29 Ogo 2014

Peluang Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Masih Cerah


Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Malam tadi, beliau mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai isu Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu.

PAS, katanya tetap dengan pendirian akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Adun PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baharu.

"Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama, itu tak betul," jelasnya.

Beliau berkata, PAS akan menghantar senarai nama itu kepada Istana Selangor sebelum 3 September ini.

Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY


PAS tetap mahu kemuka dua nama

PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan menteri besar.

Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya.

Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada hari Selasa, baginda sultan meminta Pakatan mengemukakan "dua atau lebih nama", dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para hari Rabu depan.

Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.
-mk



PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini

PKR enolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.
-mk


ULASAN GB

Jika diteliti hujjah-hujjah di dalam laporan-laporan di atas, harapan untuk Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah cerah.

Ini adalah kerana sekalipun PAS akan menghantar lebih 1 nama selain nama Dr. Wan Azizah, namun Sultan terikat untuk memilih nama yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Sepatutnya kena jengah dulu Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.


Fasal 53(2)(a) memperuntukkan bahawa Sultan perlulah melantik seorang ahli Dewan yang pada hematnya telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Menurut pandangan seorang peguam, apa saja budibicara Tuanku Sultan untuk melantik seorang Menteri Besar tidak boleh melanggar Fasal 53(2)(a) kerana seseorang Menteri Besar mesti mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Cuma sekarang ini PR berpecah. PKR & DAP hantar 1 nama, PAS hantar banyak nama. Dalam keadaaan apa pun, "nama" itu perlulah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Yang jelas sekarang ini, yang dah dapat sokongan majoriti ahli dewan ialah 1 nama saja iaitu.... (anda tahu sendiri).

Yang penting majoriti ahli dewan menyokongnya. Sekalipun PAS ada menghantar nama orang lain sebagai MB Selangor selain Wan Azizah, ia tetap dari PKR. Dan ADUN-ADUN PKR seperti Azmin dan nama ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad misalnya, namun kedua-dua ADUN berkenaan telah terikat dengan Akuan Bersumpah untuk menyokong Presiden mereka, Dr. Wan Azizah sebagai MB. Soal samada Sultan Selangor berkenan atau tidak terhadap nama berkenaan tidak timbul.

Soal PAS tolak wanita sebagai MB pun tidak benar. Jika benar, PAS tak lansung calonkan nama Wan Azizah sebagai MB.

Desas-desus menyatakan Sultan Sulangor tidak berkenan dengan Wan Azizah sebagai MB itu juga tidak benar. Ia hanya propaganda pihak tertentu. TS Khalid Ibrahim sendiri pernah menyatakan bahawa Istana belum menolak pencalonan Wan Azizah. Cuba lihat video ini:










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu sajalah Sultan buat keputusan mengikut undang-undang tuboh Negeri Selangor..tak usahlah hentam sama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Sungguh tak faham pendirian Stopa Ali.Dah serah kpd DYMM Sultan Selangor buat pilihan,lepas mesyuarat PAS Pusat 25hb yg lalu.Bila Tuanku nakkan setiap party PR kemukakan 2 calun,dah tak mau hantar 2 nama pulak.Bukankah ini melanggar titah Tuanku? Keluar pulak kenyataan,jawatan MB milik PKR,wal hal sudah serahkan kpd Tuanku buat pilihan.Ini apa punya ding-dong,sama jugak macam presidennya yg dolak- dalik.Inikah party yg nak kePutrajaya? Malaysia boleh punah dan hancur.

Tanpa Nama berkata...

Seseorang yang memegang jawatan mb selangor jika tidak mendapat sokongan majoriti apakah hukumnya haram /halal pendapatannya wahai ulamak pas/umno.

Tanpa Nama berkata...

GB stuju ke DSWA jd MB?xksh ke dgn pndgan rkyat yg sdg melihat amalan nepotisme yg selama ni diamalkn BN skg ni dipraktikkan oleh PR?

bat8 berkata...

Tuan

PAS atau lebih tepat puak UG sudah terbelit kaki sendiri dengan tindakan sabotaj mereka hendak meruntuhkan Pakatan supaya mereka boleh bawa PAS bekerjasama dengan UMNO tanpa melalui muktamar khas.

Sekarang ia sudah menjadi lawak jenaka tahap maharajaawak astro. Pong pang pong pang bangkang sana bangkang sini. Tak setuju itu tak setuju ini. Auta sini auta sana. B3lit sini belit sana.

LAST -LAST NAK KEMUKA CALON DARI PARTI ORANG....hahahaha. Ingatkan nak calonkan Adun parti s3ndiri...ghupernya tidakkkk.....

Agak-agak cerdik ke tidak tindakan puak UG ni? Permainan mereka sudah sampai ke penghujung tak lama lagi. Bapak-bapak UG pun dah menampakkan diri mereka kini. Dulu kita dok tengok aksi macai-macai je.Hari ni kita tengok aksi-aksi bapak-bapak UG.

Wallahualam

ps: Mana m3nghilang pahlawan UG kita si ustaz Nasarudin vellfire? Sonyap sopi je...

Tanpa Nama berkata...

Benda mudah yang tidak patut di susahkan.

Kekusutan ini dapat di atasi jika

1. dari awal- pemimpin utama PAS berterus terang kepada rakyat bhw kerusi MB untuk Selangor adalah daripada calon PKR.

2. pemimpin utama PAS menerima mana-mana calon PKR yang telah dicadangkan oleh PKR dan telah menerima sokongan majoriti ADUN PKR.

3. pemimpin PAS menyokong berdasarkan kpd konsensus calon MB Selangor PR mestilah daripada PKR.

Tanpa Nama berkata...

Anon 9.38pm.Ini bukan soal "hentam sama sendiri" tapi yg buat malu kpd party,wajar dihentam.Seorang dua punya angkara,seluruh party dapat malu dan jadi bahan gelak-ketawa masyarakat.Takkan nak diamkan aje.

air gunung berkata...

Makin lama makin lawak la plak sesetgh pemimpin PAS neh.itulah bernafsu sgt nak kutuk nuar.kalo x suka nuar tu pandai2 lah bermain politik.ni dakkkk.nak tjuk pakar politik gak.konon hebat lg dr nuar or mahadeth almarhum fadhil nor.tp gerak kerja haprak.isu tak pandai cipta.dok tumpang org ader laa.
cer tgok DAP yg kapir tuh cipta n cari isu dlm berpolitik.cara anak muda dlm PKR.cikgu bard.ader jer modalnya utk kacau najib sampai gugur rambut.kdg2 terpaksa kuar dr gua si Daim pemilik negara malaysia.mahadeth sampai kdg2 mcm org pikun statementnya.yg lawaknya sesetgh pemimpin PAS tumpang glamer sama.kah kah kah.
Bkn x ade yg hebat.aku dok tgok yg cipta isu dlm PAS Mat sabu.husam.dr zul mujahid dan dua tiga org lg.blajalah dgn org yg korang benci tu cmana nak gegar umngok yg teruk meroyan skrg neh.dlm umngok benda paling haram tertinggi adalah jenama anwar ibrahim.Apsal?tang tu blajalah study putaqbelit sepaktrajang silat politik nuar.cmana dia bekerja politik.bkn mcm yg jenis dah dpt gaji adun or mp trus jd beruang kutub kenyang.

Tanpa Nama berkata...

Meroyan lbh la korg keje hentam pas jee..bengong punya pentaksub2 politik..ckp mcm bi jak sgt...gila kuasa..smua org bt x kena..bodoh..dh org kata pas x nk jawatan sudah la...dh pas bg nama pkr sudah la..x puas hati lg??pas cuma x nak ajijah sbb xmau nmpk seperti ada nepotisma pd pr..tue pn x fhm2? Mmg la dlm kalangan pentaksub2 politik x nmpk kesan apa2..tp pd rakyat bawahan..pd rakyat ats pagar?? Woii mangkuk korg naik jd pemimpin...jd yb tue cuma atas sokongan pentaksub2 politik korg saja ka?? Akai tue ada bg berfungsi skit..jgn jd bangang mcm umno..nie aku tgk bodohnya lbh kurg je mcm pencacai umno..hentam sesama sndiri..bingai!

Tanpa Nama berkata...

Kalau umno buat barulah nepotisme,kronisme dan haram.Kalau pakatan buat mestilah strategi politik yg telah difikirkan buruk baiknya blablabla

Seburuk2 umno tak pernahlah lantik bini,anak-beranak jadi menteri.Parti likud yahudi kalau dapat tahu protege dia buat macam ni mahu geleng kepala kawan tu...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Betol tu...

in response to Tunggu sajalah Sultan buat keputusan mengikut undang-undang tuboh Negeri Selangor..tak usahlah hentam sama sendiri., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Nepo lain le...jgn jd bstu api..ye..tau sape dalang

in response to GB stuju ke DSWA jd MB?xksh ke dgn pndgan rkyat yg sdg melihat amalan nepotisme yg selama ni diamalkn BN skg ni dipraktikkan oleh PR?, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Sudah bro... Insha Allah semua akan berjalan lancar. Permainan musuh sebenar mmg lecek. Tguuuuu...

in response to Makin lama makin lawak la plak sesetgh pemimpin PAS neh.itulah bernafsu sgt nak kutuk nuar.kalo x suka nuar tu pandai2 lah bermain politik.ni dakkkk.nak tjuk pakar politik gak.konon hebat lg dr nuar or mahadeth almarhum fadhil nor.tp gerak kerja haprak.isu tak pandai cipta.dok tumpang org ader laa. cer tgok DAP yg kapir tuh cipta n cari isu dlm berpolitik.cara anak muda dlm PKR.cikgu bard.ader jer modalnya utk kacau najib sampai gugur rambut.kdg2 terpaksa kuar dr gua si Daim pemilik negara malaysia.mahadeth sampai kdg2 mcm org pikun statementnya.yg lawaknya sesetgh pemimpin PAS tumpang glamer sama.kah kah kah. Bkn x ade yg hebat.aku dok tgok yg cipta isu dlm PAS Mat sabu.husam.dr zul mujahid dan dua tiga org lg.blajalah dgn org yg korang benci tu cmana nak gegar umngok yg teruk meroyan skrg neh.dlm umngok benda paling haram tertinggi adalah jenama anwar ibrahim.Apsal?tang tu blajalah study putaqbelit sepaktrajang silat politik nuar.cmana dia bekerja politik.bkn mcm yg jenis dah dpt , by air gunung.

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah TIDAK dicadang dan dipilih oleh Anwar sendiri. Senator Syed Hussin yang mencadang dan dipilih oleh mesyuarat jawatakuasa PKR di atas kapisitinya sebagai Presiden PKR.

in response to Kalau umno buat barulah nepotisme,kronisme dan haram.Kalau pakatan buat mestilah strategi politik yg telah difikirkan buruk baiknya blablabla

Seburuk2 umno tak pernahlah lantik bini,anak-beranak jadi menteri.Parti likud yahudi kalau dapat tahu protege dia buat macam ni mahu geleng kepala kawan tu...huhuhu bu Anonymous


Anti Fitnah berkata...

Nepotisme? Adakah ahli parti mecadang Presiden parti menjadi MB Selangor itu nepotisme? Presiden tahu? Bukan Timbalan Presiden? Bukan naib Presiden? Bukan AJK Pusat?
Presiden tahu? Presiden tahu? Presiden tahu? Jangan berhujah macam orang bodoh piang.

Abu Hanifah berkata...

saya dari dulu minat blog GB... ulasan-ulasan GB tepat, tajam, rasional dan berilmu. kita bukan perlu bantai umno spjg masa, tapi sekali sekala perlu semak parti sendiri. kalau presiden PAS x betol kita kena tegur sebelum PAS hancur binasa.

walaupun saya tahu ada juga golongan dlm PAS x suka dgn gaya GB, tetapi kebenaran tetap kebenaran dan Islam itu tertegak dengan hujjah, bukan maki hamun dan caci mencaci. di situlah kelebihan GB. dia berhujjah dgn dalil-dalil, dia tidak mencaci maki.

semuga Allah melindungi dan merahmati perjuangan GB.

zab berkata...

Mungkin kalau Sudin masih ada sekarang, dia akan berkata "fa, alif, sin... Sarkis"

Tanpa Nama berkata...

Sultan ada budi bicara. Bertenang dan buat keputusan mengikut majoriti. Berapa ramai calon tapi majoriti kata sipolan Sultan akan ikut majoriti. Kalau keputusan dibuat tergesa2 Sultan akan dituduh sebagai mengikut telunjuk kehendak politik. Bersabar lah...

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya PAS masih naive dlm bermain politik. Banyak bende tak nampak atau buat tak nampak.

Dalam krisis Selangor ni kalau betul PAS masih ingin kekal dalam PR, patutnya prinsip utama PAS adalah menilai apakah percaturan yang tidak akan memberi keuntungan langsung kpd UMNO.

TSKI telah bertukar proUMNO. Dari segi strategi politik, TSKI adalah liabiliti besar kpd PR dan memungkinkan masa depan malap kpd PR dan keuntungan besar kpd UMNO. PAS sokong DSKI.

Dulu 2013 masa TSKI masih kuat PKR angkat sumpah MB kena sign mcm2 akujanji. Mana ada MB UMNO kena sign akujanji2 macam itu. Siapa debelakang akujanji? Skang TSKI adalah darling kpd penentang PR terutama sekali UMNO.

DSWA sebagai MB akan menguntungkan PR dan merugikan UMNO.

PAS mesti itiqamah dlm strategi politik PR untuk menidakkan semua percaturan UMNO termasuk yang berselindung dibelakang.

Mcm Khalid Samad kata kalu dududuk dalam PR kena efektif kalu tidak keluar PR masuk BN, atau pemimpin2 PAS yang masih naive dgn permainan politik UMNO keluar PAS masuk UMNO untuk perpaduang utopia....

Tanpa Nama berkata...

Rasanya ramai tk paham atau buat2 tak paham atau mmg semulajadi bebal berkenaan isu MB Selangor dan Titah Tuanku Sultan.

1) Semua parti dalam PR sudah faham dan jelas, jawatan MB mestilah dr PKR berdasarkan konsesus terdahulu, ni pasti dan takde dakwa dakwi lagi.

2) Sultan titah supaya tiap parti hantar beberapa nama dan apa bagai adalah kerana baginda ingin membuat pilihan calon yg sesuai TETAPI hanya berdasarkan kepada senarai muktamad yg telah dihantar oleh Parti.

3) Ini bererti ANDAIKATA ada pilihan calon lain tetapi Sultan juga harus melihat kepada suara majoriti adun.

4) Pas bole hantar 2 atau 3 atau semua nama calon sendiri atau calon parti lain kalau dia mahu dan ini takde masalah sebab mengikut titah sultan.

5) Pada akhirnya sultan kena melihat suara majoriti adun siapa yg patut menjadi MB dan ternyata WA mendapat 30 sokongan adun.

Kesimpulannya tak timbul isu nak calon siapa pun sebab kita semua tahu siapa calon yg dpt suara majoriti. Pas pusat atau Selangor bolehlah terus berdrama dgn pelbagai agenda dan strategi selama mana mereka mahu. RAKYAT NEGERI SELANGOR sedang memerhatikan tindak tanduk anda. Terima kasih semua.

Tanpa Nama berkata...

PAS Stopa Ali kata tak akan derhaka kpd titah Sultan.

Betul, Sultan partisan politik tidak menyebelahi mana2 dan menghormati kemenangan majoriti dan calun yg mempunyai sokongan majoriti parti2 yg menang spt konvensi 2008 dan 2013.

PAS kalau itiqamah dgn PR perlu derhaka kpd tangan2 ghaib UMNO yang cuba membuat percaturan menguntungkan UMNO dlm krisis ini.

Contohnya tuan punya KIDEX yang berperanan besar dlm kejatuhan keraan PR Perak. Ingatke semua????

Jangan nasi jadi bubur basi lagi dahle!

Tanpa Nama berkata...

Kena luku kpala dgn UG lain kot pasal terlampau cerdik mengulas n tindakan.lawak tol gerak 2.haper laa ex ketua pemuda neh.tuh la pandai sgt boh ujung nama wilayah org.skrg dah dpt nama baru jgak kat ujung.glamer n berjenama lg.duduk bersunyi diri n merenung lah nasha.

in response to Tuan PAS atau lebih tepat puak UG sudah terbelit kaki sendiri dengan tindakan sabotaj mereka hendak meruntuhkan Pakatan supaya mereka boleh bawa PAS bekerjasama dengan UMNO tanpa melalui muktamar khas. Sekarang ia sudah menjadi lawak jenaka tahap maharajaawak astro. Pong pang pong pang bangkang sana bangkang sini. Tak setuju itu tak setuju ini. Auta sini auta sana. B3lit sini belit sana. LAST -LAST NAK KEMUKA CALON DARI PARTI ORANG....hahahaha. Ingatkan nak calonkan Adun parti s3ndiri...ghupernya tidakkkk..... Agak-agak cerdik ke tidak tindakan puak UG ni? Permainan mereka sudah sampai ke penghujung tak lama lagi. Bapak-bapak UG pun dah menampakkan diri mereka kini. Dulu kita dok tengok aksi macai-macai je.Hari ni kita tengok aksi-aksi bapak-bapak UG. Wallahualam ps: Mana m3nghilang pahlawan UG kita si ustaz Nasarudin vellfire? Sonyap sopi je... , by bat8.

Tanpa Nama berkata...

Hadi and the gang UG, nak runtuhkan Pakatan, bukan UMNO atau BN, muktamar hancurkan mereka...

Tanpa Nama berkata...

PKR berani tukar pemimpin, sedangkan PAS sayang pemimpin macam di Kedah, biar tumbang tak apa