15 Sep 2014

PAS Keluar Pakatan Rakyat Atau Golongan Konservatif Tinggalkan PAS


Samada PAS Keluar Pakatan Rakyat Atau Golongan Keservatif Keluar PAS

Aku teringat kata-kata J.F.Kennedy, Presiden Amerika Syarikat,” "My fellow Americans, ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country." Maknanya negara dan rakyat lebih penting dari segala-galanya dan fikirkanlah apakah sumbangan anda kepada bangsa dan negara. Cuma yang aku hendak tekankan disini ialah setiap pemimpin harus mementingkan kesejahteraan rakyat dan elakkan daripada memikirkan hal diri dan keluarga.

Sehubungan dengan itu, bagi aku Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang agak ‘tergugat’ kini.

Mahu tidak mahu itulah keadaanya. Tidak pula membimbangkan kerana dalam sekelip mata sahaja ia pasti dapat dipulihkan dengan adanya ‘ubat’ mujarab yang boleh dijadikan penwar kepada ‘penyakit’ yang dihidapi kini. Penyakit dalam Pakatan Rakyat kini ialah adanya pemimpin yang aku anggap tidak sehaluan dengan pemimpin lain dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambil alih Puterajaya. Untuk dikatakan seperti musuh dalam selimut tentunya agak keterlaluan, namun yang pastinya ‘barah’ ini lambat laun akan merebak ke seluruh badan juga sekiranya tidak dibendung.

Kenyataan TG Haji Hadi yang berkaitan dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang menggambarkan bahwa TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan keyakinan kepada kepimpinannya dan yang paling menyedihkan akan ‘menggugat’ pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur. Mungkin tidak……

Kenyataan TG Haji Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak ‘memeranjatkan’. Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on Khalid as MB) even though the issue of appointing a (new) menteri besar has yet to be resolved, and Khalid is only acting as a transitional menteri besar as requested by the Selangor sultan. ……What more, Khalid is an independent state assembly person without any party," Malaysiakini 13 September 2014

Menampakkan bahawa disebabkan keghairahannya yang melampau untuk mempertahankan TS Khalid sebagai Menteri besar Selangor beliau telah ‘melupakan’ dan terlepas pandang banyak perkara. Yang agak serious ialah tentang perletakkan jawatan TS Khalid sudah diterima oleh DYMM Baginda Sultan Selangor. Apakah TG Haji Hadi sudah mahu menongkah arus tentang apa yang telah diputuskan oleh DYMM Sultan Selangor.

Berlainan dengan DAP yang juga merupakan sekutu Pakatan Rakyat. Demi untuk memperjuangkan rakyat Malaysia DAP sanggup membuat berbagai perubahan terutama dari segi imejnya. Sejak zaman berzaman, DAP dilihat sebagai parti yang dimonopoli kaum Cina. Namun kini DAP mengambil langkah drastik menukar iemjnya agar dlihat sebagai sebuah parti yang dimiliki oleh berbagai kaum.

Keadaan ini yang membimbangkan UMNO (Barisan Nasional) yang sentiasa mengharapkan agar DAP terus menerus mengekalkan identitinya sebagai parti orang Cina.
Dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh DAP terutama dengan meletakkan Dyana sebagai calon di Teluk Intan baru-baru ini telah dapat mengubah persepsi orang Melayu yang semenjak sekian lama beranggapan sedemikian. Walaupun tewas sekurang-kurangnya telah mula menambat hati dan mendekatkan diri orang Melayu kepada parti DAP.

Ramai yang tidak sedar dan melupai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. Dan kehadiran serikandi anak Perak untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa ‘air’ sudah bah tetapi ‘pasir’ yang tidak mahu berubah.

Kemunculan Dyana ‘mengejut dan memeranjatkan’ banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. ‘Excitement’ yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam ’ring’ di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaan politik tanah air yang ‘menyamankan’. Ini yang dikatakan anjakan paradigma politik. Tindakan DAP ini dengan serta merta boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia.

Seharusnya momentum seperti yang berlaku di Teluk Intan dan PRU 13 itu diteruskan. Maknanya kerjasama yang sungguh erat antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu diteruskan. Malangnya akibat daripada tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS terutamanya TG Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS yang dirasakan tentang ‘kelainan’nya berbanding dengan TG Haji Hadi sebelumnya. Rakyat dari semua lapisan masyarakat dan dari semua kaum di Malaysia telah meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat agar dapat merampas Puterajaya pada PRU ke 14. Setiap rakyat dari semua kaum sudah begitu yakin dengan hasrat dan perjuangan ini.

Sayang seribu kali sayang. Beberapa tindakan TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin yang agak ‘usang’ dari segi pemikirannya telah seolah-olah cuba melambatkan ‘perjalanan’ Pakatan Rakyat menuju Puterajaya. Dan kadang-kadang kelihatan seolah-olah ada ‘tangan’ yang menggerakkan pemimpin konservatif agar bertindak sedemikian. Dan telah timbul juga tohmahan-tohmatah yang mengatakan bahawa golongan pemimpin PAS berkenaan telah pun semacam bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin beberapa orang pemimpin PAS ( yang berfikiran usang) perlu diketepikan demi untuk meneruskan perjuangan kita ke Puterajaya. Mereka tidak seharusnya dilihat sebagai batu penghalang ke arah pencapaian matlamat rakyat Malaysia untuk menegakkan sebuah kerajaan yang adil dan berketerampilan terhadap rakyat.

Aku semacam bersetuju dengan Abang Mat Sabu (walaupun aku lebih tua darinya) apabila beliau mengatakan,’ "The PAS Islamists should be wary of using Islam alone to get the votes of the people, for there will come a time when a "Jokowi" will be voted in by Malaysians and PAS hardline Islamists would have to mellow (down) and give their support to the one who will be getting the popular vote.” Malaysiakini 13 September 2014.

PAS bukan hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam sahaja. PAS sudah pun diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan rakyat Malaysia beradasarkan keputusan PRU 13 yang lalu dimana golongan bukan Melayu telah berduyun-duyun menyokong Pakatan Rakyat yang meletakkan calon dari PAS. Sekali lagi diharapkan agar momentum sedemikian berterusan.

Akhirnya tentulah tidak adil sekiranya aku memberikan suatu ‘ultimatum’ sebagai langkah untuk menyelsaikan isu yang agak kusut dalam pakatan Rakyat kini. Aku merasakan tidak ada jalan lain selain daripada samada samada PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau pemimpin konservatif dalam PAS meninggalkan PAS dan membiarkan golongan progresif dalam PAS terus mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Bukan merupakan sesuatu yang mudah…….. -abuhassanadam

ULASAN GB

Dari senario yang berlaku susulan isu MB Selangor, jelas kepada golongan yang mengisytiharkan diri mereka pro-Ulama nampaknya sudah tidak serasi dengan aspirasi Pakatan Rakyat.

Jika demikian halnya, memang benarlah cadangan penulis diatas, adalah terlebih baik bagi PAS keluar dari PR.

Ironinya sebilangan besar dari mereka tidak mahu keluar dari PR kerana mereka sedar dan tahu kemenangan PAS di dalam siri pilihanraya yang lalu adalah kerana PAS berada di dalam PR.

Mereka marah apabila diassosiasikan dengan UMNO sekalipun tindak-tindak mereka ke arah itu.

Jadi di kalangan pro ulama ini terbahagi dua - satu yang mahu ke UMNO sementara satu lagi geli untuk bersama UMNO.

Apabila PASMA diaktifkan untuk mengekalkan PAS di dalam PR, mereka menjadi cemburu. Malah PAS Terengganu melalui circular oleh Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, melarang ahlinya untuk menyertai apa-apa aktiviti PASMA. Khuatir dengan penyertaan ahli-ahli PAS Terengganu menyertai PASMA, Presiden PAS yang kebetulan orang Terengganu bakal tersingkir. Satu perjuangan yang ketara berbentuk assabiyah - kenegerian. Tiada negeri lain berbuat demikian setakat ini.

Tindakan ahli-hali PAS untuk menyertai PASMA (sebuah NGO) menyalahi undang-undang negara, malah Perlembagaan PAS sendiri kerana tiada di dalam mana-mana fasal dalam PAS yang menghalang ahli-ahlinya menyertai NGO, apatah lagi NGO itu adalah dari ahli PAS sendiri.

Jika mereka enggan untuk membawa keluar PAS dari PR, alternatif yang penulis di atas berikan ialah mereka perlu tinggalkan PAS. Sebabnya jelas, kehadiran mereka merosakkan PR.

Golongan pro-Ulama pula meminta golongan yang anti kepada mereka supaya tinggalkan PAS.

Jadi dua kumpulan dalam PAS kini berkonfrantasi, depan-depan dan senyap-senyap.

Quo vadis PAS? Biarlah muktamar tentukan.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya seelok nye pro ug yg keluar dr pas kerana PAS FOR ALL bkn PAS FOR ULAMAK/UG..

air gunung berkata...

Adakah mereka yg trlibat dgn politik ini faham apa itu politic?kerangka politik manakah yg digunapakai skrg?Benar PAS berpolitik berteraskan syariah.Tapi dlm bentuk rangka politik apa yg PAS berenang tenggelam timbul di Malaysia dan dunia amnya.Saya rasa semua ini telah dibincangbentangkan dlm Organisasi seperti PAS.Mungkin dah bertimbun kertas kerjanya.Means semuanya telah diberitahu dan disediakan.Disini perlunya kepimpinan yg cekap dan hebat bacaan politiknya serta kemampuan bertindak melaksanakan segala perancangan..bkn hanya cekap dan hebat ilmu agamanya dlm penyampaian tetapi sembab pelaksanaan.Atas dasar ini sy merasakan TGHH perlu berehat dr menggalas tanggungjwb membuat keputusan PAS.Bkn berehat berjuang.Ilmu dan pengalaman beliau masih boleh dimanafaatkan PAS.Serahkan tanggungjwb ini kpd mereka yg terbukti mampu dan teruji dlm dlm pertempuran mencari kuasa utk memakmurkan negara mengikut laras letusan syariah itu sendiri.

Ringgo berkata...

Inilah puak2 mmg tak suka pd pas...mereka memujuk pas masuk pakatan krn utk kepentingan mereka.bila pas masuk pakatan mereka anggap pas ni parti kampongan sbb mereka tak rujuk pun pas dlm langkah kajang...bila pas tak setuju mereka kata pas tak pandai politik.Bila berlaku kekecohan sekarg mereka salahkan pas.mereka tak sedar merekalah punca masalah.
Saya nak ingatkan kau semua sejarah telah membuktikan bhw puak2 islam inilah yg akan memperjuang islam bangsa dan negara abpila digugat.Dan mereka yg akan duduk dibarisan hdpan menentg musuh...puak2 lain akan lari malah ada yg bersekongkol dgn musuh.masa tu lah kita akqn tau sape yg ikhlas perjuang atau hy utk agenda sendiri.

Amuraria berkata...

gerombolan pengampu puak 'UG' perlu tinggalkan parti islam kerana perjuangan dalam islam jauh beza dari sekongkol dengan gerombolan perembat khazanah negara ,perasuah ,penzina & penyeleweng tahap gaban parti karat biru gila ketuanan! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Mari kita melihat kesuatu SISI yg lain..nape masaalah ini timbul & LIAT sgt utk selesai?

Marcos pun LIAT nak turun
Suharto pon LIAT
Ben Ali & Gadaffi lagi LIAT
Hosni Mobarak pon sama LIAT
Sumenya diPAKSA & ada yg diBUNUH utk turun

nape LIAT sgt?
sbbnya adalah..

KHIANAT..FITNAH..& RASUAH!!

mari sama2 kita jawab..
-adakah lebai2 sorban itu TAK KHIANAT/tikam blakang?
-adakah pil kuda itu bukan FITNAH??
-adakah dgn jubah sarban & gelaran2 ulamak tak dak ratus2 juta RASUAH???

bayangkan..
coba bayangkan..
coba bayangkan dlm2..

Seandainya SISTEM KUASA rakyat yg TELUS-sbnr2 BENAR &-ADIL dilaksana kan, adakah lebai2 sarban yg dipuja2 sbg FAKEH sggup akhirnya terjelopok masuk keDALAM????

tetapi..
TETAPI..
selagi puak2 setan yg dikenali ini BERKUASA, sume..sume,,,
KHIANAT..FITNAH..RASUAH peringkat tertinggi akan dijaga rapi slamat & sjahtera termasuk dr kalangan sembunyi GELAP2 setan2 jubah sarban yg berSEMBUNYI..

inilah perjuangan HIDUP MATI pngKHIANAT..pemFITNAH..peRASUAH yg sgt2 LIAT sama sbijik dgn mobarak ben ali dan gadaffi..

mrk sume SEDAR akan risiko ini!!!
apatah lagi yg brLINDUNG dgn TOPENG sarban dan jubah nabi!!!!



Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn ringgo 12.36.

Tanpa Nama berkata...

anak muda hutang PTPTN, rakyat terpaksa tanggung GST, PAS terpaksa tanggung biawak hidup, singkir saja UG

Tanpa Nama berkata...

GB tak paham bahasa ker? Ulama PAS mulia suci telah buat definasi bahawa mereka sendiri (iaitu,ulama pas mulia suci) adalah tertinggi di parti. Orang lain seperti GB tiada hak memberi pandangan. Maka tiada cara lain kecuali GB keluar parti.

Tanpa Nama berkata...

insyaallah Pas bertambah kuat bila UG disingkirkan...

Tanpa Nama berkata...

Ulasan bangang. .

in response to Inilah puak2 mmg tak suka pd pas...mereka memujuk pas masuk pakatan krn utk kepentingan mereka.bila pas masuk pakatan mereka anggap pas ni parti kampongan sbb mereka tak rujuk pun pas dlm langkah kajang...bila pas tak setuju mereka kata pas tak pandai politik.Bila berlaku kekecohan sekarg mereka salahkan pas.mereka tak sedar merekalah punca masalah. Saya nak ingatkan kau semua sejarah telah membuktikan bhw puak2 islam inilah yg akan memperjuang islam bangsa dan negara abpila digugat.Dan mereka yg akan duduk dibarisan hdpan menentg musuh...puak2 lain akan lari malah ada yg bersekongkol dgn musuh.masa tu lah kita akqn tau sape yg ikhlas perjuang atau hy utk agenda sendiri., by Ringgo.

Tanpa Nama berkata...

Ulama penting dipertahankan..tetapi bukan buat keputusan politik sendiri2....politik perlu strategi,nabi Muhammad berperang, memerintah dgn strategi bukan dgn doa semata-mata...bukan mudah menyatukan umat yg berlainan bangsa dan agama...sy harap pas terus kukuh

Tanpa Nama berkata...

Better buat undian pada muktamar nanti samada Geng UG Ulama Mulia Suci atau Geng Professional yg perlu keluar drp PAS...Tapi pada aku yg paling penting gantikan dulu Hj Hadi tu...

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak ikut style ulama maka mampuslah kita ditambahkan lagi ulama kebanyakkan ibaratkan katak di dalam al quran. Tahu al quran dan ilmu hadis belum cukup syarat beb sebab tu lu kena hormat golongan profesional baru cukup syarat. Kalau tidak amcm lu nak ajar rakyat mengikut peredaran semasa sebab rasullulah saw sudah pesan dengan kita ajarlah anak kita mengikut peredaran semasa kerana apa yang dihadapi oleh anak kita di masa akan dtg adalah berbeza dengan apa yg kita alami sekarang. Lu dah lupakah atau pura - pura lupa apa rasullulah saw pesan wahai ulama PAS.

Sorry kalau i terkasar bahasa lu ulama PAS sudah menderhaka kpd rasullulah saw kerana salah satu ajarannya lu tidak laksanakan. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Duduk barisan depan? Himpunan rakyat pun tak nampak btg hidung geng ug dan ulamak mulia suci ni... yg kena belantan dan gas kitaorg geng bawahan ni..

in response to Inilah puak2 mmg tak suka pd pas...mereka memujuk pas masuk pakatan krn utk kepentingan mereka.bila pas masuk pakatan mereka anggap pas ni parti kampongan sbb mereka tak rujuk pun pas dlm langkah kajang...bila pas tak setuju mereka kata pas tak pandai politik.Bila berlaku kekecohan sekarg mereka salahkan pas.mereka tak sedar merekalah punca masalah. Saya nak ingatkan kau semua sejarah telah membuktikan bhw puak2 islam inilah yg akan memperjuang islam bangsa dan negara abpila digugat.Dan mereka yg akan duduk dibarisan hdpan menentg musuh...puak2 lain akan lari malah ada yg bersekongkol dgn musuh.masa tu lah kita akqn tau sape yg ikhlas perjuang atau hy utk agenda sendiri., by Ringgo.

bat8 berkata...

GB

Puak ulamak yang pro Umno dipanggil UG.Satu puak lagi ialah golongan konservatif.

Yang sedang galak membuat huruhara dalam PAS hari ini ialah puak UG. Percayalah golongan kepala2 UG ini adalah kecil. Tetapi kita nampak seolah2 berprofil tinggi kerana mereka t3lah hijack jawatan2 strat3gik di dalam MSU, Dewan Ulamak, JKPP. Jika kita perhatikan tindakan mereka sejak 6 tahun ini, mereka menggunakan jawatan2 rasmi ini untuk m3ncapai agenda mereka.

Stail sama kita lihat dalam krisis MB Selangor ini. Tengok bagaimana MSU dan Dewan Ulamak digunakan untuk kepentingan mereka.

Satu perkara besar yang menghalang mereka membawa PAS keluar PR ialah keputusan Muktamar Ipoh 2008. Kalau takde k3putusan muktamar ini, PAS sudah lama dibawa berdakapan dengan UMNO!

Beranikah mereka menghadapi muktamar? Mereka tak berani. Mereka cuba test market didalam muktamar lepas apabila Dewan Ulamak m3luluskan usul m3ngkaji 5hqluf siyasi dengan PKR di dalam muktamar DUP. Apabila mereka dapati ia m3ndapat t3ntangan h3bat, mereka tidak m3mbawa usul ters3but di dalam Muktamar PAS.

Tanpa Nama berkata...

Individu yg membela memperjuangkan keadilan untuk Pandak Ahmad dan cucunya mengenai kes rogol budak bawah umur dulu adalah Lim Guan Eng. Akibatnya Lim Guan Eng diISAkan serta hilang kerusi parlimennya di Melaka. Tiada seekorpun orang PAS yg turut membantu Pandak Ahmad dan cucunya itu. Cuba menegakkan benang basah tapi tak cukup akal.

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh guna cadangan anda. TGHA amat memerlukan talian hayat menghadapi tindakan saman RM2juta. Jika berUG tapi masih kekal memimpin PAS, peluang untuk kes dibuang atau terima tajaan wang itu amatlah cerah. PAS nak melingkup, apa nak dihiraukannya.

in response to Bagi saya seelok nye pro ug yg keluar dr pas kerana PAS FOR ALL bkn PAS FOR ULAMAK/UG.., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh guna cadangan anda. TGHA amat memerlukan talian hayat menghadapi tindakan saman RM2juta. Jika berUG tapi masih kekal memimpin PAS, peluang untuk kes dibuang atau terima tajaan wang itu amatlah cerah. PAS nak melingkup, apa nak dihiraukannya.

in response to Bagi saya seelok nye pro ug yg keluar dr pas kerana PAS FOR ALL bkn PAS FOR ULAMAK/UG.., by Anonymous.