9 Sep 2014

[VIDEO] Perwakilan Muktamar Yang Tentukan Kedudukan Presiden

PasMa bukan kelangsungan 'projek langgar Hadi'

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menolak tanggapan pihak tertentu bahawa kehadiran NGO yang ditubuhkan kira-kira sebulan itu, sebagai satu kelangsungan "projek" untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menafikan andaian bahawa kehadiran NGO itu, walaupun ditubuhkan oleh ahli PAS itu, adalah untuk menentukan kepimpinan parti itu dalam pemilihan parti.

"Saya menafikan (dakwaan itu) bahawa kita mahu 'melanggar presiden', untuk menjatuhkan presiden. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan.

"Jatuh bangun presiden dan (anggota) jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan.

"Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan," katanya dalam forum 'PAS campur Umno: Ke mana hala tuju?' di ibu negara malam tadi.

ADUN Pengkalan Kundor yang masih ahli PAS itu menjawab soalan hadirin berhubung sejauh mana kebenaran kehadiran NGO itu sebagai kelangsungan untuk mahu menjatuhkan Abdul Hadi sebagai presiden PAS dalam pemilihan parti.

Sebaliknya, Phahrolrazi menjelaskan NGO itu mahu memastikan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat sekalipun ada kepimpinan PAS yang merasakan kehadiran mereka sebagai 'ancaman' kepada parti itu.

"Kita kena selesai pemikiran ini. Ada pemimpin yang tidak benar ahli PAS sertai PasMa, kemudian, tarik balik. Ini kekangan yang perlu diselesaikan," katanya.

'Politik mirip Fadzil Noor'

Menurut beliau, pihaknya juga akan membuat siri kempen jelajah di setiap negeri bagi memupuk kesedaran penyokong Pakatan Rakyat supaya memperkukuh lagi gabungan pembangkang itu.

"Kita mahu mengukuhkan (Pakatan) yang sedia ada. Lebih baik kita menyelesaikan kemelut yang sedia ada sekarang. Itu harapannya.

"Kita tidak mahu adanya perbezaan pendapat. Tapi apa yang berlaku sekarang kita beri peluang kepada musuh. Umno tak payah buat kerja.

"Sepatutnya kita memberi tumpuan untuk menghadapi BN/Umno. Kita turun padang, tetapi tindakan kita, nampaknya menjejaskan sokongan rakyat," katanya sambil mengulangi pendirian bahawa NGO itu tidak berniat untuk menjadi parti politik.

"Takkan saya nak keluar PAS dan bentuk parti politik lain," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Sebelum itu, Timbalan Presidennya, Mohamad Hussain melancarkan penubuhan NGO itu secara rasmi dan mengumumkan kepimpinan tertinggi NGO itu termasuk melantik ketua perhubungan di setiap negeri.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Puteh berkata pendekatan NGO itu ada mirip kepada gaya politik bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor tanpa menghurai lanjut mengenainya.

"Selepas pelancaran ini, kita akan melancarkan satu lagi di negeri Pahang. Di Bandar Temerloh," katanya sambil diiringi kira-kira 500 hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam tadi.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga Hadi dijatuhkan dalam muktamar

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah ada juga yang berani dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

Jika PAS mahu terus relevan dlm arena politik negara, tidak dpt tidak pada muktamar akan dtg, perwakilan PAS perlu gantikan Hj Hadi dgn calon lain yg lebih komited utk perkukuhkan Pakatan Rakyat seterusnya untuk ambilalih Putrajaya pada PRU ke-14 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Gantikan Hj Hadi pada muktamar PAS akan datang...
Undur Hj Hadi undur...gantikan Hj Hadi...
kami penyokong PR kecewa dgn tindak tanduk Hj Hadi yg telah melenyapkan impian kami utk melihat umno dikuburkan pada pru 14 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya dlm PAS tak ada yg berani untuk usul agar Tuan Presiden skrg digantikan...nak harap Nik Ajis nampak dah jadi mcm tak setegas dulu lagi...aduhaiii...

Tanpa Nama berkata...

ISU SELANGOR menjadi mudah untu di selesaikan jika semua mematuhi undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana yang dilakukan oleh TS Khalid Ibrahim.

TSKI tidak meletak jawatan sebagai MB apabila diminta oleh PKR. Ini kerana daripada segi perlembagaan bukan PKR yang melantik beliau menjadi MB.

Kelayakan menjadi MB adalah daripada sokongan majoriti ADUN di DUN Selangor.

Kemudian, pada TSKI memohon kepada DYMM Sultan untuk meletak jawatan sebagai MB setelah DS Wan Azizah membuktikan bahawa dia telah mendapat sokongan majoriti (30) ADUN.

Masalah timbul bila pihak yang tidak mempunyai hubungan atau mempunyai lokus standi untuk buat kenyataan yang mengikut undang-undang.

MSU PAS tiada berkaitan dengan undang-undang tubuh Selangor juga sepatutnya diam. Kuasa MSU hanya dalam PAS sahaja dan ia tidak terpakai di Negeri Selangor.

ADUN Selangor bertanggungjawab kepada rakyat Selangor. Bukan kepada MSU PAS.

Begitu juga sepatutnya Presiden PAS hanya mengikut sahaja apa yang telah disepakati oleh ADUN Selangor.

Ini kerana ADUN Selangor memegang amanah yang diberikan oleh rakyat Selangor dalam memilih seseorang untuk dicalonkan menjadi MB.

Rakyat Selangor tidak memberikan hak kepada Presiden PAS untuk mencalonkan MB Selangor.

Kuasa Presiden PAS, DAP dan PKR - setakat memilih calon daripada parti masing-masing untuk bertanding dalam pilihanraya.

Selepas menang, ADUN itu lebih bertanggungjawab kepada rakyat Selangor.

Dalam kes ini, semestinya ADUN PR taat dan wala kepada amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin PasMa ditubuhkan oleh mereka yang dikecewakan oleh pucuk pimpinan PAS.

Unknown berkata...

Ini seropa keje orang yg " menangguk d air keruh " jer..
Orang tengah nak settle kemelut..
Time ni le nak ber pasma la plak..
Manusia ni ada mcm2 perangai..
Tanya lain..
Jawab lain..
Hati kata lain..

Tanpa Nama berkata...

Abdul Brahman Zakaria,
Benar " menangguk diair keruh" - PasMa nak jernihkan air supaya tau dan nampak "kilat" ikan tu.Elok kalau saudara mau baca citer dari LUHAM yg ada dlm.blog ni agar minda terbuka sikit.Ini kemelut dalaman PAS terserah kpd perwakilan untuk menyelesaikannya.