15 Sep 2014

Isu PasMA: Pemimpin PAS Patut Dengar Suara Akar Umbi


PasMA akui ada mahu singkir Hadi tapi...

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Phahrolrazi Mat Zawawi mengakui terdapat suara yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disingkirkan dalam pertemuan NGO itu pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu.

Bagaimanapun, katanya, ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PasMa.

“Saya tak menafikan yang disampaikan oleh peserta-peserta. Apabila mereka bangun berucap, macam-macam cadangan dan kritikan keluar sebab memang PasMa menjadi satu wacana untuk penyokong Pakatan Rakyat memberi pendapat, kritikan dan sebagainya.

"Tapi kita bukan nak menentukan satu ketetapan. Kita beri pandangan, sama ada mereka setuju tak setuju dengan sesiapa pimpinan Pakatan, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.

Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Phahrolrazi juga berkata, tidak timbul soal tuduhan itu kerana naik turun seseorang pemimpin ditentukan oleh perwakilan parti dalam persidangan tahunannya.

Sementara itu, ditanya sama PasMa menerima kritikan pada Hadi, beliau berkata, mereka hanya menyediakan wacana sahaja dan menegaskan ia pandangan penyokong Pakatan dalam berdepan kemelut sedia ada.

“Kita dengarlah pandangan itu dan pimpinan parti ini (PAS) patut dengar dan hadir sebenarnya program PasMa ini, (tetapi) mereka tak nak hadir,” katanya yang mengecualikan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS.

'PAS Terengganu yang rugi'

Sementara itu, ditanya tentang larangan PAS Terengganu supaya anggotanya tidak menyertai NGO itu, Phahrolrazi berkata mereka tiada masalah dengan perkembangan itu.

“Tapi PAS Terengganu rugilah, sebab mereka tak ambil kesempatan dengan peranan PasMa ini untuk mendekati penyokong-penyokong,” katanya.

UASAN GB

Menyamakan PasMA sebagai serpihan PAS seperti HAMIM dan BERJASA adalah satu kesilapan.

Ini kerana yang menjadi suara yang tidak sependapat dengan Presiden parti adalah dalam bilangan yang ramai, berbanding ketika serpihan HAMIM dan BERJASA ditubuhkan. Malah tidak keterlaluan jika GB menyatakaan bahawa kini, suara mereka adalah majoriti di dalam parti.

Tetapi jika masih enggan untuk menerima suara akar umbi yang ramai tersebut... maka hanya muktamar menjadi penentu.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Punca 2 pas kalah dikedah pda p/raya lalu . Cuba Tanya dekat president pasma.

Tanpa Nama berkata...

Vellfire n geng ug x dpt trime kenyataan yg PAS FOR ALL,bkn PAS FOR UG..

Pemerhati berkata...


salam...

buatlah apa2pun, yg pnting u Islam, mencapai mardhotiLlah. diharap dan diseru agar semua yg bertelagah kmbali kpd al-Quran... ore yg plg mulia dicc Allah ialah yg plg bertaqwa.. x kiralah diaore tu geng ustaz or prof. pimpinan or ahli biasa ataupun skdr pyokong ataupun saper2 saje lah....

Anakkedah berkata...

dulu lg sah bagitahu suh dgr cakap akar umbi, tapi masatuh mb kedah & presiden pas wat x tahu jer...

in response to Punca 2 pas kalah dikedah pda p/raya lalu . Cuba Tanya dekat president pasma by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Elok juga PAS kalah di Kedah. Laa nii kami di Kedah dah senang. BN menang Kedah senang. Semasa PAS perintah Kedah PM & TPM sering melawat Kedah dan ada kenduri rakyat. Kami dapat makan free. Laa nii makan sendiri sebab dah senang.

Tanpa Nama berkata...

Anakkedah dah beli buku terbaru Pak MSO ka?

mungkin ada pengetahuan baru yang buleh dikongsi bersama?

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn anon 3.01.

Tanpa Nama berkata...

ulama lakasanakanlah tugas anda....
kalau tak mampu biarkan umara uruskan sebahagian yg lain... jgn lah tamak sangat... nasihat.. bimbinglah & pantaulahhh umara2 tu

Tanpa Nama berkata...

Pas kedah menang sebab orang meluat UMNO, jangan syok sendiri Hadi the UG

Tanpa Nama berkata...

Pas kalah di Kedah kerana Hadi tak mahu ganti MB, macam Selangor sekarang, masaalah timbul kerana Presiden UG?

Tanpa Nama berkata...

bukan hanya Presiden UG patut disingkir, UG Vellfire pun patut belah

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas boleh bertukar ganti macam MB juga, perjuangan mesti diteruskan

Tanpa Nama berkata...

Kekalahan PAS Kedah bukan sebab presiden PasMa. Hakikatnya itulah ujian PAS bila kuasa di tangan. Kuasa kadang2 buat org lupa asal kedudukan dn perjuangan. Teguran di pandang sinis sebab mahu pertahankn kuasa. Umpamanya PAS Terengganu sekarang...mahu sekat kebebasan ahli walhal isu2 yg dibawa oleh kerajaan ditentang habis2an...kena hal sendiri itu ini tk boleh..m

BudakKedah berkata...

Punca PAS KALAH sebab GENG BUKIT UHUD, UST AZIZAN & SANUSI tidak dengar suara akar UMBI..

Mereka seronok mencaturkan PAS KEDAH sebab menyangka boleh menang tetapi disebabkan pengundi meluat kepada kepada percaturan politik BUKIT UHUD maka ramai pengundi PAS boikot...

Dah la org PAS BOIKOT, puak UMNO yg BOIKOT tahun 2008 dah kembali pada UMNO, kemudian GERAK KERJA BN nak tawan KEDAH berterusan...

Habih tak kalah macamana KEDAH...

benda nie yg Pnegerusi PasMa maklumkan kepada pimpinan atas tapi semua buat tak dengaq... UST HADI & AZIZAN masih dengan bongkak mereka... last apa sudah jadi dengan KEDAH....

Ghuyup Kalahlah jawabnya....

Bila kalah pun masih tak puas hati dengan Presdien PasMa sedangkan kawasan Parlimen beliau menang 4-0.. Parlimen PKR, 3 ADUN PAS menang....nak kata dia khianat lagi...org jika khianat tak pulun bagi menang bagi melingkup ada lah...

Tapi cuba lihat kawasan AZIZAN dan yang lain... JERAI tinggal SG LIMAU sahaja.. PENDANG...tinggal BUKIT RAYA sahaja....

Siapa pengkhianat skrg nie..?? Habaq mai sat....???

Tanpa Nama berkata...

Kebulok betul.4.12

Tanpa Nama berkata...

HELL-fire

in response to Vellfire n geng ug x dpt trime kenyataan yg PAS FOR ALL,bkn PAS FOR UG.., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

HELL-fire

in response to Vellfire n geng ug x dpt trime kenyataan yg PAS FOR ALL,bkn PAS FOR UG.., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Terserempak ular, katuk hadi dulu

Fread

Tanpa Nama berkata...

pas kalah Kedah salah dap cina yang suka cakap hina ini hina tu.

tak mungkin ulama pas mulia suci. Mereka telah diberi kuasa tertinggi di parti maka kita mesti percaya mereka tidak akan buat silap di Kedah dan t'gannu.

Menurut hellfire yang mulia suci, yang silap tu, dap cina yang suka cakap hina ini itu.

Tanpa Nama berkata...

Ulama sekarang bukan seperti ulama zaman dahulu yang tidak memisahkan agama dengan kehidupan. Ulama zaman dahulu mempakari bidang sains sebagaimana mereka mempakari bidang agama. Sultan Muhammad Al Fatih ialah contoh yang paling baik; mahir dalam bidang fiqh dan tasauf di samping seorang jurutera yang kompeten.

Zaman sekarang, baru mengaji serba sedikit bab agama sudah mahu mengklaim serba tahu tentang sains dan teknologi. Ada pula yang baru mengaji serba sedikit ilmu perubatan atau kejuruteraan, tetapi sudah mahu mengklaim serba tahu tentang agama.

Mie Balik Pulau berkata...

Anon 8.11 terserempak ular jangan la katok Hadi.....suruh la ulag tu patuk Hadi....kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bila keegoan menguasai minda, maka seseorang yg merasai dirinya cukup hebat tidak akan mempedulikan pandangan dan teguran orang lain. 'Lu sapa haaaa.... bangsat punya orang mau kasi ajar sama gua', mungkin itulah dlm kotak fikirannya.

Tanpa Nama berkata...

aku ok PASMA lagi drpd PASNO...

PAsNO jap lagi bole berkasih-sayang dgn APCO ler...

Tanpa Nama berkata...

bukan semua ulama boleh jadi umara macam TGNA, ada ulama jadi ular patuk orang, anggap dia saja layak jadi MB sepenggal