16 Ogo 2014

[TERKINI] Selangor! Bersiap Sedialah Untuk Pilihanraya Negeri..

Abdul Khalid Tidak Tolak Kemungkinan Bubar DUN Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). -BERNAMA

ULASAN GB

Seperti yang GB jangkakan sebelum ini nampaknya Pilihanraya negeri tidak dapat dielakkan.

Apabila Khalid mendakwa beliau mendapat sokongan maoriti untuk kekal sebagai menteri Besar dan apabila Presiden PKR Wan Azizah pula telah menyerahkan senarai 30 ADUN yang menyokong beliau, maka nampaknya PRN bakal diadakan.

Hubungan Khalid dengan Sultan dan pihak UMNO nampaknya akrab. UMNO akan cuba mencari peluang baru dengan perpecahan yang berlaku di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Inilah peluang yang mereka nantikan setidak-tidaknya untuk memperbaiki bilang kerusi DUN paling corot - 12 kerusi.

Pendirian PAS hanya akan diketahui 17 Ogos ini samada terus bersama Pakatan Rakyat atau akan bersama UMNO atau akan bersendirian.

Namun di dalam apa juga keadaan, Selangor sudah perlu bersiap sedia.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



50 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tapi yg paling aku x puas hati dlm isu mb ni adalah...PAS LEMBAB....

Tanpa Nama berkata...

Bubarkan saja Dewan dan bhaut pilihanraya baru....siapa menang dialah memerintah....harap harap UMNO menang...biar padan muka PKR..!!

karat hijau berkata...

PAS tidak lembab percayalah.. sokngan PAS tetap pd PR... berikan masa utk Pemimpin PAS utk menyatakan pendirian... kami sentiasa sokong kepimpinan ulama.. mmg sentiasa sedar akan keputusan terburu2. byk padahnya.. peluang utk mengkaji dan meneliti perlu ada.. siapa yg sudah berada didlm ukwah PAS .. tidak mudah utk dipengaruhi.. ALLAHHUAKBAR.. karat hijau..

arai berkata...

PAKATAN kini sudah tidak ada lagi kesepakatannya. Isu MB menjadi kecuh kerana kerakusan manusia-manusianya yang tidak pernah jemu dengan sikap rakus gila kuasa. Kemana hilangnya prinsip parti? Yang terasa tempias keperitan kelak ialah rakyat-rakyat yang pernah memberi sokongan kerana menyangkakan pilihan mereka adalah menepati keadaan tapi sebaliknya apa yang berlaku ialah kehancuran demi kehancuran yang bakal melihat kecundangnya PAKATAN dalam kelompok politik kotor !

Putra IJ80 berkata...

PAS menyangk bila dapat 15 kerusi di S'gor dia merasa pengarohnya sudah kuat dan di terima rakyat S'gor.

Walhal kalu PAS x bersama PR paling tinggi PAS dapat 5-6 kerusi saja.

Biasa lah "Hamba ku bila di beri kesenagan slps kesusahan dia akan gembira lagi Sombong"

Tunggu DUN bubar ...PAS bersendirian kali ini...silap silap dapat dua kerusi..sebagai penanda kubur....

In sya Allah.

Tanpa Nama berkata...

PAS yang mengagungkan Khalid sebagai mb yang terbaik, tapi adakah Khalid memikirkan nasib PAS selepas DUN Selangor bubar. Jadi berusahalah PAS untuk mendapatkan 15 kerusi balik. Bagi PKR dah tentu merundum jatuh melainkan taruhan kerusi bukan Melayu.Perpecahan PR tak dielakan lagi dan membawa haluan masing2. Dalam ertikata sebenar PAS amat malang dengan kehilangan Kedah dan Selangor akibat anasir2 UG yang menyusup masuk dalam kelompok ulama. Bravo geng2 UG yang tidak sebulu dengan Anwar dan PKR.

BaDiN berkata...

YANG PASTI PARTI PAS AKAN DIPERSALAHKAN SEANDAINYA PRN DIADAKAN.HASIL DRPD PRN DITAKDIRKAN SELANGOR PULANG KEPANGKUAN BN ,PARTI PASLAH YG AKAN DIPERTANGGUJAWABKAN SERTA DIPERSALAHKAN OLEH PKR,PKR DAN PR TIADA LAGI.NASIB PARTI PAS SELEPAS ITU AKAN DILIHAT SEBUAH PARTI YANG DILABEL SEBAGAI PARTI PENTINGKAN DIRI SENDIRI.MARUAH PARTI PAS AKAN DILIHAT BURUK DI MATA PENDOKONG PKR,DAP DAN HILANG KEPERCAYAAN OLEH ORANG ATAS PAGAR YANG PADA PRU LALU SUDI PANGKAH PARTI PAS.MUNGKIN PAKATAN RAKYAT AKAN BUNGKUS BUAT SELAMANYA.SEBELUM TRAJEDI INI BERLAKU PARTI PAS HENDAKLAH BUANG TSKI SEGERA SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.SEKARANG INI PUN MUNGKIN MARUAH PARTI PAS TELAH DIPERSOALKAN OLEH RAKAN PR.MISI PAS UTK TAWAN MALAYSIA BERSAMA PKR,DAP AKAN DIKETEPIKAN DAN PARTI PAS TIDAK DIPANDANG MULIA OLEH RAKAN PR .MAJORITI DALAM PR AMAT SEDIH DENGAN KELEMBAPAN PAS MEMBUAT KEPUTUSAN.

Unknown berkata...

Kenapa la golongan yg berjenama ulama ni kebanyakannya bodoh mcm lembu....buat malu dgn khafir ja....ckp seolah olah suci dr dosa tp gunakan agama sebagai topeng.

Tanpa Nama berkata...

ini pendpt saya:

1) kelewatan PAS mengadakan mesyuarat untuk menyatakan pendirian menyebabkan pengundi bukan-Islam/bukan Melayu serta pengundi atas pagar akan menolak PAS pada PRN Selangor.

2) Akibatnya PAS akan kehilangan byk kerusi.

3) Slogan PAS 4 ALL sudah tidak dpt digunakan lagi

4) Katakanlah J/K Pas membuat keputusan untuk bersama PR, namun "damage has been done", sbhgn besar pengundi bukan ahli PAS akan tolak PAS.

5) ika bertanding sendirian, PAS akan hanyut dengan kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN

6) Jika bersama UMNO, PAS kehlangan majoriti penyokong dari ahli parti sendiri sebagai tanda protes, disamping akan dipermainkan UMNO dari segi bilangan dan kedudukan kerusi DUN

Memang pessimistik sedikit jangkaan di atas, namun saya rasa itulah yg bakal berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Orang luar tidak perlu masuk campur urusan PAS.Sebagai contoh kalau aku kondemkan kau punya kerja?Ada kau suka/Kau sendiri akan jawab kerja kau so kau tahu cara nk handle

Tanpa Nama berkata...

Kegelojohan dan kerakusan PKR untuk berkuasa secara tipu muslihat menjadikan Selangor huru-hara. Bila buat 'Kajang Move' tak bincang pun dengan PAS. Sekarang dah kantoi, menyalahkan PAS. Mencaci dan mengutuk rakan, padahal PAS cuba mengelak dari ADUN dibubar dan mempertahankan kerajaan PR Selangor dari jatuh.Adun PKR dan DAP ni terlalu emosional dan tidak berfikiran panjang.Oleh kerana akal pendek lah Exco DAP dan PKR dipecat !

Tanpa Nama berkata...

Adalah wajar pas dihukum melalui PRN. Yb pas sekarang ini yg tidak setuju dengan pendakatan pas yg lembab dan bertangguh perlu menilai keahliannya. Kerja spt itu amalan syaitan....? Ini tazkirah ulama pas senbdiri.

Tanpa Nama berkata...

Pas kini adalah boneka umno :(

Tanpa Nama berkata...

pemimpin pas memangg lembab.....nak buat tindakanpun.....17/8...baru nak istihar..muak...

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha
Baca engkorang punya komen buat saya ketawa. Rakus dan tidak sabar. PAS bagi saya sgt bijak kerana tidak membuat keputusan terburu-buru. Kalaulah PAS terus saja menolak MB Khalid, pasti DUN sudah bubar skrg. Elakkan pembubaran DUN kerana untuk mendapatkan sebuah kerajaan seperti Selangor dlm PRU adalah amat susah, apatah lagi jika Pilihanraya DUN Selangor sahaja. Sebaiknya, serah pd kepimpinan Ulama utk buat keputusan. Pasti keputusan yang terbaik akan timbul bilamana ianya dikaji dan diteliti dgn hati yang terbuka...... Semoga Allah memberkati

Tanpa Nama berkata...

Sokong . macam mna nak pegang putarajaya . PR pun kelang kabut.

in response to Tapi yg paling aku x puas hati dlm isu mb ni adalah...PAS LEMBAB...., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Sokong . macam mna nak pegang putarajaya . PR pun kelang kabut.

in response to Tapi yg paling aku x puas hati dlm isu mb ni adalah...PAS LEMBAB...., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya PRN terjadi , kita pastikan PAS tidak mempunyai kerusi lagi di Selangor . Asalnya PAS adalah pengkhianat kepada PR , disebabkan PAS , PRN terpaksa diadakan , PAS menyokong TSKI yang dipecat dari PKR, inilah pembelotan bermula. PAS akan hancur diSelangor. Kami tidak akan mempercayai PAS lagi walau bertanding dimana-mana.

Tanpa Nama berkata...

Ikut mana pun nanti..hasil kerajaan selangor yg dikumpul oleh pakatan rakyat sepanjang pemerintahannya akan jatuh pada kerajaan baru iaitu dari barisan nasional. Memang dah agak dah..pakatan rakyat nie tak sehaluan.

Tahun depan air percuma akan ditarik balik oleh kerajaan baru..baru padan muka satu selangor..

lan44646 berkata...

Pas belum layak utk memimpin Islam .
Hasad dan benci terlalu tinggi ada
dlm pimpinan tetinggi,
Quran dan Hadith tak Nampak dipatuhi.cuma Hawa nafsu yg lebih.
Ahli Pas muhasabah le diri ,jangan terlampau taksub dgn pemimpin sampai tak kenal betul atau salah
Kami Rakyat telah dizalimi.
Cuma Nik Aziz saje contoh yg terbaik.
Yg Masih ada dlm Pas,

Tanpa Nama berkata...

Lembahnya PAS
Kerashatinya PKR
aiiyaaa...kata DAP

Tanpa Nama berkata...

Parti PAS perlu pembaharuan. Perit untuk ditelan apatah lagi PAS bukan baru di arena politik. Sebagai ahli PAS, dapat diperhatikan gap antara kumpulan ulamak dan professional. Ruh dakwah tenggelam dlm jemaah hanya haraki menjadi perjuangan. Mungkin inilah kesilapan PAS selama ini yg masih ditakuk lama. Islam itu syumul. Adalah lebih baik jika PAS ambil pengajaran dari peristiwa ini dan perkuatkn jemaah dari sibuk cuba mengata ahli sendiri sbg pengkhianat dsbg. Akhlak pun masih tak settle lg mcmana nk bwk siasah Islam. Ingat ini semua ketentuan Allah. Lebih baik amal yang sedikit tetapi berkualiti dan Istiqoomah , itulah yg Allah ambil kira. Kita cuma berusaha, result Allah yang punye. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Komen dari puak pkr dap sgt dangkal
Asyik salahkan pas.sapa yg mulakan onar nih? Jawab la bro pkr dap...
Puak yg anggap pkr sgt suci...
Gila kuasa..anak muda sentiaaa bersama pas.mimpi siang hari la bro pkr ckp pas ilang sokongan..pru13 org pas la kerja keras siang mlm tnpa mntk duit upah pon...puihhh pkrr..aku sokong ulamaa...

Tanpa Nama berkata...

Dulu bila Dr M kata ramai profesional masuk PAS sebab UMNO tak iktiraf profesional bukan main seronok geng2 PAS.ye lah konon nya org bijak pandai xpilih umno.realitinya geng profesional bila beri idea lawan arus dikatanya menentang kepimpinan ulama.ini dikira pembodohan secara mulia.guna hadis ikut mana yg sedap dipakai.tak kena hidung sendri sedaplah kata org tu gila kuasa macam2.cuba tengok MP temerloh dan MP pasir mas next pru.boleh menang lagi ke x.rasa seronok sangat dah jd MP.

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan saje Lembab bahkan Bebal

Tanpa Nama berkata...

Kalau di adakan PRN kita lePASkan saje parti pengkhianat ini

Tanpa Nama berkata...

Biar dibubar awal dari dulu lg...dari dibubar kemudiannya setelah habis terlondeh antara parti2 gabungan PR...dgn alasan kononnya tak nak gopoh....justifikasinya sama dgn jwb soalan matematik...krn xnak gopoh 50% tak terjawab krn masa dah abis..so bkn krn tak nak gopoh tp mmg otak lembabbbb...

Tanpa Nama berkata...

Lepas tu mcm2 dalil agama diberikan bagi menghalalkan tindakan lembab itu...sedangkan agama tidak suka dlm kerja bertangguh tangguh..apa daaa..

Unknown berkata...

BerJemaah itu RAHMAT,Berpisah itu AZAB... fikir-fikirkan lah...MELAYU AKHIR ZAMAN.

Tanpa Nama berkata...

Yg hj hadi pergi menyibuk bangkang mb pilihan pkr tu apa pasal...itukan hak pkr...

in response to Orang luar tidak perlu masuk campur urusan PAS.Sebagai contoh kalau aku kondemkan kau punya kerja?Ada kau suka/Kau sendiri akan jawab kerja kau so kau tahu cara nk handle, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Kau dah baca ke langkah kajang tu habis2? Jgn main ckp ikut sedap mulut jea tanpa fakta...kau tahu tak parti pas lah yg sebelum ni banyak buat aduan pasal si khalid tu...pjg lagi ceritanya...baca smpai habis lain kali...

in response to Kegelojohan dan kerakusan PKR untuk berkuasa secara tipu muslihat menjadikan Selangor huru-hara. Bila buat 'Kajang Move' tak bincang pun dengan PAS. Sekarang dah kantoi, menyalahkan PAS. Mencaci dan mengutuk rakan, padahal PAS cuba mengelak dari ADUN dibubar dan mempertahankan kerajaan PR Selangor dari jatuh.Adun PKR dan DAP ni terlalu emosional dan tidak berfikiran panjang.Oleh kerana akal pendek lah Exco DAP dan PKR dipecat ! , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak coverlah... kalau hj hadi sama2 setuju ari tu...semua masalah ni takkan timbullah...sblum nak ckp org lain x bagus jd mb, baik lihat diri sendiri dululah...

in response to Ha ha ha Baca engkorang punya komen buat saya ketawa. Rakus dan tidak sabar. PAS bagi saya sgt bijak kerana tidak membuat keputusan terburu-buru. Kalaulah PAS terus saja menolak MB Khalid, pasti DUN sudah bubar skrg. Elakkan pembubaran DUN kerana untuk mendapatkan sebuah kerajaan seperti Selangor dlm PRU adalah amat susah, apatah lagi jika Pilihanraya DUN Selangor sahaja. Sebaiknya, serah pd kepimpinan Ulama utk buat keputusan. Pasti keputusan yang terbaik akan timbul bilamana ianya dikaji dan diteliti dgn hati yang terbuka...... Semoga Allah memberkati, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak coverlah... kalau hj hadi sama2 setuju ari tu...semua masalah ni takkan timbullah...sblum nak ckp org lain x bagus jd mb, baik lihat diri sendiri dululah...

in response to Ha ha ha Baca engkorang punya komen buat saya ketawa. Rakus dan tidak sabar. PAS bagi saya sgt bijak kerana tidak membuat keputusan terburu-buru. Kalaulah PAS terus saja menolak MB Khalid, pasti DUN sudah bubar skrg. Elakkan pembubaran DUN kerana untuk mendapatkan sebuah kerajaan seperti Selangor dlm PRU adalah amat susah, apatah lagi jika Pilihanraya DUN Selangor sahaja. Sebaiknya, serah pd kepimpinan Ulama utk buat keputusan. Pasti keputusan yang terbaik akan timbul bilamana ianya dikaji dan diteliti dgn hati yang terbuka...... Semoga Allah memberkati, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak coverlah... kalau hj hadi sama2 setuju ari tu...semua masalah ni takkan timbullah...sblum nak ckp org lain x bagus jd mb, baik lihat diri sendiri dululah...

in response to Ha ha ha Baca engkorang punya komen buat saya ketawa. Rakus dan tidak sabar. PAS bagi saya sgt bijak kerana tidak membuat keputusan terburu-buru. Kalaulah PAS terus saja menolak MB Khalid, pasti DUN sudah bubar skrg. Elakkan pembubaran DUN kerana untuk mendapatkan sebuah kerajaan seperti Selangor dlm PRU adalah amat susah, apatah lagi jika Pilihanraya DUN Selangor sahaja. Sebaiknya, serah pd kepimpinan Ulama utk buat keputusan. Pasti keputusan yang terbaik akan timbul bilamana ianya dikaji dan diteliti dgn hati yang terbuka...... Semoga Allah memberkati, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak coverlah... kalau hj hadi sama2 setuju ari tu...semua masalah ni takkan timbullah...sblum nak ckp org lain x bagus jd mb, baik lihat diri sendiri dululah...

in response to Ha ha ha Baca engkorang punya komen buat saya ketawa. Rakus dan tidak sabar. PAS bagi saya sgt bijak kerana tidak membuat keputusan terburu-buru. Kalaulah PAS terus saja menolak MB Khalid, pasti DUN sudah bubar skrg. Elakkan pembubaran DUN kerana untuk mendapatkan sebuah kerajaan seperti Selangor dlm PRU adalah amat susah, apatah lagi jika Pilihanraya DUN Selangor sahaja. Sebaiknya, serah pd kepimpinan Ulama utk buat keputusan. Pasti keputusan yang terbaik akan timbul bilamana ianya dikaji dan diteliti dgn hati yang terbuka...... Semoga Allah memberkati, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Tak semua dalam PAS ada ulamak ada juga bukan ulamak. Ulamak dlm majlis syura dah menolak Wan Azizah. Apa lagi nak cerita ulamak akan buat keputusan yg baik. AJk PAS adalah campuran ulamak dan bukan ulamak.

in response to Ha ha ha Baca engkorang punya komen buat saya ketawa. Rakus dan tidak sabar. PAS bagi saya sgt bijak kerana tidak membuat keputusan terburu-buru. Kalaulah PAS terus saja menolak MB Khalid, pasti DUN sudah bubar skrg. Elakkan pembubaran DUN kerana untuk mendapatkan sebuah kerajaan seperti Selangor dlm PRU adalah amat susah, apatah lagi jika Pilihanraya DUN Selangor sahaja. Sebaiknya, serah pd kepimpinan Ulama utk buat keputusan. Pasti keputusan yang terbaik akan timbul bilamana ianya dikaji dan diteliti dgn hati yang terbuka...... Semoga Allah memberkati, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt2...hakikatnya hj hadi, haron din dan stopa ali tu sendiri geng ug...geng ug suka bermuka muka jea demi survival politik padahal dlm hati x pernah redha dan sebenarnya mmg tak suka dgn anwar ibrahim...sudah terang lagi bersuluh...x payahlah nak berlakon lagi..

in response to Sekiranya PRN terjadi , kita pastikan PAS tidak mempunyai kerusi lagi di Selangor . Asalnya PAS adalah pengkhianat kepada PR , disebabkan PAS , PRN terpaksa diadakan , PAS menyokong TSKI yang dipecat dari PKR, inilah pembelotan bermula. PAS akan hancur diSelangor. Kami tidak akan mempercayai PAS lagi walau bertanding dimana-mana., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Yg mulakan onar ni hj hadi...menyibuk dlm urusan dalaman parti rakan...kau baca surat terbuka husam musa tu dulu sampai habis pastu baru komen...

in response to Komen dari puak pkr dap sgt dangkal Asyik salahkan pas.sapa yg mulakan onar nih? Jawab la bro pkr dap... Puak yg anggap pkr sgt suci... Gila kuasa..anak muda sentiaaa bersama pas.mimpi siang hari la bro pkr ckp pas ilang sokongan..pru13 org pas la kerja keras siang mlm tnpa mntk duit upah pon...puihhh pkrr..aku sokong ulamaa..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

So hadi dan nazaruddin dua ini salah besar kerana pas dan jadi parti dibenci rakyat selangor. Pecat dia keluar parti.

Tanpa Nama berkata...

Memang pas yang perfect, yang salah semua cina, tapi kenapa pas Suka Sangat dapat undi cina?

Tanpa Nama berkata...

kenapa semua org tak boleh sabar, semua nak cepat, yang nak sangat tukar MB terus sampai x leh sabar kenapa? ada udang sebalik batu ke? hahahahhahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Yang ulama semua perfect. Minta najib Letak jawatan, bagi PM kpd ulama pas yang mulia maka msia ini akan jadi tiada masalah. Tak payah undi pun, biar ulama pas yang berilmu tinggi uruskan segala.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun apa keputusan pimpinan pas kita mestilah akur kerana disitu banyak hikmahnya...dunia ini bukan matlamat kita...

Tanpa Nama berkata...

Hadi mahu Pilihanraya sebab Pas dah kuat boleh perintah dunia...?

BaDiN berkata...

Masalah besar menanti kita jika Selangor berMBkan bukan anak tempatan.Buat masa sekarang sebelum PRU14 umno akan mainkan isu MB org luar.Betul kata SUA PAS bukan jantina yg dipersoalkan tapi ada benda lain yg mungkin menjadi Peluru Hidup utk disasarkan kpd PR.Peluru ini sentiasa hidup sebelum PRU14 dan selepasnya.Cuba lihat Umno/Bn mereka tak berani lantik MB yg bukan dari anak negeri walaupun mereka menguasai Malaysia.Nescaya jika umno berbuat demikian ianya akan menjadi Isu yg berpihak kpd PR.Adakah PR mahu dibebankan dgn isu yg diciptakan sendiri?Jika Benar Majoriti rakyat Selangor menyokong ianya tak semestinya boleh diterima di lain lain negeri.Jika K.Wan jadi MB tidak mustahil beliau akan DiRemote Control oleh Penasihat PKR.Majoriti rakyat di negeri2 dalm Malaysia masih belum bersedia utk menerima bukan anak negeri jadi MB & KM.Sebagai jalan penyelesaian PAS hendaklah nasihatkan PKR cari calun Anak Negeri sebagai MB.Ramai Calun Yb PAs tewas dibanyak tempat apabila bukan anak tempatan dicalunkan Kecuali di Kubu Kuat PAS.PKR cuba nak pecah rekod dgn melantik bukan anak tempatan dan wanita sebagai MB Tapi sayang ianya belum masanya sebelum Malaysia ini kita tawan sepenuhnya.PKR tak boleh memaksa PAS utk menerima benda yg boleh memakan diri sendiri terutama kpd PR.Umno boleh ambil kesempatan memainkan isu ini seandainya Selangor berMBkan dari bukan anak negeri.Ini isu masa depan PAS,PKR,DAP(PR)yg harus direnungi bersama.

Tanpa Nama berkata...

Perebutan mb bemula lepas praya. Geng azmin mau dia mb, kemuadian adun kajang letak jawatan konon mau calon anwar. Kputusan kes anwar menghalang anwar jadi calon. Isteri dia pula ganti. Pkr buat kemelut sendiri, bkn pasal pas. Ingat tski duduk diam bila org nak buang dia.dia banyak option sebagai mb. Bukan onar pas. Anwar bukan pm. Apa power dia ada. Pernainan ini tangan tski. Akhirnya dun bubar. Ini yg dnanti umno peluang utk ambil balik selangor. Jangan salahkan pas. Bila ada krisis akan ada pemain2.dgn peranan masing utk mengeruhkan lagi keadann. Biasalah lawan akan ambil kesempatan. Dlm hal ni umno lebih matang. Mana ada org umno krhentam pemimpin cara terbuka dimedia. Krisis mb trganu selesai 24 jam. Ini antarau no dengan pr. Kerana umno ada omp. Pr apa ada. Baik duduk diam jgn dok kelahi sama sendiri. Jgn dok angan2 kita ni dah piwer sangat. Rakyat poyn meluat tebgok bercakaran sama sendiri. Jgn ingat pegang 3 buah negeri dah rasa kuat. Insaf2 wahai puak2 pr

Tanpa Nama berkata...

Senang saja nak tipu Pemimpin Pas, julang pedang dengan al Quran....Umno julang sunat, yang wajib tak buat....

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya dap dan pkr tidak yakin lagi pada pas dan menganggap pas sebagaipenghianat,bodoh,lembab,angkuh,biadap,kuno,penting diri serta berbagai lagi tuduhan yg amat mengaibkan.Selepas semua tuduhan sebegitu dilempar kpd kami.Selepas hati kami terguris dan hancur.Apakah anda masih akan mengharap sokongan kami lagi selepas ini.sorry and good bye.

Tanpa Nama berkata...

Apa la ko org dok sibuk bercakaran sesama sendiri....aku pasti...lambat laun...Selangor akan terlepas....mcm Tganu dan Kedah dulu...dlm dok sibuk bercakaran sesama sendiri....rakyat jua yg akan buat keputusan muktamad....semuanya akan terlopong...dr dulu sampau sekarang....pi mai pi mai...dok tang tu jugak....yg dikejar x dpt....yg dikendong... berciciran....

Tanpa Nama berkata...

Bukan PKR dan DAP saja meluat dengan PAS, PAS yang tak UG pun nampak Pemimpin Pas UG macam sampah masyarakat