Gambar intim: Dyana marah jadi mangsa diskriminasi
SHAH ALAM - "Saya berasa marah tetapi saya tidak akan layan politik jahat macam ini," demikian kata bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kepada Sinar Online, hari ini.
Dyana Sofya menegaskan serangan peribadi ke atasnya kali ini adalah kerana beliau seorang wanita yang mudah dibuli seperti mana tuduhan ke atas beliau berpakaian bikini untuk ke parti ketika kempen pilihan raya lalu.
"Hal ini menjijikkan bagaimana mereka tetap menggunakan politik longkang terhadap pembangkang.
"Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah. Sebab saya wanita, saya dilihat sebagai mudah dibuli. Saya marah, tetapi saya tak nak layan politik jahat macam ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran gambar miripnya dan juga Ahli Parlimen Bukit Bendara, Zairil Khir Johari menjadi viral tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan sejak pagi tadi.
Gambar intim sebanyak sembilan keping itu dalam posisi berpelukan dengan berpakaian secara formal dan santai di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum. -SH
Gambar intim: Zairil pertimbang ambil tindakan
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang kini menjadi viral dalam media sosial sejak awal pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga menafikan sekeras-kerasnya sebagai pelaku dalam gambar itu sambil menyifatkannya sebagai fitnah untuk menjatuhkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.
"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.
"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Online, hari ini.
Awal pagi tadi, gambar dua mereka menjadi viral apabila ia mula tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan.
Gambar intim sebanyak sembilan keping itu menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.
Salah satu blog yang menyebarkan gambar intim itu bagaimanapun mahu dua pemimpin Melayu DAP tersebut tampil menafikan perkara tersebut. -SH
ULASAN GB
Kelakar, bagaimana rambut Dyana boleh termasuk di dalam cerminmata Zairil?
Dari dulu, semenjak fitnah menggunakan teknik superimposed dilakukan oleh macai-macai UMNO, muka "pelakonnya" tak pernah terang dan jelas. Gambar hitam-putih untuk tidak menampakkan kesan editing.
Kecuali gambar fitnah Azmin Ali yang berwarna, tetapi itu pun ditunjukkan dari sudut jauh... sehingga jelas terdapat kecacatan besar terhadap gambar berkenaan.
Orang yang diftnah akan mendapat pahala percuma, sementara yang memfitnah akan terus ditimpa kehinaan dan dosa. Buktinya, Azmin yang diftinah kini seorang Menteri Besar, sementara orang yang sering melakukan fitnah iaitu papagomo, sentiasa gagal di dalam kes mahkamah dan terus ditimpa kehinaan sehingga saat matinya (selagi dia tidak bertaubat nasuha dan meminta maaf daripada orang-orang yang difitnahkannya).
Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan sebagaimana yang difirmankan Allah swt:
Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
13 ulasan:
Cuba fikirkan, bagaimanakah hanya pihak UMNO shj yg boleh mendapatkan maklumat bergambar spt ini? Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah ciptaan mereka untuk tujuan fitnah!
Kalu dah makan duit haram...perangai pun macam haram jadah...
tidakkah ayat al-Buruj:10 tersebut juga berlaku kepada hadi and the ug gang?
ulamak yang ponteng tak buat kerja. lebih rela pergi uk ketika sidang parlimen. lebih baik bertanding jadi mp disana.
politik superimposed ni org dah x lyn, dah x kisah bro..
Seolah-olah amalan fitnah merupakan amalan mulia di Malaysia ini kerana tdk dilarang sama sekali oleh pihak yg bertanggunjawab, dlm hal ini pihak berkuasa memandang remeh walaupun dlm al-Quran jelas melarang sama sekali amalan fitnah ini dan yg anehnya pemfitnah mendapat tempat dan disanjung serta dihormati oleh sebahagian pemimpin negara.
Anon 9:30
Mengapa UMNO? Kerana r3kod m3nunjukkan dari video sex sampailah kepada gambar-gambar superimposed seperti ini begitu sinonim dengan UMNO. Logik akalnya, bila berlaku sesuatu, orang akan tuduh orang yang memang diketahui umum memang suka buat kerja itu. Tidak begitu.
Jalan terbaik ialah saman orang yang menyebarkan gambar2 itu. Prec3dent mahkamah banyak dimana lerja2 seperti ini terkantoi.
Fitnah yang berleluasa adalah antara tanda kiamat telah semakin hampir...
Dulu masa aku kecik2 atuk aku pernah cakap, orang yg suka buat fitnah ni mak bapak buat dia masa orang tengah sembahyang jumaat. Betul ke tak betul kena laa tanya atuk aku...... Dia kena marah kat mak bapak dia le.
Manusia bila tak belajar ugama ini lh jadinya...tak tau benda ni akan membawa kpd hari pembalasan nanti dan seksanya amat berat klu tidak bertaubat dan bertemu org org yg kita fitnah utk mintk maaf..jgn menambah dosa yg sediaada...bertaubatlah sekiranya kita beriman
gambar kena seliper kat muka pemimpin ada lah rasa tak puas hati se org rakyat utk menyedar kan pemimpn tersbt terhdp nasib rakyat yg susah Tak ada tujuan utk malukan atau nak fitnahkan pemimpin tersbt Pelaku di tahan utk siasatan
Gambar Dyana bersama Zairil Khir adalah berupa fitnah Mrk yg melakukannya hny tidak puas hati kedua dua mereka ahli DAP yang tidak dilarang oleh undang undang men.gikut demokrasi Lain lah kerana mereka jd ahli DAP org melayu jd bodoh mcm ahli UMNO
Kita jd sakit hati bukan pasal gambar tersbt tp sbb tahap kebodohan indv yg membuat fitnah tersbt
Dyana sgt aktif dgn prog kebajikan dan kemasyarakatan anjuran DAP I follow sbb I peminat dia Tu yg menyebabkan mereka iri hati
Kita salah kalau kita kaitkan gambar tersbt dgn Dyana walapun itu lah sebenarnya tujuan si pelaku fitnah
Kita biarkan gambar tersebut di kaitkan dgn Zairil sahaja Ini akan memusnahkan niat asal jahat si pelaku fitnah
seolah olah umno dilahirkan utk melakukan fitnah dgn perlakuan jijik ini yg tidak ditentang oleh ustz umno.restu pemimpin demi kuasa politik menjadikan perlakuan jijik ini terus bermaharajalela.umno dan fitnah umpama isi dgn kuku,aur dgn tebing.Amat malang masih ramai melayu yg bersekutu dgnnya.
Eh..betul lah tu, mna ada palsu gmbr2 ni. Kami (47%) prcaya 100% keaslian gmbr ini sama sperti kami mmpercayai Pimpinan Kerajaan BN yang brjanji tidak akan ada kenaikan harga minyak slps PRU13 dulu...dan mmg betul, harga minyak tidak naik...hanya subsidi dikurangkan..hehehe
Catat Ulasan