12 Sep 2014

LUHAM Terengganu Tidak Patuh (Wala) Kepada LUHAM Pusat (?)


Jawapan kepada kenyataan rakan2 bijaksana LUHAM TERENGGANU.

Aku ucapkan terima kasih kpd rakan2 Luham Terengganu kerana telah menunjukkan kpd dunia bahawa kita peguam2 bukan pak turut... Kita peguam2 beramal & mengamalkan profesyen kita secara bebas tanpa memihak malah kita telah membuktikan bahawa kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.

Jika semua peguam bersetuju dengan satu pandangan dlm perundangan maka bagi aku, tidak akan ada peguam plaintif dan peguam defendan kerana semua peguam berfikiran yg sama.

Atas dasar bersetuju untuk tidak bersetuju maka izinkan aku untuk menjawap hujah rakan2 bijaksana dari Luham Terengganu.

Pertama, Luham Pusat dlm kenyatannya tidak pernah pd bila2 masa menafikan bhw MSU adalah satu2nya badan di dalam PAS yg diberikuasa mentafsir, menghurai & menjelaskan peruntukkan Perlembagaan. Itu amat jelas.

Luham Pusat tidak pernah menafikan.

Kedua, Luham Pusat tidak mengambil tugas MSU mentafsirkan Perlembagaan. Luham Pusat hanya memberikan pandangan atas kapasiti sebagai badan yg ditubuhkan untuk menasihati badan2 di dlm PAS dari sudut undang2. Menasihati bukan mentafsir. Hal yang sama berlaku di dalam Mahkamah selama kita (peguam) bertindak bg pihak anak guam di mahkamah. Kita bkn mentafsir undang2 tetapi kita membantu Mahkamah mentafsir undang2 kerana kuasa mentafsir undang2 dan membuat keputusan ialah Mahkamah bukan peguam. Jadi Luham telah bertindak sebagai penasihat kpd MSU dr sudut undang2. Sebenarnya Luham bkn sekadar menasihati MSU tetapi lebih dr itu Luham menasihati PAS. Itu lah tujuan Luham diwujudkan iaitu sebagai badan penasihat undang2 PAS.

Ketiga, jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu berpendapat bhw Luham Pusat tlh melangkaui Perlembagaan mentafsirkan Perlembagaan, maka aku juga mengatakan kenyataan Luham Terengganu juga melanggar Perlembagaan krn Luham Terengganu juga mentafsir Perlembagaan sedangkan hanya MSU berhak mentafsirkan Perlembagaan.

Bagaimana boleh Luham Terengganu menghuraikan peruntukkan2 Perlembagaan dlm mempertahankan tindakan MSU sedangkan Luham Terengganu tiada kuasa mentafsir dan menghurai seperti mana Luham Terengganu mengatakan Luham Pusat tiada kuasa?

Jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu mempertahankan kenyataan mereka maka Luham Pusat juga mempunyai hak yang sama malah jika mengikut hierarki, Luham Pusat lebih berotoriti berbanding Luham Negeri sepertimana PAS Pusat lebih berotoriti berbanding PAS Negeri.

Akhirnya, terima kasih rakan2 bijaksana Luham Terengganu kerana mengesahkan secara tidak langsung bhw Luham Pusat berotoriti menasihati dlm hal undang-undang.

Jawapan ini aku kapasiti peribadi bkn atas arahan atau bagi pihak Luham Pusat.

Zulhazmi Shariff
11/09/2014

LUHAM Terengganu pertahan Hadi Awang
KENYATAAN RASMI LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS NEGERI TERENGGANU BERHUBUNG PENAFSIRAN PERLEMBAGAAN PAS
Kami menyatakan pendirian bahawa kami tidak bersetuju dengan Kenyataan Rasmi LUHAM Pas Pusat yang dibuat pada 9hb September, 2014.

Kami ingin menegaskan bahawa Wakil dari LUHAM Pas Terengganu tidak dipanggil untuk menghadiri mesyuarat pada 8 September 2014 dan oleh itu pendapat LUHAM Pas Pusat tersebut tidak mewakili semua anggota jawatankuasa LUHAM di peringkat negeri-negeri.

Berhubung dengan penafsiran undang-undang oleh Majlis Syura Ulama’, kami berpendapat bahawa LUHAM Pusat tidak diberikuasa oleh Perlembagaan PAS untuk membuat tafsiran undang-undang berkenaan dengan Perlembagaan PAS atas hujah-hujah berikut:

PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya. Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut :

“Dasar PAS adalah ISLAM” memandangkan PAS adalah sebuah Parti Politik yang menjadikan ISLAM sebagai dasarnya Fasal 7 (1) memperuntukkan :

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS adalah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMA’ ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan PAS.

Fasal ini menjadikan sumber Hukum Syariah Islam sebagai Hukum tertinggi di dalam parti bahkan Muktamar Agong PAS pun adalah terikat dengan sumber hukum Syariah ini.

Perlembagaan ini bukannya undang-undang tertinggi di dalam parti yang mengatasi Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana perlembagaan Negara Malaysia dan Perlembagaan mana-mana parti lain.

Bagi memastikan halatuju PAS sentiasa berada pada landasan Islam, Majlis Syura Ulama ditubuhkan sebagai badan pemandu yang memandu muktamar, dan badan-badan yang ditubuhkan dibawah perlembagaan ini agar sentiasa berada di bawah dasar ISLAM.

Fasal 8 (1) menyebut :

“Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam fasal 7 (2) di atas (MuktamarTahunan) dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukkan di bawah fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang di peruntukkan di bawah fasal 3 Perlembagaan ini, maka, hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan “Majlis Syura Ulamak” dan diberi kepadanya kuasa-kuasa berikut :

Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memilhara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.

Peruntukan ini memberi kuasa kpd MSU menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS (ISLAM) serta peruntukkan-peruntukan perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran. Oleh itu MSU dibawah perlembagaan PAS bertindak sebagai penjaga dasar dan perlembagaan “The guardian of ISLAM and the Constitution” yang membolehkannya mengatasi keputusan mana-mana badan dalam PAS hatta keputusan Muktamar sekalipun sekiranya keputusan tersebut menyalahi dasar PAS (ISLAM) dan tidak selari dengan Sumber-Sumber Syariah Islam (Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas).

Oleh itu peranan MSU adalah sebagai badan pemandu “supervisory body” kepada kesemua organisasi di dalam PAS dan bukannya sebagai badan yang dirujuk “Referral body” semata-mata.

MSU dibawah peruntukkan 8 (1) (b) boleh mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan ini termasuklah Jawatankuasa PAS PUSAT.

Berdasarkan Peruntukan fasal 8 (1) tersebut, adalah jelas niat penggubal perlembagaan ini untuk menjadikan Majlis Syura Ulama’ sebagai badan yang menjadi penjaga kepada dasar islam dan perlembagaan PAS agar keputusan, tindakan dan perbuatan badan-badan di dalam PAS tidak keluar dari dasar Islam.

Majlis Syura Ulama’ di beri kuasa tambahan di bawah fasal 88 (2) seperti berikut:

“Majlis Syura ‘Ulamak adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan tersebut tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktud dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.”

Fasal 88 (1) pada pandangan kami tidak menghadkan kuasa MSU sebagai badan yang membuat keputusan apabila dirujuk semata-mata kerana peruntukan tersebut pada pandangan kami tidak boleh dibaca bersama dengan peruntukan 8 (1) sebelum ini. Fasal 88 (1) menyebut :

“Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan ini hendaklah dirujuk di dalam Majlis Syura ‘Ulamak dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

Di bawah kedua-dua peruntukan ini ada 3 perkara yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura :

Dasar PAS (ISLAM). Ini disebut di dalam fasal 8 (1) (a) tetapi tidak disebut di dalam fasal 88 (1). Perlembagaan PAS. Ini disebut di dalam kedua-dua fasal tersebut.

Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa Perlembagaan ini. Ini tidak disebut di dalam fasal 8 tetapi disebut di dalam fasal 88.

Justeru itu kedua-dua fasa adalah berbeza, jika kita katakan bahawa Majlis Syura hanya boleh membuat tafsiran terhadap perlembagaan sekiranya dirujuk, bagaimana pula tafsiran mengenai dasar PAS, adakah ia juga memerlukan rujukan.

Apatah lagi Fasal 88 tersebut langsung tidak merujuk kepada fasal 8 bagi membolehkan kedua-duanya dibaca bersama.

Justeru itu, kami berpendapat bahawa MSU di bawah fasal 8(1) mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya sama ada setelah dirujuk atau tanpa dirujuk. Ini selari dengan tujuan penubuhannya sebagai penjaga dasar Islam dan Perlembagaan ini.

Tiada badan lain di dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan Dasar, Perlembagaan, Aturan dan Peraturan di dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana peruntukan fasal 7 (1) yang dirujuk sebelum ini.

Badan lain seperti LUHAM bolehlah dipanggil untuk memberi pendapat tetapi akhirnya hanya keputusan MSU sahaja yang mengikat parti mengikut Perlembagaan.

Kami juga berpendapat bahawa fasal 26 (1) (a) adalah bersifat umum dan memerlukan perincian bagi memastikan Presiden dapat memainkan peranannya sebagai Ketua pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Fasal 26 (1) (a) menyebut :

“Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukkannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan mengenainya.”

Kami juga berpendapat bahawa tindakan MSU yang membuat keputusan berkait dengan perlantikan Menteri Besar Selangor adalah selari dengan kuasanya yang diberikan di bawah peruntukan fasal 8 (1) (b) ataupun peruntukan fasal 88 (2) yang dirujuk sebelum ini dan keputusan tersebut haruslah dihormati dan dipatuhi mengikut Perlembagaan PAS.

Sekian, Terimakasih

MOHD SAIFUDIN OTHMAN
(Pengerusi LUHAM PAS Negeri Terengganu)

FATHI ‘AZIZ BIN ABU BAKAR
(Pengerusi JUHAM Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.


ULASAN GB

Apa yang jelas kini LUHAM Terengganu tidak akur/tidak patuh/tidak wala kepada LUHAM Pusat.

LUHAM Terengganu berpendapat MSU mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS dan tiada badan lain di dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan Dasar, Perlembagaan, Aturan dan Peraturan di dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.

LUHAM Pusat sebelum ini menyatkan:

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu Perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri.

LUHAM berpendapat tidak salah bagi MSU sepatutnya merujuk kepada LUHAM bagi membantu MSU dalam melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya untuk menghurai, menjelas dan menafsir peruntukan dalam Perlembagaan PAS kerana LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan oleh parti di dalam apa-apa urusan perundangan dan berdasarkan amalan yang berlaku di dalam PAS, segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan lazimnya diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu.

Bagi GB jika MSU berkuasa penuh untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS, maka perlu apa lagi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia?

Sememangnya penafsiran haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas dan MSU lebih arif mengenainya, namun di dalam bab-bab pengurusan organisasi seperti kuasa presiden, kuasa MSU dan sebagianya, bukankah sepatutnya LUHAM yang lebih layak?

Jika kesemuanya hanya ditangan beberapa orang MSU (yang semua orang tahu MSU yang sekarang ini tempang dari sudut keanggotaan dan peranannya) boleh MSU misalnya uruskan sendiri kes-kes mahkamah yang melibat parti dan para pemimpinnya kerana konon hanya MSU yang pandai menghurai dan mentafsir Perlembagaan?

Katakanlah benar MSU berhak untuk mentafsir Perlembagaan kerana Dasar PAS ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas, bolehkah disebutkan hujjah berdasarkan keempat-empat itu (Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias)mengenai kuasa veto Presiden yang menurutnya ada Kata Pemutus?

Pembelaan LUHAM Terengganu terhadap Presiden PAS lebih dilihat kepada aspek kenegerian, bukan aspek kebenaran dan keadilan.

Itu sebab mengapa berkali-kali GB minta supaya MSU itu sendiri dirombak dan diperkasakan semula. Petikan:

Petikan:

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu. Boleh dirujuk semula entri-enteri berikut di blog ini:

Wala' Tidak Sama Dengan Taksub
"Muktamar" Adalah Kekuasaan Paling Tinggi Dalam PAS

Dan GB telah pertegaskan, bahawa:

SELAGI MAJLIS SYURA ULAMA TIDAK DIPERBETULKAN SELAGI ITU JANGAN ADA MANA-MANA PIMPINAN MEMAKSA WALA DARI PARA AHLI KERANA TANPA MSU YANG BETUL, MAKA CIRI SESEBUAH JEMAAH ISLAM BELUM DIPENUHI DAN LANTARAN ITU TIADA PERSOALAN "WALA" BOLEH DITUNTUT DAN DITIMBULKAN.

Dengan sebab itu juga GB rasa LUHAM Terengganu tidak wala kepada LUHAM Pusat, LUHAM Pusat pertikaikan MSU adalah semuanya kerana MSU pada ketika ini cacat dan tempang!

Jika nak suruh ahli wala kepada kepimpinan parti, pastikan dulu LUHAM Terengganu wala kepada LUHAM PUsat.

Baca juga : MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin bercelaru PAS ni...janganlah menampakan kenegerian sangat.Sepatutnya Luham Trengganu senyaplah...buruk sangat kelaku macam tu.

Tanpa Nama berkata...

kononnya undang2 tertinggi pas adalah al-Quran, sunnah, dsb. tapi dalam tindakan hadi itu tiada rujukan ayat Qur'an yg disebut sbg bukti dia guna al-Qur'an, hadis dsb.

ayat al-Qur'an, sunnah dsb yg mana satu dia rujuk yg membolehkan dia fitnah calon pkr?

Lihat contoh perlembagaan Iran, ada rujukan ayat al-Qur'an:

Article 7
In accordance with the command of the Qur'an contained in the verse ("Their affairs are by consultations among them" [42:38]) and ("Consult them in affairs" [3:159]), consultative bodies - such as the Islamic Consultative Assembly, the Provincial Councils, and the City, Region, District, and Village Councils and the likes of them - are the decision-making and administrative organs of the country. The nature of each of these councils, together with the manner of their formation, their jurisdiction, and scope of their duties and functions, is determined by the Constitution and laws derived from it.

Article 11
In accordance with the sacred verse of the Qur'an ("This your community is a single community, and I am your Lord, so worship Me" [21:92]), all Muslims form a single nation, and the government of the Islamic Republic of Iran has the duty of formulating its general policies with a view to cultivating the friendship and unity of all Muslim peoples, and it must constantly strive to bring about the political, economic, and cultural unity of the Islamic world.

bukan t'ganu berkata...

Tak lama lagi semua organ Pas Trengganu bangkit mempertahankan Presiden, bukan atas roh kebenaran sebaliknya atas sebab fahaman kenegerian.

Tanpa Nama berkata...

Da makin mnjdi 6 jahanam PAS pi
Puncanya akibat dri sifat munafik para ulamak ug bersama nakhoda kapal. . taniah presiden tuan telah berjaya utk karamkn kapal

Tanpa Nama berkata...

Tuan

Yang kita nampak secara tak sengaja bahawa agaknya sifat orang Terengganu kot bila berorganasasi memang bermasaalah dengan majoriti. Kita tengok perangai puak2 PAS Terengganu dari Dewan Ulamaknya hinggalah ke LUHAM.

Sifat ini bukan sahaja kita lihat berlaku kepada.PAS Terengganu, UMNO Terengganu pun bermasaalah memanjang. Tak tahulah pulak kot kebetulan tetapi nampaknya dipermukaannya begitulah.

Tanpa Nama berkata...

na na na ggnu kite.....

berat nanang wei...

Tanpa Nama berkata...

Selama ini aku percaya pd ulama pas tapi nampaknya hampa...aku selalu dgr imam baca khutbah iaitu jika kamu berbantah2 hendaklah kembali kpd allah dan rasulnya baik bagi kamu dan baik kesudahannya..rupanya ayat ini tak diguna pakai oleh ulama pas..cuma utk dibaca pd org awam saja...ulama pas pandai baca saja tapi tak diamalkan.....sorry no more vote for pas...

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok pelek benar, Kalau keluar saja dari Presiden maka pihak yg berjawatan dlm Terengganu mesti sokong punya, Nampak sgt sifat kenegerian yg menebal munasabahlah sepenggal je.

Tanpa Nama berkata...

Bila AlQur'an dan sunnah .. TIDAK DI AMAL KAN ..
HANYA MENGIKUT UNDANG UNDANG MANUSIA YANG BUAT .. INI LAH AKIBATNYA..
JANJI ALLAH TETAP BENAR..
TUNGGU LAH KEDATANGANNYA ..
SAMADA CEPAT @ LAMBAT ..
TUNGGU..

Tanpa Nama berkata...

Siapa lagi nak sokong orang Terengganu, melainkan orang Terengganulah.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah jadi Parti Hadi MB sepenggal, orang lain dah jadi hamba abdinya?

cucu mamak kutty berkata...

habis semua org ganu dah asabiyah dah......hidup hadi....lingkup pas

Tanpa Nama berkata...

Jgn Lah perlekeh serta sandar pd hukum jika tk mampu utk mlaksanaknnya.sesungguhnya azab Allah itu amat pedih.
Muhasabah diri.esok lusa mgkin kita prgi.jgn ada rasa dendam.org pndai agama jgn politikkn agama bgi khndak pribadi.peringatan utk diri saya & rakan seagama.wuallahualam.

Unknown berkata...

buatlah apa sahaja cara demi kepentingan ummah... selama mana kamu masih mempunyai kuasa, kamu satukanlah kami umat2 melayu ini tidak kira di negeri mana? parti mana?(cara hidup yg perlu kita perbetulkan.... hidup ummat melayu sejati mesti bersatupadu... kalu sudah terang, bersuluh lagi jelas yang ber'parti' itu semakin memutuskan silaturrahim antara kita... macam mana? agak2 kita boleh terus bertahan ka untuk 5 tahun akan datang lagi. survival ummat melayu yang islam pegangan hidupnya mampu bertahan... aku secara yakin yang kita ini umno, pas, pkr hanyalah menjadi mangsa permainan oleh suatu tangan yang sedang dengan senang hatinya melihat kamu bermakian, berbantahan, bertikaman dan bermacam2 lagi.... sekiranya lima tahun lgi, ianya tidak mungkin menjadi lebih baik. perpecahan ini akan mencapai kemuncaknya di mana yg menang jadi abu yg kalah hancur lebur... ayam sabung yg bertarung, petaruhnya yg dapat untung. fikir2kan... renung2kan...mari kita bersatu hati. perpaduan kita ummat melayu menggentarkan musuh di belakang kamu yang kamu sedari atau tidak itu... si yowtai

Tanpa Nama berkata...

1. LUHAM Terengganu betul kerana wala' sebenar ialah kepada MSU dan Presiden PAS

2. MSU dan Presiden PAS tidak boleh dicabar kerana mereka membawa undang-undang Islam sedangkan LUHAM mempertahankan undang-undang sekular. Pada bila-bila masa pun MSU dan Presiden PAS berpandangan bahawa undang-undang Islam mengatasi undang-undang lain

3. Kata-kata MSU dan Presiden PAS adalah Islam dan tidak boleh dicabar pada bila-bila masa pun. Menentang MSU dan Presiden PAS bermakna menentang Islam walaupun MSU dan Presiden PAS mengeluarkan arahan supaya semua ahli PAS tidak membantah niat PAS untuk menyertai BN atas nama perpaduan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Bapa (baca hj hadi) borek, anak (Luham Tganu) rintek...

Tanpa Nama berkata...

Lepas satu muncul satu....Elok sgt keadaan sekrg memperlihatkan wajah2 hipokrit yg berselindung di sebalik tirai Pas. Wajah2 asabiyah PAS Terengganu makin kelihatan....apakah semata2 mahu pertahankan presiden.? Hakikatnya wibawa msu juga boleh dpertikai maka sebab itu msu wajar dirombak dan biarlah ahli2nya benar dipilih secara teliti dan yang benar2 ahli. Presiden tidak perlu dipertahankan jika peranannya tidak berupaya menjadikannya PAS disegani lawan dan kawan.

Tanpa Nama berkata...

Bagus GB, skrg2nya sedarkan puak2 assabiyah terengganu nih... geram aku...

Tanpa Nama berkata...

Semua kecelaruan ini tidal akan berlaku jika tghh hadir DLM syura majlis presiden.

Tghh cuma htr wakil. Bila syura majlis presiden PR buat keputusan. Tghh tidak terima dan ada pandangan lain.

Satu hal yg perlu sedar ialah DLM pru2013 yg bertanding ialah PR. Itulah wajah yg ditampilkan kpd pengundi.

Tanpa Nama berkata...

demo krazii September 12, 2014 at 10:01 PM,

Sebab itulah PAS mesti menyertai BN semula; di atas nama perpaduan Melayu

Anti Fitnah berkata...

Fitnah akhir zaman di Malaysia ...
Melayu ialah Islam dan Islam itu Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Inilah bala dari Allah kerana sikap kita yg mengikut hawa nafsu semata baik Bn, pas dan pkr. siapa yg betul2 ikhlas dlm perjuangan? ?

Tanpa Nama berkata...

TEMERLOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang mendesak Kerajaan Negeri menangguh atau menghentikan segera projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut sehingga diselesaikan pelbagai persoalan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang Andansura Rabu (foto) dalam sidang medianya semalam, berkata pelaksanaan projek yang diusahakan oleh Felda Global Venture Holding (FGV) bersama sebuah syarikat dari Korea Selatan itu tidak melalui prosedur yang sepatutnya iaitu proses penilaian impak alam sekitar (PDE).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah berkata, PAS bimbang projek tersebut bakal menyebabkan kemusnahan alam sekitar, ekosistem serta flora dan fauna di kawasan yang telahpun diwartakan sebagai Taman Negara dan Pusat Biodiversiti Negara itu.

“Bayangkan kedudukan tapak projek terlalu hampir dengan kawasan sensitif yang diwartakan sebagai Taman Negara iaitu pusat pelancongan utama negara. Jarak lokasi projek hanya kira-kira 40 meter daripada Sungai Tembeling

“Apa yang dibimbangkan ialah sisa buangan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cairan termasuk bakteria bawaan penyakit terlepas ke Sungai Tembeling iaitu sumber utama bekalan air bagi penduduk setempat,” ujarnya.

Menurut Andansura, sudah tentu ianya akan menyebabkan pencemaran kualiti air sungai sehingga menjejaskan kesihatan dan sumber ekonomi penduduk pesisir Sungai Tembeling.

Menurut laporan, kerja-kerja penebangan balak sedang berjalan di kawasan Sungai Tabung seluas 50 ekar selain daripada pembinaan jalan sementara ke tapak projek. Difahamkan, ia satu projek di bawah ECER.

Sebelum ini, projek berisiko ini turut mendapat bantahan Sahabat Alam (SAM), Persatuan Pencinta Alam (MNS) dan Persatuan Operator Pelancongan Taman Negara Pahang.

Andansura berkata, ikan sturgeon yang berasal dari luar negara itu telah dilarang dibawa masuk mengikut Akta Perikanan kerana habitatnya memakan ikan-ikan lain. Kebimbangan penduduk ialah jika ikan tersebut terlepas ke Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.

“Kita juga khuatir, untuk membolehkan projek ini dilaksanakan maka kegiatan penebangan hutan kawasan tadahan. Ini akan menyebabkan proses hakisan tanah yang teruk, runtuhan dan banjir lumpur sehingga menyebabkan kemusnahan.

“Oleh yang demikian PAS Pahang merasakan wajar projek ini dihentikan kerana kesan kerosakan kepada alam sekitar yang akhirnya gagal dikawal.

“Akhirnya projek ini tidak memulangkan keuntungan hasil ekonomi kepada kerajaan negeri dan tidak meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat.

Sementara itu pengerusi badan bertindak projek berkenaan Mohd Zakhwan Ahmad Badardin yang turut bersama dalam sidang media, berkata penduduk di Kuala Tahan pernah memohon tanah di kawasan projek untuk aktiviti pertanian. Namun tidak diluluskan oleh pejabat tanah atas alasan pemeliharaan alam sekitar.

“Tetapi kenapa dianugerahkan kepada FGV?,” soalnya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Pahang Yohanis Ahmad, berkata FGVH sepatutnya mengkaji balik projek berkenaan kerana tidak menampakkan keuntungan dan lari daripada matlamat asal.

“Warga Felda terdapat banyak masalah seperti masalah duit raya peneroka yang dinafikan, perumahan generasi kedua Felda dan geran peneroka yang masih belum dapat. FGVH sepatutnya menumpukan penyelesaian masalah tersebut daripada melabur dalam projek berisiko yang belum tentu mendapatkan keuntungan itu,” katanya.

Bagaimana tindakan MSU dan Presiden PAS mengenai hal di atas? Kita menunggu tafsiran MSU dan arahan Presiden PAS mengenai adakah PAS patut menyokong atau menentang usaha puak-puak UMNO meneruskan projek ikan sturgeon itu.

Tanpa Nama berkata...

kpd tuan al hussien dan rakan2, bukan di terengganu shj yg bersama presiden dan msu.LUHAM katalah apapun ,ahli pas seluruh malaysia ttp bersatu bhw; TG presiden pas skrg ni layak buat keptusan tnpa mrujuk ajk pas pusat-dlm krisis di selangor.kesian kalian menyalak dan memaki kami pun tak guna.sdikit tak bergerak pendirian mnyokong TG presiden.

bat8 berkata...

Tuan

Jangan putar belit untuk menegak benang basah.

2. Faham betul2 fakta ini. Perlembagaan PAS adalah satu dokumen perundangan yang berdasarkan kepada Al Quraan, Sunnah Nabi,ijmak dan Qias. Ia ditulis didalam bahasa perundangan kerana itu syarat yang ditetapkan oleh Akta Pertubuhan 1966 dimana semua parti politik berdaftar. Kalau tak mematuhi mana2 peruntukan dibawa akta ini maka PAS tak akan wujud.

Bahasa perundangan ada form bukan sustance. Malah perlembagaan Iran juga ditulis dalam bahasa perundangan.

2. Perlembagaan PAS bukan perlembagaan sekular seperti perlembagaan UMNO, MIC,MCA dsb. Jelas sdra tidak faham perkara asas.

Contoh lain - enakmen hudud Kelantan dan Terengganu juga ditulis didalam bahasa perundangan berasaskan 4 sumber diatas. Apakah kerana ia ditulis didalam bahasa perundangan yang menjadi standard menulis undang2 maka ia menjadi sekular? BIAQ BETOI LOGIK sdra.

3. Point2 lagi yg sdra bangkitkan rasanya xperlu saya ulas kerana asas hujah sdra pun dah tak betul.

in response to 1. LUHAM Terengganu betul kerana wala' sebenar ialah kepada MSU dan Presiden PAS

2. MSU dan Presiden PAS tidak boleh dicabar kerana mereka membawa undang-undang Islam sedangkan LUHAM mempertahankan undang-undang sekular. Pada bila-bila masa pun MSU dan Presiden PAS berpandangan bahawa undang-undang Islam mengatasi undang-undang lain

3. Kata-kata MSU dan Presiden PAS adalah Islam dan tidak boleh dicabar pada bila-bila masa pun. Menentang MSU dan Presiden PAS bermakna menentang Islam walaupun MSU dan Presiden PAS mengeluarkan arahan supaya semua ahli PAS tidak membantah niat PAS untuk menyertai BN atas nama perpaduan Melayu., by Anonymous.

bat8 berkata...

Tuan

Jangan putar belit untuk menegak benang basah.

2. Faham betul2 fakta ini. Perlembagaan PAS adalah satu dokumen perundangan yang berdasarkan kepada Al Quraan, Sunnah Nabi,ijmak dan Qias. Ia ditulis didalam bahasa perundangan kerana itu syarat yang ditetapkan oleh Akta Pertubuhan 1966 dimana semua parti politik berdaftar. Kalau tak mematuhi mana2 peruntukan dibawa akta ini maka PAS tak akan wujud.

Bahasa perundangan ada form bukan sustance. Malah perlembagaan Iran juga ditulis dalam bahasa perundangan.

2. Perlembagaan PAS bukan perlembagaan sekular seperti perlembagaan UMNO, MIC,MCA dsb. Jelas sdra tidak faham perkara asas.

Contoh lain - enakmen hudud Kelantan dan Terengganu juga ditulis didalam bahasa perundangan berasaskan 4 sumber diatas. Apakah kerana ia ditulis didalam bahasa perundangan yang menjadi standard menulis undang2 maka ia menjadi sekular? BIAQ BETOI LOGIK sdra.

3. Point2 lagi yg sdra bangkitkan rasanya xperlu saya ulas kerana asas hujah sdra pun dah tak betul.

in response to 1. LUHAM Terengganu betul kerana wala' sebenar ialah kepada MSU dan Presiden PAS

2. MSU dan Presiden PAS tidak boleh dicabar kerana mereka membawa undang-undang Islam sedangkan LUHAM mempertahankan undang-undang sekular. Pada bila-bila masa pun MSU dan Presiden PAS berpandangan bahawa undang-undang Islam mengatasi undang-undang lain

3. Kata-kata MSU dan Presiden PAS adalah Islam dan tidak boleh dicabar pada bila-bila masa pun. Menentang MSU dan Presiden PAS bermakna menentang Islam walaupun MSU dan Presiden PAS mengeluarkan arahan supaya semua ahli PAS tidak membantah niat PAS untuk menyertai BN atas nama perpaduan Melayu., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Kalau sekadar hendak memberi penerangan kenapa luham pusat nak ambik tindakan disiplin pd Presiden..??
Kenapa marahkan Luham Trg tak wala sedangkan luham pusat terlebih dahulu tak wala pd Presidennya...
mesyuarat pun tak panggil luham Trg.
Senang cerita kalau tak suka ulama, keluar PAS masuk Pasma... Abih ceritaaa....
Dlm PKR dan DAP tak ada MSU...
Tak payah sakit kepala nak pikir tindakan Presiden dan MSUnya...

Tanpa Nama berkata...

Bengong. mana boleh wala jika Presiden dah salahgunakan kuasa. Senang2 ko nk halau org kuar PAS... suh masuk PASMA, ... abis kumpulan UMNOrinas spt ko masuk ISMA? masuk PASMA ok sbb PASMA masih dlm PAS, tapi ISMA tu kwn sayap UMNO, mmg sesuai dan padan utk ko.

in response to Kalau sekadar hendak memberi penerangan kenapa luham pusat nak ambik tindakan disiplin pd Presiden..?? Kenapa marahkan Luham Trg tak wala sedangkan luham pusat terlebih dahulu tak wala pd Presidennya... mesyuarat pun tak panggil luham Trg. Senang cerita kalau tak suka ulama, keluar PAS masuk Pasma... Abih ceritaaa.... Dlm PKR dan DAP tak ada MSU... Tak payah sakit kepala nak pikir tindakan Presiden dan MSUnya... on LUHAM Terengganu Tidak Patuh (Wala) Kepada LUHAM Pusat (?) by Anonymous