudud (Hudud Kelantan timbul pasal UMNO tak hadir mesyuarat Geng mana PAS Kelantan?)

*****

Pas perjuang hudud dan dap sokong tak boleh ke?biar ada win2 situation jgn nk menang part kita saje time nk minum arak dap kata itu hak bukan islam n siap promosi lg minum ltak dalam fb tp time pas nk perjuang hudud dap bantah tgok apa dah jd kt serawak dap nk keluar pr...jd mana hak org islam?adil ke tak?

October 19, 2014 at 9:57 PM

Kat hujung hujung dah lain Rupa rupa nya masalah nya pasal DAP Sarawak panaskan Isu ketika sedang gawat

Lebih mengelirukan "saya cuma mahu DAP sarawak jaga DAP pusat dengan jgn buat statement bodoh itu sahaja." Kenapa lah pulak masalah DAP jd masalah anon

Tanpa Nama berkata...

Manusia pandai bermain kata2 bila keluar satu isu akan di spin hingga nampak benar dipihaknya atau orang yang disokongnya sudah hilang kebenaran dan tiada kemuliaan dan ketinggian budi...akan diulang-ulang tanpa pedoman...itulah lumrah politik hari ini...pertahankan kawan kita walaupun terang2 kawan kita salah...spin dan terus spin hingga hilang kebenaran...