15 Sep 2014

Petrol & Diesel Dikenakan GST, Rakyat Terus Tertekan Di bawah UMNO BN...


Sah Harga Minyak Naik Lagi Dengan GST

Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.

Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.


Saya juga telah menyatakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

Saya dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.

Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.

Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

Saya menggesa supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

Pada masa yang sama, saya seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan


GST will include petrol, not in zero-rated list – Kastam

The Goods and Services Tax (GST) is set to kick off in April next year, and while there will be a long list of basic necessities exempted from the tax, petrol will not be in it.

This was disclosed by Royal Malaysian Customs Department senior assistant director Ishak Daud at a GST briefing organised by Universiti Tunku Abdul Rahman and Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators in KL yesterday.

He told Chinese language newspaper Sin Chew Daily that the government plans to announce the addition of 80 to 85 zero-rated items at or before the 2015 Budget, which is scheduled to be tabled in Parliament in October. Zero rated = no GST.

It was previously reported that the government was considering the possibility of exempting RON 95 petrol and diesel from GST. Both are exempt from the current sales tax, which the 6% GST will replace. This means that if the rate of fuel subsidy remains the same, price of petrol is set to increase come April 2015.

The “mass market” RON 95 petrol, currently priced at RM2.10 per litre at the pumps, is subsidised by the government. RON 97 prices are fixed based on a managed float with the monthly price determined by market forces. Earlier this week, it dropped 10 sen to RM2.75 per litre.
-paultan.org










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar rasanya nak tengok TGHH menunjukkan keprihatinan dan cadangan bernas utk mnegelakkan perlaksanaan GST ini.... (Piiraahh...)

Tanpa Nama berkata...

Kena sokong LA gst rayat mlysia boleh

Tanpa Nama berkata...

tok guru kan ada din ayam pakar strategik

Tanpa Nama berkata...

Apa lah kuasa rakyat kat M'sia nie...Apa yg kerajaan putus kan selalunya 100% terlaksana..Pihak pembangkang menyeru rakyat bangkit menentang, namun sejauh mana berkesan.setiap kali perhimpunan pasti ada rakyat yg cedera dan ditangkap...rasanya mcm sia2 sahaja...kerajaan pasti akan buat apa yg akan menguntungkan kerajaan dan rakyat akan digula-gulakan dgn BRIM..itu sahaja...yg pasti rakyat semakin terhimpit dgn kos sara hidup...lihat lah nanti...

Tanpa Nama berkata...

Sepatuhnya Tuan Guru Haji Hadi selaku president PAS a.k.a iaitu ulama pas termulia yang telah diberi kuasa muktamat oleh yang mulia Ulama MSU PAS, supaya Tuan guru Haji Hadi boleh naikan TKSI ambil jawatan Pedarna Menteri, dan Ulama Pas termulia termasuk yang mulia Tuan Guru Haji Hadi boleh PANTAU TKSI supaya dapat turukan harga minyak.

Tanpa Nama berkata...

It was previously reported that the government was considering the possibility of exempting RON 95 petrol and diesel from GST.

Tau la, pembangkang ni ramai yang pakai RON97, ye tak..

Tanpa Nama berkata...

Semua ini akan selesai apabila PAS menyertai BN semula dengan Presiden PAS menjadi TPM II dengan portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani

Tanpa Nama berkata...

Laaaa... kan bila ada gst harga barang turun.... (18% - 6%). Apa pulak ko kata harga minyak naik, wahai rafizi?

Tanpa Nama berkata...

1. lembu yang bodoh dan gemuk kerana kuat makan, mudah kena sembelih oleh tuannya.

2. tuan lembu akan beri makanan secukupnya kepada lembu belaannya agar mudah disembelih bila diperlukan.

3. lembu walaupun ada otak tetapi tidak pernah menggunakan otaknya untuk mengelakkannya drp disembelih.

4. binatang ternakan paling banyak dipelihara oleh orang melayu di negara kita ialah lembu dan kambing.

Tanpa Nama berkata...

alaa..sikit je tu.pendapatan per kapita kn dh naik..

Tanpa Nama berkata...

"GST ialah bonus kepada kakitangan" kata lembu kepada kambing

Tanpa Nama berkata...

Inilah sebabnya umno/bn tidak suka rakyat menjadi pandai dan bermaklumat, supaya boleh diperbodohkan demi kelangsungan nafsu iblis umno/bn. Akta hasutan pula dimanipulasi untuk menutup pekung mereka.

Tanpa Nama berkata...

Yeaayy..!! Thun dpn msih dpt BR1M.

Tanpa Nama berkata...

Well nak katakan apa dah, dah majoriti rakyat malaysia terutamanya umat melayu mr.bean masih berfikiran macam rakyat africa. Jadi pemimpin nak kelentong rakyat memang senanglah. Kalau PM kita buat benda yang sama di Thailand, sila hari kena rakyat serbu pejabat lu beb dan ditampar muka lu oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan UG boleh sambut berita ni dengan gembira?,rakyat biar hidup melarat, ulama vellfire