14 Ogo 2014

Undi Tidak Percaya Kepada Khalid: Menunggu Sidang Tergempar DUN


Khalid cabar Wan Azizah ‎buktikan sokongan majoriti dalam DUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam DUN.

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook sebentar tadi. -TMI


Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.


"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.
-mk


ULASAN GB

Ada dua isu di sini.

Pertama Sidang tergempar DUN yang perlu dipanggil untuk pembentangan usul undi tidk percaya kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.

Berdasarkan kepada precedence kes di Perak, sidang tergempar DUN perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Maka itu dilaporkan:

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya (Wan Azizah) juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.


Jika Khalid jujur dengan kata-katanya bahawa: "Wan Azizah perlu membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor", maka Khalid perlu menyetujui di hadapan Sultan Selangor supaya Sidang Tergempar DUN dipanggil. Ini kerana Sultan mengikut nasihat Menteri Besar. Persoalan berani dan jujurkah Khalid di dalam usaha ini dimana beliau sendiri terlibat secara lansung sebagai MB yang bakal menerima usul undi tidak percaya?

Kedua isu dua orang ADUN PAS Hulu Kelang dan Morib yang telah menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR tanpa menunggu Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada 17 Ogos ini.

Bagi GB kedua-duanya (malah kesemuanya jika boleh) berhak untuk membuat keputusan TANPA perlu menunggu Jawatankuasa PAS Pusat. Seperti kata seorang sahabat di dalam komennya di blog ini

Rumah dah terbakar.. masih nak tunggu tarikh bermesyuarat lagi... haha...hahaha masa nak buat press statement dulu tak pulak bermesyuarat dulu.....


Mengenai isu keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta PAS menyokong Khalid Ibrahim, bukanlah satu keputusan yang WAJIB untuk dipatuhi kerana:

Keputusan majlis Syura bukan mengenai rukun iman atau rukun islam yang tak boleh dipertikaikan, hanya siasah...tidak sampai tahap syarie


Ia adalah pandangan Majlis Syura semata-mata. Lagipun banyak hal yang boleh dipertikaikan mengenai keputusan Majlis Syura berkenaan. Malah entiti Majlis Syura itu sendiri masih boleh dipertikaikan dari segi bidangkuasa, keanggotaan dan tatacara perlantikan ahlinya.

Untuk mendapatkan "wala" (kesetiaan), Majlis Syura Ulamak perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Tanpa pembetulan itu, ia hanya menjadi entiti yang boleh dimanipulasi oleh kumpulan tertentu di dalam parti untuk membuat keputusan yang berpihak, tidak adil malah tidak Islamik.

Oleh itu PAS tidak boleh dan tidak wajar mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana ADUN yang tidak menunggu tarikh 17 Ogos kerana ada keperluan mendesak melakukannya dan tidak selari dengan keputusan Majlis Syura Ulamak kerana ia hanyalah soal siasah bukan soal dasar parti seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taniah dan Syabass kepada YB Hasnul Baharuddin (Morib) dan YB Saari Sungib (Hulu Kelang), atas keberanian kepada amanah rakhat Selangor.

Tapi saya bimbang sangat adakah mereka ULAMA PAS kerana kalau tidak maka percakapan tidak salari dengan ULAMA PAS.

Juga taniah dan syabass kepada Ulama PAS yang amat mulia kerana berilmu tinggi, tidak sokong rasuah, tidak sokong kroni.

Tanpa Nama berkata...

kena tunggu jugak la sebab "wala" DIN AYAM, sebab telor ayam belum netas...

Tanpa Nama berkata...

Juga taniah & syabas kepada semua ADUN PKR dan DAP yang tetap berani bersama parti, iaitu hasrat pengundi majority selangor.

Tiada isu jika antara mereka bukan ulama atau bukan muslim, kerana keputusan dan arahan keputusan ULAMA PAS yang mulia tiada kuasa atas ADUN PKR/DAP.

Harap harap jangan ada kes katak politik macam Perak 2009.

Kita tunggu ulasa ADUN PAS yang lain.

BaDiN berkata...

Syabas kpd 2 Yb ini.Bukan saya menyokong dan bukan saya menentang Tetapi atas semangat Kesetiaan Kpd Persahabatan yg menaunginya.Buka tekanan kpd Ketua PAS tetapi sebagai pengajaran sebab lambat membuat keputusan walaupun Rakan sebelah sdh marah.Darurat tidak perlu diistiharkan dgn memanggil sidang Parlimen terlebih dahulu.Pertolongan Cemas harus disegerakan sebelum mangsa sdh dlm keadaan Nyawa Nyawa Ikan.PAS harus ambil sebagai pengajaran sebelum Malaysia kita tawan seba apabila menjadi Pemerintah masalah Global lebih hebat lagi.Adakah Trajedi MH370 boleh diambil sabagai pengajaran.Walau sdh tahu Pesawat tersebut berpatah balik dgn dapat dikesan Radar tetapi yg mengawal radar masih mahu menunggu arahan Bos dulu.Tindakan pantas perlu diambil sebelum Trajedi yg tak mahu dilihat berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB,

Maaf andai pendapat saya ini tidak di persetujui, saya selama ini menghormati dan memandang tinggi penulisan Tuan GB sebagai hasil Penulisan dari perjuangan yang benar benar Ikhlas menegakan Syiar Islam, walau itu sesuatu perkara yang amat dibenci oleh sesetengah dari kita, saya merasakan Tuan tidak seperti para Blogger yang lain, yang jelas seolah olah diupah dalam penulisan mereka,

Tetapi,apabila melihat kemelut Politik negeri Selangor ini,maaf saya katakan Saya mula meragui Tuan, saya melihat Tuan soalah olah sama seperti para Blogger upahan......Tuan seolah-olah hilang arah dan lebih mementingkan perjuangan yang menjurus pada Duniawi....

Mengapa saya katakan begitu,,,?
maaf ..sy bertanya, dan saya pasti pihak Tuan ada Jawapan nya, antara politik dan Islam yang manakah perlu kita utamakan?

dan antara kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat kini dengan amalan yang ditinggalakan sebagai Pedoman oleh Masyarakat terdahulu yang manakah perlu kita ikuti?

Dan persoalan saya juga,

Benar Pas mencapai kecermerlangannya bersama Pakatan Rakyat... tp adakah ianya boleh dijadikan galang ganti mengenepikan Hukum Allah dalam mencapai matlamat perjuangan?


Tuan GB,

Adakah keputusan Majlis Syura Ulamak yang tidak menyokong PKR itu salah dan meragukan?

Pernah kah Tuan Tanya siapa Majlis Syura itu? dan adakah Keputusan Mereka menyokong PKR mencdangkan seorang wanita sebagai pemimpin besar akan mengambarkan ketinggian IIMU ahli Majlis Tersebut?

Saya hairan mengapa Tuan GB dan beberapa ahli Kepimpinan Pas menyokong satu tindakan PENGHINAAN yang secara terang dilakukan terhadap oleh PKR terhadap matlamat perjuangan Tuan?

saya tanyakan....? dalam Islam, dibenarkan kah seorang wanita mengetuai atau menjadi pemimpin besar atau utama....?

kalau ada .....maaf saya kurang ILMU.... tetapi jika tiada.... bukankah perlantikan itu satu penghinaan pada Islam?

Dan Tuan menyokongnya?

lagi persoalan saya?.....

adakah dalam Islam dibolehkan menjatuhkan Hukuman tanpa perlu dijalankan pengadilan?

sekali lagi jika ada ...Maaf saya Fakir Ilmu...tetapi jika tiada....adakah tindakan menghukum Khalid itu bukan satu lagi penghinaan kepada Islam?


Tuan GB....maaf saya katakan....ketika ini saya lihat....PKR, DAP dan beberapa pemimpin Pas serta Tuan GB sendiri...... tidak ubah seperti UMNO BN......bertindak dan melakukan sesuatu tindakan itu tanpa memperdulikan apa Itu ISLAM sebenarnya........ asalkan matlamat tercapai.....KUASA UNTUK DUNIAWI.......


Maaf ini hanya pendapat muruhan saya

Tanpa Nama berkata...

Minta Tanya GB dan saudara-saudari, siapa berhak panggil mesyarat tidak kepercayaan di DUN? Adakah mesti MB atau Speaker boleh buat demikian?

Tanpa Nama berkata...

YB Shaari dan YB Hasnul bukan berasal dari tong taik.....
tahniah.....
bravo

Tanpa Nama berkata...

betul2...pemimpin atasan PAS sangat lembab. Layak jual ubat kuat je

Tanpa Nama berkata...

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi:

"RATIB SEMUA PEMIMPIN PAS ialah, PAS bersama PR, pertahan PR dan tiada hasrat tinggalkan PR.

Apabila dua ADUN PAS Selangor (ada yang kata empat) menyatakan sokongan kpd PKR dan DAP supaya Khalid melepaskan jawatan MB dan jawatan itu diserah kpd PKR;

Naib Presiden PAS kata mereka membelakangi parti.

Ahli biasa PAS macam aku pening."

sb dehlawi berkata...

kalau ikutkan praturan, yb pakatan boleh usulkn undi xpercaya kpd khalid, tapi sukar dilaksana kerana prosedurnya memerlukn perkenan sultan. check balik kronologi kes bekas mb kelantan mohd nasir yg jatuh akibat undi xcaya

Tanpa Nama berkata...

Dua YB "mungkin" tidak ikut "arahan ulama pas", maka boleh dikena tindakan. Kalau ini peraturan parti, maka boleh paham

Tapi kenapa parti ULAMA PAS yang mulia ini, sokong pula Khalid yang TIDAK IKUT arahn parti dia iaitu PKR?

Apa logiknya? Saya pasti ULAMA PAS yang mulia cerdik mesti ada alasan yang baik atas perbuatan yang double standard (sokong orang lain tak ikut parti dia, tapi nak orang parti sendiri ikut jer".

Minta ULAMA PAS yang mulia berilmu bagi tunjuk agar sikit kepada semua rakyat Selangor.

Terima Kasih

Unknown berkata...

Sabar. Jgn emosi sgt. Klu tak percaya dgn syura ulama, pergi la tanya ulama dunia dr yusuf al qaradhawi dulu. Jgn tersilap mghukum. Nanti myesal dunia sampaiii akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Bila pas x ikot ckp pkr n dap dituduh pngkhianat..tp bila dap dan pkr x stuju sesuatu isu dari pas dan bt komen terbuka dgn mengguriskn hati pas dan ahlinya tue xpa pula...??

Tanpa Nama berkata...

Pas dulu OK pas skrng tunggu dulu hendak buat keputusan .hingga kan .Ada yg hendak keluar parti.apa dah jadi ni pas???

Unknown berkata...

Salam sdra Anon 3:44

Saya akan jawab soalan sdra satu per satu kerana kesuntukan masa.

Soalan pertama sdra: "antara politik dan Islam yang manakah perlu kita utamakan?"

Di dalam islam, agama dan politik tidak dipisahkan tidak seperti agama Kristian yang memisahkan politik dengan agama Kristian melalui dokrinnya give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God.

Di dalam ada kaedah usul-fiqh, ma lam ya'timul wajibu illa bihi fahuwa wajib - barang yang wajib tidak dapat di laksanakan tanpanya, maka ia menjadi wajib. Contohnya solat itu wajib. tetapi untuk dirikan solat maka perlu wudhu, lantaran itu wudhu jadi wajib.

Begitulah di dalam hal : menegakkan hukum Islam itu wajib, tetapi untuk menegakkan hukum Islam perlukan kuasa politik. Maka mendapatkan kuasa politik itu menjadi wajib.

Di dalam politik pula ada "strategi" - maka balik ke pangkal usul-fiqh, tak dapat ditegakkan kuasa politik melainkan dengan stateegi maka strategi itu menjadi wjaib.

"Tahaluf siyasi" dan sebagainya adalah sebhgn dari strategi itu.

Maka tidak timbul persoalan "antara politik dan Islam yang manakah perlu kita utamakan"
Jangan samakan Islam dengan Kristian.

Wallahu alam.

bersambung

Tanpa Nama berkata...

Hairan.. PAS nak ahli PAS taat pada ketua.. tapi PAS sendiri sokong ahli PKR yang tak taat pada ketua.. apa punya katun daaa...

rakyat selangor perhati je PAS yg dari luar negeri selangor ni.. cakap macam dia kat dalam selangor.. relex je org selangor.. pasal org selangor memang tak nak BN lagi... sudah2 la tu dari bagi ulasan Pas + Umno + Khalid Ibrahim..

Dalam tempoh ni baru kita nampak siapa Khalid siapa yang bermuka2.. kami perati saja.

||pengundi PR di N41|P108

Tanpa Nama berkata...

Las 2 sekali pkr /dap OK pas berpecah.sebab pas banyak cakap. SU pemuda ulamak d adun 2. Sedih lah

Anti Fitnah berkata...

PAS ... janganlah membuat kenyataan yang tidak logik dan tak relevant. Ambil mudah saja?
Sokong atau tidak?
Setiakawan atau tidak?
Kota janji atau tidak?
Pentingkan jemaah atau tidak?
...
Jangan mengamalkan sifat munafikun seperti UMNO-BN. Api bermula dengan kecil baru jadi besar. Begitu juga kalau mula dengan penipuan kecil dan bila dah biasa dengan penipuan, akan rasa penipuan tu benar.
Ibarat peribahasa, "kalau dekat dengan merah, maka merahlah jadinya; kalau dengan hitam, maka hitamlah jadinya."

Tanpa Nama berkata...

berapa juta anwar bayar mrk ni.. or mayb lps ni dpt lah exco yg diidamkan tu ye.. puak2 munafik di dlm pas sudah mula menunjukkan muka..hehehe

Azlanakmal berkata...

Ini ada satu kisah... sebuah rumah terbakar tuk penghulu panggil jkkk kg utk meeting samada nak padamkan kebakaran dgn air ataupun panggil bomba utk padam kebakaran.....bincang punye bincang pd 17.8. Dan akhirnya dpt keputusan utk panggil bomba. Tetiba datang sorang budak beritahu tok ketua rumah dah hangus terbakar......

Tanpa Nama berkata...

Khalid tak perlu cabar perempuan, dia jantan apa tak berani letak jawatan bila di pecat, jangan jadi dayus

Tanpa Nama berkata...

Tuan, perbincangan sebenar pas pada 17-8 adalah nak keluar pr dan gabung dengan umno dan dapat mb selangor. Bukan pasal sokong Khalid Ker tidak

Parti ini memang Tak boleh percaya.

Kecually ulama pas yang mulia tidak akan buat kesilapan.

Tanpa Nama berkata...

Cara terbaik dan bijak Khalid untuk mrmecah belahkan ahli dan penyokong Pas, pemimpin Pas lambat bertindak

Tanpa Nama berkata...

Waktu time najib nak rampas perak dr tgn pr...x payah tunggu pun utk buat undi x percaya dlm dewan...tup tup bila time khalid kat selangor ni...mcm2 hal nak kena buat...bengong punya undang2...

Tanpa Nama berkata...

Takkan si khalid gagap tu seorang parti pas dan pakatan betpecah belah.bodo pemimpim pas yg lbh pentingkan org luar drpd ahli sendiri.aku pun dah meluat jadi ahli pas dan pemimpin yg bangang.so lps ni nak blah... .

Tanpa Nama berkata...

Only time will tell...hebat sungguh pengkomen dlm gb nih..termasuk la tuan gb sendiri..mesti usrah tak penah miss nih..huhuhu
Tak lama lagi boleh la lantik gb sebagai ahli syura yang baru...

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas tolongla dgr suara ahli2 yg dah meluat dgn Hj Hadi yg lembab ni.Guna akal dgn waras dan jgn berlagak bongkak dgn parti yg hidup pun bergantung pafa pakatan.

air gunung berkata...

Ini politic la bro11:00 PM. X mampu jgn terjun kdlmnya. Telinga bkn setakat kena pekak kebal dgn tahik keras.kena ada spring keras dan lembut dsbgnya.bro dah jd ahli syura or ajk parti ker?x pyh jauh sgt.jd siak masjid pon merah telinga taw nak layan persepsi n kerenah manusia.so rilex arr.lg pon malaysia ni blm matang lg pasal demokrasi.bcoz dah terdidik dgn demokrasi terpimpin umngok sekian lama.so dah jd barah.skrg kita blajo lah dr abc semula dgn berbagai krisis.ia baik utk bakal pengganti umngok yg tua pikun x larat.x der lah kita berkrisis sampai tumpah darah mcm kat tempat lain.blaja berkomen hujah dgr balas.

in response to Only time will tell...hebat sungguh pengkomen dlm gb nih..termasuk la tuan gb sendiri..mesti usrah tak penah miss nih..huhuhu Tak lama lagi boleh la lantik gb sebagai ahli syura yang baru... , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Khalid pemimpin yang bijak mengambil kesempatan kebodohan pemimpin Pas, untuk memecahbelahkan Pas

Tanpa Nama berkata...

BN ketawa pkr lenyap dap senyap pas berpecah belah Selangor siapa yg dapat yg ketawa sebab PR bertelagah.yg rugi RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

Sabar Ada tempatnya.